Monday, March 30, 2009
Trip ke Gunung Dato’
Trip ke Gunung Dato’ kali ini sekadar mahu melayan napsu ahli t-recs yang dah mula sangap dan dahagakan gunung-ganang. Trip ini juga telah disertai oleh tujuh orang kami sahaja, pda, pijot, jo, dan sopa (gadis-gadis) ; babas, pit dan todong (jejaka). Selepas amik todong dekat Mambau, kami pun bergerak melalui highway ke Tampin seterusnya ke Bongek untuk ke kaki Gunung Dato’. Kami bersepakat untuk bergerak ke puncak selepas waktu maghrib.
Syabas (syarikat air babas) telah membawa naik bergelen-gelen air untuk kegunaan masak, kencing dan juga basuh ground yang terkena najis kumbahan. Kami telah berkemah di sudut campsite dek kerana dah ada group yang sampai awal dari kami dan mengkongker kawasan tersebut. Yang menjadikan celakanya apabila tapak yang kami huni adalah tapak yang dijadikan tandas oleh orang yang celaka yang telah memerut di situ. Dan dengan tak sengajanya kami telah makan, minum, tidur dan melepak dikawasan tersebut. Dia punya bau, peh brader! macam makan nasik kat dalam tandas awam.
Kami telah turun awal kerana sudah tak tertahan dgn keadaan tersebut. Setelah siap membersihkan diri, kami bergegas keluar dari kaki Gunung Dato’ dan menuju ke jalan yang lebih benar iaitu ke jalan menjual nasi ayam hainan (permintaan daripada pit) berdekatan dengan rumah pda. Setel makan, kami pon melepak di rumah pda sokojap yo. Keluar dari rumah pda, kami menuju ke City Park, Seremban 2 untuk melihat awek2 yang dikatakan meleleh oleh todong kepada pit. Selepas menghantar todong pulang, kami pon meneruskan perjalanan balik ke Serdang dengan jayanya.
Fakta-fakta :
1. Batu besar tak boleh dijadikan landmark untuk tiba di puncak Gunung Dato’. Ia akan membuatkan perasaan marah mari secara tiba-tiba.
2. Terdapat pasangan eiger untuk trip kali ini.hehe..
3. Lagu tema untuk trip kali ini ialah ‘Tanpa' nyanyian 6th sense.
4. Sopa adalah Nazri (member kepada Babas)- rujuk entri Lata Hammer.
5. Pda telah berjaya melakukan satu senaman baru di Seremban City Park.
6. Kami semua sangat gembira kerana trip ini begitu santai dan sempat melawat beberapa kawasan di negeri 9.
7. Takde sorang pon yang bawak kamera. Cet!
Notakakiberbulu : teka-teki dari pit : kalau telur gajah ada kat dalam, telur cacing ada kat mana? Ha….jawap2….
Jawapan : tanya kat todong la...
boleh view sini :
http://sekuq.multiply.com/journal/item/22/silalah_beretika_ketika_berekreasi
posted by : joE
Wednesday, March 25, 2009
Update 1+1 : Riang Ria ke Bukit Freser lagi (edited 290309)
- Harga kompem = RM 90
- Peserta kompem = 3 org baru heeee
- Tentatif pilihan = xde pilih memana laie
---------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Kembara(290309)
Hasil pebincangan simple kt kedai mamak kat bangi after futsal aritu, dengan ini secara rasminya trip bukit freser = ON..
- Harga kompem = RM 90 (Xde perubahan)
- Peserta = 11 org
- Tentatif pilihan = Pilihan 2 ->Tentative Ulu Semangkok,Pine 3 Hill
- Tema = Mendaki sambil melancong !
