Thursday, March 30, 2006

bl nak g Ledang??



satu lagi info psl gunung... dah lama sangat rek ktdi tak wat trip ke Johor, pd hal rmi dak2 TRecs dari Johor..siap ader yg bakal jd org Johor lagi, ahaks...jom la balik kampung aku...
aku penah naik gunung ni skali, ikut group dak2 fakulti pendidikan..aku, kak sha n kak zett.. room- mates..masa tu kolej tgah ader hi-diner, tp kitorg cabut je..ms aku 1st year..
(p/s: baca jgn tak baca!! penat aku taip panjang2 ni..aku tau, korang mls nak cr info sndiri, ni dah ader, klu tak bc gak mmg nak kene.. hehehe..)

Gunung Ledang, Tangkak, Johor (4187')

Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda. Mesti korang penah dengar kisah Puteri Gunung Ledang kan??... Gunung ini dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung Ledang/Taman Hutan Lagenda. Nama lain bg gunung ni ialah Mt. Ophir, org putih nama kan dia mt. Ophir sbb keindahannya yang tersendiri.

Trail
Trail ke puncak gunung ini ada dari Melaka dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa pilihan trail:-
Ayer Panas Trail
Lagenda Trail
Asahan Trail
Ulu Jementah Trail
Telekom Tower Road

Ayer Panas Trail
Nama trail ini agak baru bagi pendaki tetapi trail ini yang telah lama dikenali dengan panggilan trail sagil/resort. Trail ini bermula dari kawasan G. Ledang Resort terletak di Sagil. Trail ini boleh dikatakan bersebelahan Sg. Ayer Panas yang menjadi antara daya tarikan pengunjung untuk bermandi-manda. Trail ini sebenarnya begitu banyak laluan yang akan bertemu kembali dibeberapa checkpoint. Pos Pendaftaran Taman Negara ada dipintu masuk ke kawasan rekreasi untuk pendaki melaporkan pendakian.2

Kolam Puteri
Kolam ini sebahagian dari Sg. Ayer Panas yang berjeram. Keadaannya seperti kolam dan mempunyai lagenda tempat mandi si Puteri Gunung Ledang.

Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.

Kolam Anak Gajah
Seperti Kolam Puteri, kolam ini juga berada di sungai yang sama. Terdapat satu air terjun berdekatan kolam ini. Disini ada 2 trek ke Kolam Gajah. Pendaki boleh memilih samaada hendak merentas sungai dan trekking tepi air terjun atau terus tanpa lalu tepi sungai. Trek tepi air terjun ini antara laluan menarik G. Ledang.

Kolam Gajah
Satu lagi checkpoint pendaki. Kawasan ini mempunyai kolam besar dan dalam sesuai dengan namanya. Kawasan perkhemahan disini cukup besar hingga ada zon yang dinamakan Pasir Panjang dan Pulau. Lebih 300 pendaki boleh berkhemah disini.

Batu Sampan & Kem Batu Kapal
Checkpoint ini hanya akan dilalui pendaki sekiranya memilih alternatif trail ke Sg. Segitiga dari Kolam Gajah. Melalui Pasir Panjang pendaki akan jumpa seketul batu besar umpama sampan yang dikenali 'Batu Sampan'. Seterusnya pendaki akan melintas Kem Lembah Panglima kemudian akan lalu di Kem Batu Kapal. Kalau tadi batu sampan kali ini batu kapal lebih besar umpama kapal dipandang dari bahagian depan.

Sg. Segitiga
Kem Sg. Segitiga ini merupakan pertemuan 3 batang anak sungai. Kawasan ini dikatakan agak 'keras' tetapi tidaklah ditutup kem ini untuk pendaki bermalam.

Gua Kambing
1 Jam trekking dari Sg. Segitiga. Trek agak mencanak tapi agak menarik kerana pendaki melalui akar-akar kayu yang merentangi bongkah batu. Menurut lagenda, ada kambing tersesat dan masuk ke gua ini tetapi kambing tersebut tidak dijumpai didalam gua ini kerana gua ini ada satu lagi pintu keluar dihujungnya.

Batu Hampar
Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan tali. Tali telah siap sedia ada disini. Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat sebahagian daerah Tangkak.

Taman Bonsai
Pada ketinggian lebih 3000' dpl pendaki akan melintasi zon pokok-pokok bonsai seperti disebuah taman bonsai.

Bukit Botak
Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai dengan jolokan yang diberi. Pemandangan dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang. Ada sumber air berdekatan dari alur sungai. Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.

Lembah Majapahit
Lembah ini ada sumber air dari anak sungai. Pendaki boleh dapat bekalan air terakhir disini. Ada laluan alternatif ke puncak gunung tanpa melalui lembah ini.

Puncak G. Ledang
Puncak ini ditandakan dengan tugu batu. Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan angin. Panorama dari puncak ini memaparkan Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom dan Puncak G. Rundok.

Lagenda Trail
Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda, Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda didirikan disini bagi mengelola serta mengawal jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. segitiga dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4 jam terkking. Bermula dengan laluan bertangga batu dinamakan Tangga Mahligai.

Bukit Semput
Pendaki akan mendaki Bkt Semput, walaupun tidak berapa mencanak, tetapi tetap memberi cabaran pada pendaki lebih-lebih lagi pendaki baru.

Batu Orkid
Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint terakhir sebelum trail ini bertembung dengan Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam Gajah.

