Thursday, March 30, 2006

bl nak g Ledang??



satu lagi info psl gunung... dah lama sangat rek ktdi tak wat trip ke Johor, pd hal rmi dak2 TRecs dari Johor..siap ader yg bakal jd org Johor lagi, ahaks...jom la balik kampung aku...
aku penah naik gunung ni skali, ikut group dak2 fakulti pendidikan..aku, kak sha n kak zett.. room- mates..masa tu kolej tgah ader hi-diner, tp kitorg cabut je..ms aku 1st year..
(p/s: baca jgn tak baca!! penat aku taip panjang2 ni..aku tau, korang mls nak cr info sndiri, ni dah ader, klu tak bc gak mmg nak kene.. hehehe..)

Gunung Ledang, Tangkak, Johor (4187')

Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda. Mesti korang penah dengar kisah Puteri Gunung Ledang kan??... Gunung ini dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung Ledang/Taman Hutan Lagenda. Nama lain bg gunung ni ialah Mt. Ophir, org putih nama kan dia mt. Ophir sbb keindahannya yang tersendiri.

Trail
Trail ke puncak gunung ini ada dari Melaka dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa pilihan trail:-
Ayer Panas Trail
Lagenda Trail
Asahan Trail
Ulu Jementah Trail
Telekom Tower Road

Ayer Panas Trail
Nama trail ini agak baru bagi pendaki tetapi trail ini yang telah lama dikenali dengan panggilan trail sagil/resort. Trail ini bermula dari kawasan G. Ledang Resort terletak di Sagil. Trail ini boleh dikatakan bersebelahan Sg. Ayer Panas yang menjadi antara daya tarikan pengunjung untuk bermandi-manda. Trail ini sebenarnya begitu banyak laluan yang akan bertemu kembali dibeberapa checkpoint. Pos Pendaftaran Taman Negara ada dipintu masuk ke kawasan rekreasi untuk pendaki melaporkan pendakian.2

Kolam Puteri
Kolam ini sebahagian dari Sg. Ayer Panas yang berjeram. Keadaannya seperti kolam dan mempunyai lagenda tempat mandi si Puteri Gunung Ledang.

Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.

Kolam Anak Gajah
Seperti Kolam Puteri, kolam ini juga berada di sungai yang sama. Terdapat satu air terjun berdekatan kolam ini. Disini ada 2 trek ke Kolam Gajah. Pendaki boleh memilih samaada hendak merentas sungai dan trekking tepi air terjun atau terus tanpa lalu tepi sungai. Trek tepi air terjun ini antara laluan menarik G. Ledang.

Kolam Gajah
Satu lagi checkpoint pendaki. Kawasan ini mempunyai kolam besar dan dalam sesuai dengan namanya. Kawasan perkhemahan disini cukup besar hingga ada zon yang dinamakan Pasir Panjang dan Pulau. Lebih 300 pendaki boleh berkhemah disini.

Batu Sampan & Kem Batu Kapal
Checkpoint ini hanya akan dilalui pendaki sekiranya memilih alternatif trail ke Sg. Segitiga dari Kolam Gajah. Melalui Pasir Panjang pendaki akan jumpa seketul batu besar umpama sampan yang dikenali 'Batu Sampan'. Seterusnya pendaki akan melintas Kem Lembah Panglima kemudian akan lalu di Kem Batu Kapal. Kalau tadi batu sampan kali ini batu kapal lebih besar umpama kapal dipandang dari bahagian depan.

Sg. Segitiga
Kem Sg. Segitiga ini merupakan pertemuan 3 batang anak sungai. Kawasan ini dikatakan agak 'keras' tetapi tidaklah ditutup kem ini untuk pendaki bermalam.

Gua Kambing
1 Jam trekking dari Sg. Segitiga. Trek agak mencanak tapi agak menarik kerana pendaki melalui akar-akar kayu yang merentangi bongkah batu. Menurut lagenda, ada kambing tersesat dan masuk ke gua ini tetapi kambing tersebut tidak dijumpai didalam gua ini kerana gua ini ada satu lagi pintu keluar dihujungnya.

