Tuesday, December 29, 2009

Menggunung di Liang East & West

Gunung : Liang East dan Liang West
Lokasi: Tanjung Malim
Tarikh : 31 Dis 2009 - 2 Jan 2010
Bayaran : Max RM100 (Merangkumi makanan,tol,petrol ron95,kontigensi,guide)
Pengangkutan : Kongsi kereta

TENTATIF PERJALANAN

31/12/2009 - Khamis
9.00 malam : Berkumpul di Serdang
11.00 malam : Gerak ke Tanjung Malim


1/1/2010 - Jumaat
6.30 pagi : Bangun pagi. Besiap.
8.30 pagi : Gerak.
12.00 t/hari : Lunch di Ulu Sungai Liang.
5.00 petang : Dijangka sampai di Campsite 7 Eleven.


2/1/2010 - Sabtu
6.30 pagi : Bangun pagi. Besiap.
8.30 pagi : Gerak.
11.00 pagi : Dijangka sampai di puncak Liang West dan seterusnya Liang East.
1.00 petang : Turun ke Campsite.
6.30 petang : Dijangka sampai di Empangan Sungai Dara.
9.00 mlm : gerak pulang ke Serdang

Monday, December 28, 2009

lagi-lagi gunung

trans suku-irau-yellow-pass

daripada buat benda-benda yang tak berfaedah, tak elok, tak senonoh dan tak mendatangkan kemaslahatan, aku nak mengajak siapa-siapa yang free sempena menutup tirai 2009 ke gunung penutup tirai. trans suku-pass-yellow. ada siapa-siapa berminat nak ikut? tiada sebarang detail yang dapat aku kongsikan kecuali, gunung tersebut adalah kesinambungan daripada gunung irau. terletak di Cameron Highlands. berketinggian Gunung Suku 5,896 (Perak), Yellow 1,670m dan Puncak Pass 1593m. kalau ada cadangan lain, eloklah dikemukakan segera dan bawak-bawak berbincang. amacam kawan-kawan?




update:kitorang dah decide nak ke liang east-west. start khamis malam turun sabtu. ada beran?

Tuesday, December 15, 2009

Ke Puncak Nuang Kita! Lolo jugak akhirnya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

10.12.09

Khamis malam tu mane tah aku pegi... Lupa dah. Dengan hati wajanya nak naik Nuang esoknyer tu, ari Jumaat. Tah ape tah kene ngan ujung minggu tu, orang semua menghilangkan diri. Last2 ada aku ngan Babas jer. Tenang jerk dengan niat nak pegi. Last2 Babas mesej cakap kalau 2 org je dia malas nak gi. Aku pun brsetuju. So trip dikanselkan.

11.12.09

Dapat berita ari Jumaat tu yang cik Jo nak datang esoknya. De nak naik Nuang katanya. Aku pun kembali bersemangat dan telepon Babas. Babas on. Pusing kiri, pusing kanan, Kejang pun mau folo. Cantek... dah ada 4 orang. Tapi trik de, Jo nak kene pegi kenduri kawen dulu tengahari tu. Pikir2, orait la kot. Dalam kul 3 ptg cam tu leh bertolak ke Nuang agaknya.

12.12.09

Kul 3 ptg ek...

Kul 2 baru Jo sampai, kul 2 jugak ler aku baru bangun. Gi amek Jo kat Hentian Serdang, tup tup, ada Babas skali. Jo pulak dah siap pakai baju kurung dari Johor nak ke kenduri terus. Baju kurung tu dah elok la kan, tapi ade ke pakai slipar jerk, sandal2 atau pun kasut2 gadis tak bawak ke? Memang tak bawak pun kata Jo. Adoooyai... Dengan perasaan berat ati meninggalkan motornya itu sensorang, Babas pun folo gak gi kenduri kawen. Tu dah pukul 2.30 ptg time tu.

Perhatikan bahawa ikut tentatifnya kul 3.00 bergerak ke Nuang ye...

Time ni Jo cakap yang kawan de ada sorang nak ikut, Cik Ezit namanya. Ezit lak cakap kat sana nanti jumpa sorang lagi kawan de yang nak folo sama namanya En. Man.

Ho sana ho sini, kluar dari kenduri tu kul 4.00. Ho lagi sana-sini, Last-last kul 5.30 kot baru la Storm tu kluar dari Serdang.

Tgh2 jalan tetiba jumpa kawan si Ezit yang bernama Man kat Pekan Batu 11. Keta da cukup 5 org, maka dengan itu, Kejang dengan rela hatinya duduk la kat kompartmen kargo bersama Man.

Sampai kat Ranjer dalam kul... 7.00 ptg rasanya. Siap-siap kemas beg, tukar2 uniform, kul 8.22 mlm bermula la sesi trekking. Misi kumpulan ini adalah untuk ke Puncak Nuang!


Sejam kemudian....

Masih trekking....

Sejam selepas itu...

Masih trekking...

