Friday, December 26, 2008
Baju - The Design
Sebab takde function untuk edit post lama, so aku terpaksa la bukak post baru untuk tunjukkan design t-shirt T-Rec..ade 2 design yg aku majukan, satu dari joe (gamba dinaso) dan satu lg dr aku (gamba rock climbing)..klik gamba utk gamba lg besar..so korg buat la pilihan..
pasal rege kene la bukak post br lg nnt kot...
Wednesday, December 24, 2008
Baju
Design? akan menyusul, design dari joe dan design aku..nanti pilih la mane mau..
Kaler? akan diberitahu kendian, mengikut kesesuaian dgn design
Rege? sok2 akan tau, bergantung kepada bilangan tempahan dan kualiti baju. lagi byk tempah,lagi murah
Sekian untuk makluman.
Tuesday, December 23, 2008
K.E C.A.M.E.R.O.N.
just call k..
Mari Berhibur
Soalannya, Kereta kabel letaknya kat mane?
Wednesday, December 10, 2008
Cameron -VS- Panti Arong
Tuesday, December 02, 2008
XPDC BUJANG MELAKA
Jumaat
ahad
Kekusutan ke Korbu Gayong [ III ]
Monday, November 17, 2008
Kekusutan ke Korbu Gayong [ II ]
setelah membuat sedikit perbincangan dengan incik guide.. terdapat beberapa risiko yg mungkin akan dihadapi jika Korbu Gayong ni dilakukan ketika musim tengkujuh ini.. antaranya yang utama :
1) Masa : kemungkinan besar 60% akan jalan malam setiap ari (sebab ujan)
kalo x ujan, kebarangkalian tu jatuh ke 5% @ 10% jek
2) Mental disorder : sebab jalan Jaaaaoooooohhhhhh (sbb kita akn naik dan turun tpt sama.. so..U-Turn tu jauh... ada dkt 8KM perjalanan utan)
tp ia akan ok kalo konsep "WonderPet" digunapakai.. hehehhehe.. so.. sekarang na tau nama peserta.. kalau lebih 10org yg na join... xtvt ni jalan, kalo x postpone tarikh yg xtau bila laie...
XPDC GUNUNG BUJANG MELAKA, KAMPAR
Tarikh: 28 - 30 nov '08
Tempat: Kampar, Perak
Bayaran: RM80.00 (guide, ration, transport)
Tentatif :
Jumaat (28/11/2008)
2000 : berkumpul di maulana
2200 : bertolak ke kampar
Sabtu (29/11/2008)
0200 : tiba di masjid kampar(repacking & rest)
0700 : breakfast
0900 : gerak ke starting point-air terjun jerangkai(park kereta)
1000 : start treking
1100 : campsite balak
1300 : waterpoint/lunch
1500 : campsite lebah
1600 : start treking ke puncak
1800 : tiba puncak
1930 : turun ke campsite lebah
2100 : tiba campsite lebah/bermalam
Ahad (30/11/08)
1000 : start treking
1300 : port mandi/lunch
1400 : tiba bawah n bersurai
line-up:
1.pda
2.joe
3.pijot
4.babas
5.pit
6.kejang
7.k lyd
8.mai
9.abib
10.qem (guide)
11.kwn qem
12.koroi
13.jubir
Wednesday, November 12, 2008
Kekusutan ke Korbu Gayong [ I ]
salam kawan2.. aku na mintak pendapat.. mengenai trip korbu gayung ni..
Friday, October 31, 2008
T.R.I.P N.U.A.N.G
Sunday, October 19, 2008
Akhirnya..
Pada hari yang penuh bersejarah ini, dapat dirasakan suatu iklim yang berbeza menyelubungi perkarangan di mana berlangsungnya Majlis Konvokesyen di UPM. Jika pada majlis-majlis konvokesyen sebelum ini, wajahnya amat payah dilihat bersama-sama meraikan sahabat-sahabat, tetapi pada hari ini, wajah itu tampil, memberikan kejutan, bukan untuk meraikan, tetapi untuk DIRAIKAN!! Akhirnya, ikon itu berjaya, berjaya menggayakan jubah dan topi empat segi yang dipakai oleh sahabat-sahabat sebelumnya...bukan sekadar menggayakan, tetapi persalinan itu adalah dikhaskan untuknya, untuk insan yang bergraduat, insan yang berjaya menamatkan tugasnya di menara gading...setelah menunggu sekian lama, hampir sedekad, akhirnya ikon itu BERGRADUAT. Ikon itu tidak lain dan tidak bukan, insan yang amat kita kenali, KARAMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!
Hahaha...akhirnya karam grad siot!!! aku masuk die dah ade, aku klua, die tak klua2 lagi..hahaha, tp ape2hal pn, tahniah beb..grad jgk ko..bak kate pepatah bebudak 3rd, JANJI GRAD!!!
Sunday, October 12, 2008
Tuesday, October 07, 2008
Diving Courses (open water)
Salam kembara kepada kengkawan semua..
aku skrg tgh usha diving course .. saje na tambah ilmu...
aku ada jumpa 1 kampeni g tawarkan harga cool...
info yg aku jmpa (ada kt GO) :
Jenis lesen : open water diver
harga : RM 850 ( including makan, minum, equipment, penginapan, bot and lesen Scuba Diving Int)
Tarikh : after March (sbb skrg ni musim tengkujuh
Vanue : Coral Reef Bidong Island, Kuala Terengganu
program : - Class @ briefing
- 4x praktikal Confined Water
- 4x praktikal Open Water
* lesen SDI valid for lifetime
* nk tau lbh psl SDI usya kt www.sditdi.com
* Instructor berpengalamn n b'kelayakan
* transpot x disediakan dr Kuala Terengganu ke jeti Merang (leh usahakn kalo rmai yg xder transpot)
* peserta no limit tp jgn le smpai sekampong..... hehe
jom ar.. kalo yg berminat <10>
nyamm...nyammm.. mehle jadi beachboy lak!
