Tuesday, December 29, 2009

Menggunung di Liang East & West

Gunung : Liang East dan Liang West
Lokasi: Tanjung Malim
Tarikh : 31 Dis 2009 - 2 Jan 2010
Bayaran : Max RM100 (Merangkumi makanan,tol,petrol ron95,kontigensi,guide)
Pengangkutan : Kongsi kereta

TENTATIF PERJALANAN

31/12/2009 - Khamis
9.00 malam : Berkumpul di Serdang
11.00 malam : Gerak ke Tanjung Malim


1/1/2010 - Jumaat
6.30 pagi : Bangun pagi. Besiap.
8.30 pagi : Gerak.
12.00 t/hari : Lunch di Ulu Sungai Liang.
5.00 petang : Dijangka sampai di Campsite 7 Eleven.


2/1/2010 - Sabtu
6.30 pagi : Bangun pagi. Besiap.
8.30 pagi : Gerak.
11.00 pagi : Dijangka sampai di puncak Liang West dan seterusnya Liang East.
1.00 petang : Turun ke Campsite.
6.30 petang : Dijangka sampai di Empangan Sungai Dara.
9.00 mlm : gerak pulang ke Serdang

Monday, December 28, 2009

lagi-lagi gunung

trans suku-irau-yellow-pass

daripada buat benda-benda yang tak berfaedah, tak elok, tak senonoh dan tak mendatangkan kemaslahatan, aku nak mengajak siapa-siapa yang free sempena menutup tirai 2009 ke gunung penutup tirai. trans suku-pass-yellow. ada siapa-siapa berminat nak ikut? tiada sebarang detail yang dapat aku kongsikan kecuali, gunung tersebut adalah kesinambungan daripada gunung irau. terletak di Cameron Highlands. berketinggian Gunung Suku 5,896 (Perak), Yellow 1,670m dan Puncak Pass 1593m. kalau ada cadangan lain, eloklah dikemukakan segera dan bawak-bawak berbincang. amacam kawan-kawan?




update:kitorang dah decide nak ke liang east-west. start khamis malam turun sabtu. ada beran?

Tuesday, December 15, 2009

Ke Puncak Nuang Kita! Lolo jugak akhirnya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

10.12.09

Khamis malam tu mane tah aku pegi... Lupa dah. Dengan hati wajanya nak naik Nuang esoknyer tu, ari Jumaat. Tah ape tah kene ngan ujung minggu tu, orang semua menghilangkan diri. Last2 ada aku ngan Babas jer. Tenang jerk dengan niat nak pegi. Last2 Babas mesej cakap kalau 2 org je dia malas nak gi. Aku pun brsetuju. So trip dikanselkan.

11.12.09

Dapat berita ari Jumaat tu yang cik Jo nak datang esoknya. De nak naik Nuang katanya. Aku pun kembali bersemangat dan telepon Babas. Babas on. Pusing kiri, pusing kanan, Kejang pun mau folo. Cantek... dah ada 4 orang. Tapi trik de, Jo nak kene pegi kenduri kawen dulu tengahari tu. Pikir2, orait la kot. Dalam kul 3 ptg cam tu leh bertolak ke Nuang agaknya.

12.12.09

Kul 3 ptg ek...

Kul 2 baru Jo sampai, kul 2 jugak ler aku baru bangun. Gi amek Jo kat Hentian Serdang, tup tup, ada Babas skali. Jo pulak dah siap pakai baju kurung dari Johor nak ke kenduri terus. Baju kurung tu dah elok la kan, tapi ade ke pakai slipar jerk, sandal2 atau pun kasut2 gadis tak bawak ke? Memang tak bawak pun kata Jo. Adoooyai... Dengan perasaan berat ati meninggalkan motornya itu sensorang, Babas pun folo gak gi kenduri kawen. Tu dah pukul 2.30 ptg time tu.

Perhatikan bahawa ikut tentatifnya kul 3.00 bergerak ke Nuang ye...

Time ni Jo cakap yang kawan de ada sorang nak ikut, Cik Ezit namanya. Ezit lak cakap kat sana nanti jumpa sorang lagi kawan de yang nak folo sama namanya En. Man.

Ho sana ho sini, kluar dari kenduri tu kul 4.00. Ho lagi sana-sini, Last-last kul 5.30 kot baru la Storm tu kluar dari Serdang.

Tgh2 jalan tetiba jumpa kawan si Ezit yang bernama Man kat Pekan Batu 11. Keta da cukup 5 org, maka dengan itu, Kejang dengan rela hatinya duduk la kat kompartmen kargo bersama Man.

Sampai kat Ranjer dalam kul... 7.00 ptg rasanya. Siap-siap kemas beg, tukar2 uniform, kul 8.22 mlm bermula la sesi trekking. Misi kumpulan ini adalah untuk ke Puncak Nuang!


Sejam kemudian....