Kasi tambah sejam lagi...

Pun trekking lagi...

Cukup 4 jam lebih2 sikit sampai la aku, Kejang dan Babas di Lolo...

Yang Man, Jo ngan Ezit tu lagi awal la sampai kan...

Sampai kat Lolo tu rupa-rupanya ada member Man 3 org yang dah ada kat sana. Nama aku tak sempat nak dapatkan, so anggap je mereka bertiga tersebut adalah...

Member Man.

Berehat2 cenggitu, mula la parking tempat kat sebelah site member Man. Aktiviti Masak2 pun bermula dengan kehadiran:

Chef drummet; Kejang.

Chef Sardin, Sup Kentang, Telur Dadar; Jo dan Ezit

Chef Nasi; Babas.

Chief Chef; Aku.

Siap masak ----> makan----> naik fly----> main kad----> sembang2 tahape2---->tido.


Err... kata nak naik puncak Nuang?

Tido2...

13.12.09

Kalau kat umah bangun mesti nak matahari dah terpacak atas kepala. Tapi ari ni boleh lak bangun awal, dalam kul 7. Kejang awal lagi dah bgn, dok memasak ape mende tah... air kot. Jo ngan Ezit pun bgn. Babas tido lagi. Pagi tu sarapan makan french toast, cucur kentang. Masa tengah dok membancuh tepung nak wat cucur tu jo pun bercerita.

Jo: Korang masak cucur letak telur tak? Nenek aku cakap Siti Norhaliza masak cucur letak telur.

Babas lak br bgn tido lebih kurang 15 minit, de pun sambung tido balik... Lepas je sarapan, aku tgk Babas tgh dok sedap jer tido, aku pun join skali.

Kata nak naik Puncak Nuang?


Sedar2 jer Kejang dah start nak melipat fly. Man ngan member2nya dah siap dah nak turun. Dah pukul 11.30 tghari dah rupanya... Disebabkan kesuntukan masa, maka trip ke puncak Nuang terpaksa di tangguh ke hari yang akan di umumkan kemudian. Ngeh, ngeh, ngeh...

Kemas2 ----> Mandi2 ----> Meninggalkan Nuang pada pukul 12.45 tghari...

Sejam kemudian...

Masih trekking...

Sejam kemudian...

Masih trekking...

Dalam kul 3.30 cenggitu sampai la kat ranjer...

Mandi, siap ape semua dan kami pun meninggalkan ranjer menuju ke Bagan Lalang untuk Makan Malam Besar T-Recs!

Skali kesesakan lalu lintas la pulak... Singgah kedai, minum2 jap sambil Ezit makan Nasi Goreng Ayam sebab kelaparan yang amat... Kami bertiga tak makan sebab nak sediakan perut ke Bagan Lalang...

Alih2, sorang-sorang tarik diri dengan mengatakan sori. Pit pulak dah ada kat Bagan Lalang dengan harapan nak book tempat untuk 10 org. Last-last kansel. Pit sendri pun ade miting lak.

Maka makan malam besar T-Recs pun dilangsungkan di Nasi Beriani Gam Putrajaya dengan kehadiran aku, babas, jo dan pijot.

Sekian Terima Kasih!

Wednesday, December 09, 2009

Mari Bersiar-siar Ke Gunung Nuang. Lolo Pun Jadi Ler...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hujung minggu ni ade plan ape?

Kalau takde moh kita ke Nuang mau. Bermandi-manda di Lolo pu ok gak.

Amek mood nak start training utk G. Tahan.

Mau?

Tarikh: 11 hb Disember 2009
Masa: Gerak malam Jumaat tu, balik pagi Ahad.

Mau?

Kalau mau meh ler kita gi.

Saturday, December 05, 2009

Projek Mega T-Recs 2010 - Gunung Tahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dengan ini sukacita untuk dimaklumkan bahawa Projek Mega T-Recs 2010 adalah Gunung Tahan.

Projek ini akan dikendalikan oleh saudara Junaedy aka Babas. Sebarang cadangan, komen, rasa tak puas hati bolehlah diajukan di dalam kolum komen.

Maklumat lanjut akan disalurkan dari masa ke semasa.

Sekian, Terima Kasih.

-Rekreasi Selamanya-

Makan Malam Besar T-Recs Hujung Tahun 09


Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Dengan ini T-Recs menjemput tuan/puan/cik ke Makan Malam Besar T-Recs Hujung Tahun 09 yang akan diadakan:


*Gambar sekadar hiasan*


Tempat : Bagan Lalang
Tarikh : 13hb Disember 2009
Masa : 6.30 ptg - 10.00 mlm
Bayaran : RM 25/=

Sila komfemkan kehadiran tuan/puan/cik ke Makan Malam Besar T-Recs Hujung Tahun 09 dengan secepat mungkin. Sekiranya terdapat cadangan, komen, perasaan tidak berpuas hati, sila ajukan di kolum komen.

Sekian, terima kasih.