Perjalanan kali ini diteruskan
dengan perasaan yang sangat teruja. Harap-harap Kawah Ijen tak menghampakan
kami. Dari Yoschi Hotel kami pulang semula ke Probolinggo dan setibanya di
Mahkota Tourist Info Centre, transport sudah menunggu kami untuk dibawa terus
ke Arabic Hostel, Bondowoso di mana terletaknya Kawah Ijen. Perjalanan
mengambil masa kurang lebih 5 jam untuk sampai ke Arabic Hostel tersebut. Perjalanan terasa begitu smooth and scary. Smooth tu sebab jalan raya
agak baik dan scary tu sebab dia punya driver, ‘astaghfirullah..’ Kali ini kami
berjumpa pulak dengan sepasang adik beradik dari Singapore berbangsa Cina bagi
menggantikan member dari Jepun dan Brazil tadi. Memang jenis yang tak sombong
dan boleh dibawak berbincang. Orang tua-tua kabo, patah tumbuh hilang berganti.
Banyak berjalan mungkin salah satu faktor diorang tadi senang bergaul walaupun
tak reti langsung cakap melayu.
Sebabkan agak letih, gua memang
tak fikir apa dah. Terus saja membuta. Transport pun agak selesa untuk 7 penumpang.
Sedar-sedar mini bus tadi berhenti di sebuah cafe tepi jalan disebabkan
mengantuk. Kemudian perjalanan diteruskan lagi, dan tidur gua pun turut
diteruskan. Dalam perjalanan menuju ke Arabic Hostel tersebut, driver merangkap
tourist guide ada memberhentikan kenderaan disatu kawasan yang mana kita boleh
nampak Kawah Ijen dari jauh. Dekat situ kitorang (Gua, Migha, Hamza, Siu Ling
dan Siu Jen) ada bincang-bincang tentang hasrat untuk melihat Blue Fire (Api
biru dari dalam kawah. Boleh dilihat sekitar pukul 6 petang sehingga 4 pagi
waktu Indonesia). Menurut kata tour guide kami, kalo nak pergi malam kena
charge lain sebab kena pakai guide local. So, kami pun decide untuk bayar
sahaja memandangkan charge yang dikenakan tidaklah mahal mana. Kemudian kami
tanya pula tentang hot spring yang kebetulan ada disekitar kawasan Bondowoso
tu. Tapi tour guide kata tak boleh masuk sebab jalan dekat situ under
construction. Mungkin kalau degil jugak nak berjalan akan amik masa 2 jam. Tapi
kami berlima tetap berkeras nak ke sana. Jalan pun jalan la. Bila lagi nak
sampai sini, ye dak?
Kami menikmati makan malam di
cafe Arabic Hostel. Yang speselnya dekat situ adalah stroberi dan kopi original
punya dari ladang selain mempunyai air panas dalam toilet. Memang terbaik minum
dalam suasana yang sejuk-sejuk buah. Borak-borak, gelak-gelak sampai kedai pun
dah tutup akhirnya masing-masing pulang ke sarang memandangkan esok pukul 1 pagi
dah nak gerak ke Kawah Ijen untuk pegi tengok Blue Fire. Blue Fire ni orang tak
turun waktu hari terang sebab guide takut gambarnya dirakam oleh pihak
penguatkuasa (ada kawalan camera sekitar
kawasan tersebut). Diorang curi-curi bawak pelancong turun untuk dapatkan duit
lebih. Pagi itu kami bersiap-siap dan terus check out.
Perjalanan mendaki pagi itu
amatlah malas-malas teruja. Dah la sejuk gila. Bau sulphur pulak kuat dan
sangatlah berhabuknya. Jadi dinasihatkan supaya membawa penekup mulut sebab hingus
akan berlendir-lendir dan kehitaman. Gua siap muntah sebab pening bau sulphur. Entahlah,
pening bau sulphur ke....pening bau ketiak Migha. Hahahahahaha.. Punyalah sabar
mbak Migha ni melayan gua yang agak pening-pening lalat. Sepanjang perjalanan
mendaki akan kelihatan orang tempatan memikul bakul membawa turun sulphur untuk
diproses dan dijual. Ada jugak yang menjual ukiran sulphur yang bermacam-macam
bentuk. Nampak macam ringan, tapi jumlah berat dua bakul tersebut adalah
lingkungan 70 – 90 kg. Nak terberak brader gua dengar. Nak try angkat pun tak
terangkat. Diorang boleh bawak turun naik bukit. Hallemekkk...Respect!