Batu Hampar
Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan tali. Tali telah siap sedia ada disini. Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat sebahagian daerah Tangkak.

Taman Bonsai
Pada ketinggian lebih 3000' dpl pendaki akan melintasi zon pokok-pokok bonsai seperti disebuah taman bonsai.

Bukit Botak
Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai dengan jolokan yang diberi. Pemandangan dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang. Ada sumber air berdekatan dari alur sungai. Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.

Lembah Majapahit
Lembah ini ada sumber air dari anak sungai. Pendaki boleh dapat bekalan air terakhir disini. Ada laluan alternatif ke puncak gunung tanpa melalui lembah ini.

Puncak G. Ledang
Puncak ini ditandakan dengan tugu batu. Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan angin. Panorama dari puncak ini memaparkan Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom dan Puncak G. Rundok.

Lagenda Trail
Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda, Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda didirikan disini bagi mengelola serta mengawal jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. segitiga dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4 jam terkking. Bermula dengan laluan bertangga batu dinamakan Tangga Mahligai.

Bukit Semput
Pendaki akan mendaki Bkt Semput, walaupun tidak berapa mencanak, tetapi tetap memberi cabaran pada pendaki lebih-lebih lagi pendaki baru.

Batu Orkid
Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint terakhir sebelum trail ini bertembung dengan Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam Gajah.

Asahan Trail
Ini satu-satunya trail dari Melaka bermula dari Lubuk Kedondong, Asahan. Pos Taman Hutan Lagenda ada didirikan disini bagi pendaki ke G. Ledang melaporkan pendakian. Trek Asahan Trail tidak mencanak tetapi agak panjang berbanding trek dari Sagil.

Batu Bersurat
Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.

G. Rundok
Gunung ini terletak dinegeri Melaka dan satu checkpoint di Asahan Trail. Ketinggian gunung ini sekitar 3000' jauh untuk menandingi puncak G. Ledang membuatkan nama gunung ini tidak sepopular G. Ledang.

Padang Batu
Sebuah padang diatas bongkah batu besar ini kini mempunyai sebuah pondok. Sepanjang Asahan Trail inilah tempat untuk pendaki berkhemah. AWAS berkhemah dipadang ini kerana tiupan angin boleh menerbangkan khemah. Pendaki boleh memperoleh bekalan air dan berendam di sungai berdekatan.

Hentian Hanuman
Checkpoint ini tidak ditanda dengan sebarang papan tanda. Menurut Lagenda, sang Hanuman ada berhenti disini setelah berjalan di G. Ledang. Pendaki mungkin dapat bertemu dengan monyet yang masih banyak disini. Ada beberapa checkpoint yang juga tidak mempunyai tanda yang jelas buat pendaki dari Padang Batu ke sini ialah, Batu Berlumut, Lembah Beruang dan Hentian Unggas.

Lubuk Kedondong
Kawasan rekreasi dan tempat masyarakat tempatan berkelah dihari cuti. Air sungai di jeram ini agak kering kerana diempang untuk disalurkan ke palong air. Pendaki boleh juga mandi di pintu air malah didalam palong air.

Ulu Jementah Trail
Trail ini jarang sekali dilalui. Trail ini bermula dari Kg. Ulu Jemantah dan dikatakan mengambil masa 2 hari penuh perjalanan melalui sepanjang permatang ke Puncak G. Ledang. Trail ini melalui beberapa checkpoint seperti Jeram Tinggi(CP1) dan tempat berkhemah, Air Sedap(CP2), sumber air terakhir pendaki. Airnya dari mata air dan dikatakan mempunyai rasa yang sedap. Checkpoint seterusnya ialah Puncak Jementah,CP3 (2447'), Anjung Mahligai,CP4 yang mempunyai tapak khemah dan G. Mahligai hingga ke puncak G. Ledang. G.Mahligai berdekatan puncak G. Ledang dan hanya berbongkah batu.

