Tuesday, February 17, 2009
one nite stand di bukit broga
date: 13hb februari 2009
time: 10.00 malam (tp inform joe pukul 9.00 mlm)
venue: azwath equine
ahli neraka yang terlibat: joe, incik jenal, incik mat saiko, incik man
ahli syurga hanya diwakili oleh raha@cik beskot..
trip ke bukit broga dimulakan dgn meng'inform' joe perjalanan start kol 9 mlm.. oleh kerana joe yg mmg terkenal dengan sikap suka meleceh, maka beliau hanya sampai pukul 10 mlm sepertimana yg telah dijanjikn dgn incik jenal..
tepat jam 10:10 mlm, incik jenal hadir ke azwath dan tepat jam 10:30 mlm, kami bergerak dari azwath. tp malangnya joe masih lg tertinggal sandal dalam kereta beliau, maka kami pun membuat satu pusingan ke kereta joe semula utk mengambil sandal. kami berhenti di petronas jalan kajang-semenyih utk menunggu rakan2 incik jenal iaitu incik mat saiko dan incik man (bkn man bai)...
nasib kami masih malang kerana rakan2 incik jenal pun buat perangai mcm joe. maybe dorg dh tau joe ikut, jd dorg pun buat2 lmbat la. joe telah buat poyo dgn bertanya ke incik jenal,"lama lg ke dorg nk smpai?"cheh, pdhal baru 1st time tunggu org lain, kecoh bkn main. lg malang bg cik joe bilamana incik jenal buat derk jek dgn pertnyaan beliau.. maka bermulalah episod joe kecik ati incik jenal buat layan x layan beliau jek. sekitar jam 12 tghmlm, incik mat saiko dan incik man tiba di petronas tersebut.
perjalanan diteruskan menuju ke jalan lama ke seremban. kepada sesape yg nk g, jgn risau kerana ada signboard tulis ke broga. ikot jek signboard tu. anda akan berjumpa university of nottingham di sebelah kiri anda, teruskan perjalanan dan anda akan menemui satu ladang arnab, (nama dia klu x silap rabbit land kot) di seblah kanan. btol2 berhadapan dgn ladang arnab tu ada jalan ke ladang kelapa sawit. jalan yg xseberapa elok itu boleh dimasuki dgn kereta. (ikot korg la kereta korg leh masuk smpai mana).
turun dari kereta mestilah kene trekking kn? so perjalanan trekking adalah bergantung kepada bape dlm keta korg leh masuk dlm. trekking smpai jumpa ladang getah on your left. trek dh ada jgn risau. anda akan disajikan dengan trek yg mencanak gila (xde intro terus jek kene drop gear 1). perjalanan trekking kami pd mlm itu bermula dari jam 12:30 tghmlm dan berakhir pada jam sekitar 1:30 pagi.
permandangan dari puncaknya agak memberangsangkn, (tp x cukup buat aku rasa kagum, bak kata mok,"mmg susah nk impress kn raha").. biasa2 la pemandangan dia.. lu semua leh nmpak sekitar pekan semenyih dan juga bangi (incik jenal kata la, gua agak dia tipu jek..)
sesampainya kami di puncak, seperti biasa tugas gadis yg comel dan juga bapok kene buat air, manakala lelaki2 tersebut tanpa membuang masa terus bukak camera amek shot sana sini. ketika ini bermula lah hobi joe yg baru. disebabkn oleh gadis yg comel malu utk menjadi model, maka joe dgn bangganya found out that dia sudah jatuh cinta dgn kerjaya modelling. lelaki2 itupun disebabkn tiada option lain, maka menerima joe seadanya.
puas berposing dan amek gambar, kami mkn, puas mkn sap okok.. begitulah xtvt mlm itu sehingga pada jam 4:30 pagi, aku buat keputusan utk tidur jek. lantak la dorg nk amek gambar byk mana lg. tp rupanya pas aku masuk tidur semua pun masuk tidur jugak.
sekitar jam 7:30 pagi, incik joe mengejutkn saya dgn mengatakn mahu ke toilet. maka dgn berat ati, saya pun mengikuti beliau. mangkuk2 yg lain dh lama bgn dan amek gambar sunrise. agak menawan gambar yg mereka ambil. lupa nk bgtau tiada water point langsung di sini, segala jenis air perlu dibawa dari stesen2 minyak yg berdekatan. kami brekpes dan pagi itu sudah ramai yg dtg cuba2 utk menyambut hari valentine di sini.
perjalanan turun semula bermula sekitar jam 9:45 pagi (sbb dh panas gila kt atas). sekitar jam 10:30 pagi kami smpai semula ke kereta. joe (bkn nama sebenar) yg telah menipu boipren utk ke broga pd hari itu telah kantoi dimana beliau tersalah send sms kepada cik raha. itu saje laporan dari saya. segala gambar (bkn sampah yang diambil oleh joe) akan di'upload' sedikit masa lg.
article ini adalah benar sebenar-benarnya ditulis berdasarkan kejadian sebenar. sekian terima kasih.
