Monday, December 26, 2011

Terlalu lama...

1. Terlalu lama blog ini sunyi sepi.

2. Mungkin zaman berubah dan teknologi blog ni sudah dimakan zaman.

3. Masa untuk berubah ke medium lain barangkali.

4. Mungkin juga ahli-ahli T-recs ini sudah semakin jauh dari segi fizikal ataupun emosi.

5. Masa untuk berjumpa, membuat aktiviti besar-besaran barangkali.

6. Mungkin masing-masing sibuk dengan aktiviti hidup sendiri. Masing-masing sudah bekerja, mempunyai keluarga dan mempunyai komitmen terhadap perkara lain.

7. Masa untuk mencari masa terluang ataupun cuti barangkali.

8. Mungkin juga ahli-ahli T-Recs ini sudah jemu dan bosan dengan sesama sendiri. Perlukan angin baru, wajah baru, nafas baru, jiwa baru.

9. Asyik dengan muka yang sama setelah 10 tahun memenatkan barangkali. Meletihkan, menjerihkan.

10. Entahlah, mungkin T-Recs ini sudah tidak punya apa lagi untuk disandarkan.

11. Mungkin T-Recs ini tidak dapat merealisasikan impian dan matlamat ahlinya. Maka alat yang baharu perlu dicari untuk melepaskan impian dan matlamat tersebut.

12. Atau.

13. Impian dan matlamat ahlinya sudahpun tercapai dan T-Recs ini sudah pun tidak relevan lagi.

14. Kepada siapa harus disampaikan T-Recs ini ataupun biar ia berkubur sahaja di sini.

15. Mungkin juga.

20 comments:

pakcik said...

camna nk link ke fb weh posting ni?

pakcik said...

moh weh, wat gathering santai2...

pjot said...

emm.....org pun perasan yg begitu juga...mgkin memerlukan sokongan drpd warga trecs yg suda berkeluarga utk memberi semangat utk berxtvt agi.....:)

Anonymous said...

Semua di atas tu betul....cadangan aku lar supaya grup ni tak berkubur dan terus melangkah ke depan :-

1. Perlu buat target tahunan setiap hujung tahun, cth 10 projek siap tarikh, pengarah projek..mesti selit ari keluarga dan projek mega.
2. Setiap projek perlu ajak budak2 baru join terutamanya budak KTDI
3. Yang mana rajin tuh pegila kursus2 rekreasi anjuran badan2 terlatih.Pastu ajarlah yang kurang ajar dalam grup ni..

Masalah utama dalam grup ni :-

1.MASA - janji minum atau makan selalu lambat ataupun tido, nak trekking pegi karaoke dulu,meeting di batalkan selepas hari sepatutnya meeting.
2.KOMUNIKASI - yang ni aku sendiri tak pasti..munkin sebab perangai masing-masing, cara pemahaman masing-masing.

Kesimpulan

* Mesti buat target sebab kalo tak semua projek jalan, sekurang-kurangnya 50% projek dalam gengaman.
* grup kita macam tak melangkah kehadapan kerana ilmu yang ader pada setiap ahli terhad dah lama ditubuhkan pun masih lagi belum boleh dijual nama T-Recs
* aku rasa kalo tiada perubahan, lama kelamaan tak mustahil boleh berkubur :)ataupun wujud perpecahan kerana join grup lain sbb grup ni dah tak menarik.

ok lah ni kut...banyak-banyak nanti..ader hal....
Oppppsss....satu lagi....baju Trecs bila nak buat woiiiiii !!!
Trecs dah ader group FB, T-RECS...tolong add ler masing-masing...PM pun ader FB woiii, takkan korang takder....


salam...KOROI

pakcik said...

aku rasa sunyi kat blog ni satu sebab utamanya, susah nak posting kot..renyah la lebih kurang...

pastu nak tulis pun kene ada benda nak dituliskan, merapu saje pun boring juga..

pastu takleh live feed cam fb..

so point karam no 2 & 3 tu antara penyebabnya aku rasa...

korang rasa camna? ke takde rasa? ke lepak saja kat RASA Alamanda?

Anonymous said...

Menyayat Hati.....

jo said...

Mmg ye....ape korang cakap tu..aku pon stuju..mungkin dengan join trip org lebih mudah..sb dalam trecs ni, masing2 ade perangai menghrpkn orang lain..termasuklah aku pun..klo ade generasi terkini yg rela jd gogo ..itu lg baik...generasi lm blh tlg bg kontek ataw cr kn guide...er.....tp x semestinya trip mnggunung kn...?

jo said...

Mmg ye....ape korang cakap tu..aku pon stuju..mungkin dengan join trip org lebih mudah..sb dalam trecs ni, masing2 ade perangai menghrpkn orang lain..termasuklah aku pun..klo ade generasi terkini yg rela jd gogo ..itu lg baik...generasi lm blh tlg bg kontek ataw cr kn guide...er.....tp x semestinya trip mnggunung kn...?

Anonymous said...

No komen... kalo komen kena deleted... Observer je...

pakcik said...

komen je la anon weh...sape kaoooo?

lydiarahayumahmod said...

kalau Adam dah besar, aku volunteer jadi gogo. (^_^)
Ini seriusss.....

Halijah Jaffar said...

sebelum ni ada sembang2 kosong ngn karam..plannya nak buat gathering ala family day..maybe boleh dijadikan permulaan utk mengaktifkan balik group ni..
Tak perlu jauh, contoh tpt paling dekat n senang nak akses ialah PD (sila come out with any ideas yg lain)..hope dapat direalisasikan..kene ada kerjasama dr sume, tak perlu point kat sapa2, sapa rasa nak jayakan plan ni silalah memvolunteerkan diri anda..kene buat board dlu (ala2 mcm time kat kolej), contohnya :
pakcik - cif POC aka pengerusi
jijah - accomodation
pida - foods n drink
joe - peralatan
wan ruzailan - activities
pit - sfecial task force

contoh sahaja, tapi please sudi volunteerkan diri..kalau ada yg sanggup, boleh proceed ngn meeting, pilih date n seterusnya..
kami (pakcik n jijah) dari selatan try utk bg comitmen sedaya kami, hope sape yg di utara, timur, borneo, munculkan diri juga ye :)

boleh mula volunteerkan diri di sini @ di groups Trec kat fb..

sekian dr yg dah lama menyepi..hehe..

Halijah Jaffar said...

sorry tersilap, Pakcik - bukan POC la, PIC..dah terbiasa ngn FOC :)

Anonymous said...

setuju kalau buat permulaan lokasi dekat2.. utk memudahkan semua hadir... (Observer)

Halijah Jaffar said...

wahai observer, sila letak nama ye..main sembunyi sembunyi lak dia..

jo said...

Kalo d PD sy ada 1 hote.boley la baik jugaa..rate boley la tahan n x la huduh sgt..nk bbq pny tmpt pon boley.tp msk n mknan setting sndiri la...

pelukis mimpi said...

Dah la tu karam... bersara jer la dari outdoor, kau tu gemok, mane larat nak memanjat... baik ko lepak ngan kitaorang jer, lagi bagus~! hahahaha, jom jamek!

cik beskot said...

sebab semua org malas nk organise xtvt, maka semua org pun menyepikan diri dengan harapan ada seseorang yang merancang xtvt..

aku cadangkan karam anjurkan xtvt yang cukup santai agar mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak yang suka memberontak dapat turut serta..

pakcik said...

Haha kenapa kena karam?

Halijah Jaffar said...

karam post pastu lari....meh ar reply..