Monday, November 23, 2009

Laporan XPDC Irau Nov '09




Catatan Gunung Irau 14-15 Nov’09



Syukur ke hadrat Ilahi trip Irau telah terlaksana setelah berhempas pulas menempuh onak dan duri dalam menjayakan program ini. Sekalung penghargaan kpd Tok Moh Karam kerana menjadi penjaga campsite dan artis undangan, Serabut yg membuat lawatan kejutan.

Trip Irau yang telah diadakan pada 14-15 Nov’09 disertai oleh koroi (Guide), karam (photographer), mai, pda, pjot, pit, mulyani, babas, serabut (Felo).


13 Nov. 09 (Jumaat)
Jam 11.30 malam bertolak ke Cameron setelah sesi mengisi perut di Takwa. Ketika ini kami menerima berita buruk, team dari Lumut (Kening & Tod) tak dapat utk turut serta disebabkan berlaku kecederaan pada kenderaan Kening ketika dalam perjalanan menuju ke rumah todong.

14 Nov. 09 (Sabtu)
Kami menuju ke Cameron melalui Jalan Simpang Pulai (Tol RM 22.30). Sewaktu melalui jalan gelap ini, Babas selaku pemandu A.R ,terpesona dengan kehadiran asap kabus dan kesejukan Cameron yang telah mula dirasai olehnye. Skali, kat depan tu, sebijik bas yang rupe-rupenye sedang mengeluarkan kepulan-kepulan asap tersebut.

Kami tiba di Brinchang jam 4 pg dan turun ke Tanah Rata utk mencari makanan pagi. Sewaktu di restoran, Mai tiba-tiba muncul dan duduk di suatu sudut meja dengan bengis nya. Bliau hangin dengan das kentut koroi sewaktu di dalam kereta. Hehe…tapi aku plak bly relak aje tdo time tu…

Selesai sesi makan, kami ke Petronas Brincang utk m’cari 4wil ke puncak Brincang. Karam berjaya mendapatkan sejenis 4wil betanduk (Dial utk tempahan)dgn harga yg affordable sekali.



Jam 7.20 pg kami mendaki Brincang dgn 4wil tanduk kebau (Pijot panggil tanduk rusa) dan tiba di puncak Brincang jam 8.00 pg.

Setelah operasi packing brg ke puncak siap, jam 9 pg kami memulakan pendakian ke Irau. Perasaan kagum membuak-buak dengan jambatan baru dan 2 bangsal yg dah ade. 15 minit kemudian stat la trek selut irau yg dasat, tambah2 musim hujan skang. Selut tahap paras kaki lutut pun ade nih…


Baru 1 jam trekking kedengaran suare Pit, “Lame lagi ke nak sampai?”, “Dekat lagi tak nih?”…

Jam 11.30 tgh hr tiba di Anak Irau. Berehat-rehat makan nasi lemak sambil dihiburkan dengan jenaka Koroi.

Pijot: Roi, hulurkan nasi lemak tuh
(Koroi pun menghulurkan nasi lemak tersebut)
Yani: Nak
(Koroi pun menghulurkan)
Pit: Roi, amekkan roti
Koroi: Aku nyesal btul pilih seat dekat ngan makanan ni
(Koroi hangin kerna menjadi perantaraan, lalu memberi kan Pit roti tanpa kaya nya sekali)



Jam 12.00 tgh hr
Meneruskan perjalanan ke puncak .Dari sini ke puncak dekat dah lebih kurang 800 meter “sahaja”. Tapi turun bukit mencanak dan naiknya pun mencanak. Naik sudah, turun pun sudah, mano puncak nih…psyco ni….

Jam 1.00 tgh hr
alhamdulillah ..tiba di puncak Irau.



Sesi makan2 lagi, time ni nak masak megi n kopi. Carik punye carik, lighter tinggal kat Karam rupenye…maka pijot pun call serabut minta delivery lighter ke Irau…hehe..saje bakar..

Dengan menggunakan skill SURVIVOR koroi, lantas camping gas bejaya dinyalakan menggunakan kanta pembesar.. lalu, sesi masak megi, masak bubo nasi, masak air teh dilakukan sambil babas yg sempat melelapkan mata, diikuti pit yang sentiasa nak tido (siap bedengkur nih), dan las sekali koroi pun sibuk nak join (tdo ala-ala patung budha).

Panas terik kat puncak, dan kmudian mendung berarak, pastu terik balek. Dan ktorang decide utk stat turun jam 2 ptg selepas meng habis kan ration. Kadang2 hujan gerimis mula melanda.

Jam 2.00 ptg
Begegas trun. Tiba di Anak Irau, Jam 2.30. Teserampak ngan sekumpulan Team dr Filipina yg bakal bemalam di puncak Irau. Rest jap, beramah mesra dan kmudian sambung trn balek..nga trekking, tiba-tiba Mulyani:

Yani: Beri laluan, de org nak lalu.
Aku dan Pijot pun mengangguk kepala.
Setelah 15 mnt.
Aku: Pijot, mane nye org nye? Kate de team nak lalu
Pijot: Jap lg kot
Stelah trekking 30 mnt kmudian.
Aku: Mano org nye Pijot
Pijot wat tak layan aje pertanyaan aku. Maka aku pun konpius dan becelaru..hehe
Treking nye treking, melalui selut dan lumpur bak taik kebau…tiba-tiba..