Masih trekking....

Sejam selepas itu...

Masih trekking...

Kasi tambah sejam lagi...

Pun trekking lagi...

Cukup 4 jam lebih2 sikit sampai la aku, Kejang dan Babas di Lolo...

Yang Man, Jo ngan Ezit tu lagi awal la sampai kan...

Sampai kat Lolo tu rupa-rupanya ada member Man 3 org yang dah ada kat sana. Nama aku tak sempat nak dapatkan, so anggap je mereka bertiga tersebut adalah...

Member Man.

Berehat2 cenggitu, mula la parking tempat kat sebelah site member Man. Aktiviti Masak2 pun bermula dengan kehadiran:

Chef drummet; Kejang.

Chef Sardin, Sup Kentang, Telur Dadar; Jo dan Ezit

Chef Nasi; Babas.

Chief Chef; Aku.

Siap masak ----> makan----> naik fly----> main kad----> sembang2 tahape2---->tido.


Err... kata nak naik puncak Nuang?

Tido2...

13.12.09

Kalau kat umah bangun mesti nak matahari dah terpacak atas kepala. Tapi ari ni boleh lak bangun awal, dalam kul 7. Kejang awal lagi dah bgn, dok memasak ape mende tah... air kot. Jo ngan Ezit pun bgn. Babas tido lagi. Pagi tu sarapan makan french toast, cucur kentang. Masa tengah dok membancuh tepung nak wat cucur tu jo pun bercerita.

Jo: Korang masak cucur letak telur tak? Nenek aku cakap Siti Norhaliza masak cucur letak telur.

Babas lak br bgn tido lebih kurang 15 minit, de pun sambung tido balik... Lepas je sarapan, aku tgk Babas tgh dok sedap jer tido, aku pun join skali.

Kata nak naik Puncak Nuang?


Sedar2 jer Kejang dah start nak melipat fly. Man ngan member2nya dah siap dah nak turun. Dah pukul 11.30 tghari dah rupanya... Disebabkan kesuntukan masa, maka trip ke puncak Nuang terpaksa di tangguh ke hari yang akan di umumkan kemudian. Ngeh, ngeh, ngeh...

Kemas2 ----> Mandi2 ----> Meninggalkan Nuang pada pukul 12.45 tghari...

Sejam kemudian...

Masih trekking...

Sejam kemudian...

Masih trekking...

Dalam kul 3.30 cenggitu sampai la kat ranjer...

Mandi, siap ape semua dan kami pun meninggalkan ranjer menuju ke Bagan Lalang untuk Makan Malam Besar T-Recs!

Skali kesesakan lalu lintas la pulak... Singgah kedai, minum2 jap sambil Ezit makan Nasi Goreng Ayam sebab kelaparan yang amat... Kami bertiga tak makan sebab nak sediakan perut ke Bagan Lalang...

Alih2, sorang-sorang tarik diri dengan mengatakan sori. Pit pulak dah ada kat Bagan Lalang dengan harapan nak book tempat untuk 10 org. Last-last kansel. Pit sendri pun ade miting lak.

Maka makan malam besar T-Recs pun dilangsungkan di Nasi Beriani Gam Putrajaya dengan kehadiran aku, babas, jo dan pijot.

Sekian Terima Kasih!

Wednesday, December 09, 2009

Mari Bersiar-siar Ke Gunung Nuang. Lolo Pun Jadi Ler...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hujung minggu ni ade plan ape?

Kalau takde moh kita ke Nuang mau. Bermandi-manda di Lolo pu ok gak.

Amek mood nak start training utk G. Tahan.

Mau?

Tarikh: 11 hb Disember 2009
Masa: Gerak malam Jumaat tu, balik pagi Ahad.

Mau?

Kalau mau meh ler kita gi.

Saturday, December 05, 2009

Projek Mega T-Recs 2010 - Gunung Tahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dengan ini sukacita untuk dimaklumkan bahawa Projek Mega T-Recs 2010 adalah Gunung Tahan.

Projek ini akan dikendalikan oleh saudara Junaedy aka Babas. Sebarang cadangan, komen, rasa tak puas hati bolehlah diajukan di dalam kolum komen.

Maklumat lanjut akan disalurkan dari masa ke semasa.

Sekian, Terima Kasih.

-Rekreasi Selamanya-

Makan Malam Besar T-Recs Hujung Tahun 09


Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Dengan ini T-Recs menjemput tuan/puan/cik ke Makan Malam Besar T-Recs Hujung Tahun 09 yang akan diadakan:


*Gambar sekadar hiasan*


Tempat : Bagan Lalang
Tarikh : 13hb Disember 2009
Masa : 6.30 ptg - 10.00 mlm
Bayaran : RM 25/=

Sila komfemkan kehadiran tuan/puan/cik ke Makan Malam Besar T-Recs Hujung Tahun 09 dengan secepat mungkin. Sekiranya terdapat cadangan, komen, perasaan tidak berpuas hati, sila ajukan di kolum komen.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 23, 2009

Laporan XPDC Irau Nov '09




Catatan Gunung Irau 14-15 Nov’09



Syukur ke hadrat Ilahi trip Irau telah terlaksana setelah berhempas pulas menempuh onak dan duri dalam menjayakan program ini. Sekalung penghargaan kpd Tok Moh Karam kerana menjadi penjaga campsite dan artis undangan, Serabut yg membuat lawatan kejutan.