Thursday, September 25, 2008
Update Jelawang
Berkereta pada 24hb Oktober
1. Sodiqin @ Chief Besar
2. Norhafidah
3. Nurul Zakiah
4. Sharifah (xkompom)
5. Jackson De Rozario
6. Khairul Affandi
7. Junaedy
8. Raziz
9. Maisara
10. Nabilah
11. Amee
12. Husni
13. Koroi
Yang berkereta 25 hb Oktober
14. Amran
15. Hafiz
16.Razi
Yang Berkeretapi
17. Raha
18. Tunggong
19. Azim
Yang Perlukan Konformation selanjutnye (sesiapa yang menjemput mereka sila update ye)
20. danon
21. parit
22. sapkon
23. rekek
24. yani
Bilangan kereta
1. Karam
2. Pida
3. Koroi
Kereta yang tak kompom
1. yani ---> Kalau de pegi ade la keta de
2. Serabut
Campur ngan yang x berapa kompom jumlah besar ada
24 orang
Yang bergerak ngan keta 24hb, campur ngan x kompom
18 org
Maka dengan itu, permasalahan yang perlu diselesaikan adalah:
1. Kereta yang da kompom ada 3, orang ada 18.
2. Kalau yani gi, bebanan da berkurangan.
3. Serabut dapat tak keta ni? Kalau yani tak pegi, kene cari satu lagi kereta untuk menampung kekurangan.
4. Ada cadangan x untuk permasalahan ni?
Perkara lain2:
1. Menu
2. Bayaran
3. Peralatan
Friday, September 19, 2008
Penginventorian Bebarang Rekreasi
Objektif utama:
1. Takkan setiap kali aktiviti baru nak carik barang
2. Penyenggelaraan barang2 mudah dikawal
3. Nampak cam handal sikit
4. Kos dapat dijimatkan. Setiap kali nak buat, nak beli baru.
5. Sekurang2nya tahu apa yang kita ada. Boleh plan nak beli barang2 baru seperti walkie-talkie, helikopter, et cetera.
6. Stor tak rasmi dah mintak sewa tapak; pakcik la ni!
7. Kemudahan kita juga.
Dengan itu, mengikut skema yang telah diperturunkan, peralatan rekreasi berkumpulan terbahagi kepada 4 bahagian:
1. Peralatan Perlindungan
2. Peralatan Memasak
3. Peralatan Keselamatan
4. Peralatan Khusus Aktiviti
Diharap, setelah tersedianya rekod ini secara online, dapat la kita merancang untuk aktiviti seterusnya seperti memanah ataupun futsal mingguan.
Sekian Melaporkan.
-Rekreasi Terancang Teras Ekonomi Kukuh-
Thursday, September 18, 2008
Update #3: Projek Kinabalu Masih Berjalan?
sbb pilih bln 6-tiket murah, bkn musim ujan, cuti sek.
Anggaran Belanjawan: RM1000.00++
-Kinabalu: RM 350.00
-Padas: RM 130.00
-Pengangkutan(flight): RM 200.00++
-Penginapan: RM 200.00
-lain2: RM 200.00
(van sewa= airport-kundasang, kundasang-kk, kk-padas)
Tentatif pergerakan:
5/6 (Jumaat):KL-KK, KK-kundasang
6/6-8/6(Sabtu-Isnin):kinabalu (naik ikut mesilau, turun ikut timpohon)
9/6(Selasa):kundasang-KK (rest)
10/6(Rabu):white water rafting Padas
11/6(Khamis):relax (kiv from guide, maybe wat island hoping)
12/6 (Jumaat):KK-KL
Senarai name yg konpem:
1. pjot
2. pda
3. k.bibah
4. kawan kak bibah???
5. serabut
6. bubo
7. yed
8. jo
9. pitz
10. kak lin(housemate)
11. babas
maksimum 16 org, nk konpem kn cpt sbb nk booking tiket flight
nk nama konfirm last 6/10
deposit RM 350.00
senarai detail akan diberitahu kemudian.....
Disediakan oleh Pijot
-Rekreasi Selamanya- 353436
Jelawang Konvo Raya
Yang Pergi:
1. Sodiqin @ Chief Besar
2. Norhafidah
3. Nurul Zakiah
4. Sharifah
5. Jackson De Rozario
6. Amran Rafique
7. Khairul Affandi
6. Junaedy
9. Raha
10. Azim
11. Raziz
12. Maisara
13. Nabilah
14. Razi
15. Firdaus
Yang 50-50
1. koroi
2. jubir
3. danon
4. parit
5. sapkon
6. todong
7. rekek
Method Pergerakan: Kereta (WPD, NBW, PGL, NCA)
Budget: RM 60.00 (tak termasuk minyak & tol)
Sekian melaporkan.
-Rekreasi Selamanya-
Thursday, September 11, 2008
Pantun dah, Syair dah, Nak Pegi Ke Tak Ni?
Jelawang Konvo Raya 2008
Tarikh: 24 -27 Oktober 2008 --> Jumaat sampai Isnin
Modus Pergerakan: Kereta/Keretapi <---Belum decide bebetul lagi
Tema Makanan: Raya ----> Wajib ade kuih raya
Tema Pakaian:
1.Jubah Konvo <---Yg berkonvo
2.Baju Melayu & Baju Kurung <---Semua Orang
Duit yang perlu disediakan: RM 70 - RM 120
Tentatif Berkeretapi:
241008
9.00 mlm - Keretapi sampai
251008
Sampai pagi, gerak spt biasa ke Jelawang, Bersukaria
261008
Masih Bersukaria di Jelawang + Visit ke Air Terjun Cabang Dua tu + Gerak Turun
9.00 mlm - Keretapi sampai
271008
4.00 pg - Sampai ke Serdang
Tentatif Berkereta:
241008
9.00 mlm - kat maulana lagi, kompem punya
11.00 mlm - gerak ke Gua Musang
251008
4.00 pg -Sampai ke Gua Musang
5.00 pg -Nak wat ape ek?
7.00 pg - gerak spt biasa ke Jelawang, Bersukaria
261008
Masih Bersukaria di Jelawang + Visit ke Air Terjun Cabang Dua tu
2.00 ptg - Gerak turun
5.00ptg - Dah siap berhensem2/bercantik2
6.00 ptg - Singgah Rumah Abah
8.00 mlm - Balik ke Serdang
271008
1.00 pg -Sampai Serdang
Yang Konfiden Jer Boleh Pegi:
1. Sarip <--- 1st ni letak, tak pegi siap ko
2. Pida
3. Jo
4. Pijot
5. Serabut
6. Karam
Yang Lebih Dari 50%
1. Kejang
2. Raha
3. Teman Misteri Raha
Yang Pegi Ikut Keadaan
1. Pakcik
2. Bubo
3. Yed
Yang Tak Tahu Ape Cerite
1. Lydia ---> Respon dr. En. Kejang diperlukan
2. Jackson De Rozario
3. Koroi
4. Guide Tahan kawan Pakcik ----> Respon dr. En. Rambo diperlukan
5. Mai <--- Respon dr. En. Pida diperlukan
6. Abib <--- Respon dr. En. Pida diperlukan
7. Khairul Affandi
8. Todong
9. Babas
Jumlah Besar: 21 org
Persoalan Yang Perlu Diselesaikan.
1. Master Chef sapa?
2. Bebarang cukupkan?
3. Serabut!!! Budget gerak ngan keta berapa ringgit!
4. Ade sesaper lagi nak ikut?
5. Kalau ade mende yang tertinggal, silalah tambah
6. Serabut - Chief Besar trip ni
Sekian Melaporkan
Tuesday, September 09, 2008
Mari bercuti ke Jelawang!