“DUSH…”
Alamak… “Mai ko okeh?”
Peh, cantek tejunan Mai. Hehe…skali tecebur ke dalam tasik buatan lumpur..dalam nye, peh paras lutut ni…sungguh berani cobaan berenang di dalam tasik lumpur itu..

Kami pun terus meneruskan trekking ngan perasaan tak saba nak jumpe Karam di camp site Brinchang. Aku pun mengorak langkah meluncur laju ke hadapan memecut Incik Guide (Koroi), ingatkan da dekat…..jalan nye jalan, trek kejap turun, kejap naek, turun balek, naek balek…mongah dah…
Yani pun ter ‘psyco’. “Jalan lu, aku jalan kmudian”….

Makanya, kami pun terpecah belah, didahului dengan Babas, diekori dkt oleh Mai, se depa skit, pijot, aku dan koroi, jauh ckt Pit dan Yani. Dari jauh kedengaran Pit memberi peransang n motivasi kpd Yani.

4.30 ptg
Detik2 hendak tiba di Pintu Rimba (Jambatan Puteri)

“Bila mau sampai da..” Bisik Koroi..
“Ni last turun ni, jap lagi naik balek, sampai la ni” Pijot memberi keyakinan
“Bismillah…bismillah” aku hanye mampu bezikir, sgt lama rase treking ni..

“Sampai da, da jumpe JAMBATAN”…Laung Babas..
Betul la kate Pijot, last canak trus jumpe jambatan. Lega rasa nya.
Lepak sebentar di Pondok Puteri. Sesi begambar. Kemudian Karam muncul ngan kameranya untuk melaksanakan hobi di masa lapang..



5.20 ptg
Serabut muncul bersama pacuan 4wil PGL nye..sesampai sahaja, trus hujan lebat kat Brincang.

6.00 ptg
Setelah selesai menyucikan diri, kmi pun memulakan aksi masak-memasak diketuai Chef Pijot, ngan tema masakannya Ayam Masak Lomak Cili Padi, Sambal Sotong, Kobis Goreng dan Telur Goreng Masstin.

9.00 mlm
Hujan tak henti-henti lagi, SEJUK! Mule mencengkam sum-sum tulang dan lemak tidak mampu berfungsi sebagai penebat.
Sorang-sorang mule tumbang di dalam sleeping bag, diketuai oleh Pit.
Maka, tinggal lah 3 org adek bradik yg bermain sesame sendiri (Karam, Serabut n Babas) dan akhirnye mereka masok jugak tdo Jam 12 tgh mlm.

15 Nov. 2009 (Ahad)
8.00 pg
Brader 4wil tiba. (Sungguh berdisiplin, menepati masa). Ktorang pun turun dr Puncak Brincang ke Pekan Brincang.
Stengah jam kmudian tiba di Petronas Brincang. Bincang nye bincang, ktorang decide utk sarapan kat tanah rata dan bejalan-jalan sebelum g mandi kat Kem Sg Pauh.

1.30 tgh hari
Gerak turun dr Bharat Tea setelah hujan lebat. Tiba di Serdang jam 5.00 petang. Alhamdulillah selamat pergi n pulang.



P/s: Trima ksh kpd suma yg menjayakan Trip Irau. To Koroi & Pit: Tima kasih menumpangkan kenderaan anda. Serabut: Thanx join walopun di saat akhir (Pit kate ko takde membe, tu yg ko dtg..hehe) Karam: Tima kasih ye jaga barang2 kami di campsite dan kpd smua geng T-Recs.

Sekian.

Catatan;
Pda

Mari Berjalan Ke Bukit Broga.





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


21 Nov 09 dalam pukul 11 malam lebih kurang camtu tetiba rasa cam nak masuk hutan. Tanya En. Sodiqin nak pergi Air Terjun Pisang tak esok. Dia kata tengok dulu. Koroi kata nak pergi tapi kalau mandi air terjun takat 3, 4 orang jer macam tak best lak aku rasa. Aku ajak Sodiqin naik Broga. Trip ni kalau 2, 3 orang pun cam best gak. Dia kata TANAK! sakit kaki la, sakit lutut la, lemah lutut la dan pelbagai lagi alasan. Pastu dia ada cakap yang Kejang nak naik Broga esok, aku pun call Kejang...

"Alo, ko nak naik broga ek?"

"Ha'ah"

"Kul bape?"

"8.00 pagi esok"

"Ek eleh, apa barang naik esok... Naik pagi ni jom, sempat tengok sunrise,"

"Okay, aku roger member aku jap"

"Aku ngan Jawa jer... yang lain dah tido"

"Orait, aku sampai kita gerak,"

Maka dengan itu kami pun pergi la. Aku, Jawa, ngan Kejang.

