Friday, May 30, 2008

Perihal Ampang Air Terjun

Assalamualaikum + Salam Sejahtera.

Okay, details terkini:

Tarikh : 7hb Jun 2008
Hari : Sabtu
Masa : Jam 8.00 pg keluar dari Serdang!
Bayaran : RM 10 + Minyak kereta sendrik2.
Jumlah Kereta : 2 shj. Kereta aku ngan Pakcik.
Makanan : Kene bincang lain.
Yang ikut : seperti post sebelumnye.

Sekian makluman.

Monday, May 26, 2008

Senarai Terkini Ke Sg. Air Terjun Ampang

1. Rambo @ Pakcik
2. Serabut
3. Bubor
3. Pda
4. Kejang
5. Pijot
6. Karam
7. Lyd
8. Babas

Sila Beri maklum balas

TQ!

Thursday, May 22, 2008

Third Reccers & Ke Mana Hala Tujunya.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Buat kali pertamanya kita akan membuat satu perbincangan terbuka mengenai Third Reccers dan ke mana perginya. Skop isunya adalah mengenai penyertaan kita, yang hampir semuanya alumni dan penglibatan kita dengan sekretariat Rekreasi KTDI. Memandangkan semakin hari hubungan kita dengan kolej semakin kurang, adakah kita akan terus terlibat dengan kolej atau membuat aktiviti sesama kita sahaja. Tuan Puan dijemput untuk mengemukakan pendapat masing-masing.

Monday, May 12, 2008

Thursday, May 08, 2008

Siri Memangkah Air Terjun II

Memandangkan kejayaan kita pada Air Terjun Pisang itu ari (Berjaya la kan), aku dengan segala terujanya mengemukakan cadangan untuk ke.......


Air Terjun Sungai Ampang

Pada : 7 hb Jun 2008
Masa : Pagi sikit dari Sg Pisang itu ari
Byran : Tunggu Ahli Majlis Tertinggi bermesyuarat. Nak Beli KFC senang je.

Silalah khabar-khabarkan kepada yang lain. Ada sebulan lagi, so bolehla start berangan-angan nak makan per.


Seperti biasa aku cadangkan kita balik hari jer. Kalau ada ape-ape kang post baru.

Monday, May 05, 2008

Aktiviti Latest "GUNUNG BERLUMUT"

tanggal 17 hingga 19 Mei 2008 aku ingin menjemput sahabat taulan sekalian untuk bersama2 dalam menjayakan aktiviti mendaki Gunung Berlumut di Kluang Johor.

Info Gunung berlumut :

Lokasi : Gunung Berlumut Kluang Johor
Ketinggian : 1,004 meter
Organizer : Lyd + Kejang
Guide : Sahabat dr kuitho

Cadangan gambar dan info lain:
gambo
Info

Cadangan pengangkutan & bayaran :

-------------------------------------------------------
String participate = "T-rec mmbers";
int fees = 0;

if(participate=<4){
fees = RM60;
return "naik kete";
}else{
fees =RM50;
return "naik keretapi";
}
-------------------------------------------------------


Sebarang persoalan dan pape lain, bole rujuk terus kepada
pihak organizer...


p/s :
1. nnt aku ngan lyd akan bincang and upload tentatif perjalanan
2. kawan2 lyd dari tpt keje dia pon insyallah ada

Sunday, May 04, 2008

Air Terjun Pisang


Alhamdulillah, 4hb Mei 2008, trip ke Air Terjun Pisang telah berjaya pergi dan pulang dengan selamatnya. Seramai 17 org telah menjayakan aktiviti ini iaitu Kejang, Bubo, Yed, Pakcik, Cepit, Rekek, Jo, Koroi, Koko, Babas, Obeng, Tunggong, Raha, Karam, Serabut, Pida dan Sarip.

Mula bertolak sepatutnya dalam pkl 9 pg. Tapi sebab serabut, koko dan babas lambat, keluar kolej kul 9.17 pg. Serabut kata Babas lambat, Babas kata serabut lambat. Terus gi sarapan kat Bismilah dan keluar dari Serdang dalam pkl 10.30 pg.

