Monday, October 22, 2012

Gunung Rabong : Parte 1

Haha..trip ni dah lama berlalu, tapi baru ini hari ada feel mau cerita. Rasanya selepas 4 bulan tidak mendaki gunung, gua terpanggil untuk follow trip satu kawan yang mukanya ganas seperti ahli gusti tapi hatinya lembut macam capati.  Gunung rabong melalui air terjun (Mt. Rabong via Watertrail) memang satu trip idaman gua sejak tahun 2007 lagi. Baru la ni ada kesempatan nak pergi sebabnya jarang ada team yang nak naik dan turun ikut laluan air. Sebabnya ialah bahaya dan kena pikul tali serta peralatan untuk abseil di air terjun. Lagipun setakat pengetahuan gua ,memang Geng Abah Tahir guide yang boleh bawak naik dan turun ikut laluan ini. Jadi, macam biasa la. Gua malas nak fikir panjang terus 'on' sambil mengajak kutu-kutu mendaki yang lain untuk turut serta. Pit, Koroi, Babas dan kutu dari cawangan JB pulak Jas dan Enol. Jawa pulak tarik diri atas sebab-sebab personal. (Nak bertunang gamaknya...)

Maka pada tarikh 29 ogos 2012 bergeraklah gua sendiri dari Pekan menuju ke destinasi iaitu rumah pit dan koroi. Oleh sebab gua belum beli lagi jet pejuang, kami berempat pun bergerak ke Gua Musang menaiki kereta.

Perjumpaan dengan group kawan yang mukanya ganas seperti ahli gusti tapi hatinya lembut macam capati iaitu Colgate daripada Kolumpo berlaku di stesen ketapi baru Gua Musang. Rasa dengki pulak tengok diorang naik ketapi. Colgate datang bersama-sama dengan kutu-kutu yang satu kutu pun gua tak kenal. Haha. Bila tak kenal, gua lebih suka buat muka serius. Orang kata kalu gua buat muka serius macam Angelina Jolie? Malu-malu pulak gua jadinya...

Pagi tu jugak berjejak kasihlah kami dengan geng-geng Abah. Kali terakhir jumpa 2007 kot. Pergi ke Stong-Ayam. Abah masih macam biasa. Awet muda. (Lu orang yang umur 30-an belum tentu boleh challenge Abah yang 50-an kalo tak silap gua. Ni kalo tanya umur kompom dia jawap 20 taun. sebab tu malas nak menanya..haha..). Maka bertolaklah kami menaiki lori ke starting point yang agak jauh jugak dari stesen ketapi. Masa di starting point, sesi perkenalan pun bermula. Ahli kumpulan lain Colgate, Ahjan, Mus, Shahrul, Lin, Kak Ezi, Kak Mai, Syushiro, Epot, Syed, Pak Said, Faizal 1, Faizal 2, Fakar dan Ja. Geng Abah pulak Abah, Abe Man, Abe We (Jugah), Kebob, Koyeng, Abu, Anis dan Madey. Rasanya macam takde yang tertinggal ni. Yang kena tinggal mungkin ramai kot..heh!

Let's go and see what they've got up there..
                                             photo by: haslinda kadir

 
Target untuk hari pertama ini ialah kem (ni yang lemah bila cerita lama diulang kembali). Siyes dah gua lupa apa nama kem site tu. Yang pentingnya kem site tersebut masih jauh lagi dari puncak gunung Rabong. Dia punya tonggek tak payah nak cakaplah. Rasa menyesal pulak tak buat sebarang fitness sebelum pergi mendaki. Akibatnya, mak semput nak kejar geng-geng lain, nok! Tiba dekat kem site pun hari dah gelap. Babas tu kalau tak senyum nampak gigi atau pakai headlamp memang gua tak nampak langsung dah. Pasal gua jugak, orang lain pun turut sama sampai lambat ke kem site. Sampai ada 2 orang insan terpilih datang membuat rescue masa group kami (gua, pit, koroi, babas dan colgate) lagi 10 minit nak sampai. Padahal kami tido selama satu jam lebih on track. Tido dalam kesejukan dan hujan lebat. GRRRRR!!! Keh..keh..keh..
 
sesi suai kenal sebelum start
                                 photo by: haslinda kadir