Friday, February 13, 2009
UPDATE 4: Kinabalu 2009
Utk perhatian kwn2 sekalian, tarikh utk ke kinabalu di tukar atas sebab2 kepenuhan org di puncak gunung...utk tarikh tersebut da x available unless kalo sanggup utk membayar 2x ganda dari yuran asal..g pun En. Padas x available dari 5hb-10hb Jun 2009.So detail nye kat bawah ni....
Tarikh: 27 Mei 2009-2 Jun 2009
Bayaran: akan diberitahu kelak
Peserta: max 15 org
Sebarang pertanyaan boleh la tnye org ye...Tarikh tutup 18hb Februari 2009
Cepat selagi tawaran masih ada!!! 353436
Thursday, February 12, 2009
tatatertib berekreasi
just a simple reminder to all of us termasuk aku...
anyway kita semua mmg sukakan outdoor xtvt, sbb tu la adanya blog nie. cuma aku terasa nk share my opinion with all of u..
1st sekali, atas sebab apa kita berekrasi?
bagi aku org berekrasi nie ada byk sebab... sebagai contoh, aku...
time blajar, aku berekreasi sbb minat, bagi aku satu kepuasan bila sampai satu puncak gunung, aku tgk keliling aku nmpak bukit menghijau sana sini... aku rasa tenang. selain tu, aku rasa xtvt mccm nie byk bg experience pd diri aku sendiri, apa nk buat klu satu ari hidup aku susah.. so bila dlm utan aku rasa aku blajar mcmana nk survive hidup, makan ala kadar, xde pizza, xde kenny rogers, xde dah nk mkn merepek2... tp satu lg value yg aku dpt adalah dlm utan atau dlm xtvt mcm nie br aku tau sape kwn yg btol2 kwn... yg tu yg paling bernilai bagi aku.. sbb tu dlm byk2 jenis kwn2 aku, aku tau geng budak2 rek nie la the most reliable friends i have...
bila time keje, aku masih g xtvt mcmnie sbb bila dalam utan, aku rasa free. semua masalah keje ilang. aku rasa btol2 release tension. xpayah nk pikir2 sakit kepala, so enjoy abis2. tp bila dh keje semestinya aku xboleh g xtvt yg mkn masa yg byk. cukuplah g mandi manda sehari dua. sbb pastu nk rilek2 prepare nk g keje lak. minat mcmana pun penat woii masuk utan terus g keje.
so based on my experience yang x seberapa nie, aku nk cakap sket la. 1st skali, aku faham bila masing2 dh bekerja, we might not be able to do the outdoor xtvt together as frequent as before. so kita pun try other alternatives such as join kelab lain, or suka2 meronggeng ajak org lain g xtvt yg kita buat.. itu semua normal. even time blajar pun aku suka2 ikot xtvt kolej lain. tp kita semua kena ingat, manusia diberikan tuhan akal dan berbeza pendapat. jadi, cara kita x sama dgn cara org lain. jadi, just a gentle reminder to all of us (including me myself), bila kita ikut trip org lain, kena pndai bawak diri.
bila kita ajak org ikut trip kita, itu xde masalah.. buatlah perangai x senonoh kita. but when we follow other people, there is no 2 captains in one ship. so kita kena follow jek. we might think that we are good, but are we good enough?
lagi satu, cara berekreasi setiap org berbeza. for example, kita rasa lampu kabaid yg paling mudah, tp adakah org lain rasa mcm tu? kita panggil main tent tu main tent, tp semua org ke panggil main tent? so, setiap org mempunyai definasi yg berbeza tentang satu2 perkara... x semua org boleh paham kita, mcmana kwn2 kita yg skrg nie.
bagi aku, yang paling penting, pndai bawak diri. setinggi mana pun gunung yang kita pernah panjat, sehebat mana pun pengalaman kita dlm bidang nie, kita masih perlu tunduk ke bumi. setahu aku, xde ukuran siapa paling hebat pun dlm xtvt mcm nie, ada ke ko dh pnjat semua G7 ko dpt title Ir.?(merepek dh aku nie) .
lastly, bagi aku, gunung x lari ke mana. set your goal, which is more important. which is more important to u, your life, your future. yang dulu, didahulukn. apapun, kena tau apa dia keperluan dan apa dia kehendak dalam hidup ko.
tujuan aku postkn article nie, not to humiliate anybody, bkn marah atau apa, just nk share pendapat aku yang xseberapa berpendapatan nie. article ini tidak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup mahupun yang mati..
nota bulu kaki jugak: wei aku nk repeat jelawang, sape nk follow? kali nie, semua org naik train jek. sape2 ada cadangan tarikh bagitau aku la..
