Friday, November 26, 2010

Trip ke Air Terjun Sg. Pandan, Gambang, Pahang

Tarikh: 5 & 6 November 2010

Tempat: Gambang, Pahang

Peserta:
1) Karam (tukang bwk kete)
2) Koroi (model air tejun)
3) Pitz (org yg sakit)
4) Serabut (adik kpd yg bwk kete)
5) pjot (chef..cewah!)



Air terjun Sg. Pandan terletak di daerah Gambang, Pahang. Cara nk g sane kene naik highway karak pastu msk lak LPT, amik exit Gambang (tol 16.90 dari karak). Jalan terus then belok ke kiri msk jln yg ade kem askar kat belah kanannye..then jln lg terus sampai jumpa satu smpg belah kiri yg ade tulis Hutan Lipur Sg. Pandan...terus jek dan akan melalui satu kuari dan jln lagi sampai la terjumpa die punye tol msk utan lipur...hehehe...(per entry Rm2.00/person)

ok, kembali kepada cerita asal.....

5 nov 2010

jam 10 pagi: sepatutnye karam, koroi, pit n serabut da sampai ke umah 284 utk mengmbil saye, tetapi kerana mlm sblm tu terlalu byk bersuka ria, makanye jam 11 lbh br mereka tiba dengan gembira..maklum la, adik beradik nk g bercuti la katekn (mereka jek tau...)...

jam 11 pagi: makan tgh hari kat surau ijau bersama cik pda n cik ct...

jam 12 tgh hari: memulakan perjalanan ke Gombak melalui MRR2...jln ok, x jem..maybe sume g beraya kot..

jam 12.30 tgh hari: da lps tol gombak n menuju ke pahang..

..............nyanyi2...gelak2....tdo...borak2.....

jam 3.30 ptg: msk exit Gambang....hujan mula2 renyai2...tp mkin lame makin lebat...perjalanan di teruskan...

jam 4 ptg: sampai di Hutan Lipur Sg. Pandan...terus mencari Encik Khalil utk meminta kebenaran berkhemah di situ...tempatnye cntik, tp kwsn beriadah n piknik utk keluarga da mat & minah moto........lyn kn jek..!
Da siap bncg berkenaan byrn yg dikenakan, kami dibawa ke kwsn yg sesuai utk memacakkn khemah, fly n ground....(hihihi..btl ke memacak ek?)

Bayaran yg di kenakan:
1) entrance fee (RM2/person)---->yg ni kalo da bayo kat tol msk die td xyah bayo g...tp ktorg xbayo g so kne la bayo
2) sewa tapak (RM6/person)
3) cagaran kebersihan (RM50/team)

jam 5.30 ptg: start psg fly diiringi ujan renyai2 dan deruan air tejun...

jam 6.30 ptg: mandi manda n mkn2 ringan...

jam 7.15 mlm: start msk utk diner...menu: nasi putih, sambal sotong, sup kentang, popodom, drummet, tempura, air kopi da koktel buah...

jam 8 mlm: pit jatuh sakit..huhuhuhu.......tp yg len teruskan edisi mkn2....bak kate koroi " xpe, mkn smpi muntah, jgn mkn muntah"

jam 9 mlm: mkn smpi xlarat mkn n pastu sume org nk tdo....

6 Nov 2010

jam 7 pagi: sume da bgn sbb x lalu tdo mlm td, sbb byk agas....(kate karam)

jam 7.30 pagi: koroi n karam bergotong royong wt breakfast..mee goreng n air teh o lemon n kopi...

jam 8 pagi: pit msh lagi sakit..tp yg len2 suda bergembira mandi manda...amik gamba..

jam 9 pagi: trekking ke tgkt atas waterfall, melalui trek bertangga sejauh 10 mnt perjalanan..

.................mandi2 lagi, amik gambo.............

jam 11 pgi: turun, sambg mkn breakfast, kemas2 brg nk blk

jam 12.30 tgh hari: smbg mndi kt kolam bhgian bwh pulak n siap2 nk check out

jam 1 ptg: bergerak pulang ke serdang

sekian saje laporan dr saye...........maaf kalo ade terkurang atau terlebih..

p/s: patutnye pit yg kene laporkan ni...