Telekom Tower Road
Berdekatan puncak g.Ledang ada didirikan Menara Pemancar Telekom. Jalan tar dari Empangan Tangkak ke sini dibina bagi kemudahan penyelengaraan. Pendaki boleh mengambil peluang menggunakan jalan ini. Jarak puncak G. Ledang ke menara Telekom hanya 10 minit trekking. Mudah bukan. Kebiasaannya warga tua terutama datang dengan agensi akan melalui jalan ini.

ni bayaran yg dikenakan (per person)

1. Permit Masuk RM4.50
2. Insurans RM2.00
3. Sewa Tapak RM4.50
4. Permit Mendaki RM4.50
5. Permit Sampah (dipulangkan) RM20.00
6. Servis Guide ( 2 hari)(max 10 orang) RM140.00-(1 hr Rm 70.00)

for a trip of ten person (example)

1. rm45
2. rm20
3. rm45
4. rm45
5. rm20
6. rm140

total rm 274.50
refund dep: rm20.00
total cost rm254.50
cost perperson = rm 25.45

ni no. contact yg berkenaan:

  • Gunung Ledang Resort Sdn Bhd
    Bt 28, Jalan Segamat
    Sagil, Tangkak, Johor

    (06) 977 2888, fax: (06) 977 3555
    Website: http://www.ledang.com/
    E-mail: ledang@tm.net.my

  • Gunung Ledang Johor National Park
    Website: http://www.johorpark.com/ (Still under construction)
    E-mail: jnpc@johorpark.com

    Park manager: Francis Cheong,
    E-mail: francis@johorpark.com,

    012-721 3300

  • no tepon guide ledang :
    Is - 0196878615
    Ah Chong – 0127109426

    renjer fauzee : 0193573782
    renjer Imran : 019-6502039

    Info Gunung Irau-Brinchang-Berembun


    hi guyz...
    dah lamer tak post..
    tak lama lagi nak cuti final sem... korang ader plan nak g maner2 tak??
    Jack, jadi ker trip ke Datok?..ader orang sampai dah termimpi2 korang gi camping kat Datok tak ajak dia.. hehehe..

    aku dengar Kejang Gemok nak wat trip g Cameron...uissshhhh..mesti best sbb tpt tu sgt sejuk.. minyak masak pn bleh beku..pagi2 bl bukak kemah rasa mcm camping atas awan..kabus tebal giler..rasa mcm kat negara org putih pn ader, sebab bl bercakap mulut kuar asap.. sejuk jgn citer ar, nak buang air pun rasa tak sampai ati..tapi wlaupun sejuk, makanan takder lah lambat nak masak, mcm biasa jer..tapi bl minum air teh panas kene minum cpat2, sbb klu lambat nnt jd teh ais plak..
    view kat area situ dasyat..cun abis..nnt klu sempat aku post gmbar kitorg masa kt irau brinchang, raya cina thn lepas...

    kat bawah ni aku bg info sket psl gng2 yg kat cameron tu...

    Gunung Irau (6923’) - Gunung Brinchang (6664’), Cameron Highland, Pahang

    Starting Point
    Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.

    Trail
    Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.

    Anak Irau
    Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.

    Puncak G. Irau
    3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.

    Puncak G. Brinchang
    Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa. Satu menara tinjau didirikan disini membolehkan pengunjung melihat panorama sekitar serta Banjaran Titiwangsa.

    Gunung Berembun (6817’), Cameron Highland.

    Hutan Lipur Sg. Pauh
    G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan tanah tinggi dengan air jeram yang begitu dingin. Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan sekitarnya. Tarikan utama gunung ini menjanjikan satu aktiviti jungle trail buat pelancong ke CH serta satu gunung yang memudahkan pendaki menambah koleksi pendakian gunung.