Trip Irau yang telah diadakan pada 14-15 Nov’09 disertai oleh koroi (Guide), karam (photographer), mai, pda, pjot, pit, mulyani, babas, serabut (Felo).


13 Nov. 09 (Jumaat)
Jam 11.30 malam bertolak ke Cameron setelah sesi mengisi perut di Takwa. Ketika ini kami menerima berita buruk, team dari Lumut (Kening & Tod) tak dapat utk turut serta disebabkan berlaku kecederaan pada kenderaan Kening ketika dalam perjalanan menuju ke rumah todong.

14 Nov. 09 (Sabtu)
Kami menuju ke Cameron melalui Jalan Simpang Pulai (Tol RM 22.30). Sewaktu melalui jalan gelap ini, Babas selaku pemandu A.R ,terpesona dengan kehadiran asap kabus dan kesejukan Cameron yang telah mula dirasai olehnye. Skali, kat depan tu, sebijik bas yang rupe-rupenye sedang mengeluarkan kepulan-kepulan asap tersebut.

Kami tiba di Brinchang jam 4 pg dan turun ke Tanah Rata utk mencari makanan pagi. Sewaktu di restoran, Mai tiba-tiba muncul dan duduk di suatu sudut meja dengan bengis nya. Bliau hangin dengan das kentut koroi sewaktu di dalam kereta. Hehe…tapi aku plak bly relak aje tdo time tu…

Selesai sesi makan, kami ke Petronas Brincang utk m’cari 4wil ke puncak Brincang. Karam berjaya mendapatkan sejenis 4wil betanduk (Dial utk tempahan)dgn harga yg affordable sekali.



Jam 7.20 pg kami mendaki Brincang dgn 4wil tanduk kebau (Pijot panggil tanduk rusa) dan tiba di puncak Brincang jam 8.00 pg.

Setelah operasi packing brg ke puncak siap, jam 9 pg kami memulakan pendakian ke Irau. Perasaan kagum membuak-buak dengan jambatan baru dan 2 bangsal yg dah ade. 15 minit kemudian stat la trek selut irau yg dasat, tambah2 musim hujan skang. Selut tahap paras kaki lutut pun ade nih…


Baru 1 jam trekking kedengaran suare Pit, “Lame lagi ke nak sampai?”, “Dekat lagi tak nih?”…

Jam 11.30 tgh hr tiba di Anak Irau. Berehat-rehat makan nasi lemak sambil dihiburkan dengan jenaka Koroi.

Pijot: Roi, hulurkan nasi lemak tuh
(Koroi pun menghulurkan nasi lemak tersebut)
Yani: Nak
(Koroi pun menghulurkan)
Pit: Roi, amekkan roti
Koroi: Aku nyesal btul pilih seat dekat ngan makanan ni
(Koroi hangin kerna menjadi perantaraan, lalu memberi kan Pit roti tanpa kaya nya sekali)



Jam 12.00 tgh hr
Meneruskan perjalanan ke puncak .Dari sini ke puncak dekat dah lebih kurang 800 meter “sahaja”. Tapi turun bukit mencanak dan naiknya pun mencanak. Naik sudah, turun pun sudah, mano puncak nih…psyco ni….

Jam 1.00 tgh hr
alhamdulillah ..tiba di puncak Irau.



Sesi makan2 lagi, time ni nak masak megi n kopi. Carik punye carik, lighter tinggal kat Karam rupenye…maka pijot pun call serabut minta delivery lighter ke Irau…hehe..saje bakar..

Dengan menggunakan skill SURVIVOR koroi, lantas camping gas bejaya dinyalakan menggunakan kanta pembesar.. lalu, sesi masak megi, masak bubo nasi, masak air teh dilakukan sambil babas yg sempat melelapkan mata, diikuti pit yang sentiasa nak tido (siap bedengkur nih), dan las sekali koroi pun sibuk nak join (tdo ala-ala patung budha).

Panas terik kat puncak, dan kmudian mendung berarak, pastu terik balek. Dan ktorang decide utk stat turun jam 2 ptg selepas meng habis kan ration. Kadang2 hujan gerimis mula melanda.

