Monday, July 28, 2008

Cadangan XPDC Mendaki Yong Yap

Salam kembara kepada semua,di sini saya ingin menyatakan, saya ingin membuat 1 trip ke Yong Yap melalui kawasan Post Brooke.XPDC ini memakan hari 3 hari 2 malam.

Di sini saya sertakan tentative ringkas perjalanan bagi sesape yg na ikut :

22nd August 2008
2200 – berkumpul di umah kt Minlon
2359 - bertolak ke kampong raja, Cameron Highland

23rd August 2008
0800 - Sarapan dan last setting barang
0900 – Naik powil ke Sungai Y
(bermalam di Sungai Y)

24th August 2008
0700 - Naik ke Yong Yap estimated 8jam naik+turun (Daypack)
(Bermalam di Sungai Y)

25th August 2008
0900 – naik powil balik ke Kampong Raja

* Tentatif di atas adalah hanya rancangan kasar saja, akan diperhalusi kemudian
* Line up adalah terhad kepada 20 yg pertama
* Tarikh tutup pendaftaran = 18th August 2008
* Yuran pendaftaran adalah RM150++(jika cukup 20 org, yuran ley kasi kurang)

Lineup skrg
1. kejang
2. lyd
3. bubo
4. pda
5. todong
6. sapkon (akan difolo up lain)
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

LAPORAN XPDC ANGSI

20 July 2008 - 21 July 2008

Pada 20 July, 3 org dak2 T-Rec iaitu Kejang, Babas dan Lyd telah berjaya mendaki dengan jayanya Gunung Angsi di Ulu Bendul , N9. Di bawah adalah log perjalanan.

20th July 2008

1200 - Tiba di parking area di Hutan Rekreasi Ulu Bendul

1330 – Settlekan pendaftaran

1. Bayaran tapak khemah = RM10 sehari

2. Bayaran pendakian = RM5 seorang

- Renger memberi tahu kitorang x dibenarkan naik sebab peraturan baru yang kalo na naik ke puncak, kena naik sebelum pkl 0900. So, keputusan dibuat dan kami berkhemah di tepi sungai sebelah trek ke Gunung Angsi

1530 - Sampai ke tapak perkhemahan .

Menu makan malam

- Nasi putih

- Ayamas crispy

- Daging burger

- Sayur kacang buncis goreng

Malam- Just makan malam dan main UNO sahaja, tido seawal 2230 sebab target na naik puncak pukul 0730 (kononnye….).

21st July 2008

0730 - Baru bangun.

Menu Sarapan

- Roti kaya

- Air Nescafe

- Nasi Goreng (dimasak utk makan di puncak)

0915 – Start trekking dari campsite

0945 – Sampai ke Jeram Kak Lang

1130 – Sampai di kawasan bertali

1200 – Sampai di Puncak Angsi

1300 – Turun dari Puncak Angsi

1445 – Tiba di Jeram Kak Lang

1500 – Tiba di Campsite

1600 – Keluar ke area di Hutan Rekreasi Ulu Bendul.

p/s : sesape na tgk gambar, sila click link ni --> GUNUNG ANGSI

Sunday, July 27, 2008

Cabaran buat ahli T-Recs!

Kita pegi ke Gunung Kinabalu mau?

Bila?

Setahun dari sekarang...

Kos perbelanjaan lebih kurang dalam RM 1000.

Amek la skali nak buat kos terbang, kos guide ngan kos persendirian.

Secara matematik kompleksnyer, sebulan simpan RM 100, setahun da cukup. Amacam?

Boleh sahut cabaran tersebut? 353436

Wednesday, July 16, 2008

Laporan XPDC Chabang

XPDC CHABANG, SIMPANG PULAI

Alhamdulillah xpdc chabang sukses, slamt g n balik walopun masing2 mengalami ketegangan otot peha akibat tak stretching. Antara 11 org yang menjayakan xpdc ini ialah Syarip, Jo, Abib (Model T-recs), Mai (Uitm), aku, koroi, jubir, babas, todong, shah (membe todong yg pendiam) dan cek pit. Perjalanan dimulakan pada hari jumat (4hb Julai) malam . Jam 8.30 mlm bekumpul kat molana club house. Makan2 dan sembang2 sambil menanti kesemua ahli ekspidisi tiba. Jam 11.30 mlm betolak dr Serdang.

