Tuesday, May 31, 2011

Pendakian Gunung Pass-Yellow

wajah ceria sebelum mengetahui gua salah bagi maklumat




todong yang penat sampai rasa nak *&%#@



babas kentut busuk, gua tutup hidung




tiada di dalam gambar: pit




Elok je babas sampai dekat rumah fida daripada johor sekitar pukul 12 tengah malam, gua, fida dan babas terus cergas menuju ke rumah pit untuk amik pit serta barang-barang yang dah siap packing malam sebelumnya. Walaupun peserta 6 orang, barang makan tambah peralatan bukan main meriah lagi. Sudahlah dengan barang yang banyak itu, todong (peserta dari Lumut) berani-berani pulak hantar mesej tak ada haversack. Selesai memacking barang masuk dalam kereta dan memaki todong, kami berempat terus ke destinasi seterusnya, iaitu Sup gegar untuk pekena air teh ais 3 lapis. Kemudian barulah menuju ke rumah Wanhody di Ampang untuk meminjam beg bagi pihak todong (bukan main nak bawak beg kecik lagi. sekali.. hambik ko 70-100L). Dalam pukul 1.45 pagi barulah kami betul-betul bergerak.

Perjalanan diteruskan ke sebelah barat tak barat sangat, tanah air iaitu tempat pertemuan peserta dari Lumut iaitu todong dan kening. Perjalanan diteruskan lagi dengan pemanduan tak berhemah todong dan pemanduan biasa-biasa pit ke Masjid Kg. Raja. Akibat belum menghafal peta Kg. Raja, gua telah terbagi salah direction kepada pit dan proses mencari Masjid Kg. Raja menjadi rumit sedikit. Berkat doa dan suara mengaji dari arah masjid, kami terus mendapat hidayah lalu menuju ke jalan yang benar dan solat subuh di sana. Solat-solat, packing-packing, pukul 8 bersarapan di pekan Kg. Raja. Cadangan nak makan di restoran Bismillah cawangan Kg. Raja terhapus bila melihat kedai tersebut sayu dan tertutup. Terus lepak dekat kedai Kak Yah Tomyam sebelah jembatan. Lepas selesai bergelak ketawa, mengutuk, kening tumpahkan air milo, makan nasik dan sebagainya, gua terus meroger Kumar 4WD untuk berjumpa di balai polis dan ke Sempadan (Simpang Pulai- Cameron Highland) iaitu starting point ke Gunung Pass-Yellow.

Pendakian bermula selepas mengaminkan doa dari ustaz kening lebih kurang pukul 10 pagi dan 40 minit kemudian kami tiba di puncak gunung Pass. Selepas bukan main lama melepak (tido dan makan-makan), kami pun bergerak menuju ke gunung Yellow. Jalan-jalan-jalan, jumpa kawasan lapang, lepak tido. Jalan-jalan-jalan, jumpa port baik, tido. Jalan-jalan-jalan, babas nak terberak, tido. Jalan-jalan-jalan, tak sampai-sampai. Setelah sampai di puncak, baharulah gua tersedar bahawa gua telah memberikan maklumat yang salah kepada para peserta. Dan mengakibatkan kesemua kami berjalan dengan penuh tidak yakin diri dan ragu-ragu. Rupa-rupanya gua tersalah batu penanda yang kononnya dalam satu jam dari puncak. Banyak sangat batunya oii..Dalam pukul 4 petang tibalah kami dipuncak sebenar.

Selesai masak-masak, membersihkan diri dan makan, masing-masing mengambil port tido dan akibat belum mengantuk, terpaksalah kami main true or true (baca: true or dare) dan memberi nasihat kepada satu sama lain tentang realiti kehidupan yang serba pahit dan mencabar ini. Esoknya, pukul 11 pagi siap-siap kemas dan kami tiba semula di Sempadan tepat pukul 3.45 petang. Lebih kurang pukul 5.30 petang, kami bergegas menuju ke Medan Gopeng untuk makan dan dalam perjalanan, ada la pergi singgah beli ais krim Malaysia berperisa strawberry.





Notakakiberbulu: Sekian laporan dari gua. Yang terkurang tu kira halal je la. Gambar-gambar boleh mintak dekat Encik Pit. Oh..lupa. trip target yang seterusnya ...........KORBU-GAYONG!! bila?? haa...yang tu kita tak tau lagi.

17 comments:

pda said...

antara perkara menarik:
1. People can change @ synonim as people kencing...
2. Jangan bagi Todong penat
3. Ingat naek gunung ni leisure ke?
4. Joe terbukti banyak kali kelentong..hahaha

Apizolla said...

panjat gunung x best...

booooo...boooooooo..

panjat gunung bosan!!!

boooooo!!!

pda said...

hahaha..lu apsal kejang? bunyi smcam stress aje..haha

jo said...

haha...kitorg lepak gelak tak hengat kejang. rugi la tak dapat kutuk todong kaw-kaw..view mmg superb. tak hujan. perghhhhh...

pda, aku lupa la...diri sendiri pun turut sama terkelentong.

Apizolla said...

ahhh.. bosan ... setakat na gelak2.. lepak molana pon bole..

na view lawa, dari tingkap bilik umah aku pon da lawa da...

boooo...booooo...boooooooo..

panjat gunung xbestt...

jo said...

ah..takpe..
yang penting esok lusa kitorg nak pergi panjat gng lagi.

pitz said...

Akhirnye jadik gak trip Yellow-Pass.. Enjoy buat seketika.. thanks to u all.. next time Rajah.. hehe

pda said...

pit: sokong! walopun be-6 still happening. 1st trip thn ni treking ngan haversack. paling penting dpt tdo bwh fly n pilow talk..hahaha..harapan?..

jom Rajah..ak sanggup tolong organize lagi..hehe..

pakcik said...

cite belah malamnye takde ke? sangkut sampai 4 petang pastu terus jump Q pegi pukul 11 pagi besoknye..

sharip said...

pdaaaa..
nak ikot rajahh..
tgh bln 6 aku preee=)))

jo said...

aku cukup x faham la dengan pakcik...makin tua, makin sukar di fahami...

jo said...

bln 6 xdpt la sharip...aku kena save duit pegi sabah......

pda said...

pakcik: belah malam sesi pillow talk n tdo pasal kad uno da t'tinggal

syarip: Rajah mayb after g sabah, bln 7, insyaallah. bln 6 ni ktorang nak ke sabah..hehe

pitz said...

Sarip: kalo nak msk hutan daypack ok la.. jum2.. Datuk lg ke.. 11 or 12hb ke

Anonymous said...

walawei....

pakcik said...

jo : mende yg ko tak paham?

Anonymous said...

Hello there, You have done an incredible job. I'll definitely digg it
and personally recommend to my friends. I'm sure they will be benefited from this web site.



Feel free to surf to my site negligence claims