Tuesday, February 03, 2009

Senang-senang Gunung Rajah

Nota kepala hangin : Jo suruh aku upload repot ni, pw blogger die ilang..ape punye lemah la daya ingatan die nih..


“Senang-senang duduk di serambi

Napelah kita mendaki?

Gunung Rajah yang tinggi ini….

Andai kita duduk di rumah

Layan tengok tv

Sambil makan megi….”

Memang mencabar dan menguji benar trip ke gunung rajah kali ini. XPDC telah disertai oleh aku (jo), raha, azim dan todong daripada T-Recs dan En. jenal, cologate dan kak aiwa (pendaki bebas). Perjalanan ke kaki gunung rajah yang terletak di Bentong, Pahang hanya mengambil masa kira-kira 1jam lebih je dari Serdang. Untuk makluman, kaki gunung rajah adalah di Air Terjun Chamang. Kire kalau kuar tol Bentong terus amik jalan nak ke Raub/Kuala Lipis la..jangan terlajak pulak. Kang sampai rumah Siti Nurhaliza, xjadi pulak nak ke gunung rajah. Sekali-sekala boleh la kite ke sini untuk bermandi-manda sebab aku tengok air terjunnya memang menangkap jugak. babiQ pon orite jugak di sini.

Perjalanan dimulakan pada awal pagi sabtu dan kami sebulat suara memilih konsep santai biawak untuk trip ini. Dia punya santai jangan cakaplah.. Tiap kali perhentian ada R&R. Siap bukak fly dan masak2. Tapi bila time jalan, laju xhengat sampai aku pon kesemputan juga. Apa gila nak bermalas-malasan ketika treking? Kalau nak kena tinggal 2-3 batu belakang boleh la…Kami telah menaiki pajero En. Jenal yang mempunyai lambang VirtualMalaysia.com sehingga ke pintu rimba.. Ingat senang nak dapat naik ke? Cuba try tengok apa ada kat website tu. Geng pendaki bebas adalah terdiri daripada golongan yang kitorang kira otai juga. Ni bukan runcit-runcit punya otai bai. Ke’otai’an mereka ni kira macam jenama Colgate dalam arena ubat gigi. Kira banyak pengalaman la orang kabor. Dan mereka masing-masing membawa kamere berkuasa tinggi berserta kelengkapan.

Kami berehat makan tengahari di Naning. Selesai makan dan mengambil gambar, perjalanan diteruskan sehingga ke Bukit Hijau. Camping site yang seluas padang bola sepak ini telah dihuni oleh team dari Unisel. Peh! Diorang ada la dalam 90 orang. Ingat KLCC apa nak datang beramai-ramai? Yang sirapnya, bila dah ramai dan hujan pula, trek yang sedap-sedap dibuat jalan telah hancur. Untuk makluman orang-orang yang dah ke sini, satu runtuhan tanah telah berlaku di kawasan memanjat menggunakan tali (jalan nak ke puncak). Ingat pokok-pokok tak sakit ke bila dah ramai sangat yang menariknya? Keadaan menjadi semakin rumit untuk sampai ke puncak gunung rajah.

Nasib agak menyebelahi kami juga kerana kami memilih untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak dan melabuhkan sauh di permatang 2jam sebelum puncak. Puncak gunung rajah betul2 berhadapan dengan campsite yang dibina. Kedatangan kami di situ telah disambut mesra oleh team guide (untuk bebudak Unisel). Kali ini aku hanya bersikap pemalu sahaja memandangkan ada orang luar bersama-sama. Huu…sejuk benar malam tu. Tapi sejuk-sejuk pon Todong bantai pakai boxer saja sebab tertinggal seluar. Raha pula berseluar katok dan bermafla, gaya orang United Kingdom. Eh, tapi apehal orang U.K isap rokok danhil?? Keesokan harinya, kami telah meneruskan perjalanan ke puncak dalam keadaan terhegeh-hegeh akibat sume orang liat nak keluar dari kepompong. Sejuk benar Malaysia itu jam. Hanya peralatan yang perlu sahaja kami bawa ke puncak. Tiba di puncak, kami masak spaghetti dilawankan bersama nenas dalam tin, terbaik dari ladang. Kemudian masak cucur kentang yang lazat sambil menikmati view yang tak berapa nak jelas dek kerana kabus tebal. Tapi akhirnya adalah rezaki kami untuk menikmati alam ciptaan Tuhan yang indah ini. Terbaiklah view disini!!

Perjalanan turun dari puncak diteruskan selewat jam 3 petang dan kami terus ke Bukit Hijau dan menikmati makan malam di situ selain memberi laluan pada waktu maghrib. Perjalanan diteruskan jam 9.30 malam dan menjadi semakin lembap apabila aku mengalami kecederaan lutut yang amat. Terpaksa layankan sahaja. Tapi silap langkah menjerit jugak aku itu jam. Rasa seperti otot disiat2. @$$*$X@&^* sumpahku didalam hati. Memang agak tertekan juga keadaan semua orang. Belum kira lagi gangguan dari anasir-anasir luar. Aku ingat Raha sorang saja yang masih mampu berjenaka. Kami tiba di pajero tepat jam 2.44 a.m.. Trip yang letih ini bukan saja memenatkan malah menyusahkan diri sendiri. Tapi dia punya seronok macam dapat hadiah tiket pelancongan pergi-balik ke United Kingdom siap dengan duit shopping. Memang best dapat kenal-kenalan sama geng pendaki bebas.

Nota kaki berbulu: Untuk trip kali ni aku dah jumpa minat baru aku.. Bukan mengorat anak teruna orang. Ni yang latest punya minat. Mengambil gambar flora dan fauna style yang slalu korang tengok dalam ensiklopedia. Peh! Memang boleh layan beb..amacam hasil kerja aku? mengancam dak??

12 comments:

joE said...

yang lu pakai up je apehal
kasi edit2 bg lawa la siket...
bg ade perenggan ke..ade selang2 ke..corak2 bintang ke...adeh....

pakcik said...

lu x saun pun...kang gua ubah2 kene saman plak, mengubah hak cipta..

sharip said...

wes..
mane gambo??
gilek ar..sampe daa rajah..hhuhu..
tahniah2..

joE said...

pakcik..
sile la up gambar
aku da anta da kt emel ko...

pakcik said...

jap la..bizi nih..

Apizolla said...

tahniah

-log korbu akan menyusul..

Anonymous said...

hahaha... jo membohong korg jek... sbnrnya minat dia masih sama iaitu mengurat lelaki tak kira hensem ke x...
biar aku cerita satu contoh kt rajah...adalah satu ketika dia tgh terhegeh2 trekking, tiba2 jumpa guide unisel terus paling belakang tanya kt aku,"wei ada milo x kt mulot aku?"...
sudahlah jo, yg x pegi lu bolehlah kencing.. lalalala

pakcik said...

eii ape da raha, register je la akaun gmail, baru la bleh ade name...ni asek anonymus je...gile x IT..

cik beskot said...

hahaha... gua saje jek guna anonymous... ala pkcik, nk menyamar sket pun xleh...

dayafterday said...

report yang tak de corak...haha..

joE said...

eleh...
dorg suke je aku ngurat dorg....
hehehe.....

dayafterday: pakcik ah ni...gua dah suruh buat corak2 dah...

buboQ said...

hmm...