Sabtu (5 Julai)
Tiba di medan selera Gopeng jam 3.30 pg. lepak2 n kenal2 ngan guide. Ingat kan Guide Un dan team Cikgu je ader, skali ramai tak terkire. Un menerangkan keseluruhan 70 org yg akan berada di Gunung Chabang esok. Peh..jam pasar malam. Un dengan selamber menyatakan tak disangka seramai ini…dan aku dalam hati menyatakan, kepala hotak la…hehe…
Jam 4 pg : ktorang nek lori. Behimpit2 la cam pendatang asing. Dah la panas nye, dgn todong tekentut-kentut, lori plak x gerak2 lg. rupenye2 ader polis tahan. Ha…ni kes takde permit la ni. Bincang2 nye bincang dlm kul 4.45 pg baru la lori gerak ke Pos Slim yang mengambil mase selama 45 mnt. Sampai kat Pos Slim (first check point) trus ktorang hamparkan ground, rest n relax. Kat sni ader bangsal, sungai dan dah masuk area pekampungan org asli. Kalo nak park keta kat sni bly, tp kena mintak permission dr mak batin disamping charge rm 10 sebijik. Ader team yg park keta kat sni.
Jam 7.30 pg : Ration diagihkan oleh guide. ktorang besiap kemas2 dan last minit packing. Sarapan nasi lemak disediakan guide. Time ni babas jumpe seurat rambut ikal mayang dlm nasi lemak nye..hehehe…rambut riyok (ketua guide) la kot psal dier sorang aje yg rambut panjang mengurai.
Jam 9 pg: bekumpul n taklimat ringkas dr ketua guide (riyok). Dah pagi ni baru la nampak muke masing2. ramai btul trip ni. Ader la dlm 40 org keseluruhannye. Pas bace doa trus stat treking. Ingatkan ader sesi warming up beramai2..alih2 trus stat treking. Stat2 aje dah bukit kecik ke pekampungan org asli. Treknye tanah merah baik punye canak mcm dr lolo nak ke pacat (trek nuang) seblum jumpe ke first water point.
Jam 11.30 pg: rest n relax kat first water point. Ader air tejun kocik. Sungai nye masyuk n indah. Chantek sungguh ciptaan Tuhan. Lunch ngan roti gardenia dicelup ngan suop Campbell n 2 slice kek pisang. Huhuhu….lapa…lapa….nak nasi….
Jam 12.30 tgh hr: trekking ditruskn. Pergh…dah stat mencanak gedik, bebtul menguji kekuatan otot and engsel lutut. Time ni sume diamm, muke tegang...Todong mengalami kekejangan. Bak kate Koroi, todong cramp..sambil membuat bunyi cramp crump…cramp crump.. Syarip dah tetinggal kat blakang psl kaki nye cramp gak, nsib babas sudi menemani (padahal babas pancit haversack berat).
Jam 2.30 ptg: Rest n relax. kat last water point. Kat sni ader mata air. Tak smp 10 mnt la trn g amik air. Kalo kemarau mmg takde la kot air nye. Kaler air pun dah keruh skit. Kat check point ni sume g mengisi btol kosong ngan air psl kat puncak takde air. Team ktorang ni dah cam lori syabas - pembekal air gunung. Yg len duk pau ja terutama sorang brader gemuk ni (dah le bawak beg kecik kaler kuning), cucur blakang ktorang pastu pau air si jubir..hehe…
Jam 3.30 ptg: Treking diteruskan.Time ni trek memang dah tahap canak superman. Berpaut2 la kat akar2 pokok tuh. Perjalanan ditruskan hingga ke permatang.
Jam 6.00 ptg: Tiba kat permatang. View 180. superb. Dr kejauhan nampak korbu, gayong, yong belar. Sayup2 je rase view..shahdu gle…campsite kecik, pastu bekolompok2 kelompok. Cam kat irau kecil keadaannye.
Jam 8.00 mlm: potong kobis, kacang panjang, bawang secara gotong royong. Time ni, aku dah konpius lagi tak pham. Guide duk lepak kat main tent ktorang. Riyok take over dapur. Alih2 ktorang dah duk ngadap sesame sendri. Cam org BOD lagi tak berguna pun ader. Guide dah conquer main tent bg tujuan masak-memasak. Lalu, aku, mai, abib, syarip bngn lpk dlm khemah 2 men kepunyaan pakcik.
Jam 12.00 mlm: Makan malam. Lauk kari ayam, kacang goreng, telur. Ktorang ni makan la depan khemah yang sempit n guide mkn dlm main tent. Babas dijemput makan cara sampah bersama guide-guide..hehe...dlm kul 1 pg ktorang pun tdo. Abib, mai, syarip tdo dlm khemah, yg len dlm main tent.

