apa la lama sangat tade orang update kat blog. jadi selaku orang yang sentiasa girang dan ceria, aku nak berpantun. tak salah kan sekali-sekala layan menda lain. asik-asik nak kena baca pasal gunung aje.
ok. kali ni pantun aku tujukan khas pada pakcik a.k.a uncle. memandangkan dia dah nak menamatkan zaman 'tak tentu hala'nya ni, kita sama-samalah bagi tekanan pada beliau.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun 'mem' jauh beribu batu,
Awek di Serdang dingurat jangan.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Walau pakcik tidaklah tampan,
Tapi dia kawin dulu, wa cakap sama lu!
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Kad kawin tu bila nak edar?
Kang kami boikot tak nak datang kenduri.
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Apa barang satu kad nak kongsi ramai-ramai?
Kitorang nak asing-asing, ok..?!
Ha.ha.ha.
notakakiberbulu: yang lain kalu nak pantun, boleh la planning kawin dari sekarang.
yang sibuk-sibuk pos: joe
http://sekuqmeri.blogspot.com
Wednesday, April 29, 2009
Monday, April 06, 2009
Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian
Nama saya Raha. Saya bekerja di Putrajaya dalam bidang maintenance. Syarikat tempat saya bekerja telah mengikat kontrak maintenance ini dari pihak JKR Wilayah Putrajaya.
Pada tahun lepas (tak ingat tarikh), saya telah dijemput oleh Incik Kejang untuk join beliau ke Gunung Nuang (daypack katanya). Trip tersebut adalah dibuat oleh Incik Kejang bersama rakan-rakannya (sememangnya tidak saya kenali). Trip tersebut rupa-rupanya turut dianggotai oleh seorang staf JKR Putrajaya, Incik Roslan (bukan nama sebenar).
Pada hari ini (06/04/09), Incik Roslan telah mengirim sms kepada saya sepertimana berikut:
Tarikh : 11&12hb April 2009
Xtvt : Camping + Tubing + Santai2 + Babi beratur (BBQ)
Lokasi : Kem Kenaboi, Kg Chennah, Kuala Klawang, Johor (hahaha bodoh la sapa xtau Kuala Klawang kt mana)
Yuran : RM 60 (tidak termasuk ration).
Sekiranya sesiapa yang berminat sila berhubung terus dengan saya.
Dilaporkan Oleh;
HBS Engineering Sdn Bhd
Raha Bt Abdul Kadir
Subscribe to:
Posts (Atom)