Jom bercuti-cuti ke Jelawang!
Tarikh: 24 - 26 Oktober 2008
Kalau setuju, boleh ler start plan da. Check2 timetable masing2.
Panjangkan berita ni kepada kengkawan lain.
Thursday, August 28, 2008
Log Perjalanan Yong Yap 23-25 Ogos 2008
2200 - Berjumpa di Maulana Ha*j*ng (sambil makan malam) thanks to pakcik, karam, kesam, Pitz, Ben dan Pijot yg teman mlm tu
2300 – Amik peserta terakhir yg sampai dari johor ( Lyd)
2345 – Pegi kolej amik mass tin (kejang tertinggal masstin dia kat umah..)
Sabtu 23rd August 2008
0030 – Jumpa Guide Yong Yap A.K.A Poncho di KL Sentral
0130 – Bergerak ke Kampung Raja (Lalu SIMPANG PULAI). 2 kereta gerak dari KL, 1 keta gerak dari Kedah. Driver keta dari KL- Simpang Pulai Pda = Serabut, Keta Kejang = Babas
0300 – kereta kejang masih di KL, Babas bawak sesat menghala ke kajang(lalu highway Grand Saga, tah camne tah ley sampai situ), bukan ke utara.. adushh~
0430 – berjumpa dengan kereta serabut di tol Simpang Pulai, tukar driver.Driver keta dari Simpang Pulai – Kg Raja keta Pda = Daus, Keta Kejang = Poncho
0500 – Bubo + Yed baru gerak dari Kulim
0530 - Peserta dari KL sampai ke Kg. Raja(Tido jap kat Surau)Sejuk gile.
0700 – Repack balik semua2 barang dan tunggu Bubo + Powil(Mr. Kumar)
0730 – kejang+serabut wat warming up dengan menapak ke balai(jauh tuu.. atas bukit lak tu)
0800 – Bubo+ Yed sampai dan terus g breakfast
0900 – Naik powil dari Kg Raja ke Pos Brooke (Sharip Pucat muka sepanjang Perjalanan sebab mabuk naik powil).
1000 - Start trekking dari starting point ke Kem Sungai Y
1245 – Tragedi disengat tebuan berlaku 4 mangsa dikenalpasti (Lyd, Kejang, Yed, Bubo) paling banyak kena sengat = Lyd dengan 4 markah tapi…….
1300 – bubo mula wat perangai pelik, muka berubah bengkak, 1 badan merah-merah, mata pon merah, badan gigil2.. pastu ngantuk, loya dan na berak tiba2.. guide bitau yg bubo ni arlegik bisa tebuan.
1330 – guide wat decision utk lepak kat tepi sungai utk lunch sementara tunggu bubo recover dari gigil.lunch dan hujan mula turun dengan lebat
1400 – Team pecah 2, 1 team g carik campsite (Poncho, lyd, pda, joe,babas,serabut,sharip), 1 team lg(kejang,daus,bubo,yed), teman bubo.
1500 - Team belakang jalan utk catch up ngan team depan, kejang lead..tp tersalah jalan..terlajak dekat 30minit dari trek asal(guide lalu jalan lama,kejang ikut jalan baru)
1600 – Sume peserta sampai ke Kem Emergency(bak kata Poncho laa). Serabut kaki injured kena buluh time na ke Kem ni. Sume peserta rest
1900 – Start masak mkn malam
Menu mkn malam
- Nasi Putih
- Daging blackpaper
- Sup Kentang
- Kobis Goreng
- Telur Dadar
2130 – sume peserta da start tido, ujan turun lebat gile, peserta pompuan tdo khemah+bubo sebab dia injured, yg lain tdo main tent.(terseksa woo.. sejuk)
2300 – hujan berenti, tapi kena serang ngan agas lak.. baik dlm khemah ngan kat main tent, sume dapat habuan masing2.sapu dettol gak tp xjalan gak. Thanks sgt2 kat ubat nyamuk yg poncho bawak, sangat2 membantu.
p/s : kononnye malam tu ada sentry tp cam haram, sume xna kuar dari sleeping bag, angkara agas la…..
AHAD, 24 August 2008
0650 – dak2 pompuan baru bangun utk wat sarapan n prepare lunch
Menu sarapan dan lunch
- Cucur kentang
- Roti kaya
- Nasi goreng
1000 Start trekking ke puncak( estimated perjalanan 9jam trekking, 17.9km perjalanan)
1020 naik bukit Good Morning(kasi warmup sket…)
1200 Sampai kem kereta, konon na lepak 5 minit jek, sudahnye ada plak org masak air teh, hambik dari 5 minit ke 20minit lepak sana..
1315 Sampai ke Kem Y kecik, Lunch kat sini. Lepas ni baru layan pacak,pacak tahap menyesal punye.
1630 Sampai ke last waterpoint, babas, guide,serabut dan daus turun amik air.Babas sliding 1 kali abis trek ke waterpoint,ilang terus…
1900 Sampai Puncak, layan gile sejuk+view dia terbaik~~
2100 Makan malam
Menu makan malam
- Nasi putih,
- Daging burger masak blackpaper
- Sayur kacang buncis
- Sardin
- Ikan kurau masak lemak nenas cili padi (sedap gile.. guide yg masak)
2300 Layan DVD Vertical Limit, Guide bawak DVD player.. hahahahhahha..
ISNIN 25th August 2008
1015 Start trekking turun
1100 Sharip Start Injured, lutut kong. Xley bengkok lutut
1200 Jumpa last waterpoint
1300 Start hujan, susah na jalan. trek licin
1330 Sampai kem Sungai Y, lunch jap. Beg sharip guide bawak, sampai kat lintas sungai 1st lepas dari Bukit Good Morning, joe bawak beg sharip, serabut bawak beg joe...serabut bawak 2 beg start dari sini sampai ke luar~~
1430 Start trekking balik keluar. Jalan non stop, berenti jap kat pintu rimba sebab maghrib (11 jam 30 minit perjalanan, tepu dan mental wooo..)
2200 Sampai ke Starting point, last sungai yg kena redah tu paras dada… yg yed plak xsampai kaki… thanks to guide, babas, serabut dan daus yg jadik tukang jaga budak lintas mlm tu.
2330 Sampai di Balai Polis Kg Raja. Report kat polis semua selamat dan bergerak balik ke KL
P/S : Gambar utk Yong Yap bole tengok kat sini
Monday, August 18, 2008
Update Yong Yap 200808
Di sini aku listkan line up yg akan pegi trip Yong Yap updated by 18082008
01) Kejang
02) Lyd
03) Bubo
04) Pda
05) Babas
06) Daus
07) Yed
08) Joe
09) Serabut
10) guide
11) sharip
full da line up..