Wednesday, February 11, 2009
jalan-jalan makan angin di bukit broga
title: jalan-jalan carik pasal
venue: bukit broga, semenyih
date: friday (13th february 2009- gerakan pada awal waktu malam)
for further infomation, sila hadirkn diri ke
venue: maulana hanjeng (seblah 7 e seri serdang)
date: wednesday (11th feb 2009)
time: 7 p.m
gua nk ajak kwn2 suma kenal dgn mangkuk yg nk g sana... mangkuk nie kwn kepada jo...
gua tolong sampai2 kn jek.
TQ
Tuesday, February 03, 2009
Senang-senang Gunung Rajah
Nota kepala hangin : Jo suruh aku upload repot ni, pw blogger die ilang..ape punye lemah la daya ingatan die nih..
“Senang-senang duduk di serambi
Napelah kita mendaki?
Gunung Rajah yang tinggi ini….
Andai kita duduk di rumah
Layan tengok tv
Sambil makan megi….”
Memang mencabar dan menguji benar trip ke gunung rajah kali ini. XPDC telah disertai oleh aku (jo), raha, azim dan todong daripada T-Recs dan En. jenal, cologate dan kak aiwa (pendaki bebas). Perjalanan ke kaki gunung rajah yang terletak di Bentong, Pahang hanya mengambil masa kira-kira 1jam lebih je dari Serdang. Untuk makluman, kaki gunung rajah adalah di Air Terjun Chamang. Kire kalau kuar tol Bentong terus amik jalan nak ke Raub/Kuala Lipis la..jangan terlajak pulak. Kang sampai rumah Siti Nurhaliza, xjadi pulak nak ke gunung rajah. Sekali-sekala boleh la kite ke sini untuk bermandi-manda sebab aku tengok air terjunnya memang menangkap jugak. babiQ pon orite jugak di sini.
Perjalanan dimulakan pada awal pagi sabtu dan kami sebulat suara memilih konsep santai biawak untuk trip ini. Dia punya santai jangan cakaplah.. Tiap kali perhentian ada R&R. Siap bukak fly dan masak2. Tapi bila time jalan, laju xhengat sampai aku pon kesemputan juga. Apa gila nak bermalas-malasan ketika treking? Kalau nak kena tinggal 2-3 batu belakang boleh la…Kami telah menaiki pajero En. Jenal yang mempunyai lambang VirtualMalaysia.com sehingga ke pintu rimba.. Ingat senang nak dapat naik ke?
Kami berehat makan tengahari di Naning. Selesai makan dan mengambil gambar, perjalanan diteruskan sehingga ke Bukit Hijau. Camping site yang seluas
Nasib agak menyebelahi kami juga kerana kami memilih untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak dan melabuhkan sauh di permatang 2jam sebelum puncak. Puncak gunung rajah betul2 berhadapan dengan campsite yang dibina. Kedatangan kami di situ telah disambut mesra oleh team guide (untuk bebudak Unisel). Kali ini aku hanya bersikap pemalu sahaja memandangkan ada orang luar bersama-sama. Huu…sejuk benar malam tu. Tapi sejuk-sejuk pon Todong bantai pakai boxer saja sebab tertinggal seluar. Raha pula berseluar katok dan bermafla,
Perjalanan turun dari puncak diteruskan selewat jam 3 petang dan kami terus ke Bukit Hijau dan menikmati makan malam di situ selain memberi laluan pada waktu maghrib. Perjalanan diteruskan jam 9.30 malam dan menjadi semakin lembap apabila aku mengalami kecederaan lutut yang amat. Terpaksa layankan sahaja. Tapi silap langkah menjerit jugak aku itu jam. Rasa seperti otot disiat2. @$$*$X@&^* sumpahku didalam hati. Memang agak tertekan juga keadaan semua orang. Belum kira lagi gangguan dari anasir-anasir luar. Aku ingat Raha sorang saja yang masih mampu berjenaka. Kami tiba di pajero tepat jam 2.44 a.m.. Trip yang letih ini bukan saja memenatkan malah menyusahkan diri sendiri. Tapi dia punya seronok macam dapat hadiah tiket pelancongan pergi-balik ke
Nota kaki berbulu: Untuk trip kali ni aku dah jumpa minat baru aku.. Bukan mengorat anak teruna orang. Ni yang latest punya minat. Mengambil gambar flora dan fauna style yang slalu korang tengok dalam ensiklopedia. Peh! Memang boleh layan beb..amacam hasil kerja aku? mengancam dak??