- kejang
- lyd
- hana(kwn lyd)
- kwn opismate hana(gadiz)
- todong
- pitz
- babas
- bubo
- jo
- pda
- pijot
- abib
- pasangan abib
- mai
- karam
- pasangan karam
- kawan pasangan karam 1
- kawan pasangan karam 2
- kawan pasangan karam 3
Last due (ni bebetul last ni) = Rabu, 1 April 2009
Monday, March 23, 2009
Riang Ria ke Bukit Freser
Wednesday, March 18, 2009
Gunung Angsi
Angsi Trip Chekgu
Gunung Angsi di Hutan Lipur Ulu Bendul terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuala Lumpur di tengah-tengah perjalanan antara Seremban dengan Kuala Pilah (Bukit Putus) dgn ketinggian 825m (2702 kaki).
Trip ini pada 20-21 Dis 2008 disertai team Chekgu dr Johor (Kak Na, Abg Emy & Abg Lan) dan team T-Recs (Pda, Jo, K Danone, Pit, Daus, Serabut, Todong) berjurupandu kan Qem & Nadiah.
20 Disember 2008 (Sabtu)
Tiba di campsite jam 6 petang. Team Chekgu dr Johor tiba sejak pagi lagi. Di sini kenderaan boleh diletakkan di sekitar kawasan utama hutan rekreasi atau lebih ke dalam di sekitar kawasan chalet.
Campsite didirikan bedekatan dgn jambatan memandangkan bermalam adalah tidak di benarkan di puncak Angsi. Aktiviti makan malam pada jam 9 diikuti sesi kenalan dan berkongsi pengalaman dengan team Johor.
21 Disember 2008 (Ahad)
Pendakian bermula pada jam 9 pagi (pendakian tidak boleh selepas jam 9 pg) selepas berdaftar di pos pengawal dan yuran RM8 seorang dikenakan.
Trek dimulakan dgn mengikuti laluan yang telah tersedia dan melalui beberapa bukit, sehinggalah berjumpa dengan Jeram Kak Lang (Check Point 1). Kemudian melintasi sungai sehingga berjumpa dengan satu lagi anak sungai merangkap last waterpoint sebelum melalui kawasan trek balak. Trek pada mulanya landai dan kemudian mencanak sedikit sehingga menjumpai trek tanah runtuh dan kemudiannya kawasan puncak Botak yang agak berpasir. Dari campsite ke puncak m’ambil msa kira-kira 2 jam ½.
Puncak Angsi agak luas (seluas padang futsal) dan dapat dilihat view sekitar seremban. Setelah sesi makan-makan n berisiterahat selama 2 jam n juga sesi bergambar, kami pun beransur turun. Jam 5 petang tiba di campsite bawah dan masing-masing mengemaskan diri di toilet yg disediakan.
Saturday, March 14, 2009
Baju T-Recs Photoshoot
Ok, aku cadangkan kita buat satu sesi foto T-recs bersempena dengan kehadiran T-Shirt baru T-Recs yang baru. Setakat ni tarikh 21 Mac terpaksa ditunda kerana terdapat beberapa ahli kita yang tak dapat nak join. So dengan ini:
Tarikh: 29 Mac 2009
Hari : Ahad
Jam : 2.00 ptg
Tempat: Berkumpul Di Rumah Stor T-Recs aka Rumah Minlon
Tema : Baju T-Recs beserta pakaian-pakaian lain mengikut kreativiti masing-masing. Nak bwk kain batik ke, lab coat ke, goggle ke, topi koboi ke ape ke. Mengikut kreativiti anda.
Contoh dari website lain, klik di sini.
Barang siapa yang ada masalah, sila MAKLUMkan terlebih dahulu.
Sekian,
Terima Kasih
Thursday, March 12, 2009
Air Terjun Kubang Gajah, Kampung Kemensah
Log Korbu Gayong
23/1/09
1pm aku roger sapkon soh siap2 kat pasir Gudang. Kitorang amik half day sebab kemungkinan besar jalan kat highway jam terok .. yerla..CNY
8.35pm kiterorang gerak dari umah pda.