Jam 2.00 ptg
Begegas trun. Tiba di Anak Irau, Jam 2.30. Teserampak ngan sekumpulan Team dr Filipina yg bakal bemalam di puncak Irau. Rest jap, beramah mesra dan kmudian sambung trn balek..nga trekking, tiba-tiba Mulyani:

Yani: Beri laluan, de org nak lalu.
Aku dan Pijot pun mengangguk kepala.
Setelah 15 mnt.
Aku: Pijot, mane nye org nye? Kate de team nak lalu
Pijot: Jap lg kot
Stelah trekking 30 mnt kmudian.
Aku: Mano org nye Pijot
Pijot wat tak layan aje pertanyaan aku. Maka aku pun konpius dan becelaru..hehe
Treking nye treking, melalui selut dan lumpur bak taik kebau…tiba-tiba..

“DUSH…”
Alamak… “Mai ko okeh?”
Peh, cantek tejunan Mai. Hehe…skali tecebur ke dalam tasik buatan lumpur..dalam nye, peh paras lutut ni…sungguh berani cobaan berenang di dalam tasik lumpur itu..

Kami pun terus meneruskan trekking ngan perasaan tak saba nak jumpe Karam di camp site Brinchang. Aku pun mengorak langkah meluncur laju ke hadapan memecut Incik Guide (Koroi), ingatkan da dekat…..jalan nye jalan, trek kejap turun, kejap naek, turun balek, naek balek…mongah dah…
Yani pun ter ‘psyco’. “Jalan lu, aku jalan kmudian”….

Makanya, kami pun terpecah belah, didahului dengan Babas, diekori dkt oleh Mai, se depa skit, pijot, aku dan koroi, jauh ckt Pit dan Yani. Dari jauh kedengaran Pit memberi peransang n motivasi kpd Yani.

4.30 ptg
Detik2 hendak tiba di Pintu Rimba (Jambatan Puteri)

“Bila mau sampai da..” Bisik Koroi..
“Ni last turun ni, jap lagi naik balek, sampai la ni” Pijot memberi keyakinan
“Bismillah…bismillah” aku hanye mampu bezikir, sgt lama rase treking ni..

“Sampai da, da jumpe JAMBATAN”…Laung Babas..
Betul la kate Pijot, last canak trus jumpe jambatan. Lega rasa nya.
Lepak sebentar di Pondok Puteri. Sesi begambar. Kemudian Karam muncul ngan kameranya untuk melaksanakan hobi di masa lapang..



5.20 ptg
Serabut muncul bersama pacuan 4wil PGL nye..sesampai sahaja, trus hujan lebat kat Brincang.

6.00 ptg
Setelah selesai menyucikan diri, kmi pun memulakan aksi masak-memasak diketuai Chef Pijot, ngan tema masakannya Ayam Masak Lomak Cili Padi, Sambal Sotong, Kobis Goreng dan Telur Goreng Masstin.

9.00 mlm
Hujan tak henti-henti lagi, SEJUK! Mule mencengkam sum-sum tulang dan lemak tidak mampu berfungsi sebagai penebat.
Sorang-sorang mule tumbang di dalam sleeping bag, diketuai oleh Pit.
Maka, tinggal lah 3 org adek bradik yg bermain sesame sendiri (Karam, Serabut n Babas) dan akhirnye mereka masok jugak tdo Jam 12 tgh mlm.

15 Nov. 2009 (Ahad)
8.00 pg
Brader 4wil tiba. (Sungguh berdisiplin, menepati masa). Ktorang pun turun dr Puncak Brincang ke Pekan Brincang.
Stengah jam kmudian tiba di Petronas Brincang. Bincang nye bincang, ktorang decide utk sarapan kat tanah rata dan bejalan-jalan sebelum g mandi kat Kem Sg Pauh.

1.30 tgh hari
Gerak turun dr Bharat Tea setelah hujan lebat. Tiba di Serdang jam 5.00 petang. Alhamdulillah selamat pergi n pulang.



P/s: Trima ksh kpd suma yg menjayakan Trip Irau. To Koroi & Pit: Tima kasih menumpangkan kenderaan anda. Serabut: Thanx join walopun di saat akhir (Pit kate ko takde membe, tu yg ko dtg..hehe) Karam: Tima kasih ye jaga barang2 kami di campsite dan kpd smua geng T-Recs.

Sekian.

Catatan;
Pda

Mari Berjalan Ke Bukit Broga.





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


21 Nov 09 dalam pukul 11 malam lebih kurang camtu tetiba rasa cam nak masuk hutan. Tanya En. Sodiqin nak pergi Air Terjun Pisang tak esok. Dia kata tengok dulu. Koroi kata nak pergi tapi kalau mandi air terjun takat 3, 4 orang jer macam tak best lak aku rasa. Aku ajak Sodiqin naik Broga. Trip ni kalau 2, 3 orang pun cam best gak. Dia kata TANAK! sakit kaki la, sakit lutut la, lemah lutut la dan pelbagai lagi alasan. Pastu dia ada cakap yang Kejang nak naik Broga esok, aku pun call Kejang...