Sekarang ni, berdasarkan penyertaaan, maka yuran terkini adalah RM130+RM10 = RM140
Detail belanjawan bole di download dari sini
p/s : - kat belanjawan tu, sila rujuk yg tulis latest tu.. ada perubahan sket kat budjet peralatan, mknan dan kontigensi
- harga yuran = RM130 tp tambahan RM10 untuk budjet na beli flysheet baru..
Mari Melawat Kuala Lumpur!
Memandangkan kita semakin menghampiri bulan Ramadhan al-Mubarak, dengan ini T-Recs akan berehat dari aktiviti outdoor.
Sebelum itu, sementara Syaban masih ada, aku mempunyai cadangan untuk menghabiskan hujung minggu ni!
Aktiviti : Melawat Zoo Negara, Muzium Negara, Masjid Negara, Tugu Negara, Shopping Ramadhan di Uptown
Tarikh : 23 hb Ogos 2008
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Bayaran : ~Rm 30 (Minyak keta, Tiket Zoo, Tiket Muzium. Kalau ada kad matrik, bawak jer, kot dapat murah)
Aku dah berapa tahun dok kat area Klang Valley ni tapi satu tempat perlancongan aku tak pernah pegi. Kot la kalau aku pegi tempat lain, diorang tanya kat aku pasal mende2 camtu, takkan aku nak cakap tak tahu lak...
Hehe... Jom la kita pergi... aku teringin sangat...
Sekian!
Friday, August 15, 2008
Update Kinabalu 2009
'Cabaran Kinabalu T-Recs 2009' (C-KiT 09)
Persoalan yang perlu diselesaikan:
1. Sape nak pegi ni?
2. April, Mei, Julai, August, Disember. Bila bulan yang sesuai?
3. Sekurang-kurangnyer 12 orang kan?
4. Kita akan ber'padas' sekali ke takyah?
Pijot ada bagi info dalam komen sebelum ni:
org (kata ganti nama yang pijot guna) ade dpt contact psl kinabalu...
-nek gunung kinabalu je=RM 350++ (makanan, penginapan kat laban rata, guide)
-padas white water rafting=RM 140++
so total lbh kurang RM500 utk dua-dua package tu...x termasuk tiket flight la ye tpnye...
Tiket kapalterbang depends kepada timing yang kita pilih. Ada yang pergi balik RM 300 dan ada yang RM 500 pergi balik.
Time bila murah, time bila mahal, aku pun tak tau. So kene kompomkan yang ni.
Sape2 ada cadangan, permsalahan ataupun panduan, boleh ler berkongsi. 353436
Tuesday, August 12, 2008
Friday, August 08, 2008
Tagline T-Recs
Err, seblom tu, kalu ade sesape yg tak paham ape tu tagline, aku memetik kata2 dari En. Wiki b. Pedia, sejenis Profesor yang tau sume bende. Menurut En. Wiki, :
"A tagline is a variant of a branding slogan typically used in marketing materials and advertising. The idea behind the concept is to create a memorable phrase that will sum up the tone and premise of a brand or product (like a film), or to reinforce the audience's memory of a product. Some taglines are successful enough to warrant inclusion in popular culture, often becoming snowclones."
Jadi, kalau melihat pada kata2 En. Wiki di atas, dapatlah aku mengeluarkan beberapa isi penting tentang apa yg dikatakan dan apa tujuan tagline itu sebenarnya. Antara yg penting adalah :
1) Maksud : `Penjenamaan sesuatu item dlm bentuk slogan'. Dlm kes kita ni, item merujuk kpd T-Recs itu sendiri.
2) Tujuan : Memudahkan kita mengingat produk/item tersebut. Tagline tu menjadi trademark pd item tersebut.
Tagline yg baik mestilah ringkas, mudah utk diingat, mempunyai pronunciation yg sedikit catchy, dan yg paling penting MELAMBANGKAN item yg diwakili.
Antara contoh2 tagline yg popular di dunia adalah:
1) Honda - The Power of Dreams
2) Nike - Just Do It
3) McDonalds - I'm lovin' it
4) Nokia - Connecting People
5) Gunung Online - Warisan Khazanah Pergunungan
6) The Rock - Do You Smelllllllllllllll??????
So, aku rasa2, kalu T-Recs ni diadakan tagline, mmg best la...amacam? Sila kemukan pendapat korg pasal tagline ni. Kalu korg ade tagline yg dirasakan sesuai, sila la senaraikan. Mungkin akan diberi satu tempoh masa utk kita senaraikan tagline2 yg kite rasa handal, pastu kita vote pilih tagline mana yg paling sempoi, handal, terer, hang tuah, daboom, rambo, henthem dan sebagainya utk dijadikan T-Recs nye tagline. Sila kemukan pendapat anda..
Thursday, August 07, 2008
Update tentang Yong Yap
Harga : RM150 (kalau ley wat 10 org)
Detail untuk belanjawan dan menu dan peralatan boleh download di sini
Berkenaan tentatif, pihak penganjur masih menunggu tentatif dari Guide..
Sebarang pertanyaan atau komen yang membina bole tulis kat ruangan komen nnt k..
feel free to comment..
Wednesday, August 06, 2008
Monday, July 28, 2008
Cadangan XPDC Mendaki Yong Yap
Di sini saya sertakan tentative ringkas perjalanan bagi sesape yg na ikut :
22nd August 2008
2200 – berkumpul di umah kt Minlon
2359 - bertolak ke kampong raja, Cameron Highland
23rd August 2008
0800 - Sarapan dan last setting barang
0900 – Naik powil ke Sungai Y
(bermalam di Sungai Y)
24th August 2008
0700 - Naik ke Yong Yap estimated 8jam naik+turun (Daypack)
(Bermalam di Sungai Y)
25th August 2008
0900 – naik powil balik ke Kampong Raja
* Tentatif di atas adalah hanya rancangan kasar saja, akan diperhalusi kemudian
* Line up adalah terhad kepada 20 yg pertama
* Tarikh tutup pendaftaran = 18th August 2008
* Yuran pendaftaran adalah RM150++(jika cukup 20 org, yuran ley kasi kurang)
Lineup skrg
1. kejang
2. lyd
3. bubo
4. pda
5. todong
6. sapkon (akan difolo up lain)
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
LAPORAN XPDC ANGSI
20 July 2008 - 21 July 2008
Pada 20 July, 3 org dak2 T-Rec iaitu Kejang, Babas dan Lyd telah berjaya mendaki dengan jayanya Gunung Angsi di Ulu Bendul , N9. Di bawah adalah log perjalanan.
20th July 2008
1200 - Tiba di parking area di Hutan Rekreasi Ulu Bendul
1330 – Settlekan pendaftaran
1. Bayaran tapak khemah = RM10 sehari
2. Bayaran pendakian = RM5 seorang
- Renger memberi tahu kitorang x dibenarkan naik sebab peraturan baru yang kalo na naik ke puncak, kena naik sebelum pkl 0900. So, keputusan dibuat dan kami berkhemah di tepi sungai sebelah trek ke Gunung Angsi
1530 - Sampai ke tapak perkhemahan .