Wednesday, November 03, 2010

Jemputan ke Majlis Aqiqah Saya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada uncle2 dan auntie2 Trecs semua. Ni Nur Aliah Amran Rafiq ni. Patutnya post ni ayah saya yang tuliskan, tapi ayah saya suruh saya tulis sendiri. Berdikari, kata ayah saya. Peh, kecik-kecik ayah dah suruh buat sendiri..tak agak2 ayah saya ni...

Ha, tujuan sebetulnya saya tulis posting ni sebab nak menjemput uncle2 dan auntie2 kawan2 ayah ngan mama saya ke majlis aqiqah saya. Dia punya detail camnia ha...

Tarikh : 6/11/2010 (Sabtu)

Waktu : Majlis start pukul 12.00 t/hari

Lokasi : Rumah atuk ngan nenek saya kat Sri Menanti, Muar.

Pada uncle2 and auntie2 trecs yang tak tau lokasi rumah atuk saya ni, nanti saya kasi taruk map. Sekarang ni belum sempat lagi nak edit2 map bagai. Senang cerita, keluar tol Tangkak, tembak pekan Muar, pastu tembak Batu Pahat.

Alamak, ayah dah panggil. "Apo lamo bona tu Aliah?" tanya ayah. Dia ingat saya main pesbuk cam dia la tu...hehe...ha, nanti jemput la datang semua eh? Nanti kalau sempat, buleh la cukur remos saya sekali..ok, babai uncle2 auntie2 sume....tata....

Yang betul2 menulis,

Nur Aliah bt. Amran Rafiq

Laporan Pergunungan : Liang East West



Tarikh : 22- 24 Oktober 2010
Tempat : Gunung Liang East West, Tanjung Malim, Perak
Line up : Kejang, K.lyd, Pda, Koroi, Babas, Todong, Jo, Wanhody, Kening, Mai, Herman, Syed, Afiq, Amli, Member Kejang, Member Kejang, Member Kejang, Member Kejang. (maaf, tak sempat berkenalan dengan yang lainnya). Lagi empat orang guide dan rakan-rakan.

Kalau ikut plan asal, bergerak dari Serdang adalah pada jam 11.00 malam, diikuti perkumpulan di entah R&R mana entah untuk berjumpa team dari opis Kejang. Memandangkan tidak mahu memecah tradisi bergerak mengikut waktu yang ditetapkan, pergerakan menjadi 2 jam lambat dengan diiringi oleh Serabut dan Pitt sehingga ke kaki Gunung Liang East West. Terima Kasih Serabut dan Pitt.

Pen’trekking’an bermula seawal 8:30 pagi dan berhenti makan tengahari pada 11:30 pagi di Kem Lubok Hantu. Trek adalah biasa-biasa sahaja, cuma peserta yang dah tak biasa masuk hutan. Maka berlakulah sedikit kesemputan. Selepas makan dan menyaksikan aksi terjun tiruk, kami meneruskan perjalanan semula pada jam 12:30 lebih kurang untuk terus ke kemsite di apa-ke-nama-kemsite (aku lupa). Hujan yang mengiringi perjalanan kami menyebabkan keadaan bertambah-tambah sejuk. Mengikut cakap-cakap dari sumber yang boleh dipercayai, kemsite itu memang laluan angin. Maka kesejukkannya adalah ditahap yang membimbangkan. Perjalanan dari Lubok Hantu ke Kemsite adalah… macam haram. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam yang mencanak-canak.

Selepas memandikan diri sendiri (kemsite ada waterpoint woh!), urusan masak-memasak pun berlangsung. Lauk pauk adalah daging salai masak gulai, ke..ropok mony, dan kubis goreng. Selepas kenyang beramai-ramai, kami pun tidur dalam keadaan yang sejuk gila.

5:30 pagi bermulanya perjalanan menuju ke puncak gunung liang east dan juga west. Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah untuk tiba di puncak gunung. Kabus tebal. Sejuk sampai ke tulang sum-sum. Orang berak merata. Adalah antara benda-benda yang boleh diperolehi sepanjang perjalanan. Termasuk yang pakai g-string atas kepala. Hehe..

Selepas beberapa jam di puncak, kami sepakat-sepakat turun, berkemas dan makan tengahari dan meneruskan perjalanan turun. Kesimpulannya, trip kali ini aku kira sebagai trip yang…err…err….ehem… mesti best punya! Heh!

moh kita layan gambar....







notakakiberbulu: nak gambar lagi banyak, bulih la cekitdaut dekat fesbuk Lydia Rahayu.