Friday, May 15, 2009

Chemerong-Berembun-Lansir...sapa nak join?



Trip menjejak air terjun. Chemerong- Berembun- Lansir dekat Terengganu. Bawah ni dia punya tentatif :


9.00 pagi - Pendakian bermula

10.00 pagi - Berhenti rehat di Kaki Air Terjun Cemerong

10.30 pagi - Bergerak ke kem balak @ puncak air terjun.

12.30 tgh - Dijangka sampai ke kem balak @ puncak Air Terjun.


2.30 ptg - Berhenti rehat di Camp Site 1 – makan tenggahari
- Trekking ke Tapak Perkhemahan Camp Site Simpang Y


6.00 ptg - Dijangka tiba di Camp Site simpang Y


Esok hari...


9.00 pagi - Memulakan perjalanan puncak berembun

12.30 tgh - Sampai di puncak gunung berembun
- Berehat untuk seketika

1.30 ptg - Meneruskan perjalanan ke puncak Air Terjun Lasir

5.30 ptg - Dijangka tiba di camp site Air Terjun Lasir


Esoknya lagi...

10.30 pagi - Memulakan perjalanan balik ke Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Chemerong.

2.30 ptg - Makan tengahari di kem balak & solat zohor

3.30 ptg - Bergerak turun ke Parking Lot Hutan Lipur

5.30 ptg - Selamat Tiba di Parking Lot Hutan Lipur
- XPDC Tamat.

Tentang bayaran:

Aku tak tahu secara detail. Ikut pada penyertaan la.

Tarikh :

13, 14 dan 15 Jun 2009

Yang kompem setakat ni :

1. koroi (pengarah)
2. jubir
3. jo
4. pida
5. babas

Keindahan, keindahan juga..yang pergi gerak ke Gunung Ledang lepas main futsal sapa suruh??

Maap buat korang tertunggu-tunggu repot gunung Ledang- 9 Mei 2009 lepas. Padan muka korang..hahaha..(ikon setan yang gelak jahat tu).

Memang..memang minggu lepas beberapa budak t-rec ade yang pergi naik gunung Ledang. Line up : pit, serabut, babas, sopa dan todong..pijot, pida dan gua merangkap paling gadis dalam xpdc serta abang guide, nidan *(abg guide..abg guide..kacak dan tahan lasak) daripada renjer Ledang tu sendiri.

Perjalanan bermula seperti yang dirancangkan dan menepati masa (sebab raha x pergi sama..pergi kalu, gua syak lepas subuh baru dapat gerak..lalala...). Lepas berfutsal di 'aktif futsal' bangi (sejam jek) pukul 3 kitorang dah pakat-pakat berada di highway untuk sampai ke ranjer sebelum jam 7 pagi. sebab orang-orang kat ranjer tu tak bagi naik lepas dari pukul 7:30 pagi.

Perjalanan ke puncak yang disyaki 5 jam dapat dilangsaikan dalam masa 4 jam 55 minit. Dengan tidak berbekalkan doa, stretching dan mata yang lembam-sembam-lebam-letih-ngantuk, perjalanan yang penuh onak dan ranjau pun bermula. dan bermula jugalah episod menaiki anak tangga, memanjat bukit semput, panjat tangga dalam 'gua' (ni bukan kata ganti nama gua haaa..apa gila dalam diri gua ada tangga-tangga nak dipanjat? hati ada la untuk dicuri...ewahh..), main tarik tali di batu hampar, kramp-krump-kramp-krump (serabut dan todong), serta menempuh budak-budak sekolah yang sibuk-sibuk nak panjat jugak (ramai woo..150 lebih jugak).

Tepat jam 1:10 tengahri kitorang tiba di puncak gunung Ledang yang....memang memukau jiwa, minda dan naluri kegadisan gua dan yang lain-lain. Memang berbaloi untuk ke gunung Ledang dan membayar guide RM 140- 10 orang serta itu-ini-itu-ini (insuran, deposit sampah..bla..bla..). Track turun pulak, memang sedap-sedap pijak la orang kata. Perjalanan turun pula mengambil masa 2jam 45minit berlari gaya kepak-kepak tangan. Turun je..sesi mengira sampah pun dijalankan dan dapatlah semula deposit kitorang tu.

Lepas maghrib..kitorang pakat-pakat berambus dari kaki gunung Ledang dan dengan hati riang menuju ke medan ikan bakar di Pernu, Melaka. Ala-ala Umbai jugak la.. Hidangan makan malam yang uuummmppphhhh!! dan terbaik dari ladang. Ok. Semua boleh teka,siapa makan paling lahap? Lepas makan-makan..kami pun pulang ke Serdang, Selangor, Malaysia.

Fakta boleh caya:

1. Babas dengan yakin diri temankan satu awek ni turun (lepas setengah jam naik) dengan harapan dapat nombor tepon. Dia tak perasan ke awek tersebut mencemuh dalam hati?