Ahad (6hb Julai)
Jam 7.00 pg:
Bngn2 ingatkan dpt tgk sunrise. Tp telepas psl si koroi ni suh sapu kaya kat roti plak.. tekilan btul tak dapat tgk sunrise. Nampaknye kena tunggu trip ke jelawang plak la.. 7.30 pg ktorang gerak ke puncak. Lebey kurang 30-40 minit jugak la. Smp2 view beirut ja.. keliling pokok…huhuhu…hampa..takde view…ktorang breakfast makan cekodok, magi kat puncak. Kul 9.30 pg gerak trn balik ke permatang.
Jam 11.00 pg: Besiap-siap kmas barang sementara guide prepare makanan lunch. Jam 12.00 lunch ngan ikan masak 3 rasa, kacang goreng. Tiba-tiba guide men perang2 kubis. Serpihannye kena plak kat mai.. ha….tegang dah keadaan. Mai trus jerit “ KURANG HAJAR”..peh…trus senyap keadaan. Abib plak kena serpihan nasi. Haa…hangin dah pompuan dua org ni…hehehe….
Jam 1.00 tgh hr: Gerak turun dr permatang ke bawah. Layan lutut longgar. Masing2 layan trek turun. Majoriti men gelongsor. Kire2 jam 6 ptg smpai kat pos slim. Besyukur n gumbira rasa nya. Xpdc berakhir ngan nyanyian n larian keanak-anakan dr koroi “ye ye papa balik…ye ye papa balik”……
Jam 7 mlm : lori tiba. Sampai kat medan selera gopeng, trus mandi n membersihkan diri. Open table ngan semua team xpdc. Kul 11 mlm betolak balik ke serdang dan tiba di rumah pakcik jam 3 pagi. Xpdc tamat.

p/s: harap maaf jika ada sebarang tambahan n tolakan.

Wednesday, July 09, 2008

Jom ke Lolo Revisited!

Banyak main la...
Serius nak ke lolo ni...

Tarikh : 11 Julai 2008
Hari : Jumaat
Pukul : 8.00 Malam Kat Maulana

Tengok wayang la, kenduri la, ape la...
Dah, dah tu...

Thursday, July 03, 2008

Senarai Guide Outdoor

Perhatian kepada Third Reccers sekalian,

Sekarang kita dalam usaha untuk mengumpulkan senarai nama Guide untuk xtvt outdoor. Dengan berbuat sedemikian, amat mudah untuk kita mencari atau menganjurkan xtvt2 outdoor.

************** Contoh **************

Nama Guide : Bubor <--- Letak jer nama glamer guide
Lokasi : Kelantan <--- Kawasan yang guide tu aktif
Aktiviti : Berakit Sungai Nenggiri <--- Aktiviti yang dianjurkan
No. Tel : 019-4445556 <--- Perlu terangkan ker part ni?
Rujukan : Pakcik @ Rambo <--- Orang yang guide tu kenal supaya dapat murah ke aper ke

***********************************************************
Sila tinggalkan di dalam ruangan komen. Sila beri kerjasama yang cantik ataupun hensem supaya mende ni berjaya.

Wassalam