"Alo, ko nak naik broga ek?"

"Ha'ah"

"Kul bape?"

"8.00 pagi esok"

"Ek eleh, apa barang naik esok... Naik pagi ni jom, sempat tengok sunrise,"

"Okay, aku roger member aku jap"

"Aku ngan Jawa jer... yang lain dah tido"

"Orait, aku sampai kita gerak,"

Maka dengan itu kami pun pergi la. Aku, Jawa, ngan Kejang.

Singgah kat Restoran Ibrahim Maju, makan dulu. Siap tapau nasik goreng. Kul 4.45 jumpa member Kejang at simpang University Nottingham. Sorang nama Yap, sorang nama Nizam. Itu saje informasi yang aku ada tentang mereka berdua. Lain, aku tak tau.

Sampai kat parking sawit tu dalam kul 5.00 pg kot. Setel ape yang patut, kami pun start trekking dalam kul 5.15 pg. Mula-mula Kejang trekking ngan aku, lama-lama dia pun boring. Member dia 2 orang lagi pun boring dok tunggu aku. So tetengah trek tu, Jawa lak teman aku. Diorang tak biasa kot trekking ngan orang yang terlebih 'santai' cam aku kot. Muahahaha!

Tetiba aku rasa cam trek dia ni dah lain macam. Aku tanya Jawa.

"Sejak bila lak dah ada tangga sampai ke atas ni" Tangga yang aku maksudkan, trek tu dah di tarah macam tangga. Siap ada dua lane lagi.


Jawa jawab, "Ntah"

Dah la antara anak tangga tu tinggi2. Mengah siot.

Kejang ngan the geng sampai kul 5.45 pg. Aku sampai dalam kul 6.20 pg.

Sampai-sampai, dah macam pasar malam. Penuh giler ngan manusia-manusia. Aku rasa ada dalam 200 org kot. Sementara masih gelap aku cepat-cepat panggil Kejang port tepi batu. Senang nak lepak nak masak air dan lain2. Manusia-manusia lain lak tak putus-putus datang. Dah famous sangat dah Bukit Broga nih aku rasa.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Matahari tak kluar2. Tapi tak bermakna yang ia terbit dari barat. Cuma awan hujan dok halang sinaran mentari tersebut. Maka tak dapat la shot sunrise. yang ada shot muka aku, muka jawa, muka kejang, muka nizam, muka yap, muka amoi2 yang cun. Muka je ek, bahagian lain takde.



Pas tu, dah lepak, minum kopi, layan amek gambar, layan tengok amoi, layan tengok awek sampai la kul 9.00 pagi.


Memember Kejang tu ada lagi yang nak sampai rupanya. Kul 9 pg tu dok ada kat highway lagi. Tak larat aku nak tunggu. Gambar pun dah tak tau nak amek gambar ape dah. Awek-awek cun pun dah takde dah. So, aku ngan Jawa turun dulu.

Turun kul 9.15 pg camtu, kul 10.30 pg baru sampai bawah. Pergh... lagi lama turun dari nak naik. Sebabnyer, main2 kamera lagi sebenarnya. Time turun tu lutut aku sakit siot. nak dekat sampai si Jawa lak cakap.

"Lutut aku pun dah vibrate ni Karam."

Lutut Jawa pun boleh tahan out gak sebenarnya. Tapi trima kasih la kat Jawa sebab teman aku naik ngan turun. Sampai kat kete, ngan tak pakai bajunya, drive sampai la ke pekan.

Singgah Petronas, beli air, balik.

Sampai umah, mandi, tido sampai kul 9 malam.

Sekian.



P/S: Gambar2 boleh tengok kat facebook aku.


Monday, November 16, 2009

SELINGAN : Cover Majalah T-Recs




Sila ambil perhatian. Majalah T-Rec ini hanya diterbitkan dalam bentuk cover sahaja, takde content..majalah ini jugak diterbitkan sesuka hati oleh tukang buat...sesapa pun buleh buat...

Thursday, November 12, 2009

Selamat Hari Tua Kepada Koroi!!!



*The Rock Feat. Ahmad Dhani: Munajat Cinta
*Kat Maulana ngan KFC, kedai kek bukan main awal lagi tutup... ape da...

Selamat Hari Tua Yang ke-29 kepada En. Koroi kita! Semoga dipercepatkan (cepat la wei) jodoh, dimurahkan rezeki, dan dirahmati Ilahi sehingga ke akhir hayat. Moga tiap gerak, tiap langkah, tiap kata yang beliau ucapkan adalah untuk kebahagiaan segalanya. InsyaAllah...

Tuesday, November 10, 2009

Mari-MaRi kiTa ke IraU

Oleh kerana rasa nk naik gunung begitu menjadi-jadi maka di jemput semua, jom kite ke Irau...Bile???

