Monday, February 13, 2006

tambah ilmu skit...

Didalam sesuatu pergerakan adalah baik ditentukan jawatan seseorang mengikut kemampuan masing-masing..... kedudukan posisi penting dlm XPDC
1. Perintis
2. Guide
3. Navigator
4. Anggota
5. Ketua (bergerak antara depan ke 2/3 pasukan)
6. Anggota
7. Penolong XPDC
8. Last MAn /Sweepper
Namun keadaan ini sudah berubah dan telah disesuaikan dengan keadaan sekarang...... Susunatur yang terkini adalah lebih ringkas. Namun susunatur ini lebih sesuai bagi trek yang kurang mencabar dan dapat diselesaikan dalam tempoh yang pendek.
1. Guide
2. Perintis
3. Ketua
4. Medic
5. Sweepper
so dimana medic.......... saya cadangankan kalau rasa2 trek itu kemungkinan pasukan akan berpecah kepada dua ....sebaiknya barang medical ini dipecahkan kepada dua....maksud saya ketua (tengah) dan penolong ketua/sweeper(terakhir ). Digalakan setiap anggota mempunyai bekalan ubatan persendirian dan sebarang tanda awal perlu dimaklumkan kepada yang berkenaan. Dinasihatkan Bagi kumpulan yang besar sistem nombor adalah digalakkan terutamanya bila perjalanan berlarutan hingga ke malam....dan jikalau kumpulan seramai 20 org maka hendaklah dipecahkan kepada kumpulan kecil contoh Kumpulan A (dari 1-10) dan Kumpulan B (dari 11-20) Pada saat kecemasan dalam sesuatu pergerakkan; dicadangkan penggunaan wisel diperluaskan kerana ianya murah dan ringan serta senang dibawa kemana-mana. Ianya juga dapat mengeluarkan bunyi yang lebih nyaring dan tajam yang dapat dibezakan dengan bunyi persekitaran. Pelbagai signal atau kod boleh diperkenalkan dan ianya perlulah diingati oleh semua anggota. Diantara standard tiupan wisel yg digunakan.........
1. 6 tiupan pendek.......pertolongan diperlukan
2. 3 tiupan pendek,diikuti 3 tiupan panjang dan berulang semula....SOS
3. 3 tiupan pendek berturut- turut dan berhenti seminit....maksud anda difahami
4. Tiupan pendek selama 1 saat dan diulangi....pulang ke khemah

6 comments:

buboQ said...

angker tu last man ka?aku ingat sweeper duduk tgh..dia yg tlg sweep org yg pancit kat tgh2...angker yg tlg tarik org pancit kat blkg...so mcm mn plak?

Karam said...

sweeper ngan anchor tu memang dlm group blakang... sweeper tolong sweep org2 pancit, macam penyapu gak ah.... anchor plak kontena. dia angkat barang2 paling berat dan dia tak sapa bleh kacau... emosi beb... sweeper bwk brg agak ringan gak sebab dia ke hulu ke hilir nak tgk anchor lg, nak sweep org pancit lg...

pakcik said...

hahah..jd anchor mmg emosi gile..kene plak trekking dlm ujan..raincover yg dipakai pun srupa xde je..time tu bwk beg pun dah bongkok 90degree dah..utk itu,anchor perlu membawak bekalan coklat bebanyak,utk cool down kan emosi..heheh..serius doh,trase the power of chocolate...

jeejah said...

ehmm..bagus nyer..share info..nak tanyer sket, SOS tu stand 4 aper ek??penah baca, tapi luper dah ar maksud dia..

Karam said...

SOS cili ek? 'Save Our Soul'...

pakcik said...

SOS = Survivor Oii, Survivor..kata2 ni diucapkan oleh org yg merescue sebaik die nampak org yg nk diselamatkan..