Tuesday, May 03, 2011

Sempena Hari Buruh: Dato’ Lagi....Lagi dan Lagi...

Tarikh: 1 Mei 2011




Trip menebus hajat Pit yg tdk kesampaian pd Feb 2011 yg lalu, rentetan Cik Savvy nye yg cedera. Trip dimeriahkan oleh : Pit (YB LDP), Babas (YB Tuas), Todong (YB Lumut), Syarip (Adun Highway Kajang Silk@National Photographer), Pda, Safuan & Poi (MTM KTDI).

Cuace pagi itu agak baek2 sahaja. Peserta awal tiba ialah Incik Junaide Kaputet yg smpai jam 8.30 pagi lagi di renjer Dato. Walhal 8.30 itu, ktorang sdng asyik makan pagi di ampangan. Treking dimulakan jam 11.00 pagi. Stengah jam kmdian sampai di wakaf runtuh. Berehat2 seketika.Meneruskan pendakian selama 1 jam lebey dan tiba di punck Dato’ jam 12.45 tgh hr. Setibanya di campsite Dato’, kelihatan berbondong-bondong manusia dr serate negara. Bangladesh ade, Nepal ade. Rupenye ade rombongan ntah dr kilang mane yg mengadakan aktiviti kat Dato’.

Tunggu nye tunggu, rombongan bersurai, kami pun memulakan langkah ke puncak batu Dato’. Cuti Buruh, memang ramai manusia. Nak panjat tangge pun kena amik nombor gak. Lepak 1 jam kat puncak batu sambil melayan alam bersama bekalan nasi lemak ampangan. Trip kali ni tak perlu amik gamba gune hanset, ade 2 national photographer dengan kelengkapan kamera DSLR. Dan yang paling penting ktorang blaja maksud photogenik dr Inspektor Sahap.. (Syarip, ak gurau je ye =p)

2.00 ptg: Stat treking turun. Bukan maen laju lagi si Babas ni, kate nak jage kaki, padahal, belari. 40 mnt kemudian tiba di wakaf runtuh. Lepak2. Bincang tentang next trip, Insyaallah 28 Mei ke Yelow Pas. Rakan2, sila book cuti ye. Dan akhirnye tiba di paking jam 3.20 ptg. 10 minit kemudian, hujan turun mencurah-curah. Alhamdulillah, sempat smpai bawah sblm hujan.

4.30 ptg: Begerak pulang. Singgah sebentar kt Nasi Arab Damsyik, Senawang.
6.00 ptg: Bergerak ke Serdang. Trip selesai.

**Trime kasih kerana memeriahkan trip. Seterusnya, Insyaallah Yellow Pas (Hujung Mei). Jemput memeriahkan.

5 comments:

za'aim said...

Mana Encik Roi kita, x join??

pakcik said...

Za'aim?bukan main arabic lg sebutan dia..

pda said...

Encik Roi bukan ke g nek Gunung Tok Wan ngan En Za'aim.

Karam said...

Waaa... lame tak masuk utan~!

Anonymous said...

wah pida... ko tu ADUN Ampangan merangkap tuan umah... hahahah update that into the entry hehehe