0500 GMT – Awal pagi lg dah bangun, guide pn x bangun lg. Sejuk gile pg nih, rasa malas je nk kluar dr sleeping bag. Beberapa org peserta yg telah ditugaskan malam td utk menggoreng nasik, telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi walaupun perasaan ngantuk masih menyelubungi diri. Sementara peserta tadi menggoreng nasik, peserta lain secara automatik telah meng`clear’kan main-tent, khemah, peralatan dan seterusnya packing beg. Sebab byk sgt barang, proses packing mengambil masa lebih kurang 2 jam. Pagi ni takde sape pun yg brani mandi. Kalau x silap aku, Jebeng sorang je yg mandi. Ko mmg gile ar Jebeng!!!
0800 GMT – Selepas warm up dan baca doa, perjalanan dimulakan. Oleh sebab smlm Man dah bgtau perjalanan hari ni lebih heavy, maka kami telah set kan dlm kepala kami, jalan sungguh2 ( ye la tu…hehehe ). Start jalan je trek dah mula mencanak. Tanah masih basah dan jalan agak licin. Nasib baik kami menggunakan Adidas 4 Stripes yg mempunyai cengkaman yg amat jitu,heheh…Check point seterusnya yg kami tujui adalah Kem Permatang.
0900 GMT – Kami tiba di Kem Permatang. Walaupun jarak x jauh,2.5km, tp die punya mencanak x hengattt…sbb bdn masih fresh, kami mengambil masa sejam sahaja. Kini kami berada di ketinggian 874 meter. Suhu makin sejuk, keadaan tanah semakin lembap dan pokok2 mula jarang2. Setelah take 5 sekejap sambil hisap2 rokok, kami bergerak menempuh azab seterusnya menuju ke Kem Kubang.
1230 GMT – Tiba di Kem Kubang. Fuhhh, canak secanak-canaknye!!! Peluh dah macam air sungai, nafas dah macam kerbau, badan pun dah mula bengkok. Perjalanan sejauh 3.5km ni kami tamatkan dlm masa purata 3 stengah hingga 4 jam. Kini kami berada di ketinggian 1406 meter. Hutan semakin jarang. Suhu pun semakin sejuk. Disebabkan melalui trek yg mencanak, beban di bahu semakin terasa. Bahu dah mula ada line…hehehe…kami berenti makan tengahari dengan bekalan nasik goreng yg dibawa. Lepas makan, perjalanan diteruskan ke Kem Belumut. Dah sudah makan, rase malas btol nk jalan…
Signboard Kem Kubang
1400 GMT – Sampai di check point seterusnya, Kem Belumut. Utk ke kem ni x jauh, lebih kurang 1.5km. Sebab trek dah kurang sikit mencanak (tp canak la jgk!!) perjalanan mengambil masa 1 jam je. Kem Belumut ni berada pada ketinggian 1493 meter. Nama pun belumut, kem ni mmg berlumut, tp sikit je la…keadaan tanah kat sini semakin lembap. Sampai2 je, terus posing kat signboard (wajib!!). Masa ni group dah pecah, ade yg jalan kat depan, tengah n blakang. So, yg jalan kat depan tu boleh la rehat lame sikit sementara tunggu org yg kat belakang sampai. Bile sumorang dah sampai, rehat lebih kurang, langkah diteruskan menuju ke Kem Bonsai.
1600 GMT – Sampai kat Kem Bonsai. Heheh, sumorang dah penat. Muke masing2 dah tension je..maunye tak, dah 8 jam berjalan, x sampai2 lagi. Sampai je kat Bonsai, xdenye nk letak beg elok2, sume main hempas je, penat x hengatttt woo!!! Kem Bonsai ni beraltitud 1705 meter. Pada ketinggian ni, pokok2 jadi semakin renek. Takde lg pokok2 besar , solid2 n tinggi2, sesuai dengan altitud yg semakin tinggi. Daun pun makin tebal, tp jarang2. Kesejukan makin terasa. Kem Bonsai ni boleh dikatakan berada kat hujung permatang, so lapang sikit la. Dah mula nampak view bukit2 kat sekeliling. Wahh, lawa gile..selain tu, kami jugak bleh nampak Bukit Botak, destinasi seterusnya…nunnnn sayup2 nmpk Bukit Botak. Aisehmenn,apesal rase cam saiko je nih?maunye x, trek nak ke Bukit Botak jauh gile, dah la jauh, berbatu2 n berbukit plak tu. Memandangkan utk ke puncak mengambil masa lg 3 jam, dan hari pun dah petang, kami berbincang dgn guide utk bermalam di Bukit Botak je. Lgpun sumorang nampak cam dah penat n x larat nak jalan jauh lg. Kang kalu
terus pi puncak, kena buat OT plak,leceh..kena pasang khemah dlm gelap. Lepas lepak2 melayan saiko pemandangan trek ke Bukit Botak, kami teruskan perjalanan. Kena cepat sbb hari makin senja ( bkn Kak Sha la!! ).
1830 GMT – Akhirnyaaa..tiba jugak kat Bkt. Botak, campsite utk hari ni. Perjalanan dari Bonsai mengambil masa 2 jam. Tempat ni beraltitud 1943 meter dari aras laut dan mempunyai sumber air, so senang la. Tempat ni lapang gila, so angin bertiup kencang. Sejuk x hengattt!!!walaupun hari petang, kesejukan terasa hingga ke tulang hitam..cheewahhh…Dari Bonsai utk ke Bukit Botak ni, kami kena lalui trek yang berbatu2..abis stad kasut Adidas 4 Stripes aku!! Trek ni panjang dan boleh kata canak jgk. Laluan sepanjang trek sgt lapang dgn hanya terdapat pokok2 renek setinggi pinggang saje. Dengan keadaan terdedah ini, kami disinari dgn terik mentari dan ini membuatkan kami jadi semakin letih. Jalan pun slow je, sume senyap, malas nk ckp. Kang ade yg kene baling ngn Bukit Botak kang!!