Friday, March 04, 2011

Trip Pembuka Tirai 2011 : Chilling & Bukit Kutu

Tarikh: 22 & 23 Januari 2011
Line-up: Pit, Pia, Rina, Sopa, Pijot, Karam, Zam (Rakan Muda UPM), Safwan (Rek KTDI), Hazwan (KTDI), Serabut, Farah, Fuza, Pda, Syazrah, Koroi, Koko, Kejang




22 Januari 2011 (Sabtu)

- Bertolak ke Kuala Kubu Bahru Jam 11 pagi setelah selasai sesi makan pagi di Molana. Singgah sane sini disebabkan sekampit beras 5 kg, dapur laptop telah ditinggalkan secara tdk sengajanye. Singgah lagi di pekan KKB utk bekalan makan tengah hari. Akhirnye, sampai jua di Pertak sekitar jam 2 ptg. Sampai2, tekejut ngan limpahan manusia. Team pecah kpd 2 group, 1 group (pit, sopa, serabut) volunteer nk ‘chop’ campsite – kesan lambakan manusia dari seluruh pelosok negeri. 1 lagi group (Safwan, Zam, Pijot, Pda, Pia, Rina, Fara, Fuza, Syaz, Karam) begegas ke air tejun Chilling memandangkan jam sudah menunjukkan 2.30 ptg. Bermula dari checkpoint 2 bila sampai dua jalan yg becabang (padahal ade 3 cabang sebenarnye) trek kelihatan lain macam – daun kering mcm takde org lalu. Jalan lagi, lagi n lagi... Trek mencanak skit n skit. Sudah 15 minit treking, bunyi air sungai mulai hilang. Aik.. toleh kiri, bile pulak ade batu besar yg amat ni... konpirm salah trek.. mari pulang ke pangkal jalan..... Patah balik, mujurlah Zam temui trek menuruni bukit menghala ke trek yg sebetulnye. Lega. Ni la akibatnye stelah beabad tak mengunjungi Chilling. Karam pulak salah download trek Sg Pisang..hehe



- Sampai kat air tejun chilling 40 mnt kemudian. Sesi mandi-manda sampai lebam, lepas gian, tiruk n berenang-renang ke tepian. Stelah lebey kurang 2 jam besuka-ria, begerak pulang ke campsite utk readi makan malam ala-ala Umbai-Pernu Ikan Bakar. Menu tebaek dr Chef Pijot n Chef Fara & Fuza. Time kasih atas sumbangan ikhlas ikan talapia bakar Incik Pit dr MS Solution. Setelah selesai sesi borak2 n kutuk-mengutuk, aktviti diteruskan dgn makan tidak henti2 hingga lah ke sesi pertarungan UNO.

23 Januari 2011 (Ahad)

-Jam 8.00 pagi stat msk utk sarapan. Baru lah muncul Koroi n Koko besama Incik Penunjuk Arah: Kejang dari Selayang. Readi utk ke Bukit Kutu - Kemas peralatan n brg2, sumbat dlm keta n begerak kluar dr Chilling utk ke starting point Bukit Kutu; kat simpang kiri di Jambatan Pertak (masuk ke Kg Pertak), lalu kiri kanan rumah org asli moden, trus n trus hingga sampai ke kaw. air sungai.

- Jam 10.00 pagi stat treking. Koko n Karam menghabiskan mase bersama2 di Chilling. Manakala yang laen memulakan treking. Kire-kire 1.5 km dr trek pemulaan, meredah sungai pertama. Seterusnya, 2 sungai kecil dan melalui trek tnh merah 4WD. Melalui kawasan tanah lapang org asli dan banyak simpang mengelirukan (sila amik simpang kanan) sebelum smp ke pintu masuk pemulaan Bkt Kutu. Trek awalnye landai2 sahaja n kmudian pacak tak henti-henti hingga lah ke Gua Tedung.

- Setelah 3 jam stengah pndakian, baru lah tiba di kawasan lapang yng mempunyai monumen tinggalan penjajah British – cerobong asap. Ke puncak pula, perlu mendaki tangga2 kecil hinggalah ke puncak batu Bukit Kutu yg smacam menggayatkan sahaja. Pemandangan 360 darjah dpt dilihat dari puncak, antaranye empangan KKB. Nasib tidak baik bila tiba-tiba hujan turun. Sesi makan nasi goreng berkuahkan air hujan. Menunggu hujan reda, barulah bersiap2 utk treking turun. Sementara itu, Serabut kelihatan sibuk mencari air utk bekalan treking time turun dari perigi tinggalan yg diceritakan Kejang. Cari punye cari, perigi nye telah kekeringan. Rupenye Sopa tlh menemukan perigi buatan takungan air hujan di suatu kaw. yg lain. Besiap turun n sesi photoshoot.



-Jam 3 ptg, baru lah stat treking turun. Trek menurun agak licin memandangkan baru lepas hujan.
-Jam 5.30 ptg, tiba di suatu sungai. Zam, Pda, Syaz menunggu yg laen. Stengah jm kmudian, baru yg lain2 muncul. Fara kelihatan penat sgt dan semcam putus asa. Akibat tak makan nasi rupenye.
-Jam 6.00 ptg, tiba di sungai terakhir, sesi bersihkan diri n jam 7.00 ptg, bertolak pulang ke Serdang.

Sekian. Terima kasih kpd semua yg sudi menjayakan trip.

"Rekreasi Selamanya"

1 comment:

Anonymous said...

boleh tanya, kat mana sy nk dapatkan guide ke bukit kutu?