Menu makan malam
- Nasi putih
- Ayamas crispy
- Daging burger
- Sayur kacang buncis goreng
Malam- Just makan malam dan main UNO sahaja, tido seawal 2230 sebab target na naik puncak pukul 0730 (kononnye….).
21st July 2008
0730 - Baru bangun.
Menu Sarapan
- Roti kaya
- Air Nescafe
- Nasi Goreng (dimasak utk makan di puncak)
0915 – Start trekking dari campsite
0945 – Sampai ke Jeram Kak Lang
1130 – Sampai di kawasan bertali
1200 – Sampai di Puncak Angsi
1300 – Turun dari Puncak Angsi
1445 – Tiba di Jeram Kak Lang
1500 – Tiba di Campsite
1600 – Keluar ke area di Hutan Rekreasi Ulu Bendul.
p/s : sesape na tgk gambar, sila click link ni --> GUNUNG ANGSI
Sunday, July 27, 2008
Cabaran buat ahli T-Recs!
Bila?
Setahun dari sekarang...
Kos perbelanjaan lebih kurang dalam RM 1000.
Amek la skali nak buat kos terbang, kos guide ngan kos persendirian.
Secara matematik kompleksnyer, sebulan simpan RM 100, setahun da cukup. Amacam?
Boleh sahut cabaran tersebut? 353436
Friday, July 25, 2008
Wednesday, July 16, 2008
Laporan XPDC Chabang
Alhamdulillah xpdc chabang sukses, slamt g n balik walopun masing2 mengalami ketegangan otot peha akibat tak stretching. Antara 11 org yang menjayakan xpdc ini ialah Syarip, Jo, Abib (Model T-recs), Mai (Uitm), aku, koroi, jubir, babas, todong, shah (membe todong yg pendiam) dan cek pit. Perjalanan dimulakan pada hari jumat (4hb Julai) malam . Jam 8.30 mlm bekumpul kat molana club house. Makan2 dan sembang2 sambil menanti kesemua ahli ekspidisi tiba. Jam 11.30 mlm betolak dr Serdang.
Sabtu (5 Julai)
Tiba di medan selera Gopeng jam 3.30 pg. lepak2 n kenal2 ngan guide. Ingat kan Guide Un dan team Cikgu je ader, skali ramai tak terkire. Un menerangkan keseluruhan 70 org yg akan berada di Gunung Chabang esok. Peh..jam pasar malam. Un dengan selamber menyatakan tak disangka seramai ini…dan aku dalam hati menyatakan, kepala hotak la…hehe…
Jam 4 pg : ktorang nek lori. Behimpit2 la cam pendatang asing. Dah la panas nye, dgn todong tekentut-kentut, lori plak x gerak2 lg. rupenye2 ader polis tahan. Ha…ni kes takde permit la ni. Bincang2 nye bincang dlm kul 4.45 pg baru la lori gerak ke Pos Slim yang mengambil mase selama 45 mnt. Sampai kat Pos Slim (first check point) trus ktorang hamparkan ground, rest n relax. Kat sni ader bangsal, sungai dan dah masuk area pekampungan org asli. Kalo nak park keta kat sni bly, tp kena mintak permission dr mak batin disamping charge rm 10 sebijik. Ader team yg park keta kat sni.
Jam 7.30 pg : Ration diagihkan oleh guide. ktorang besiap kemas2 dan last minit packing. Sarapan nasi lemak disediakan guide. Time ni babas jumpe seurat rambut ikal mayang dlm nasi lemak nye..hehehe…rambut riyok (ketua guide) la kot psal dier sorang aje yg rambut panjang mengurai.
Jam 9 pg: bekumpul n taklimat ringkas dr ketua guide (riyok). Dah pagi ni baru la nampak muke masing2. ramai btul trip ni. Ader la dlm 40 org keseluruhannye. Pas bace doa trus stat treking. Ingatkan ader sesi warming up beramai2..alih2 trus stat treking. Stat2 aje dah bukit kecik ke pekampungan org asli. Treknye tanah merah baik punye canak mcm dr lolo nak ke pacat (trek nuang) seblum jumpe ke first water point.
Jam 11.30 pg: rest n relax kat first water point. Ader air tejun kocik. Sungai nye masyuk n indah. Chantek sungguh ciptaan Tuhan. Lunch ngan roti gardenia dicelup ngan suop Campbell n 2 slice kek pisang. Huhuhu….lapa…lapa….nak nasi….
Jam 12.30 tgh hr: trekking ditruskn. Pergh…dah stat mencanak gedik, bebtul menguji kekuatan otot and engsel lutut. Time ni sume diamm, muke tegang...Todong mengalami kekejangan. Bak kate Koroi, todong cramp..sambil membuat bunyi cramp crump…cramp crump.. Syarip dah tetinggal kat blakang psl kaki nye cramp gak, nsib babas sudi menemani (padahal babas pancit haversack berat).
Jam 2.30 ptg: Rest n relax. kat last water point. Kat sni ader mata air. Tak smp 10 mnt la trn g amik air. Kalo kemarau mmg takde la kot air nye. Kaler air pun dah keruh skit. Kat check point ni sume g mengisi btol kosong ngan air psl kat puncak takde air. Team ktorang ni dah cam lori syabas - pembekal air gunung. Yg len duk pau ja terutama sorang brader gemuk ni (dah le bawak beg kecik kaler kuning), cucur blakang ktorang pastu pau air si jubir..hehe…
Jam 3.30 ptg: Treking diteruskan.Time ni trek memang dah tahap canak superman. Berpaut2 la kat akar2 pokok tuh. Perjalanan ditruskan hingga ke permatang.
Jam 6.00 ptg: Tiba kat permatang. View 180. superb. Dr kejauhan nampak korbu, gayong, yong belar. Sayup2 je rase view..shahdu gle…campsite kecik, pastu bekolompok2 kelompok. Cam kat irau kecil keadaannye.
Jam 8.00 mlm: potong kobis, kacang panjang, bawang secara gotong royong. Time ni, aku dah konpius lagi tak pham. Guide duk lepak kat main tent ktorang. Riyok take over dapur. Alih2 ktorang dah duk ngadap sesame sendri. Cam org BOD lagi tak berguna pun ader. Guide dah conquer main tent bg tujuan masak-memasak. Lalu, aku, mai, abib, syarip bngn lpk dlm khemah 2 men kepunyaan pakcik.
Jam 12.00 mlm: Makan malam. Lauk kari ayam, kacang goreng, telur. Ktorang ni makan la depan khemah yang sempit n guide mkn dlm main tent. Babas dijemput makan cara sampah bersama guide-guide..hehe...dlm kul 1 pg ktorang pun tdo. Abib, mai, syarip tdo dlm khemah, yg len dlm main tent.
