Thursday, May 07, 2009

Trip mewah ke Air Terjun Berkelah dan Jerangkang

Pada hari jumaat lepas, gua serta beberapa kutu t-rec telah ke air terjun berkelah dan jerangkang yang terletak di Maran, Pahang kira-kira 26km dari simpang keluar tol Sri Jaya (tembak kiri jalan lama nak ke Kuantan). Seperti yang sedia maklum, bila dah janji gerak pukul 10 pagi, dia punya drag masa membawa ke 5-6jam kemudian. Maka perjalanan telah bermula pada pukul 5:30 petang. Kutu-kutu yang terlibat selain gua adalah raha, koroi serta jubir (menaiki kereta buatan Messia-4WD milik koroi).

Benda kalau dah nama raha ni, memang segalanya nak mewah. kalu korang kodi, memang tak sesuai weh nak ikut trip ni. jadi, gua bukan kodi sebenarnya. Kami telah membeli menu berupa makanan-makanan yang berasaskan Itali seperti makaroni. Oh, untuk makluman semua. jika ada nak buat trip yang ada daging cincang dalam menu kalian, sila goreng daging cincang tersebut (tanpa minyak dan keringkan) kerana memang boleh tahan lama. Berbalik kepada cerita raha yang sukakan kemewahan tadi. Nasib baik semasa sesi membeli barang-barang gua ada di tempat kejadian. Mahunya dia memborong 1 pasar jika tidak ditahan nafsunya. Itu pun dia sibuk minta bawa mekdonel. gua yang tegas lantas melarang dan menasihatinya supaya tidak perlu terlalu israel. kemudian gua ingatkan semula asal-usulnya yang Jawa. Gua rasa tindakan gua memang tepat.

Setibanya di kemsait air terjun berkelah, kami sebulat suara memilih untuk lepak dibawah memandangkan malam semakin pekat. Esok pagi baru shoot naik ke atas. Setelah koroi dan jubir bertanyakan orang kampung yang kebetulan ada program kat situ, maka sedikit sebanyak info dapat diperolehi.

1. Air terjun berkelah (ATB) ada 3 tingkat.
2. Trekking ikut tali air (trek jelas) 15 minit pun boleh sampai.
3. Boleh ber'kemsait' dekat atas. kawasan agak luas.
4. Hati-hati dengan binatang berbisa.

Pagi yang sepatutnya kitorang ke puncak telah dirosakkan rancangannya oleh 1 brader dan keluarganya yang sibuk-sibuk nak chup wakaf yang kami huni. "Naik ke Jerangkang lebih masyuk...air terjunnya lagi lawa.." brader tersebut."Eh, iye ke? kita mandi dekat Jerangkang je la.." koroi yang mudah terpedaya. Setelah menyenap beberapa keping gambar (ternyata view memang cantik) kami bergegas ke air terjun Jerangkang (ATJ) yang simpangnya tak berapa jauh dari ATB tetapi bapak jauh giler nak sampai ke ATJ. 16km ke dalam dengan jalan yang agak teruk (powil je layak). Jalan lurus je jangan masuk mana-mana simpang.

1. ATJ ada 7 tingkat kesemuanya.
2. Trekking ke tingkat pertama dari bawah tak sampai 10 minit.
3. Dengar cerita boleh main abseling kat tingkat bape ntah.
4. View memang terbaik dari ladang weh..
5. Kitorang tak riki sampai atas sebab malas. jadi kawan-kawan, mari kita ke jerangkang..agak nyaman dan privacy sikit berbanding ATB.

Setelah bermandi-manda dengan seronok dan gembira, dan masak macaroni de plateu adios amigos, kami pun bergerak balik ke Kuala Lumpur dengan jayanya. Ok. sekarang kita boleh tunggu Jubir up gambar-gambar yang menarik. Silakan Incik Jubir....


notakakiberbulu: cerita-cerita mistik boleh ditanya secara peribadi.


yang mengePos: joE

10 comments:

Schamastura said...

wes..
mane gambo??
nak tgkkkkkk!!

nak tau citer mistik..
misteri nusantara~~

jo said...

boleh rujuk fesbuk jubir...tapi x banyak pun di up..gua mana ada kamera...

pakcik said...

mistik..mistik..mistik...

cik beskot said...

babi la lu joe...
dh lu sibuk2 ckp xnk mkn mknan yg biasa...
trip org kaya kene bwk mknan mewah...
tp heran jugak ek?? nape hampir semua mknan tu sumbat kt bag gua ek??lalalala..

cik beskot said...

fakta baru yg diutarakan oleh Jo semasa trip ke Air Terjun Berkelah (ATB):
1. Perjalanan dari Batu Pahat ke Muar mengambil masa setahun.
2. Makanan yang bernama HashBrown telah bertukar menjadi HashCrown.

cik beskot said...

eh jo,
gua pun xdpt gak gambar berkelah ari tu?
mana nie jubir??

jo said...

ade kt fesbuk die
g la usha...

Adi Alida said...

air terjun jerangkang?
horror je bunyi...jauh ke dari air terjun bekelah?

Anonymous said...

In addition to this, now you can listen to the radios online, which is already getting to be pretty popular.
Perhaps there is a news broadcast you want to check, or perhaps a vital sports game you cannot miss.
Some radio stations have also started making use of streaming MP3
format, which could be played through Winamp.

my web-site :: innokomm.eu - www.innokomm.eu

Anonymous said...

You could experience natural disasters like cyclone, tornadoes, earthquakes,
and fire. A short video that requires minimal digital effects can be rendered
in just a few minutes while a feature length
animated movie can take up to several weeks because of the complexity of the effects needed and the 3D animation itself.
Although others may not have a specific machine for her,
but at least they have most likely computers in their homes.


my blog ... imaginalmission.net