Tarikh : 13-15 November 2009
Bayaran : RM 85/person (all in)
Transport : kete2 insan terpilih

Peserta:
1) KOROI (hehehe...jgn kecik ati ye roi)
2) Pda
3) pjot
4) todong
5) rekek
6) ajmal
7) babas
8) karam
9) serabut
10) kebu
11) jawe
12) mai
13) kening
Pending:
13) bubo?
14) pit ("tak tau lagi ke mana dirinya ketika itu")


Bayaran perlu di bank-in kan ke No. akaun kat bwh ni selewat-lewatnya hari rabu (11/11/09) ni:

No akaun: 12150080754521 (CIMB Bank) Shafiza Masuri


Sekian,

'Rekreasi Selamanya'

Monday, October 26, 2009

Mari ke Lata Hammer

-:UPDATE:-
Trip ni aku serahkan kat Jawa untuk handle. Tarikh yang kat bawah ni kansel. buat hari Ahad. Ada pape hal kontek Jawa.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jom kita ke Lata Hammer.

Tarikh : 31 Oktober 2009 (Sabtu)

Kita buat format pergi pagi balik petang. Takyah nak tido2 kat sana.

Makan-makan nak buat format BBQ ke ataupun biasa2 jer?

Nak gi tak?

Tuesday, October 20, 2009

Projek Mega T-Recs 2009: Gunung Kinabalu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

First of all, saya wakil kepada seluruh warga T-Recs mengucapkan jutaan tahniah kepada Team Kinabalu T-Recs yang berjaya sampai ke puncak tertinggi di Asia Tenggara pada jam 5.30 pagi, 29 Mei 2009. Tahniah sekali lagi kepada Pijot, Sharip, Babas, Serabut, Lin dan juga Hairil.

DAY 1


Rombongan cik kiah ke Sabah di sertai oleh saye sndr, sharip, babas, serabut, lin dan hairil.Jam 10.30 pagi, dengan menaiki storm karam dan sebuah keta mewah a.k.a vios incik hairil....kami menuju ke gerai Kak Ema utk sarapan pagi+makan tengah hari...awl tu..mmg awl gle...lps makan area dkt kul 12 br gerak g LCCT. sampai d LCCT kami check in barang2, beg2, ntah ape lagi termasuk babas utk di tempatkan di kargo...eh?babas?hehehe.....pastu duk rilek2 sementara nk tggu kami lak check in.

Lebih kurang kul 1.30 ptg, ktorg check in and depart ke sabah......
syiiiiiiiiiiiiiiiiuuuuuuHHHH...penerbangan kami selama 2 1/2 jam dan sampai di T2 Kota Kinabalu pada jam 4.30 petang..pas check kastam, imegresen sume tu, amik beg sambil carik beg sharip...hahahaha....lame carik beg sharip sebab x ingt mane satu beg die...pastu dengan menaiki limo epot (toyota avanza je la...) yg di pandu oleh encik sajen jamal abdillah menuju ke Padang Merdeka.Kat sne tuka teksi plak utk naik ke kundasang...sepatutnye dijangka sampai ke kundasang pkl 7.00 (2j) tp oleh kerana hari hujan renyai2 cmpur plak lori yg banyak maka nye kami sampai kul 8.30 mlm.Setibanya di D'Villa Rina Ria Lodge, kami di sambut mesra oleh tuan punye tanah, dpt msk blk kitorg n makan mlm....pas mkn2 mlm...duk lepak2 jap setting barang2 yg nk dibwk esok dan...ZZZzzzzzz...




DAY 2




Pagi yang indah dengan suhu yg nyaman, ktorg dok round2 keliling lodge, sarapan pagi n bersiap2 utk memulakan pengembaraan mendaki gunung kinabalu. Jam 8.oo pagi, Mr. Robert selaku pemandu x rasmi kami menunggu di hadapan opis lodge utk menghantar kitorg check in di taman negara kinabalu.

Di Kinabalu Park, check name, dapat kupon makan, kupon penginapan, tag nama, permit dan juga seorg guide encik rashid namanye...kemudian kitorg amik bekalan mknan utk tengah hari kat cafe utk dimkn semasa perjalanan......



Seterusnya, kami bergerak ke starting point di mesilau yg terletak 2.5km dari kinabalu park melalui pekan kundasang. Trail mesilau ni jauh 2km drpd trail timpohon.perjalanan dr mesilau ke laban rata sejauh 8.2km melalui trek bertangga,trek hutan yg mmg masih terpelihara dan juga permatang.....apa yg menariknye gunung ni da mcm all in one package...ape yg ade di irau brinchang ade kat cni, ape yg ade di G7 nye gunung pon ade...di tambah lagi dengan kemudahan pondok rehat, air dan tandas di setiap 1 km perjalanan ........