Inilah rupa bentuk sulphur yang diorang bawak tu
Gila steady uncle tu
Bawah tu la kawah yang airnya biru
Sampai di renjer kami terus bergegas
untuk meneruskan perjalanan menjejaki air terjun dan air panas. Dalam
perjalanan, kami dibawa melihat air terjun yang sangat cantik dan airnya
berwarna kehijauan. Sampaikan member gua yang nama Hamza tu siap-siap tukar
seluar nak main air. Nasib baik sempat dihalang sebab air yang cantik itu
rupa-rupanya asid sulfurik. Jangan disangka yang cantik itu elok sahaja. Pernah
ada binatang yang minum air di situ dan mati.
Kemudian kami dibawa ke kawasan
air terjun dan air panas Bondowoso. Tipu je tourist guide tu. Mana ada jalan
under construction. Ada yang nak lepak dan mandi di air panas sahaja. Tapi gua,
Migha dan Siu Jen meneruskan perjalanan menjejaki air terjun. Entrance fee
adalah Rp.2k untuk air panas dan Rp.2k untuk air terjun.
group photo
Sulphuric acid waterfall
Menjejak air terjun.
Lepas mandi-mandi, perjalanan
seterusnya adalah pulang semula ke Probolinggo. Hati semakin berat sebab
selepas ini kami akan pulang membawa haluan masing-masing. Gua dan Migha ke
Malang. Adik beradik Siu ke Jogjakarta dan Hamza ke Bali. Tapi disebabkan
terlalu singkat sangat masa bersama, diorang semua decided untuk teruskan
perjalanan ke Malang bersama gua dan Migha. Waaaaaa...seronoknya!!!
Sampai dekat Probolinggo bas
ekspress menuju ke Malang berhenti untuk pick-up kitorang. Tiket dibayar oleh
Anton, perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai di hentian bas Malang, masing-masing
terpinga-pinga sebab tak tahu nak pegi mana. Rupa-rupanya kena naik angkutan
pulak dari hentian bas ke Alun-alun, pusat bandar Malang. Jaraknya lebih kurang
7 km dari hentian bas.
Malam itu kami jalan-jalan cari
makan di sekitar bandar. Minta angkutan AMG hantar sampai ke Hotel Riche. Rate
agak rendah (bilik kami Rp.150k) dan selesa pulak tu hotelnya. Lokasi pun strategik
sebab betul-betul dipusat bandar. Keesokan paginya harus berkemas-kemas untuk
terus ke Surabaya. Sebab kesuntukan masa, dari hotel kami sewa kereta untuk terus
ke Juanda Airport melalui highway Surabaya sahaja. Sempat berhenti untuk
menghantar Siu Ling dan Siu Jen ke hentian keretapi bagi meneruskan perjalanan.
Kami (yang dah tinggal bertiga) sempat minta brader yang bawak kereta sewa
berhenti di Sidoarjo di mana terletaknya tragedi Lumpur Lapindo. Satu kawasan yang mengalami banjir lumpur sekitar
5-6 tahun yang lepas dan sehingga kini lumpur di Lapindo masih lagi tidak
berhenti keluar. Sedih!
Hotel Riche
Lumpur Lapindo
Sampai di airport hati mula rasa
berat. Banyak betul kenangan. Tapi untuk terus tinggal di sana tu tak la. Malaysia is a perfect home though. Cuma
satu hari nanti, gua pasti akan kembali lagi.
Bebanyak terima kasih dekat Fatt si Backpakerbusuk sebab banyak bagi guideline ke kami. Hehehe. Sangat-sangat berguna.
1 comment:
petualangan yg hebat. salam kenal.
Post a Comment