Trip santai yang kejam!“3 jam je ni, kite relak2 aje”
Setelah 3 jam trekking….
“#&%&*$#....” Peiwai sebenarnye..
Lokasi: Gunung Suku, Simpang Pulai
Tarikh: 1-2 Januari 2010
Line up: Pda, Pjot (Ketua Chef), Joe (Gadis Belang2), Serabut (Chef spageti), Pit (Last action Kamen), Babas (Sweeper terulung), Kebu (Runner1), Safwan (Runner2), WanHody (Incik Guide), Dekna (SOS)
Pengangkutan: NBW, PGL & WSE
Kos: RM100
Trip ini disertai 8 org yang pd mulanya beniat utk ke liang east west. Memandangkan encik guide tak dpt trn ke area tanjung malim, makanye keputusan last minit diambil dengan betukar plan ke gunung suku.
1 Januari 2010:Selepas sesi makan malam di Takwa, aktiviti mengemas barang dijalankan di rumah baru Bubo & Pit pada sekitar jam 12 tgh malam. Jam 1.30 pagi memulakan pejalanan ke simpang pulai setelah berjaya meracun Pit utk turut serta trip ini.
5.00 pagi: Tiba di simpang pulai. Bertemu ngan incik guide (wanhody) di Mcdonald Gopeng dan bliau mencadangkan utk beristrirehat di rumah nye dahulu kerna terlalu awal utk mendaki gunung suku. Kami bersetuju memandangkan sumenye kelihatan letih, lesu n tidak bermaya.
9.00 pagi: Bangun tido n brekpes di suatu kedai di taman perumahan gopeng.
“Kite relak2 aje ye, 3 jam je ni treking,” Kata incik guide. Sempat plak Incik Guide meracun utk betukar plan ke Yellow Pass, nasib budget program tak mencukupi.
10.40 pagi: Menuju ke check point Gunung suku; kat suatu kawasan kuari - 5 km selepas pencawang di jalan simpang pulai ke Cameron (selepas starting point Gng Chabang). Last packing n besiap utk trekking.
12.00 tgh hr: Memulakan pendakian dengan melalui trek bukit yang canak nye bly memberi kejutan kepada otot2 n lemak2 badan. Kasi layan sahaja. Canak lagi, lagi n lagi hingga berjaya menemui satu kawasan yang lapang tak lapang sgt la, bly la wat tarik n hembus nafas. Minum2, berehat, kasi tenang jiwa dulu:
Babas: sempat lagi kalo kite nak turun ni, kunci keta kat aku.
Baru stengah jam dah mula rase cam nak berputus asa dan lemah semangat. Santai ye…
Meneruskan lagi pejalanan, canak…lagi dan lagi...hingga jumpa satu lagi kawasan lapang. Relak jap, minum2 dulu:
Pijot: Org tak bly bepeluh ni.
Pit: Kasi cucuk aje kulit tu ngan jarum
Dan pejalanan diteruskan lagi. Safwan n Kebu meluncur laju mencucur incik guide di hadapan. Pjot, serabut dan aku treking bersama2 manakala babas,pit menemani joe yg sudah mula merasai kekejangan anggota badan.
2.00 petang: Tiba di LWP. Kate guide lagi, 20 minit lagi sampai puncak. Makanya, besemangat waja la utk ke puncak. Tp, harus menempuh canak yg tahap 90 darjah pacak. Canak lagi dan lagi.
Serabut: adeh, kejang la plak kaki
Aku: Kate 20 minit, ni da lebey 1 jam da ni
Perasaan peiwai mula berbaur-baur di sanubari. Masing-masing da kelihatan tegang, tiada lagi kedengaran alunan2 muzik dari jukebox. Bila mau sampai daaa….tak habis2 lagi pacak nye.
3.30 petang: Tiba di kawasan pokok2 renek. Angin sepoi-sepoi bahse mula dirasai. Keadaan seperti sudah tiba di puncak. Sorak2 gembira dan sesi ambil gambar. Kabus keliling mengelilingi pemandangan hingga la tiba2 kelihatan satu lagi puncak di hadapan. Di puncak tipu rupanya. Meneruskan pejalanan ke puncak yg sebenar dengan perasaan kecewa. Treking lagi…
4.00 petang: Tiba di puncak Suku. Kelihatan Wan, Dekna, Safwan, Kebu sibuk memasang fly & ground. Angin kuat sekali-sekala muncul. Ni bly bikin terbang fly ni kalo tak ikat kuat. Hujan gerimis mula dirasai. Pemandangan dikelilingi kabus. 1 jam kmudian muncul joe, serabut n babas.
5.00 petang: sesi masak-masak bermula. Hidangan istimewa daging masak kicap, sambal ikan bilis, kubis goreng. Hujan mulai turun dan angin kuat menyentap-nyentap fly.
7.00 petang: hidangan makan malam siap. Makan sepuas hati. Layan jugak daging masak kicap ni. Da habis makan, tak tau nak buat ape da. Borak-borak, makan, borak-borak, makan sambil menunggu pemandangan view ipoh di waktu malam. Menu seterusnye, nugget n hotdog goreng. Hujan gerimis lagi di luar.
12.00 tgh mlm: tido memandangkan keadaan yg sejuk sekali.
2 Januari 20109.00 pg: Bangun. Tunggu view. Hampa, kabus lagi. Sarapan pagi disediakan oleh serabut bermenukan spageti. Makan spageti sampai mual.
11.00 pg: Bekemas2 utk turun.
1.00 tgh hr: Treking turun. Hujan gerimis sepanjang trekking. Trek agak licin. Kedengaran makian Serabut yg kelihatan sangat hangin dgn trek yg dipenuhi daun-daun kering yg menyembunyikan akar2 pokok.
3.30 petang: Tiba di kuari. Sungguh sakit rasa nye seluruh otot2 badan. Bersihkan diri dan ready utk ke gopeng utk sesi makan2 dan paling penting air asam boi kat medan selera gopeng. Terbaek…
5.00 petang: Lepak kat Medan Selera Gopeng. Muncul Daus yang setelah sekian lama tidak ditemui.
8.30 mlm: bergerak pulang ke serdang
11.30 mlm: tiba di serdang. Menuju ke karaoke di kajang. Sesi nyanyi-nyanyi sampai lebam. Kejang datang join skali memeriahkan majlis.
3.00 pg: sesi sarapan pagi di Bismilllah.
4.00 pg: tiba di rumah masing-masing. Tido…..Trip selesai
Sekian sahaja laporan polis saya pada kali ini. Trima kaseh dan tahniah pada semua yg menjayakan trip santai la sgt ini.
Tulus ikhlas,
Pda