Monday, March 22, 2010

bunga buah version 2

memang rock!

sabtu pagi 20 mac 2010. planning gerak dari serdang ke kl sentral untuk berjumpa dengan encik paiseh (rakan baru) dan encik krekokei (penunjuk arah) awal pagi pukul 7. macam biasa. sampai mesti ada 7 lebih-lebih. encik kening (pelancong dari nepal) telah melaporkan berita malang iaitu tiket paling awal adalah pada 2 petang semasa saya (ajk semua benda), babas (pelancong dari iran) dan pda (last action heroin) masih dalam perjalanan ke kl sentral. setelah semua berkumpul, kami mengambil tindakan untuk bergerak menaiki kereta (ihsan: encik paiseh dan encik kening) untuk ke kaki gunung bunga buah.


perjalanan mendaki bermula seawal 11:30 pagi. kih. kih. kih.


naik bukit tonggek 15 minit. jumpa jalan berturap. adalah dalam sejam lebih termasuk dengan aktiviti snap-snap view, kami tiba di pintu rimba. turun-naik-turun-naik-turun-naik sampai psiko dan mental down, baharulah kami tiba di puncak yang betul-betul puncak. sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan 2 pelancong asing dari nepal dan iran dan sekali-sekala di tambah oleh ahli kumpulan yang lain. rasanya penat gelak daripada berjalan.


lepas makan tengah hari dan tidur-tidur, kami bergerak turun semula pukul 5:00 petang.


pukul 7:00 petang tepat berjaya keluar daripada hutan dengan suara ketawa babas di sambut oleh 'sesuatu'. celaka. meremang bulu roma saya.


perjalanan yang panjang, seram dan berbau kentut untuk sampai ke kereta begitu menerujakan. dalam hati masing-masing memaki hamun sesama sendiri sebab memikirkan ada orang yang terlampau biadap kentut di sepanjang perjalanan. nak tegur seram. jadi diam-diam je la. rupanya itu bukan bau kentut siapa-siapa (pssstt..bau kaki paiseh gua rasa).


tiba di kereta, kami pun meninggalkan genting dengan perasaan yang riang, seram, sejuk dan lain-lain. sekian terima kasih.



notakakiberbulu: terima kasih kawan-kawan sebab temankan saya test drive beg baru. *wink *wink
lagi laporan di sini.

Friday, March 05, 2010

ECO-Challenge @ Pulau Tali Kail, Tasik Banding, Perak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terdapat satu cadangan aktiviti oleh En. Fendy dari MS Solution untuk menjalankan satu aktiviti di tasik banding ala-ala santai.

Tarikh : 2-4 April 2010
Bayaran : RM 300.00 seorang (Harga termasuk penginapan, pengangkutan bot, makanan dan aktiviti riadah)

Tentatif ECO-Challenge

HARI PERTAMA (2 APRIL 2010)
9.00 pg - Bertolak ke Gerik
12.00 tgh - Berhenti rehat di R&R Sungai Perak
2.00 ptg - Tiba di Jeti Awam Tasik Banding
2.45 ptg - Menaiki bot ke Pulau Tali Kail
3.30 ptg - Minum petang
4.00 ptg - Sesi Taklimat oleh Pegawai Perhutanan
4.30 ptg - Aktiviti Berkayak/ memancing / mandimanda di sekitar Pulau Tali Kail
6.00 ptg - Rehat/ Persiapan/ Solat
8.00 mlm - Makan malam
9.00 mlm - Aktiviti memancing sekitar pulau

HARI KE-2 (3 APRIL 2010)
8.00 pg - Sarapan pagi
9.00 pg - Boat Ride sekitar Tasik Temenggor
10.00 pg - Jungle tracking dan mandi-manda di Air Terjun
1.00 ptg - Makan tengahari
2.00 ptg - Menaiki bot ke Perkampungan Orang Asli
4.00 ptg - Ke lubuk memancing ikan
5.00 ptg - Minum petang (di atas bot)
6.00 ptg - Balik ke Pulau Tali Kail Aktiviti memancing/ berkayak di sekitar pulau
8.00 mlm - BBQ / Karaoke
10.00 mlm - Aktiviti memancing di sekitar pulau

HARI KE-3 (4 APRIL 2010)
8.00 pg - Sarapan pagi
9.00 pg - Aktiviti memancing/ berkayak sekitar pulau
11.00 pg - Boat ride ke Pulau Batu Putih
12.00 tgh - Makan tengahari
1.00 ptg - Bersiap-siap untuk pulang ke Jeti
2.00 ptg - Bertolak pulang ke KL

Kalau berminat, sila tinggalkan nama di ruangan komen.

Sekian, Terima Kasih~!

Tuesday, March 02, 2010

happy besday babas


Selamat Hari Tua Yang ke-24 kepada En. Babas! Semoga dipercepatkan jodoh, dimurahkan rezeki, dan dirahmati Ilahi sehingga ke akhir hayat. Moga tiap gerak, tiap langkah, tiap kata yang beliau ucapkan adalah untuk kebahagiaan segalanya. InsyaAllah...




notakakiberbulu: gua pun copy paste ayat yang lepas-lepas..

Update TRIP TAHAN 6-13/6/2010

Anggaran kasar perbelanjaan setiap orang:

Terbuka utk 12 orang sahaja..

Permit taman negara

RM 1

Campsite/malam

RM 5

Guide/trip

RM 100

4wheel (sehala)

RM 17

Train (pergi/balik)

RM 60

Bot (kuala tahan)

RM 1

Makanan (sepanjang trip)

RM 25

Kontigensi (sepanjang trip)

RM 20

Peralatan (sepanjang zaman)

RM 20

Bas (kuala tahan-jerantut)

RM 10

Tshirt (dalam blog TREK)

RM 21

Total

RM 280

Nota kaki: bagi tiap2 kamera, RM 5 perlu ditambah.


Latest Line-up

Babas (team spirit)

Pida (guides)

Jo (peacher)

Sharip (CSI)

Raha (contractor)

Adzim (suami contractor)

Jack (guru menyandar)

Koroi (guru fitness)

Kebu

Sapuan


DISEDIAKAN OLEH: BABAS aka PENGARAH