Ahad (6hb Julai)
Jam 7.00 pg: Bngn2 ingatkan dpt tgk sunrise. Tp telepas psl si koroi ni suh sapu kaya kat roti plak.. tekilan btul tak dapat tgk sunrise. Nampaknye kena tunggu trip ke jelawang plak la.. 7.30 pg ktorang gerak ke puncak. Lebey kurang 30-40 minit jugak la. Smp2 view beirut ja.. keliling pokok…huhuhu…hampa..takde view…ktorang breakfast makan cekodok, magi kat puncak. Kul 9.30 pg gerak trn balik ke permatang.
Jam 11.00 pg: Besiap-siap kmas barang sementara guide prepare makanan lunch. Jam 12.00 lunch ngan ikan masak 3 rasa, kacang goreng. Tiba-tiba guide men perang2 kubis. Serpihannye kena plak kat mai.. ha….tegang dah keadaan. Mai trus jerit “ KURANG HAJAR”..peh…trus senyap keadaan. Abib plak kena serpihan nasi. Haa…hangin dah pompuan dua org ni…hehehe….
Jam 1.00 tgh hr: Gerak turun dr permatang ke bawah. Layan lutut longgar. Masing2 layan trek turun. Majoriti men gelongsor. Kire2 jam 6 ptg smpai kat pos slim. Besyukur n gumbira rasa nya. Xpdc berakhir ngan nyanyian n larian keanak-anakan dr koroi “ye ye papa balik…ye ye papa balik”……
Jam 7 mlm : lori tiba. Sampai kat medan selera gopeng, trus mandi n membersihkan diri. Open table ngan semua team xpdc. Kul 11 mlm betolak balik ke serdang dan tiba di rumah pakcik jam 3 pagi. Xpdc tamat.
p/s: harap maaf jika ada sebarang tambahan n tolakan.
Wednesday, July 09, 2008
Jom ke Lolo Revisited!
Serius nak ke lolo ni...
Tarikh : 11 Julai 2008
Hari : Jumaat
Pukul : 8.00 Malam Kat Maulana
Tengok wayang la, kenduri la, ape la...
Dah, dah tu...
Thursday, July 03, 2008
Senarai Guide Outdoor
Lokasi : Kelantan <--- Kawasan yang guide tu aktif
Aktiviti : Berakit Sungai Nenggiri <--- Aktiviti yang dianjurkan
No. Tel : 019-4445556 <--- Perlu terangkan ker part ni?
Rujukan : Pakcik @ Rambo <--- Orang yang guide tu kenal supaya dapat murah ke aper ke
***********************************************************
Wassalam
Thursday, June 26, 2008
Kem Lolo
Tarikh : 27 Jun 2008
Hari : Jumaat
Pukul : 8.00 Malam Kat Maulana
Jom!
Sebarkan kepada kengkawan lain!
Thursday, June 19, 2008
Etika Berdiskusi
- menyalahkan mana-mana pihak tertentu
- menuding jari
- memburukkan orang lain
- Menikam daripada belakang
- membuka aib orang
- cerita yang takde sudah
Sila berikan cadangan/pandangan yang boleh membantu. Diskusi macam ni susah nak buat time lepak kat maulana sebab tak pernah nak serius. Banyak main jer.
Terima Kasih.
Masalah Utama Dalam Sekt. Rek.
Seperti mana yang kita tahu, sekt. rek yang kat kolej tu sentiasa dirudung masalah. Bermula dari Bhep, pengurusan kolej hinggalah ke budak rek sendiri. Memang semua orang ada masalah, tapi tak semua orang nak selesaikan masalah tersebut.
Berikut adalah masalah yang tak pernah nak setel ataupun masalah yang berlaku sekarang:
- Hutang
- X cukup lelaki
- Penyertaan budak kolej kurang
- Gap antara alumni-senior-junior
- Peruntukan kolej yang makin kurang
- Polisi Bhep yang mengurangkan aktiviti rek
- Kemahiran/ Skil bebudak rek yang makin kurang
- Pengiktirafan kemahiran (xde sijil)
- Aktiviti Syok Sendiri
- Kurang sokongan membina daripada alumni/felo
- Barang-barang yang tak cukup
- Transition ilmu daripada alumni ke senior ke junior tak cekap/cukup/ada
Wednesday, June 18, 2008
XPDC Gunung Chabang (1711m)
Lokasi: Simpang Pulai Perak
Bayaran: RM 65 (fees n including ration-prepared by guide)
RM 20 (T.shirt-prepared by guide)
* blm kire lagi kos pengangkutan
Tarikh: 4(Jumaat) - 6(Ahad) July 2008
* 4 July : malam jumaat bertolak ke gopeng
berkumpul di medan gopeng (Jam 10-12 mlm)
bertolak dari medan gopeng ke starting point
5 July : pagi start treking
6 July : turun
Guide : Incik Un (guide trans gopeng)
Thursday, June 12, 2008
cadangan tempat baru
time aku baca kat GO nye forum, aku agak tertarik na join 2 program ni, kemungkinan besar aku akan join berkayak tu.. bagi sesape yg berminat na join skali, jom la.....
xtvt yg aku rasa syok n sesuai kalo sesape yg bekerja na g :
1) Mount Bujang Melaka XP (1234m)
Investment Fee:
RM 100 (all in),
RM 80 (without ration),
RM 50 (without ration & transport)
Investment fee include:
Guide
Permit
Goodies
T-shirt
Last date for registration :30th June 2008
Depature: 04th July 2008 at 10pm (Friday)
Duration: 2 days 1 night
2) Bentong - Temerloh Touring Kayak XP
(Collaborate with JPS PAHANG)
Start at: Sungai Bentong
Finish at: Kuala Sungai Semantan, Termeloh (Esplanade Temerloh)
Duration: 2 days / 1 night
Investment Fee:
RM 200 (all in),
RM 150 (without ration),
Investment fee include:
Kayak (single or Double) - by request
Logistic (Vehicle for participants equipment)
Goodies
T-shirt
Guide
last date for registration :14th July 2008
Depature: 18th July 2008 at 10pm (Friday)
Tuesday, June 10, 2008
Ke bukit Tabur
minta izin laluan dari administrator bagi mencadangkan untuk kita ke bukit tabur ujung minggu ni..
mencadangkan trip2 santai, saje untuk aktiviti mengeluarkan peluh2.
dapat 1 kete pon da chantek...
amcam?
p/s: kawan2, bila na wat trip naik nuang sampai ke puncak lagi?
Wednesday, June 04, 2008
-=TUNDA.TUNDA.TUNDA.TUNDA.TUNDA=-
Sekiranya setuju untuk ditunda, maklumat lanjut akan di postkan.
Sekian, Wassalam.