Siap-siap pasang hemmok dekat pokok secara bertingkat-tingkat, makan-makan, mandi-mandi (ada waterpoint) , solat, terus masuk tidur. Esok pagi nak bangun bagi meneruskan perjalanan lagi. Tapi pagi itu gua bangun rasa macam mabuk laut pun ada. Hemmok punya pasal! ( Pssttt..dengar cerita ada yang jatuh macam nangka busuk? Tak tahu mimpi menda la tu sampai tercabut tali hemmok. )Esoknya perjalanan diteruskan hingga ke puncak gunung Rabong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam jugak (hentam saja laaa..). Oleh sebab mood beraya pun belum hilang lagi, tambah pulak hari tersebut sengaja dipilih untuk merayakan kemerdekaan, memang meriahlah. Siap ada penyampaian duit raya oleh Pak Said selaku peserta paling veteren dalam kumpulan. Masa ni yang tua-tua pun gua tengok sama naik. meh gua belanja sekeping dua gambor dekat puncak.
 
we made it!!
                                                                       photo from: fadzli bakri
 
kan dah kata. sama naik je.
                                                       photo from: fadzli bakri
 
menumpang glemer orang
                                                                        photo from: fadzli bakri
 
 
Setel part bagi-bagi duit raya, amik-amik gambo, borak-borak dan layan view kami meneruskan perjalanan semula. kali ini perjalanan turun menuju ke kem site 2. agak mencuram dan bahaya. silap hari bulan boleh jatuh tergolek. oleh sebab padding baik punya, gua jatuh pun kira boleh tahan lagi. time ni sapa-sapa yang peha macam ranting kayu tu tentu dengki dengan gua. haha!
 
Tiba di kem site sekitar jam 7 ke 8 malam jugak. dapat pulak pokok yang dilereng-lereng bukit. malam ke dua ni harap-harap takde dah lagi mengada-ngada mabuk laut. rehat pun dapat la panjang sikit berbanding semalam. yang syoknya, setiap kem site semua ada sumber air. nak berak memang takde masalah. tak payah nak dok kemut-kemut aihhh.. Malam ni tidur mau kena cukup sebab esok bermulalah cabaran turun gunung menggunakan tali. Rasa seram sejuk tu masih belum ada lagi. rasa teruja je yang lebih masa ni. Meh gua up siket view di kem site 2.
 
gila colourful
                                                                          photo from: fadzli bakri
 
model tidak berbayar : babas
                                                                       photo from: fadzli bakri
 
Bersambung....
 

Notakakiberbulu : Sedak jugak main cerita ada sambung-sambung ni. rasa macam sinetron pulak.

Saturday, October 20, 2012

Road to Surabaya : Part 2

Perjalanan kali ini diteruskan dengan perasaan yang sangat teruja. Harap-harap Kawah Ijen tak menghampakan kami. Dari Yoschi Hotel kami pulang semula ke Probolinggo dan setibanya di Mahkota Tourist Info Centre, transport sudah menunggu kami untuk dibawa terus ke Arabic Hostel, Bondowoso di mana terletaknya Kawah Ijen. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 5 jam untuk sampai ke Arabic Hostel tersebut. Perjalanan terasa begitu smooth and scary. Smooth tu sebab jalan raya agak baik dan scary tu sebab dia punya driver, ‘astaghfirullah..’ Kali ini kami berjumpa pulak dengan sepasang adik beradik dari Singapore berbangsa Cina bagi menggantikan member dari Jepun dan Brazil tadi. Memang jenis yang tak sombong dan boleh dibawak berbincang. Orang tua-tua kabo, patah tumbuh hilang berganti. Banyak berjalan mungkin salah satu faktor diorang tadi senang bergaul walaupun tak reti langsung cakap melayu.
Sebabkan agak letih, gua memang tak fikir apa dah. Terus saja membuta. Transport pun agak selesa untuk 7 penumpang. Sedar-sedar mini bus tadi berhenti di sebuah cafe tepi jalan disebabkan mengantuk. Kemudian perjalanan diteruskan lagi, dan tidur gua pun turut diteruskan. Dalam perjalanan menuju ke Arabic Hostel tersebut, driver merangkap tourist guide ada memberhentikan kenderaan disatu kawasan yang mana kita boleh nampak Kawah Ijen dari jauh. Dekat situ kitorang (Gua, Migha, Hamza, Siu Ling dan Siu Jen) ada bincang-bincang tentang hasrat untuk melihat Blue Fire (Api biru dari dalam kawah. Boleh dilihat sekitar pukul 6 petang sehingga 4 pagi waktu Indonesia). Menurut kata tour guide kami, kalo nak pergi malam kena charge lain sebab kena pakai guide local. So, kami pun decide untuk bayar sahaja memandangkan charge yang dikenakan tidaklah mahal mana. Kemudian kami tanya pula tentang hot spring yang kebetulan ada disekitar kawasan Bondowoso tu. Tapi tour guide kata tak boleh masuk sebab jalan dekat situ under construction. Mungkin kalau degil jugak nak berjalan akan amik masa 2 jam. Tapi kami berlima tetap berkeras nak ke sana. Jalan pun jalan la. Bila lagi nak sampai sini, ye dak?
 