    Pokok-pokok di tapak perkhemahan tinggi-tinggi dan agak unik. Pendaki boleh mendaki samada dari tapak perkhemahan atau pergi ke kebun sayur bersebelahan Mardi dan Muzium Teh CH. Papan tunjuk arah dan jarak dipasang sepanjang trail.

    Puncak
    Puncak gunung bertanah rata dan lapang. Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat view point untuk pendaki melihat panorama Pekan Brinchang. Keadaan beirut agak uzur serta telah pun condong akibat patah beberapa tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan kesan vandalisme.


    Friday, March 24, 2006

    Da' latest Nuang















    1st day...




















    cari benda tersembunyi....
    ( 2 ranting kayu..)
















    dah sampai puncak dah....
    yeah!!!!!


    gamba len tak sempat lg nak upload...
    cc nak tutup dah nihh.....

    Wednesday, March 22, 2006

    XPDC Gunung Nuang berjaya

    Assalamualaikum!!! Memula skali aku nak ucap tahniah semua, khasnya kepada warga2 junior yg telah mengikuti XPDC Nuang 18-19 Mac aritu kerana telah berjaya sampai ke puncak. Utk camping kali ni, aku nampak sumorang happy, n aku suke camni..walaupun camping kali ni singkat dan agak penat, tp sumorang enjoy, especially part mandi air terjun. Naik puncak pun aku tgk sumorang smangat, walaupun agak letih+slow, tahniah..tahniah. Harap2 sumorang dapat merasa nikmat berada kat puncak.

    Selain tu, aku harap jugak dgn adenye XPDC ni, adik2 junior dapat belajar sesuatu, walaupun x banyak (camping ni telah memperkenalkan chan-chan dg main-tent..masa aku psg maintent, die tanya watpe tu?pasang maintent la!!). Harap korang sume x ikut bute je camping ni, blaja jugak camne nak organize trip, nak urus bajet, pengangkutan dan jugak blaja camne nak uruskan orang. Ade 13 org yg pergi, maknenye ade 13 perangai yang nak kene kite hadapi. Selain tu, perlu jugak kite belajar sesuatu dari org2 yg ade pengalaman ttg camping ni, antara yg nk kene blajar adalah pantang larang dlm hutan, tips2 mendaki, etika mendaki dan lain2 lagi.

    Satu yg aku nk tegur sikit, ade antara peserta yg menjerit dgn kuat masa kat campsite n kat atas puncak. Mmg dah jadi sifat pompuan cepat terperanjat, tp pasni kalu boleh kita control diri kita dari buat bising x tentu arah kat dalam utan. Bila bercamping, bermakne kite datang tempat `orang', bukannye tempat kita. Ape korang rase kalu org yg korang x kenal dtg umah korang, pastu jerit/buat bising x tentu arah?Mesti korang marah kan? Kalu dah marah, ade la bende yg korang buat nk kasi org tu diam ye tak?heheh, pikirkan sendiri, memasing dah pandai berpikir.

    Selain tu, bercamping nih akan memberi kite pengalaman lain dr yg lain. Ade yg best, ade yg tak best. Biasenye bile kite masih ade kat dalam utan, crite2 yg best je akan sronok utk diceritakan. Benda2 yg x best kita simpan, peram dulu, kasik cerita bila dah sampai kat tempat kita, baru syok cite ramai2 sambil minum nescafe ke, teh tarik ke, teh ais limau ke (oppp pida!!!). Kalu bleh, mase kite tgh trekking nk klua dr tempat `orang' pn jgn kite cite..mane la tau, kot2 cite kite tu dianggap umpatan oleh `org' lain.

    Last skali aku nak ucap TQ kepada mereka yg terlibat buat XPDC ni, aku pun sebenarnya dah sangap nk masuk utan..skali kene panggil join trip, apelagas,jalan je la..kepada Karam n Bubor, renti2kan la buat keje x tentu arah a.k.a keje gile tu, korang tu dah tua bangka, tunjuk perangai x elok plak (psttt,karam jadi dugong, sape yg tgk tu ilang ilmu satu sem!!), pastu buat bebudak cuak...kepada sesape yg kene kutuk kaw2 ngn aku tu, aggap la tu satu gurauan2 mesra..anda kene biasekan diri utk dikutuk, dibahan, dihina, dicaci da sebagainye kerana mulut2 3rd reccers ni x penahnye elok (aku ok,mulut aku baik,hehehe..). Orite, caloh!!!nk tido ar..