Asahan Trail
Ini satu-satunya trail dari Melaka bermula dari Lubuk Kedondong, Asahan. Pos Taman Hutan Lagenda ada didirikan disini bagi pendaki ke G. Ledang melaporkan pendakian. Trek Asahan Trail tidak mencanak tetapi agak panjang berbanding trek dari Sagil.

Batu Bersurat
Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.

G. Rundok
Gunung ini terletak dinegeri Melaka dan satu checkpoint di Asahan Trail. Ketinggian gunung ini sekitar 3000' jauh untuk menandingi puncak G. Ledang membuatkan nama gunung ini tidak sepopular G. Ledang.

Padang Batu
Sebuah padang diatas bongkah batu besar ini kini mempunyai sebuah pondok. Sepanjang Asahan Trail inilah tempat untuk pendaki berkhemah. AWAS berkhemah dipadang ini kerana tiupan angin boleh menerbangkan khemah. Pendaki boleh memperoleh bekalan air dan berendam di sungai berdekatan.

Hentian Hanuman
Checkpoint ini tidak ditanda dengan sebarang papan tanda. Menurut Lagenda, sang Hanuman ada berhenti disini setelah berjalan di G. Ledang. Pendaki mungkin dapat bertemu dengan monyet yang masih banyak disini. Ada beberapa checkpoint yang juga tidak mempunyai tanda yang jelas buat pendaki dari Padang Batu ke sini ialah, Batu Berlumut, Lembah Beruang dan Hentian Unggas.

Lubuk Kedondong
Kawasan rekreasi dan tempat masyarakat tempatan berkelah dihari cuti. Air sungai di jeram ini agak kering kerana diempang untuk disalurkan ke palong air. Pendaki boleh juga mandi di pintu air malah didalam palong air.

Ulu Jementah Trail
Trail ini jarang sekali dilalui. Trail ini bermula dari Kg. Ulu Jemantah dan dikatakan mengambil masa 2 hari penuh perjalanan melalui sepanjang permatang ke Puncak G. Ledang. Trail ini melalui beberapa checkpoint seperti Jeram Tinggi(CP1) dan tempat berkhemah, Air Sedap(CP2), sumber air terakhir pendaki. Airnya dari mata air dan dikatakan mempunyai rasa yang sedap. Checkpoint seterusnya ialah Puncak Jementah,CP3 (2447'), Anjung Mahligai,CP4 yang mempunyai tapak khemah dan G. Mahligai hingga ke puncak G. Ledang. G.Mahligai berdekatan puncak G. Ledang dan hanya berbongkah batu.

Telekom Tower Road
Berdekatan puncak g.Ledang ada didirikan Menara Pemancar Telekom. Jalan tar dari Empangan Tangkak ke sini dibina bagi kemudahan penyelengaraan. Pendaki boleh mengambil peluang menggunakan jalan ini. Jarak puncak G. Ledang ke menara Telekom hanya 10 minit trekking. Mudah bukan. Kebiasaannya warga tua terutama datang dengan agensi akan melalui jalan ini.

ni bayaran yg dikenakan (per person)

1. Permit Masuk RM4.50
2. Insurans RM2.00
3. Sewa Tapak RM4.50
4. Permit Mendaki RM4.50
5. Permit Sampah (dipulangkan) RM20.00
6. Servis Guide ( 2 hari)(max 10 orang) RM140.00-(1 hr Rm 70.00)

for a trip of ten person (example)

1. rm45
2. rm20
3. rm45
4. rm45
5. rm20
6. rm140

total rm 274.50
refund dep: rm20.00
total cost rm254.50
cost perperson = rm 25.45

ni no. contact yg berkenaan:

  • Gunung Ledang Resort Sdn Bhd
    Bt 28, Jalan Segamat
    Sagil, Tangkak, Johor

    (06) 977 2888, fax: (06) 977 3555
    Website: http://www.ledang.com/
    E-mail: ledang@tm.net.my

  • Gunung Ledang Johor National Park
    Website: http://www.johorpark.com/ (Still under construction)
    E-mail: jnpc@johorpark.com

    Park manager: Francis Cheong,
    E-mail: francis@johorpark.com,

    012-721 3300

  • no tepon guide ledang :
    Is - 0196878615
    Ah Chong – 0127109426

    renjer fauzee : 0193573782
    renjer Imran : 019-6502039

    7 comments:

    pakcik said...

    apalagas,aku x penah pi ledang lg nih..jom ar...

    buboQ said...

    sememangnya x-SU reks!!!syabas dan tq byk2 krn telah berjaya membekalkan info2 yg begitu byk skali...sponsor punya trip xda ka?hehehe

    pakcik said...

    hohoho..kalu sponsor nye trip, aku sanggup wat g7 skali harung!!

    pakcik said...

    WE WANT FULL SPONSOR!!!

    buboQ said...

    yesss!!!we want full sponsor!!!full sponsor3X

    pakcik said...

    orite, lg 3 4 taun aku dapat dato'...dato' amran,menteri pelancongan...heheh...time tu sume sponsor...

    Anonymous said...

    as'kum. just nak bertanya, saudara ni nama Apip ke?kalau bukan, tidak baik mengaku saudara yang menulis info ni kerana isu plagiat begitu kritikal sekarang ini. saye bukan nak menghentam cuma menegur mana yang sepatutnya kerana ini berkaitan hak seseorang. harap maaf kalau menyinggung ye

    untuk rujukan:
    www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoLedang.htm