Friday, May 30, 2008
Perihal Ampang Air Terjun
Okay, details terkini:
Tarikh : 7hb Jun 2008
Hari : Sabtu
Masa : Jam 8.00 pg keluar dari Serdang!
Bayaran : RM 10 + Minyak kereta sendrik2.
Jumlah Kereta : 2 shj. Kereta aku ngan Pakcik.
Makanan : Kene bincang lain.
Yang ikut : seperti post sebelumnye.
Sekian makluman.
Monday, May 26, 2008
Senarai Terkini Ke Sg. Air Terjun Ampang
2. Serabut
3. Bubor
3. Pda
4. Kejang
5. Pijot
6. Karam
7. Lyd
8. Babas
Sila Beri maklum balas
TQ!
Thursday, May 22, 2008
Third Reccers & Ke Mana Hala Tujunya.
Buat kali pertamanya kita akan membuat satu perbincangan terbuka mengenai Third Reccers dan ke mana perginya. Skop isunya adalah mengenai penyertaan kita, yang hampir semuanya alumni dan penglibatan kita dengan sekretariat Rekreasi KTDI. Memandangkan semakin hari hubungan kita dengan kolej semakin kurang, adakah kita akan terus terlibat dengan kolej atau membuat aktiviti sesama kita sahaja. Tuan Puan dijemput untuk mengemukakan pendapat masing-masing.
Monday, May 12, 2008
Air Terjun Sungai Ampang
Thursday, May 08, 2008
Siri Memangkah Air Terjun II
Memandangkan kejayaan kita pada Air Terjun Pisang itu ari (Berjaya la kan), aku dengan segala terujanya mengemukakan cadangan untuk ke.......
Air Terjun Sungai Ampang
Pada : 7 hb Jun 2008
Masa : Pagi sikit dari Sg Pisang itu ari
Byran : Tunggu Ahli Majlis Tertinggi bermesyuarat. Nak Beli KFC senang je.
Silalah khabar-khabarkan kepada yang lain. Ada sebulan lagi, so bolehla start berangan-angan nak makan per.
Seperti biasa aku cadangkan kita balik hari jer. Kalau ada ape-ape kang post baru.
Monday, May 05, 2008
Aktiviti Latest "GUNUNG BERLUMUT"
Info Gunung berlumut :
Lokasi : Gunung Berlumut Kluang Johor
Ketinggian : 1,004 meter
Organizer : Lyd + Kejang
Guide : Sahabat dr kuitho
Cadangan gambar dan info lain:
gambo
Info
Cadangan pengangkutan & bayaran :
-------------------------------------------------------
String participate = "T-rec mmbers";
int fees = 0;
if(participate=<4){
fees = RM60;
return "naik kete";
}else{
fees =RM50;
return "naik keretapi";
}
-------------------------------------------------------
Sebarang persoalan dan pape lain, bole rujuk terus kepada
pihak organizer...
p/s :
1. nnt aku ngan lyd akan bincang and upload tentatif perjalanan
2. kawan2 lyd dari tpt keje dia pon insyallah ada
Sunday, May 04, 2008
Air Terjun Pisang
Alhamdulillah, 4hb Mei 2008, trip ke Air Terjun Pisang telah berjaya pergi dan pulang dengan selamatnya. Seramai 17 org telah menjayakan aktiviti ini iaitu Kejang, Bubo, Yed, Pakcik, Cepit, Rekek, Jo, Koroi, Koko, Babas, Obeng, Tunggong, Raha, Karam, Serabut, Pida dan Sarip.
Mula bertolak sepatutnya dalam pkl 9 pg. Tapi sebab serabut, koko dan babas lambat, keluar kolej kul 9.17 pg. Serabut kata Babas lambat, Babas kata serabut lambat. Terus gi sarapan kat Bismilah dan keluar dari Serdang dalam pkl 10.30 pg.
Ktorng singgah jap kat KFC wat bungkus makan tengahari. Lama gila tunggu, tak tau apehal ntah. Pakcik dikatakan cikgu bwk kuar bebudak skolah. Pastu dapat sos cili tiga paket jer... Hape ntah yang jadik aku pun taktau. Kitaorg pun terus da shoot ke ATP pas tu.
Di sebabkan semua org pun tak pernah pegi ATP ni ikut highway Karak yang dikatakan 15 minit jer trekking, maka dengan itu eksplorasi mencari jalan masuk pun bermula.
Memula keta aku lead, ikut website yang direfer, pas sg gombak akan ada simpang ke kiri masuk. Kitaorg pun ikut la kpla aku. Smpi-smpi, koroi dengan kembaranyer gi la riki tempat. Dia criter jumpa mamat Bob Marley ape ntah yang mengkompemkan lokasi ATP tersebut. namu setelah kami masuk beramai-ramai, jumpa penduduk setempat, di ckp :
"memang boleh pegi air terjun tu, tapi kene redah bukit ni dulu la. Kalau nak senang, pusing ikut terowong tu balik pas tu ada jalan mudah nak gi."
maka dengan itu kami pun ikut la. pusing balik ke terowong tu. buat u-turn. Lepas jer wat u-turn, kpla da jem. mananyer gi balik ke sebelah sana ni. Ni da masuk lane highway nak ke KL. Maka dengan semua org turun lalu meriki ikut style masing-masing, takdak pun air terjun. Koroi kembali ke pakcik yang bagi informasi tadi nak dapatkan penjelasan.
Ok, setel, dia suruh u-turn balik, carik pokok kelapa sawit, berenti tepi jalan pas tu trekking. Dengan jayanya, kami u-turn. Pakcik nasib bek tak langgar blakang keta aku masa nak u-turn tu. Kejang lak apahal ntah rapat ke lane kiri. Walaupun begitu, semua selamat u-turn.
Perjalanan seterusnya, setiap pokok sawit jumpa kami berenti. Mula berenti pertama jumpa ngan Orang Asli, dia cakap:
Mana ada Air Terjun Pisang, Lata Kematu ada la. Kalau nak pegi, berenti kat tepi jalan sebelum simpang kiri. Kalau dah lalu simpang kiri tu dah terlajak. Stop seterusnya Pakcik ngan serabut gi riki. Tempat pertama gagal. Next stop baru betul. Ni tempatnyer yang nak kene berenti:
Masuk ikut entrance macam kat atas tu. Trekking dalam masa 15 minit dan sampaila kitaorg ke Air Terjun Pisang.
Dalam kul 4.00 ptg mula balik. Singgah Maulana Desa untuk minum dan lepas tu semua balik.
Misi Tercapai!
Arahan Mudah untuk ke Air Terjun Pisang Ikut Highway Karak.
