Tuesday, August 17, 2010

Kawan- Kawan!!!!!!!!!!!

*Click Picture to enlarge


P/S : Juadah akan dimasak sendiri...kalo ada sesape yg free... jemput la datang tolong2 masak2 sesama

Tuesday, August 10, 2010

Trip Air Terjun Ogos 2010

Suka ria di Lata Carok, Janda Baik





Trip suka ria kali ini telah disertai seramai 10 org, antaranya:

1. Koroi (selaku pengarah)
2. Serabut (timbalan pengarah)
3. Pit (osmate koroi 1)
4. Shafiq-Q (osmate koroi 2)
5. Koko (Pelancong)
6. Pijot (Cik Chef)
7. Pda (Adun Margosa)
8. Sofia (Pelancong)
9. Safwan (Mat rempit)
10. Memey (Adun KTDI)

Trip ini telah berjaya berlansung sekitar 8 Ogos 2010 (AHAD) bersamaan dengan 26 Syaaban mengikut calendar Islam (bukan Muharam ye Serabut!).

8.00 pagi: Berkumpul di Bismillah utk sesi sarapan pagi.

9.00 pagi: Memulakan perjalanan ke Janda Baik. Pengangkutan ditaja oleh WSX dan WSE.

10.00 pagi: Tiba di Genting Sepah. Memulakan pencarian Lata Carok berpandukan juru arah Serabut. Melalui kawasan Elektrisolar dan perkampungan seperti Kg Ulu Sum Sum (Bukan Dim Sum). Pencarian menemui jalan buntu sehinggalah Encik Serabut bertanyakan arah Lata Carok kepada salah seorang penduduk kampung di situ (kondisi penduduk itu sgt mencurigakan sprti Mic tergantung di leher, menjinjing lighters dan dikelilingi barang-barang kitar semula). Dan sumber tersebut amat diragui. Akhirnye, tempat berjaya dijejaki setelah bertanya pada salah seorang empunye restoran di kg itu. (apa la serabut, tanye org 3 suku memang la salah jalan..hehe) Sewaktu tiba di suatu kawasan chalet, kedatangan kami disambut dengan seorang pakcik bergelar Pak Lang. Pak Lang menetapkan harga RM 30 per head utk bayaran ke Lata Caruk dan kata nye lagi harge bly dirunding. (‘’peh, 30 hengget baek aku g men air kat sunway lagoon!,’’detik hati kecil ku) Setelah berbincang, make nye harga minimum berjaya diperoleh (RM 15 per head).

11.30 pagi: Perjalanan dimulakan setelah sesi taklimat, peringatan, teguran dan nasihat oleh incik Guide (Pak Lang). Sepanjang perjalanan, trek kelihatan seperti jalan-jalan di kawasan taman. Terdapat rumah tinggalan yang pintu n tingkap nye terbuka sahaja (sudah mula merasekan anasir-anasir mistik). Setelah 15 minit, barulah melalui trek hutan bukit. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami tiba di Tingkat 5, Lata Carok. Kate Incik Guide lagi terdapat 7 Tingkat air terjun, tp tingkat 5 yang paling cantik air tejun nya.

12.00 tgh hr: Sesi pembakaran BBQ bermula setelah incik serabut melaungkan “OOOIH, SAPE NAK BAKAR AYAM NI OIHH….” (dengan intonasi tersendiri). Dan sesi memasak air dilaksanakan oleh Incik Koroi. Setelah selesai sesi makan-makan, aktiviti seterusnya ialah mandi sampai lebam, tiruk dan gelonsor. Bahan bukti adalah seperti berikut:





3.30 ptg: Setelah mengalami kekecutan yang amat sangat akibat air yang sejuk bak peti ais, baru lah kami mengatur langkah untuk pulang ke pangkal jalan. Sesi begambar sepanjang trekking. Antaranya melawati tempat bersejarah seperti:



4.30 ptg: Tiba di tempat parkir kereta dan sesi membersihkan diri di rumah Pak Lang.

5.00 ptg: Bergerak pulang ke Serdang. Singgah sebentar di Restoran Bubur (bukan Incik Bubur kepunyaan Yed ye) yang terletak berhadapan bangunan DBKL Kg Bharu (Bukan kanopi DBKL…hahaha). Terbaek Bubur ni, patut dikunjungi selalu.





7.30 magrib: Bergerak pulang ke Serdang.

8.30 mlm: Tiba di Serdang.


Sekian, terima kasih kepada semua yang menjayakan trip suka ria kali ini. Selamat berpuase!

Tuesday, August 03, 2010

Twin Peak, Fraser Hill, Raub, Pahang





Trip ke Twin Peak kali ni di sertai seramai 13 org peserta iaitu koroi, pit, sapuan, kejang, herman, imran, mursyid, muhsin, lydia, pjot, dea, LL dan tausar. Tentatif perjalanan adalah seperti di bwh:

Sabtu (31 Julai 2010)

Jam 2200: koroi mengambil sapuan, tausar, LL & dea di kolej
Jam 2215: makan ni Kedai Kak Yong Tomyam
Jam 2330: Lepak ni molana menunggu pit n pjot blk dr seremban (kenduri abib)

Ahad (1 Ogos 2010)

Jam 0005: bergerak ke Rawang untuk berjumpa kejang & kengkwn
Jam 0105: jumpa kejang & kengkwn di Restoran Ali Maju, Rawang
Jam 0120: menuju ke Empangan Kuala Kubu Bharu
Jam 0200: sampai di kwsn parking berdekatan dgn empangan--> rehat & tdo
Jam 0600: Bgn & get redi nk gerak ke Fraser Hill
Jam 0615: bertolak ke bukit fraser
Jam 0700: sampai di Fraser Hill
Jam 0730: lapor diri di Balai Polis Bukit Fraser
Jam 0750: bergerak ke starting point
Jam 0800: breakfast (sandwich+air kopi)
Jam 0850: get redi & warming up + simple brief oleh kejang
Jam 0905: Start trekking (trek sedikit basah pada ketika ini...)
Jam 1100 : tiba di last waterpoint
Jam 1130: smbg trekking utk ke puncak
Jam 1215: sampai di puncak

...............gambo2...rilek2..makan2...gelak2...

Jam 1400: start trekking turun
Jam 1630: selamat tiba di pintu hutan..
Jam 1730: bersih2kan diri & solat di surau fraser hill
Jam 1800: gambar2 kenangan
Jam 1815: turun dari fraser menuju ke Rawang utk makan2
Jam 2200: pulang ke tempat masing2...


Sekian saje laporan ini....