Kami menikmati makan malam di cafe Arabic Hostel. Yang speselnya dekat situ adalah stroberi dan kopi original punya dari ladang selain mempunyai air panas dalam toilet. Memang terbaik minum dalam suasana yang sejuk-sejuk buah. Borak-borak, gelak-gelak sampai kedai pun dah tutup akhirnya masing-masing pulang ke sarang memandangkan esok pukul 1 pagi dah nak gerak ke Kawah Ijen untuk pegi tengok Blue Fire. Blue Fire ni orang tak turun waktu hari terang sebab guide takut gambarnya dirakam oleh pihak penguatkuasa (ada kawalan  camera sekitar kawasan tersebut). Diorang curi-curi bawak pelancong turun untuk dapatkan duit lebih. Pagi itu kami bersiap-siap dan terus check out.
 
Perjalanan mendaki pagi itu amatlah malas-malas teruja. Dah la sejuk gila. Bau sulphur pulak kuat dan sangatlah berhabuknya. Jadi dinasihatkan supaya membawa penekup mulut sebab hingus akan berlendir-lendir dan kehitaman. Gua siap muntah sebab pening bau sulphur. Entahlah, pening bau sulphur ke....pening bau ketiak Migha. Hahahahahaha.. Punyalah sabar mbak Migha ni melayan gua yang agak pening-pening lalat. Sepanjang perjalanan mendaki akan kelihatan orang tempatan memikul bakul membawa turun sulphur untuk diproses dan dijual. Ada jugak yang menjual ukiran sulphur yang bermacam-macam bentuk. Nampak macam ringan, tapi jumlah berat dua bakul tersebut adalah lingkungan 70 – 90 kg. Nak terberak brader gua dengar. Nak try angkat pun tak terangkat. Diorang boleh bawak turun naik bukit. Hallemekkk...Respect!
 
Inilah rupa bentuk sulphur yang diorang bawak tu
 
Gila steady uncle tu
 
Tapi betul cakap Anton. Kawah Ijen punya view lagi cantik. Dah la masa dekat Bromo gua macam orang gila. Dekat Kawah Ijen gua menangis terus selepas solat subuh. Begitu besar, cantik dan uniknya alam ciptaan Allah. Subhanallah.. Lama kitorang lepak dekat Kawah Ijen. Sempatlah tengok Blue Fire sekejap. Tapi gua dengan Migha tak dapat turun sebab guide tu cakap hari hampir terang. Lagipun takut-takut tergelincir sebab nak cepat sampai. Dapat tengok dari jarak dekat jugak dan rasa berpuas hati. Kemudian layan sunrise. Sampaikan tak tahu nak amik gambar dekat sudut mana sebab setiap sudut sangat memukau. Last-last kami buat keputusan untuk duduk diam-diam dan rakam memori dalam kepala sahaja dan simpan sampai bila-bila. Poyokan? Tapi memang tak boleh nak duduk lama-lama sebab sejuk. Lagipun kami ada agenda lain lagi iaitu hot spring!
 
Bawah tu la kawah yang airnya biru
 
Lagi view di kawah ijen

View gunung sebelah menyebelah
 
Keliling semua view, perghhh....terbaik!
 
Rumah ini dibina oleh Belanda lama dulu


Sampai di renjer kami terus bergegas untuk meneruskan perjalanan menjejaki air terjun dan air panas. Dalam perjalanan, kami dibawa melihat air terjun yang sangat cantik dan airnya berwarna kehijauan. Sampaikan member gua yang nama Hamza tu siap-siap tukar seluar nak main air. Nasib baik sempat dihalang sebab air yang cantik itu rupa-rupanya asid sulfurik. Jangan disangka yang cantik itu elok sahaja. Pernah ada binatang yang minum air di situ dan mati.
Kemudian kami dibawa ke kawasan air terjun dan air panas Bondowoso. Tipu je tourist guide tu. Mana ada jalan under construction. Ada yang nak lepak dan mandi di air panas sahaja. Tapi gua, Migha dan Siu Jen meneruskan perjalanan menjejaki air terjun. Entrance fee adalah Rp.2k untuk air panas dan Rp.2k untuk air terjun.
group photo
 
Sulphuric acid waterfall
 
Menjejak air terjun.
 