9pm kiterorang sampai umah kejang... pas amik kejang, g isi minyak kat petronas presint 9.
9.15pm baru gerak dari putrajaya..lalu highway elite ..
9.45pm farah n the gang (Husband farah(abg zul),daus and ina) dah sampai kat rnr rawang.. Dorang btau dorang nak dinner dulu sementara nak tunggu kiterorang..
10.15pm, kiterorang sampai rnr rawang. cari le si farah.. dier cakap "ko nak cari aku senang jer.. rambut merah, baju kuning. daus pon ader skali (Member baru gak,xpenah jumper pon)" .memang betol cakap farah, rambut ngan baju dier jer dah menyerlah dari jauh. salam2, suai kenal ala2 kadar, terus makan.. yerla..lapo
24/1/09
4am, powil pon gerak..masya allah..sakit tulang2 belakang..tu pon poncho cakap powil pagi tu meredah dengan lemah lembut..isk2..
5am, sampai kat Starting point, Sg.Seno'oi. mulenyer poncho suggest nak gerak time tu gak..so, boleh ler breakfast on trek lelamer. Tapi bincang punyer bincang, decide nak rest jap..gerak after subuh..
8.30am pastu baru sambung balik journey. start meredah buluh2 tumbang..seksa sey... sikit2 kena bongkok, sikit2 kena bongkok…
25/1/09
11.30am start gerak ke bonsai tonggek.
3.40ptg sweeper terakhir sampai kat bonsai tonggek sejoook giler.. hana ader masak air choc cadbury..thanks hana!! panas sket badan.
3.40pm. smpai puncak korbu balik. Pas kemas2 barang
27/1/09
menu Tengahari : nasi goreng ..
2pm baru start balik menurun ..pacat time tuh memang menadah jerk..lutut dah menggigil sebab trek memang steep giler..huhu..terketak2 lutut~ .
5.30pm
PENGUMUMAN PENTING
Kepada Ahli T-Recs Sekalian,
PER: Hal-hal Berbangkit
1. Berikut adalah senarai laporan-laporan yang masih belum diterima, sila hantarkan laporan anda secepat mungkin:
- Air Terjun Kemensah (Selesai)
- Gunung Angsi Trip Cikgu Razi
- Korbu-Gayong (Selesai)
- Broga part II
3. Satu sesi photo shootout warga T-Recs bersama T-Shirt T-Recs yang baru akan diadakan pada 21 Mac 2009 pada masa dan tempat yang akan diumumkan kemudian. Sekiranya ada yang tidak dapat hadir, sila maklumkan terlebih dahulu.
3. Diharapkan agar warga T-Recs dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Jikalau terdapat sebarang permasalahan sila maklumkan terlebih awal dahulu.
Sekian,
Terima Kasih
Monday, March 02, 2009
jum menghitamkan kulit
invitation is only limited to GIRLS only...
destination: pulau perhentian
date: 30th april 2009 - 4th may 2009 (dijangka smpai ke kl semula)
30th april 2009 (khamis) - malam naik bas
1st may 2009 (jumaat) - labour day
3rd may 2009 (ahad) - malam bergerak semula ke kl. dijangka sampai pagi isnin (4th may 2009)
aktiviti hanyalah bersuka2, spt snorkeling, scuba diving (xde lesen pu boleh try), mencandat sotong, fishing, etc (semua xtvt yg boleh dibuat di pulau la)...
anda akan dicharge rm 260 complete set (makan, transport, bot, chalet n semua xtvt)...
kumpulan sasaran adalah gadis sahaja kerana pihak penganjur adalah terdiri dari kaum lelaki dan mereka perlukn gadis (terutamanya yg comel) utk menyerikn xtvt mereka..
sekiranya ada gadis yg berminat sila berhubung dgn cik beskot (bkn agen jual wanita). tolong confirm awal sket sbb aku pun kene confirm balik dgn pihak penganjur.