Perjalanan dr mesilau ke laban rata selama 8j tp drag 1 j lewat kerana keadaan x mengizinkan....sampai di km6 iaitu pertembungan trek mesilau dan trek timpohon (Layang-layang check point) hujan turun agk lebat,tmbh plak mental down n lutut sharip mengalami masalah..so pergerakan menjadi perlahan..hehehe...



2km terakhir adalah jalan berbatu n menaik.....mase ni..sejuk die mmg xleh nk ckp.mmg sejuk giler......kul 7 mlm ktorg sampai kat laban rata......akhirnye~~~pas dpt penginapan (gunting lagadan), ktorg panas kn badan, mkn n rehat2 jap sementara tggu ujan reda....tp da kerana terlalu penat+sejuk+basah.....nk xnk ktorg redah jugak ujan utk ke chalet yg 150m dr cafe laban rata dgn suhu 5 deg celcius...pehh..beku!!! sampai kat chalet, tuka ape yg patut, siap2..pastu sume pengsan akibat kepenatan dan kesejukan......

DAY 3





Awal2 pagi ktorg da bgn sebab nk naik ke puncak. tepat jam 2.30 pagi kami start trekking bersama pendaki2 yg lain.pergerakan awlnye agak perlahan kerana ramai org n trek kecik....dlm 1/2 jam perjalan menaiki tangga2 kami tiba di kwasan berbatu. kami melalui kawasan berbatu sejauh 2km sehingga ke puncak. Cuaca pagi tu sgt menyebelahi kami, tp suhu mase tu lbh kurang 10-15 deg celcius.perjalanan kepuncak dijangka selama 2j, tp oleh kerana terdpt mslh2 kecil...hehhe....kami tiba di puncak pda jam 5.30 pagi.....wahahaha...mase tu matahari da naik sket...terlepas sunrise..hehehe....kitorg lepak kat puncak, gambo2, tdo2, minum2 sampai kul 6.15 pastu turun.Di puncak xleh nk lepak lame2 sebab dikhuatiri awan gelap datang, maka menutup pemandangan n me'limit'kan penglihatan....

Masa turun tu, kitorg turun paling lambat coz nk menghayati pemandangan sekeliling n amik gmbar sepuas2nye di puncak....kire cm pelancong gak le, seb baik la incik guide agak cool n sporting..sepanjang perjalanan tu asik snap gmbar kiri kanan xkire kat mane je....hehe..kitrog sampai kat gunting lagadan kul 9.30, packing2 barang n bergegas menuju ke cafe utk amik sarapan pagi...

jam 11.00 pagi ktorg memulakan terkking turun dari laban rata ke kinabalu park melalui timpohon trail iaitu kene turun tangga sepanjang perjalanan....sepanjang perjalanan turun xde masalah sgt except sharip n kak lin mengalami kekejang otot kaki n bergerak sedikit perlahan.....tp lagi 1km nk sampai ke gate timpohon, kami di timpa hujan yg sgt lebat n maha sejuk nye.......trrrrr.......makanye ktorg jln selaju yg mgkin utk cepat sampai n akhirnye sampai di gate timpohon jam 4 ptg, Kt sane Mr. Robert suda siap sedia tggu utk pickup ktorg blk ke kinabalu park office n blk ke lodge.


DAY 4

xde xtvt sgt.cume kotrg turun dari kundasang n check in kat hotel kat KK.Petang tu g lepak kat Tanjung Aru sambil tgk sunset yg semmgnye superb!!!!!




DAY 5

Jam 8 pg, ktorg gerak dari otel utk ke Tenom tempat org wat white water rafting.tp odw nk ke sane tu sggah kat Hyatt hotel sbb nk amik mat saleh (laki bini) yg br sampai n diorg pun nk wat rafting ni gak..perjalanan ke tenom mengambil masa kira2 2 jam setengah dari bandar kota kinabalu melalui banjaran crocker yg sememangnye banjaran tertinggi di sana..dlm perjalanan tu JJ merangkap guide utk padas ni dok terang2 la ape yg patut pasal rules n regulation rafting ni....abis2 terang, disebabkan xde xtvt nk wat dalam van, pastu jauh plak tu makanye ktorg isi masa lapang ngan tido..hehehe....kecuali babas,begitu asyikkkkk menyanyi..ala-ala dodoikan ktorg gtu..w/pun x berape nk merdu pon kami layan...time kasih babas!!heheheh....

sampai di bandar tenom pkl 11 n ktorg dpt mkn lunch, sain agreement sket n siap2 nk ke starting point (trolley la tp...)..Patutnye dpt nek ketapi tp disebabkan land slide(err..btl ke eja ni ek..) ktorg dpt nek troli...hahahah...siok giler, duk atas troli pastu ade lak org kayuhkan.."kayuh ba kayuh, kau kasi duduk diam2.pigang troli kalu tidak kamu jatuh ba tu..."..lebey kurang gni la brader pengayuh troli tu ckp...hehe..dekat sejam ktorg nek troli tu menyusuri sg. padas b4 sampai ke starting point..(ha..yg ni real punye starting point..hehehe) sementara nk start tu JJ bagi ktorg makan buah tembikai..ktorg mkn lagi....JJ n da geng plak pam dinghy...pam punye pam, skali 1dinghy bocor...aiii,da cuak da ni..takut x dpt nk wat wtr rafting ni...seb bek la dia tu guide,so akhirnye masalah selesai n kotrg get redi nk bertolak (kul 2.oo ptg)....yieeehhhhhaaa!!!!!