2. Kalau nak letak bintang..trip Ledang ni aku bagi 4 bintang.

3. Boleh naik jugak ikut pencawang TNB..tapi amik masa dalam 3 jam untuk ke puncak (bak kata abg guide).

4. Track turun macam jalan atas karpet wo...lembut dikaki..

5. Gua malu-malu bila abg guide berbual dengan gua. Pipi pun timbul warna ke'pink-pink'an.

Fakta tokleh caya :

1. Gua dah kaya? peh! bila masa pula...

2. Gua ngurat abg guide? ceh! gua bizi tengok alam bai..

3. Babas berjaya pikat awek yang turun tu.

Ok. orang lain tak boleh tambah apa-apa fakta.


Notakakiberbulu: *nyanyian lagu abg guide boleh tanya sama cik Raha melodinya..dia yang ajar pada gua..ntah apa-apa jek gua belajar dari Raha..


yang mengepos: joE

Thursday, May 07, 2009

Trip mewah ke Air Terjun Berkelah dan Jerangkang

Pada hari jumaat lepas, gua serta beberapa kutu t-rec telah ke air terjun berkelah dan jerangkang yang terletak di Maran, Pahang kira-kira 26km dari simpang keluar tol Sri Jaya (tembak kiri jalan lama nak ke Kuantan). Seperti yang sedia maklum, bila dah janji gerak pukul 10 pagi, dia punya drag masa membawa ke 5-6jam kemudian. Maka perjalanan telah bermula pada pukul 5:30 petang. Kutu-kutu yang terlibat selain gua adalah raha, koroi serta jubir (menaiki kereta buatan Messia-4WD milik koroi).

Benda kalau dah nama raha ni, memang segalanya nak mewah. kalu korang kodi, memang tak sesuai weh nak ikut trip ni. jadi, gua bukan kodi sebenarnya. Kami telah membeli menu berupa makanan-makanan yang berasaskan Itali seperti makaroni. Oh, untuk makluman semua. jika ada nak buat trip yang ada daging cincang dalam menu kalian, sila goreng daging cincang tersebut (tanpa minyak dan keringkan) kerana memang boleh tahan lama. Berbalik kepada cerita raha yang sukakan kemewahan tadi. Nasib baik semasa sesi membeli barang-barang gua ada di tempat kejadian. Mahunya dia memborong 1 pasar jika tidak ditahan nafsunya. Itu pun dia sibuk minta bawa mekdonel. gua yang tegas lantas melarang dan menasihatinya supaya tidak perlu terlalu israel. kemudian gua ingatkan semula asal-usulnya yang Jawa. Gua rasa tindakan gua memang tepat.

Setibanya di kemsait air terjun berkelah, kami sebulat suara memilih untuk lepak dibawah memandangkan malam semakin pekat. Esok pagi baru shoot naik ke atas. Setelah koroi dan jubir bertanyakan orang kampung yang kebetulan ada program kat situ, maka sedikit sebanyak info dapat diperolehi.

1. Air terjun berkelah (ATB) ada 3 tingkat.
2. Trekking ikut tali air (trek jelas) 15 minit pun boleh sampai.
3. Boleh ber'kemsait' dekat atas. kawasan agak luas.
4. Hati-hati dengan binatang berbisa.

Pagi yang sepatutnya kitorang ke puncak telah dirosakkan rancangannya oleh 1 brader dan keluarganya yang sibuk-sibuk nak chup wakaf yang kami huni. "Naik ke Jerangkang lebih masyuk...air terjunnya lagi lawa.." brader tersebut."Eh, iye ke? kita mandi dekat Jerangkang je la.." koroi yang mudah terpedaya. Setelah menyenap beberapa keping gambar (ternyata view memang cantik) kami bergegas ke air terjun Jerangkang (ATJ) yang simpangnya tak berapa jauh dari ATB tetapi bapak jauh giler nak sampai ke ATJ. 16km ke dalam dengan jalan yang agak teruk (powil je layak). Jalan lurus je jangan masuk mana-mana simpang.

1. ATJ ada 7 tingkat kesemuanya.
2. Trekking ke tingkat pertama dari bawah tak sampai 10 minit.
3. Dengar cerita boleh main abseling kat tingkat bape ntah.
4. View memang terbaik dari ladang weh..
5. Kitorang tak riki sampai atas sebab malas. jadi kawan-kawan, mari kita ke jerangkang..agak nyaman dan privacy sikit berbanding ATB.

Setelah bermandi-manda dengan seronok dan gembira, dan masak macaroni de plateu adios amigos, kami pun bergerak balik ke Kuala Lumpur dengan jayanya. Ok. sekarang kita boleh tunggu Jubir up gambar-gambar yang menarik. Silakan Incik Jubir....


notakakiberbulu: cerita-cerita mistik boleh ditanya secara peribadi.


yang mengePos: joE