1. Dari Gombak, masuk Highway Karak. Tol RM5.00
2. Selepas nampak sign board kecik tulis Sg. Gombak, Bawak slow-slow.
3. Berhenti di km 28.7. Park kat tepi tu dan masuk ke jalan trek.
4. Jalan terus jer.
5. Simpang ke kiri.
6. Sampai kat area campsite. Kat sini dah boleh dengar bunyi air.
7. Carik jer, dah sampai da pun.
Tuesday, April 29, 2008
Nak Komen?
TQ.
ps: yang mendaftar jer bleh post ek. Nak daftar aku kene invite, so tinggalkan e-mail korang dlm komen dan aku akan send invite. Tolong jangan lupa password. Pilih jer yang senang2, mcm abc123 ker... qwerty ker... karamhensem ker... okay? mende yang senang ingat. Kalau orang tau password korang pun bukan bleh jual wat duit ker ape ker...
TQ!
Pengkisahan Semula Air Terjun Pisang
Okay...
Tempat ni kicap sorang jer antara yang kita kenal pernah pegi... Nanti, cuba dapatkan info setepat mungkin. Raha aku tak pasti da pegi ke blom. And then jalan nak gi dier ikut jalan gombak lama nak ke janda baik. (Statement ni aku x kompem). Sebab tengokkan peta kat atas tu, dia bertembung ngan highway karak. Maka dengan pastinya (x pasti) menuju ke belah timur.
Ada 2 option nak gi sini.
1. Cara Mudah - Ikut Highway Karak. 15 min ke tempat air terjun.
Arahan Ikut Highway Karak
-Takde-
2. Cara Susah - Ikut jalan lama Gombak.
Arahan Untuk Jalan Lama Gombak
a. Di km 11, ada sign board tulis: Jungle Lodge.
b. Park keta kat situ.
c. Ikut jalan sampai jumpa rumah pam.
d. Masuk dalam.
e. Ikut trek sepanjang sungai Gombak.
f. Sampai jumpa highway ada kat atas.
g. Cross sungai Gombak.
h. Jumpa terowong air. Masuk dalam.
i. Ikut sungai sampai jumpa lidah bumi aka pertemuan dua sungai.
j. Pilih anak sungai yang lebih kecil disebelah kanan.
k. Ikut sungai selama 30 minit untuk sampai ke air terjun.
So, skarang ni ada pilihan. Kita pilih la mana nak ikut. Senang @ Susah.
Persoalan!!!
1. Peralatan sape pegang?
2. Menu makanan sape nak buat?
3. Aku cadangkan balik hari. Setuju?
4. Sape da kompem nak pegi?
Tuesday, April 22, 2008
Mari, Mari, Mari...
Air Terjun Pisang, Gombak
Pada : 4 May 2008
Masa : Pagi-pagi style kita
Byran : Minyak kereta sendrik-sendrik, makan dalam RM 10, Peralatan RM 5.
Sila hebahkan kat yang lain sebab aku tau yang tgk blog ni aku, pkck, bubo. Okay, sebarang cadangan akan dikaji tapi mungkin tak akan diterima... Hahahahaha
Lagi satu, memandangkan bebudak kolej tu da cuti, so kita pegi kita-kita jer...
Cepat!
Monday, April 14, 2008
Ohya...ceta pasai Teluk Duyung kan...
Teluk Duyung / Monkey Beach / Penang National Park....
1. http://www.tourismpenang.gov.my/page.cfm?name=at02c_13_02
2. http://penang.ofmalaysia.com/pnp2004/
He cheers...
Thursday, April 03, 2008
Apa kata kita...
Huhu aku berangan lg utk sekian kalinya utk arini...he tiba2 aku terpikir mcm mn nk cari duit lbh utk support aktvt kita...sama ada collect scr individual ataupun grouping...he
Td gak, aku berangan mcm nk pi cari smua air terjun yg ada mcm dlm website Waterfalls of Malaysia ...then, lps blik kita ceta ja apa yg dh jadi masa kita pi...dan kl ada yg berminat, bleh mintak kita tolong jd guide...huhu tp guide yg xdak lesen punya la...
He renung2 kan lah...
Sekian, salam kembali...
Aku dah balik dan...
Ok, aku dah balik dah dan...ada benda aku nk wat ngan blog ni...aku nk start pkai blog nie utk jd tmpt aku upload gambaq2 yg aku tangkap...boleh admin?hehe tp akn lebih kpd yg berkaitan ngan rek la..jadinya, sbrg comment amat2 dialu-alukan..he
So, untuk starting, xdak gambaq lg sbb nama pun starting...haha tp aku akn cuba update seminggu skali..aku janji akn cuba la follow schedule tu...ok, setakat tu ja kut, announcement aku...
Orite, jumpa lg ek...
Salam kembali
Saturday, March 01, 2008
Kongsi-kongsi kan lah...
Hmm, kalu ade T-Reccers lain yg masih lagi jenguk2 blog ni, ataupun tetibe terjenguk, Alhamdulillah la..sekurang2nye ada lagi usaha untuk mengetahui perkembangan terkini tentang Third Reccers..
Sepengetahuan aku, T-Reccers ni byk buat xtvt. Tak kira la kan samada xtvt tu legal atau underground [tp aku rase lg byk underground ;) ..]. Mmm, aku rasa term legal @ UG ni hanya sesuai utk T-Reccers yg masih lg terikat dgn kolej (blom grad la tu) ek? Yg dah alumni tu, lantak la nak pi mane2 pn ye dak?takyah mintak kelulusan sesape pn dah..takyah nak mintak peruntukan la ape la..
Aaa, berbalik pd cite asal..setau aku, reccers 3rd ni byk wat aktiviti spnjg taun ni. Yg legal nye aku rase ade 2 atau 3, iaitu KUPRA (Kursus Pemantapan Rekreasi Air) MESRA (ala2 Minggu Alam Sekitar) dan XPDC mendaki Stong-Ayam. Yg underground nye pulak aku rase byk, antaranya naik Brinchang & Irau, naik Rajah, naik Nuang (brape kali tah), naik Datok dan lain2. Tapi, takde sape pn yg up report n gambar kat sini. Mungkin kurang aware kot ngan blog ni? Tapi pasni kalu dah aware, rajin2 la up ek? Kat kolej pn dah senang nk dpt internet access, memasing ade laptop sorg satu. Share2 la kegembiraan korg tu ngn org2 yg tak pegi nih..bukan stakat share cite2 hepi je, up kan la skali info2 n gambar2 tempat yg korg pegi tu..kalu tak paham camne nak wat report, cbe tgk log Jelawang yg Jebeng post tu..lagi satu, kalu nk up gambar tu, up la gamba view lelebih skit. Kalu stakat nak up gamba muka korang sambil tunjuk peace je, baik takyah..gamba muka dgn background view bole maap lg la..
Ooo ye, lupe lak, aritu (24/2/08) aku ngn Bubor naik Bukit Tabur kat Tmn Melawati. Nnt aku up crite n gamba..orite?