Ktorng singgah jap kat KFC wat bungkus makan tengahari. Lama gila tunggu, tak tau apehal ntah. Pakcik dikatakan cikgu bwk kuar bebudak skolah. Pastu dapat sos cili tiga paket jer... Hape ntah yang jadik aku pun taktau. Kitaorg pun terus da shoot ke ATP pas tu.

Di sebabkan semua org pun tak pernah pegi ATP ni ikut highway Karak yang dikatakan 15 minit jer trekking, maka dengan itu eksplorasi mencari jalan masuk pun bermula.

Memula keta aku lead, ikut website yang direfer, pas sg gombak akan ada simpang ke kiri masuk. Kitaorg pun ikut la kpla aku. Smpi-smpi, koroi dengan kembaranyer gi la riki tempat. Dia criter jumpa mamat Bob Marley ape ntah yang mengkompemkan lokasi ATP tersebut. namu setelah kami masuk beramai-ramai, jumpa penduduk setempat, di ckp :

"memang boleh pegi air terjun tu, tapi kene redah bukit ni dulu la. Kalau nak senang, pusing ikut terowong tu balik pas tu ada jalan mudah nak gi."

maka dengan itu kami pun ikut la. pusing balik ke terowong tu. buat u-turn. Lepas jer wat u-turn, kpla da jem. mananyer gi balik ke sebelah sana ni. Ni da masuk lane highway nak ke KL. Maka dengan semua org turun lalu meriki ikut style masing-masing, takdak pun air terjun. Koroi kembali ke pakcik yang bagi informasi tadi nak dapatkan penjelasan.

Ok, setel, dia suruh u-turn balik, carik pokok kelapa sawit, berenti tepi jalan pas tu trekking. Dengan jayanya, kami u-turn. Pakcik nasib bek tak langgar blakang keta aku masa nak u-turn tu. Kejang lak apahal ntah rapat ke lane kiri. Walaupun begitu, semua selamat u-turn.

Perjalanan seterusnya, setiap pokok sawit jumpa kami berenti. Mula berenti pertama jumpa ngan Orang Asli, dia cakap:

Mana ada Air Terjun Pisang, Lata Kematu ada la. Kalau nak pegi, berenti kat tepi jalan sebelum simpang kiri. Kalau dah lalu simpang kiri tu dah terlajak. Stop seterusnya Pakcik ngan serabut gi riki. Tempat pertama gagal. Next stop baru betul. Ni tempatnyer yang nak kene berenti:

Macam ni kitaorg park kereta.

Berenti kat kilometer 28.7

Ni rupa entrance ke tempat trekking dia.

Masuk ikut entrance macam kat atas tu. Trekking dalam masa 15 minit dan sampaila kitaorg ke Air Terjun Pisang.

Sampai ke lokasi dalam kul 1.30 tghari. Air terjun ni bagi aku ok la, tak la dalam sangat dan sesuai untuk mereka yang tak reti nak berenang. Yang best sebab bleh duduk blakang air terjun tersebut. Ikut kata Pakcik macam berteduh dari hujan lebat. Air dia kalau dok bawak tak rasa macam mengurut, tapi rasa macam kene hempuk ngan buku teks sekolah. Air jernih, pencemaran ada, tapi kurang dan tak ramai orang yang datang. Camp site ada kat belah atas, tapi macam lebih sesuai untuk balik hari. Mandi, bergembira, main air, makan kfc, mandi, bergembira, makan lagi serta bergembira lagi.

Dalam kul 4.00 ptg mula balik. Singgah Maulana Desa untuk minum dan lepas tu semua balik.

Misi Tercapai!

Arahan Mudah untuk ke Air Terjun Pisang Ikut Highway Karak.

1. Dari Gombak, masuk Highway Karak. Tol RM5.00
2. Selepas nampak sign board kecik tulis Sg. Gombak, Bawak slow-slow.
3. Berhenti di km 28.7. Park kat tepi tu dan masuk ke jalan trek.
4. Jalan terus jer.
5. Simpang ke kiri.
6. Sampai kat area campsite. Kat sini dah boleh dengar bunyi air.
7. Carik jer, dah sampai da pun.

Air Terjun Pisang : ***1/2 dari *****