Lepas mandi-mandi, perjalanan seterusnya adalah pulang semula ke Probolinggo. Hati semakin berat sebab selepas ini kami akan pulang membawa haluan masing-masing. Gua dan Migha ke Malang. Adik beradik Siu ke Jogjakarta dan Hamza ke Bali. Tapi disebabkan terlalu singkat sangat masa bersama, diorang semua decided untuk teruskan perjalanan ke Malang bersama gua dan Migha. Waaaaaa...seronoknya!!!
Sampai dekat Probolinggo bas ekspress menuju ke Malang berhenti untuk pick-up kitorang. Tiket dibayar oleh Anton, perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai di hentian bas Malang, masing-masing terpinga-pinga sebab tak tahu nak pegi mana. Rupa-rupanya kena naik angkutan pulak dari hentian bas ke Alun-alun, pusat bandar Malang. Jaraknya lebih kurang 7 km dari hentian bas.
Malam itu kami jalan-jalan cari makan di sekitar bandar. Minta angkutan AMG hantar sampai ke Hotel Riche. Rate agak rendah (bilik kami Rp.150k) dan selesa pulak tu hotelnya. Lokasi pun strategik sebab betul-betul dipusat bandar. Keesokan paginya harus berkemas-kemas untuk terus ke Surabaya. Sebab kesuntukan masa, dari hotel kami sewa kereta untuk terus ke Juanda Airport melalui highway Surabaya sahaja. Sempat berhenti untuk menghantar Siu Ling dan Siu Jen ke hentian keretapi bagi meneruskan perjalanan. Kami (yang dah tinggal bertiga) sempat minta brader yang bawak kereta sewa berhenti di Sidoarjo di mana terletaknya tragedi Lumpur Lapindo. Satu kawasan yang mengalami banjir lumpur sekitar 5-6 tahun yang lepas dan sehingga kini lumpur di Lapindo masih lagi tidak berhenti keluar. Sedih!
Hotel Riche
 
Lumpur Lapindo
 
Sampai di airport hati mula rasa berat. Banyak betul kenangan. Tapi untuk terus tinggal di sana tu tak la. Malaysia is a perfect home though. Cuma satu hari nanti, gua pasti akan kembali lagi.
 
Bebanyak terima kasih dekat Fatt si Backpakerbusuk sebab banyak bagi guideline ke kami. Hehehe. Sangat-sangat berguna.

Thursday, October 18, 2012

Road to Surabaya

 
Urusan pembelian tiket berlaku beberapa bulan sebelum tarikh kejadian. Asalnya gua, migha dan pit bercadang untuk pergi bercuti sekali. Mungkin Tuhan tidak suka melihat gua menjadi pasu bunga, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan pit tidak dapat turut serta dalam percutian ini. Sudahnya, gua dan migha sajalah yang pergi. Hati memang rasa tak sedap. Pertama kali nak pergi jauh-jauh berdua dan dua-dua perempuan. Lawa pulak tu. Memang patut pun gua berasa takut-takut. Tapi setelah dibulatkan hati, phewww~~ terbanglah kami. Dalam hal ini, gua merasakan gua sebagai Nia Ramadhani (Bawang Merah) dalam sinetron apabila berbahasa Indonesia.
 
Setibanya di Airport Juanda, kami terus mengikut brader Indon yang mahu pulang ke kampung halaman. Sempat berkenalan di dalam kapo terbang. Bukan ikut buta-buta je. Brader tu tunjuk mana bus Damri (Angkutan Khusus Bandara Juanda). Kira nak bawak dari airport ke bus station la. Melalui survey yang dibuat sebelum sampai, memang tahu kena amik Damri, tapi nasib baik brader tu kasi tunjuk jalan sebab tempat nak mengambil basnya agak jauh dari pintu keluar airport. Dan sepanjang perjalanan kami dihujani oleh pembawa taksi dan pengangkutan awam yang lain. Ada juga agen-agen travel yang cuba-cuba menghampiri kami untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan. Tapi kami tolak dengan sopan-santun dan berhemah.
 
Dari Juanda ke stesen bas Bungrasih dan dari Bungrasih kami bersolat dan terus menuju ke Probolinggo menaiki bas bernama Patas Jatim. Sebelum bas bergerak, akan ada pelbagai jenis manusia yang datang untuk menjual barang-barang, termasuklah buku kanak-kanak yang berjudul "Mari Membaca A - M". Gua punya gelak memang tak hingat.  Buku macam itu pun ada ke? Bila pulak budak-budak nak kenal hurup T?
 
