Saturday, April 29, 2006

Sunday, April 16, 2006

Membership?

Membership?
Tinggalkan je alamat e-mel kat comment. Nanti aku antar invitation. Kalau ada prob. msg je aku. contact aku kat botkaram@yahoo.co.uk, yahoo msgr pun buleh tak pun anto sms kat 017-6350860

Tuesday, April 11, 2006

gambau nuang aritu

weh korang yg ade gmbr nuang aritu..kasik upload la,aku nak tgk..sian aku,dah la xde kamera,dok jauh lak tu,kasik la aku tgk jugakkkk....

Monday, April 10, 2006

kongsi ilmu tentang SURVIVAL

S - Size Up the Situation
U - Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste
R - Remember Where You Are
V - Vanquish Fear and Panic
I - Improvise
V - Value Living
A - Act Like the Natives
L - Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills


huruf S --Size Up the Situation

ianya lebih kepada bertapa cepatnya kita boleh/ dapat menyesuaikan diri didalam sesuatu keadaan...Asas yang paling penting adalah KESELAMATAN/ Safety....didalam hutan kita sering terdedah kepada tiga bentuk ancaman dan paling penting n0 4

1. Ancaman Alam Sekitar
2. Ancaman Binatang
3. Ancama Manusia
4. Ancaman Diri Sendiri

Tetapi semua ini akan dapat diatasi sebaik mungkin jikalau kita dapat menadaptasikan dengan mengabungkan antara tiga faktor

1. Alam sekitar
2. kelengkapan Dibawa
3. Kekuatan Fizikal & Mental kita

Sebaiknya cuba perhatian kepada sekeliling dan kelengkapan yang ada semasa masa bertenang untuk dirancang tindakan yang akan diambil kerana silap keputusan akan merugikan masa/ tenaga serta menambah buruk keadaan....

Kalau didalam sesuatu kumpulan kaedah perbincangan secara demokrasi boleh dibuat tetapi keputusan majoriti dan ketua adalah ketentuan terakhir dalam membuat sesuatu keputusan/ tindakan bagi menjamin keselamatan ahli.... faktor kehilangan masa/ bekalan/kelengkapan boleh memburukkan lagi keadaan..

Sebahagian dari ilmu survival ialah pengetahuan ttg tumbuhan hutan...silap makan...tak bernafas la jawabnyer....so..Ilmu Survival adlh penting..


Tumbuhan di hutan adlh pelbagai...ada yg boleh di makan dan tidak boleh dimakan...spesis beracun ataupun tidak!! Bagaimana nak mengenalinya..?...ada beberapa kaedah....

1/ Sekiranya anda tersesat...dan berjumpa pokok yg berbuah dan tidak tahu spesis apa...berhati2..takut beracun....!! cara nak tahu beracubn atau tidak...cuba tengok atas pokok..adakah ada binatang makan atau tidak buah tersebut....sekiranya ada mereka makan bermakna buah tu tak beracun....

2/Untuk tahu specis pokok tu beracun atau tidak...ambil sehelai daun...dan letakkan di tempat sensitif ( jgn fikir lain..bukan tut!! )...tempat sensitif di sini ialah di leher...., pipi, celah peha...dan kalau ada tanda2 gatal dan kemerahan..AWAS!!! ia spesis beracun...tak boleh di makan ...

dan juga cuba rasa sedikit dengan menggigit..kalau ada rasa gatal2 tuh....apa lagi...jangan makan...

3/Tumbuhan lain yg perlu dielakkan ialah pokok yg mempunyai getah yg pekat , berbulu atau permukaan yg kasar...cuba hindari....

Sunday, April 02, 2006

Doa masuk hutan dan lain² ilmu..


Doa ni aku copy dari buku `Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah' karangan Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din, Cetakan Keempat (1990)..kalau boleh hafal dan amalkan la doa ni...

Saturday, April 01, 2006

<< encik BUBOR, sila ambil perhatian...>>

FIRST AID ITEMS.

Dressing Items

- bandage -untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan eg.dislocation(terseliuh)
- triangular bandage ( kain anduh) - untuk support bahagian tangan sekiranya didapati atau dikhuatiri ada kepatahan tulang.
- gauze - digunakan untuk cover bahagian luka terbuka
- cotton - digunakan semasa cucian luka.
- povidone iodine 10%(solution) - digunakan untuk cucian luka dan juga sebagai ubat antiseptik (mencegah jangkitan kuman)
- acriflavine (ubat kuning) - untuk antiseptic > mempercepatkan penyembuhan luka.
- dettol - antiseptic untuk bunuh kuman. Digunakan sebagai cucian luar luka. Boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%.
- cream antispasm - ubat untuk cegah kekejangan otot dan juga melegakan kesakitan otot. Eg.deep heat dll.
- LMS solution (minyak kuda) - digunakan untuk melegakan kesakitan otot dan juga lenguh Pada otot kaki dan tangan.
- gunting - biasanya diguna untuk mengunting gouze.- micropore (plaster ) - tutup luka-luka kecil / tumit melepuh
- minyak angin - bagi kaki atau kepala lebih berangin
Medications(ubat-ubatan- oral take)
- PCM ( Paracetamol )500mg - untuk sakit kepala dan juga sbg ubat tahan sakit dan juga demam.
- Ponstan(Mefenamic Asid)250mg -ubat tahan sakit.mesti dimakan dengan perut yang berisi.Jika perut anda kosong ,pastikan anda mengambil tablet MAGNESIUM TRICILICATE - 2 tablet untuk mengelakkan kesan jangka panjang spt. gastrik dan kanser perut serta usus.
- Gelusil ( Magnesium Tricilicate) 500mg - ubat gastrik ,angin.
- Syrup MMT ( Magnesium Tricilicate) - ubat gastrik dalam bentuk cecair.
- Claritine - ubat untuk selsema dan juga allergi .tidak mengantuk.
- Syrup benadryl - ubat batuk.ada kesan mengantuk.pengambilan digalakkan pada waktu malam.
- Maxolon - ubat tahan muntah.
- Tab.papase - ubat surut bengkak.
- ORS - ubat untuk meredakan cirit birit.
- Multivitamin - sebagai vitamin tambahan untuk kecergasan tubuh.