Singgah kat Restoran Ibrahim Maju, makan dulu. Siap tapau nasik goreng. Kul 4.45 jumpa member Kejang at simpang University Nottingham. Sorang nama Yap, sorang nama Nizam. Itu saje informasi yang aku ada tentang mereka berdua. Lain, aku tak tau.

Sampai kat parking sawit tu dalam kul 5.00 pg kot. Setel ape yang patut, kami pun start trekking dalam kul 5.15 pg. Mula-mula Kejang trekking ngan aku, lama-lama dia pun boring. Member dia 2 orang lagi pun boring dok tunggu aku. So tetengah trek tu, Jawa lak teman aku. Diorang tak biasa kot trekking ngan orang yang terlebih 'santai' cam aku kot. Muahahaha!

Tetiba aku rasa cam trek dia ni dah lain macam. Aku tanya Jawa.

"Sejak bila lak dah ada tangga sampai ke atas ni" Tangga yang aku maksudkan, trek tu dah di tarah macam tangga. Siap ada dua lane lagi.


Jawa jawab, "Ntah"

Dah la antara anak tangga tu tinggi2. Mengah siot.

Kejang ngan the geng sampai kul 5.45 pg. Aku sampai dalam kul 6.20 pg.

Sampai-sampai, dah macam pasar malam. Penuh giler ngan manusia-manusia. Aku rasa ada dalam 200 org kot. Sementara masih gelap aku cepat-cepat panggil Kejang port tepi batu. Senang nak lepak nak masak air dan lain2. Manusia-manusia lain lak tak putus-putus datang. Dah famous sangat dah Bukit Broga nih aku rasa.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Matahari tak kluar2. Tapi tak bermakna yang ia terbit dari barat. Cuma awan hujan dok halang sinaran mentari tersebut. Maka tak dapat la shot sunrise. yang ada shot muka aku, muka jawa, muka kejang, muka nizam, muka yap, muka amoi2 yang cun. Muka je ek, bahagian lain takde.



Pas tu, dah lepak, minum kopi, layan amek gambar, layan tengok amoi, layan tengok awek sampai la kul 9.00 pagi.


Memember Kejang tu ada lagi yang nak sampai rupanya. Kul 9 pg tu dok ada kat highway lagi. Tak larat aku nak tunggu. Gambar pun dah tak tau nak amek gambar ape dah. Awek-awek cun pun dah takde dah. So, aku ngan Jawa turun dulu.

Turun kul 9.15 pg camtu, kul 10.30 pg baru sampai bawah. Pergh... lagi lama turun dari nak naik. Sebabnyer, main2 kamera lagi sebenarnya. Time turun tu lutut aku sakit siot. nak dekat sampai si Jawa lak cakap.

"Lutut aku pun dah vibrate ni Karam."

Lutut Jawa pun boleh tahan out gak sebenarnya. Tapi trima kasih la kat Jawa sebab teman aku naik ngan turun. Sampai kat kete, ngan tak pakai bajunya, drive sampai la ke pekan.

Singgah Petronas, beli air, balik.

Sampai umah, mandi, tido sampai kul 9 malam.

Sekian.



P/S: Gambar2 boleh tengok kat facebook aku.


Monday, November 16, 2009

SELINGAN : Cover Majalah T-Recs




Sila ambil perhatian. Majalah T-Rec ini hanya diterbitkan dalam bentuk cover sahaja, takde content..majalah ini jugak diterbitkan sesuka hati oleh tukang buat...sesapa pun buleh buat...

Thursday, November 12, 2009

Selamat Hari Tua Kepada Koroi!!!



*The Rock Feat. Ahmad Dhani: Munajat Cinta
*Kat Maulana ngan KFC, kedai kek bukan main awal lagi tutup... ape da...

Selamat Hari Tua Yang ke-29 kepada En. Koroi kita! Semoga dipercepatkan (cepat la wei) jodoh, dimurahkan rezeki, dan dirahmati Ilahi sehingga ke akhir hayat. Moga tiap gerak, tiap langkah, tiap kata yang beliau ucapkan adalah untuk kebahagiaan segalanya. InsyaAllah...

Tuesday, November 10, 2009

Mari-MaRi kiTa ke IraU

Oleh kerana rasa nk naik gunung begitu menjadi-jadi maka di jemput semua, jom kite ke Irau...Bile???

Tarikh : 13-15 November 2009
Bayaran : RM 85/person (all in)
Transport : kete2 insan terpilih

Peserta:
1) KOROI (hehehe...jgn kecik ati ye roi)
2) Pda
3) pjot
4) todong
5) rekek
6) ajmal
7) babas
8) karam
9) serabut
10) kebu
11) jawe
12) mai
13) kening
Pending:
13) bubo?
14) pit ("tak tau lagi ke mana dirinya ketika itu")


Bayaran perlu di bank-in kan ke No. akaun kat bwh ni selewat-lewatnya hari rabu (11/11/09) ni:

No akaun: 12150080754521 (CIMB Bank) Shafiza Masuri


Sekian,

'Rekreasi Selamanya'