Perjalanan lebih kurang 3 jam dipandu oleh drebar bas yang berhati kering. Tiba dekat Probolinggo, kami diturunkan di sebuah Tourist Information Centre bertajuk Mahkota. Disitu kami diperkenalkan dengan satu kutu travel bernama Anton. Nama macam Columbia tapi muka jawa habis. Kami kabo ke Anton cuma mahu ke Bromo kerana takut tak cukup hari memandangkan kami cuma ada 3 hari saja lagi. Anton cakap 200% sempat kalu nak pegi ke Kawah Ijen. Lagipun Kawah Ijen viewnya lagi superb. Oleh kerana mudah termakan pujukan, kami pun memutuskan untuk ikut saja trip Anton. Lagipun tidak ada jadual khusus untuk kami  dan percutian beginilah yang bakal memberi kenangan yang terindah. Lagipun Anton offer good price sebab biasanya kalau ikut review yang dibuat melalui blog-blog travel dan log perjalanan orang lain, kalo ikut pakej (breakfast, hotel, transpot, entrance fee Bromo/Ijen, Kamera) mau dekat Rp. sejuta jgk (dijemput terus dari Juanda). Tapi kami dapat rega Rp. 500k. Kira ok lah sebab naik Damri dan Probolinggo tadi cuma Rp. 15k + Rp. 23k. So, save banyak ye kalo DIY berbanding melalui agen. Disitu, kami berkenalan dengan pelancong dari U.K, Japan dan Brazil. So, 5 orang kami dengan satu van menuju ke kaki gunung Bromo (nama tempat pun aku dah lupa). Perjalanan sejam memang tak terasa sebab view sepanjang-panjangnya amatlah......SubhanAllah. Cantik tak terungkap dengan kata-kata. Kitorang dibawa menginap di Yoschi's Hotel. Couple dari Jepun dan Brazil tadi duduk kat hotel lain. Yang penting tak best. Malam tu gua dan migha jadi penyanyi utama memandangkan live band yang di war-war kan oleh mereka kensel sebab sekor kutu dari band tersebut tak datang pun. Memang enjoy habis.
 

 view dari dalam van
 
rumah-rumah penduduk tempatan

Mmmmmuuaahhh....dari kami di Yoschi's Hotel
 
Konsert
*gambar sengaja diblurkan
 
Last-last ramai pulak yang join kitorang menyanyi
 
Keesokan paginya yang betul-betul pagi punya, kitorang dikejutkan seawal jam 3 pagi sebabnya nak melayan sunrise. Dari hotel naik Jeep ke atas sikit dan menapak ala-ala kadar untuk cari port yang best. Kali ni kami dikejutkan secara bertubi-tubi oleh alam semulajadi. Sunrise terbaik. Gua sampai tak henti-henti dan gila nak amik gambo dekat setiap sudut dan ruang yang ada. Orang pun memang ramai. Suhu memang tak payah nak kabo la. Sejuk giler kot. kalu rasa malas, boleh la naik kuda sampai atas.
 
Macam laut pulak gua tengok

The sunrise
 
Peace!
 
Lupa gua nak kabo, sebenarnya tempat layan sunrise adalah di Penanjakan (puncak bersebelahan dengan Gunung Bromo). Jadi, kami masih lagi di Penanjakan. Lepas dari Penanjakan terus ke Gunung Bromo. Yang nampak berkawah tu adalah Bromo dan yang tinggi tu Gunung Semeru. Gunung tertinggi di Jawa Timur.
 
Group photo
 
Lagi view superb
 
Gunung Bromo
 
Kasi view dekat sikit
 
Memang ramai gila orang
 
Siap-siap turun dari puncak Bromo (sengaja tak ikut tangga sebab ikut idea bengong mamat keturunan Pakistan bernama Hamza dan menetap di United Kingdom sejak umur 2 tahun. Dia ajak kitorang sliding turun ikut tibunan pasir sulfur. Gua dan beria nak turun, tapi migha pulak macam teragak-agak. Akhirnya kitorang pun sebulat suara........phewwww~~ sliding tanpa perlu ikut laluan bertangga yang tengah jammed dengan ratusan manusia.
 
Sampai dekat hotel, mandi-mandi dan makan tengahari. Meneruskan perjalanan ke Probolinggo semula dan terus ke Kawah Ijen. Kali ini member dari Jepun dan Brazil masih mahu lepak satu malam di Bromo.
 
Ok. Bos gua dah balik. Gua sambung dalam Part 2 karang. Hehehe.....