Monday, November 23, 2009

Mari Berjalan Ke Bukit Broga.





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


21 Nov 09 dalam pukul 11 malam lebih kurang camtu tetiba rasa cam nak masuk hutan. Tanya En. Sodiqin nak pergi Air Terjun Pisang tak esok. Dia kata tengok dulu. Koroi kata nak pergi tapi kalau mandi air terjun takat 3, 4 orang jer macam tak best lak aku rasa. Aku ajak Sodiqin naik Broga. Trip ni kalau 2, 3 orang pun cam best gak. Dia kata TANAK! sakit kaki la, sakit lutut la, lemah lutut la dan pelbagai lagi alasan. Pastu dia ada cakap yang Kejang nak naik Broga esok, aku pun call Kejang...

"Alo, ko nak naik broga ek?"

"Ha'ah"

"Kul bape?"

"8.00 pagi esok"

"Ek eleh, apa barang naik esok... Naik pagi ni jom, sempat tengok sunrise,"

"Okay, aku roger member aku jap"

"Aku ngan Jawa jer... yang lain dah tido"

"Orait, aku sampai kita gerak,"

Maka dengan itu kami pun pergi la. Aku, Jawa, ngan Kejang.

Singgah kat Restoran Ibrahim Maju, makan dulu. Siap tapau nasik goreng. Kul 4.45 jumpa member Kejang at simpang University Nottingham. Sorang nama Yap, sorang nama Nizam. Itu saje informasi yang aku ada tentang mereka berdua. Lain, aku tak tau.

Sampai kat parking sawit tu dalam kul 5.00 pg kot. Setel ape yang patut, kami pun start trekking dalam kul 5.15 pg. Mula-mula Kejang trekking ngan aku, lama-lama dia pun boring. Member dia 2 orang lagi pun boring dok tunggu aku. So tetengah trek tu, Jawa lak teman aku. Diorang tak biasa kot trekking ngan orang yang terlebih 'santai' cam aku kot. Muahahaha!

Tetiba aku rasa cam trek dia ni dah lain macam. Aku tanya Jawa.

"Sejak bila lak dah ada tangga sampai ke atas ni" Tangga yang aku maksudkan, trek tu dah di tarah macam tangga. Siap ada dua lane lagi.


Jawa jawab, "Ntah"

Dah la antara anak tangga tu tinggi2. Mengah siot.

Kejang ngan the geng sampai kul 5.45 pg. Aku sampai dalam kul 6.20 pg.

Sampai-sampai, dah macam pasar malam. Penuh giler ngan manusia-manusia. Aku rasa ada dalam 200 org kot. Sementara masih gelap aku cepat-cepat panggil Kejang port tepi batu. Senang nak lepak nak masak air dan lain2. Manusia-manusia lain lak tak putus-putus datang. Dah famous sangat dah Bukit Broga nih aku rasa.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Matahari tak kluar2. Tapi tak bermakna yang ia terbit dari barat. Cuma awan hujan dok halang sinaran mentari tersebut. Maka tak dapat la shot sunrise. yang ada shot muka aku, muka jawa, muka kejang, muka nizam, muka yap, muka amoi2 yang cun. Muka je ek, bahagian lain takde.



Pas tu, dah lepak, minum kopi, layan amek gambar, layan tengok amoi, layan tengok awek sampai la kul 9.00 pagi.


Memember Kejang tu ada lagi yang nak sampai rupanya. Kul 9 pg tu dok ada kat highway lagi. Tak larat aku nak tunggu. Gambar pun dah tak tau nak amek gambar ape dah. Awek-awek cun pun dah takde dah. So, aku ngan Jawa turun dulu.

Turun kul 9.15 pg camtu, kul 10.30 pg baru sampai bawah. Pergh... lagi lama turun dari nak naik. Sebabnyer, main2 kamera lagi sebenarnya. Time turun tu lutut aku sakit siot. nak dekat sampai si Jawa lak cakap.

"Lutut aku pun dah vibrate ni Karam."

Lutut Jawa pun boleh tahan out gak sebenarnya. Tapi trima kasih la kat Jawa sebab teman aku naik ngan turun. Sampai kat kete, ngan tak pakai bajunya, drive sampai la ke pekan.

Singgah Petronas, beli air, balik.

Sampai umah, mandi, tido sampai kul 9 malam.

Sekian.



P/S: Gambar2 boleh tengok kat facebook aku.


8 comments:

jo said...

kejang:
ehem-ehem...bila lagi mo bawak member2 tu trekking dgn aku?

Apizolla said...

bwk dorang trekking ngan ko? watpe?

jo said...

berkenalan....
huahuahua....

Apizolla said...

AHHH... Ada aku KESAH?!?!!


waka...waka...waka...waka...waka...waka...(*pacman*)

pakcik said...

puhh...makin mantap gamba2 demo deh? editing pun makin matured...

nxum.hasrulnizam said...

karam + jawa nh boleh plak trun awal...appodah...

Serabut said...

Pernah ada.....~
Rasa cinta...

Seterusnya.............dush..byk keje..wat repot..

pakcik said...

pasni buat trip broga, tajuk "Mari Berlari ke Broga"...amacam? cun?