Tarikh : 22- 24 Oktober 2010
Tempat : Gunung Liang East West, Tanjung Malim, Perak
Line up : Kejang, K.lyd, Pda, Koroi, Babas, Todong, Jo, Wanhody, Kening, Mai, Herman, Syed, Afiq, Amli, Member Kejang, Member Kejang, Member Kejang, Member Kejang. (maaf, tak sempat berkenalan dengan yang lainnya). Lagi empat orang guide dan rakan-rakan.
Kalau ikut plan asal, bergerak dari Serdang adalah pada jam 11.00 malam, diikuti perkumpulan di entah R&R mana entah untuk berjumpa team dari opis Kejang. Memandangkan tidak mahu memecah tradisi bergerak mengikut waktu yang ditetapkan, pergerakan menjadi 2 jam lambat dengan diiringi oleh Serabut dan Pitt sehingga ke kaki Gunung Liang East West. Terima Kasih Serabut dan Pitt.
Pen’trekking’an bermula seawal 8:30 pagi dan berhenti makan tengahari pada 11:30 pagi di Kem Lubok Hantu. Trek adalah biasa-biasa sahaja, cuma peserta yang dah tak biasa masuk hutan. Maka berlakulah sedikit kesemputan. Selepas makan dan menyaksikan aksi terjun tiruk, kami meneruskan perjalanan semula pada jam 12:30 lebih kurang untuk terus ke kemsite di apa-ke-nama-kemsite (aku lupa). Hujan yang mengiringi perjalanan kami menyebabkan keadaan bertambah-tambah sejuk. Mengikut cakap-cakap dari sumber yang boleh dipercayai, kemsite itu memang laluan angin. Maka kesejukkannya adalah ditahap yang membimbangkan. Perjalanan dari Lubok Hantu ke Kemsite adalah… macam haram. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam yang mencanak-canak.
Selepas memandikan diri sendiri (kemsite ada waterpoint woh!), urusan masak-memasak pun berlangsung. Lauk pauk adalah daging salai masak gulai, ke..ropok mony, dan kubis goreng. Selepas kenyang beramai-ramai, kami pun tidur dalam keadaan yang sejuk gila.
5:30 pagi bermulanya perjalanan menuju ke puncak gunung liang east dan juga west. Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah untuk tiba di puncak gunung. Kabus tebal. Sejuk sampai ke tulang sum-sum. Orang berak merata. Adalah antara benda-benda yang boleh diperolehi sepanjang perjalanan. Termasuk yang pakai g-string atas kepala. Hehe..
Selepas beberapa jam di puncak, kami sepakat-sepakat turun, berkemas dan makan tengahari dan meneruskan perjalanan turun. Kesimpulannya, trip kali ini aku kira sebagai trip yang…err…err….ehem… mesti best punya! Heh!
moh kita layan gambar....
notakakiberbulu: nak gambar lagi banyak, bulih la cekitdaut dekat fesbuk Lydia Rahayu.
4 comments:
oh, tenkiu jo meng update repot ;-)
hahahaha
repot ko banyak yang tertinggal la....
em ade ape2 ker... sila comment...
apa yang aku tertinggal? rasanya semua ikut..ehehe..
ade ape-ape la tu, tu yg yg sampai name campsite pun lupe..haha, fokus sgt pada yg itu..
Post a Comment