    Tuesday, March 14, 2006

    a ReQuest from AMran @ PakCIK

    haloo kengkawan sumer...

    ader 1 request, dr amran.. dia kater kepale dia dah sangap nk mampus sbb dah lamer tak masuk utan...
    so this weekend, dia nk g jenjalan, lepak2 kat dlm utan..dia ajak lepak lolo, tapi aku malas ar nak ngadap jln balak tu..
    semalam karam ajak aku meneruskan ops. pangkah air terjun..minggu lepas kitorang dah mulakan ops. ni, tapi bukan air terjun la yg kitorg g..just sungai jer..kat Janda Baik..sori la sbb tak heboh2kan psl janda baik ni..problem transpot sbenanyer..aku plan g recce dlu, pastu next time kt g ramai2..
    karam ajak lepak gabai/tekala weekend ni..
    tp aku ader plan lg satu..kt lepak ledang..nak tak??
    budget...gabai/tekala = RM13.00, ledang = RM23.00 (klu nak BBQ, plus lg RM3.00).. so korang pilih la nk g maner..pasal transpot, akan aku usaha kn cari 3 bijik kete..so bleh sumbat dlm 15 org.. aku malas nak bg full tentative, kang tak jd wat penat jer..tp tarikh dia (g 18hb, balik 19hb)
    plan ni adlah backup plan utk xtvt kayak..klu kayak tak jadi, kita g salah satu dr 2 tpt. ni..
    ok tak??komen, jgn tak komen..

    Friday, March 10, 2006

    Gunung Nuang

    Akum semua... Sesaper nak pegi nuang ..untuk kali ke...
    So jom la... lagiupun minggu depan dah abih second test..
    So ..aper lagi .. Jom aa..
    Aku dah gian ni..
    Bye..

    salammmzzz

    assalamualaikum w.b.t
    salam sejahtera unt carol, k.raha ngan karam

    dear kawan-kawan yang dah lame tak sembang,

    di saat dinihari yang bening kala menemani suamiku aku telah melayari blog kowang yang best nih....
    aku tak de citer2 atau gambau2 gunung yang nak kongsi ngan kowang....
    jadi aku nak kongsi gambau kawin-kawin aku untuk kowang yang tak sempat nak datang majlis aku ngan suami...ni kat kampung aku jer...kat sabah lum sempat gi....


    lepas akad nikah, batal air sembahyang

    Alhamdulillah...sah sebagai isteri


    pun batal air sembahyang.....


    persalinan untuk bersanding......

    tunggu rombongan pengantin lelaki, sempat posing lagi

    Tuesday, March 07, 2006

    adeh... rugi

    assalamualaikum suma...
    adehla.... kenapa la aku lambat sangat nak join menda nie...
    aku baru jek nampak yang jijah posted... g nuang weekend lepas ek??
    adehla.. termiss lak aku... lagipun aku kena keje r weekend lepas....
    anyway... aku suka gak baca menda2 yang korang tulis tu... n aku still tunggu cerita2 gng tahan tu... hehehe... patutnya kena tanya pengalaman mereka yang berak kat puncak botak tuh... tanya sket r betapa feelnya berak kat situ... terutama senja dengan lyd....
    hahaha.. masyuk x masyuk r berak kt situ... bertemankn bintang yg penuh d langit...
    semak samun yang menyucuk2 d bwh...uuhhh... feel gler beb....

    Friday, March 03, 2006

    Hello..

    tatau ah nak letak ape...
    nak letak gamba jugak...tapi xde yg seswai...