Monday, May 03, 2010

datok bersama amoi sexy

rasa menyesal tak follow?

Minggu yang lepas-lepas, gua telah sangap gila mahu memanjat gunung. lagi pulak iri hati melihat trip-trip dari kengkawan di Serdang. oleh kerana tiada siapa mahu ikut atau sebenarnya masing-masing dah mula sibuk dengan agenda yang tersendiri, gua telah berkonteksi-konteksi dengan beberapa amoi sexy untuk menggunung. nasib baik amoi-amoi sexy takde masalah. setelah gua kontek sana-sini akhirnya gua berjaya kasi kumpul lebih kurang 10 orang dan kami bergerak dari JB pukul 2 pagi. pada pukul 5:40 pagi setelah pusing pokan tampin dan bukit tampin dan jumpa macam-macam sepanjang kesesatan sementara, akhirnya gua berjaya juga bertanya pada sarjan misai yang sedang bertugas lokasi sebenar gunung datok. rupanya selain dari gua, takde lagi antara diorang yang pernah ke sana. dalam keadaan yang pertama kali, interaksi kurang berkesan pada awal-awal, ada yang pening-pening, lapar, muntah-muntah, akhirnya sampai jugak kami ke puncak. sekian sahaja laporan gunung datok secara solo (ahli t-rec) daripada gua. oleh kerana pergi pun menumpang, gua tak dapat nak berjumpa dengan orang tua di Tampin. sorry haaa Pokcik.

notakakiberbulu: oklah. gambar tu gua gugel. hahaha..