oleh kerana team ktorg ni sikit so ade 2 dinghy je gne.team kuning(lin, hairil ngan pasangan foreigner) ngan team ijau(org, serabut, babas n sharip).menurut guide, ktorg merentasi sg.Padas ni sejauh 19km n ade 10 rapid.5 big rapid n lagi 5 tu kecik2 punye...mule2 kayuh tu..dia kasik warm-up ngan rapid kecik2 je...pastu sampai satu tmpt yg airnye agak tng, ktorg kene test life jaket...so kasik floating dulu 10 mnt...n then the adventure begin....rapid 1st namenye HEAD HUNTER RAPID..mmg rapid dia x hingat nye la..pastu jumpe plak yg 2nd..name dia SCOOBY-DOO RAPID.yg ni lebey krang mcm yg first..pastu kasik relek jap...jumpe air yg tenang..hehehe...kat rapid no.3 plak..name dia WASHING MACHINE,tgk name pun da tau da cm mane keadaan rapid dia...huh sebijik mcm dalam mesin basuh tu ha....disini la sejarah tercipta dimana serabut tercampak dari dinghy dan berjaya dibasuh sehingga bersih oleh rapid tersebut...pehhhh....gaye jatuh tu da mcm korg nek bas yg laju, pastu cmpak botol ke ape ke dari tingkap..begitu la keadaan dia jatuh..hikhikhikhik.rapid no.4 plak namenye COBRA POINT RAPID.dinamakan cobra sebab mmg da mcm ular da ktorg ngayuh tu sebab ngelak 3 biji batu besar..pehhh..ni lagi satu kalo x elak mmg blh terbalek ma....n team kuning nyaris2 terbalek di rapid ni..aisehh, tp xpon..kurang hiburan sket..huhuu.....lepas rapid besar selang seli ngan rapid kecil-kecilan..ktorg jmpa rapid yg seterusnye, namanye BIG SHARK RAPID.kat cni mmg mabeles beb!!!!ktorg wat willy tuuuu...1 st willy tu lbh kurang 5-10 deg je..2nd tu pun lbh kurang....yg last pehhhh...almost 45 deg tu...hahahaha..nyaris x terbalek g....last rapid plak name nye GRANDMAMA RAPID...ape punye name rapid pun x tau la..tp yg pasti, b4 ktorg lalu tu ade satu lg dinghy under riverbug nye team, ade sorg mamat dalam dinghy dia tercampak...dari kejauhan ktorg nmpk paddle terbang tu...agak ganazz rapid yg terakhir tu..

bile sampai di last point lbh kuang kul 5.30 ptg, ktorg nek speed boat lak utk teruskan perjlnan ke Beaufort..1 jam atas speed boat, dari baju basah boleh smpat kering, dari terang sampai da nk gelap..kematu duduk n akhirnye ktorg sampai pekan Beaufort.pastu mandi-manda, siap2 n balik KK.

DAY 6

oleh kerana xtvt da abis, so ktorg cume lpk2, jalan2 kat bundle pagi tu n shopping kat tamu Jalan Gaya...lepas lunch br g Manukan Island,kasik layan snorkling n tengok2 alam..sampai ptg..balik dari island, babas n serabut layan bundle sejam dua lagi sampaikan org ngan sharip hangin sebab da kebulur n kelaparan tggu diorg nk g mkn...huhuhuhu......pastu ktorg g makan seafood kat belakang pasar philippine sepuas-puasnye, bls dendam sbb mkn x puas mlm sebelumnye...heheheh...siap makan xde wat pe melainkan balik hotel, berkemas n zzzzzz........



DAY 7

pagi2 tu dak2 laki(sape je,mcm ramai sgt je kan.....babas, serabut n hairil) g layan bundle lagi.pas check out dari hotel, ktorg sggh lagi pasar philippine for the last time...carik barang sebakul dua n pastu terus gerak ke airport...tp yg x best nye, lame giler duk kat airport sebab xde tmpt nk di tuju lagi...sepatutnye ktorg depart kul 5.10, tp delay ntah pasal pe kul 6.00 br depart...sampai KL kul 8.00 dan kami di jemput oleh bubo, jo n kawan si hairil......

Sekian saje laporan dari saya......

p/s; maap la sebab lmbt upload...kekangan masa telah berlaku..hehehehe.... 353436