Monday, October 22, 2012

Gunung Rabong : Parte 1

Haha..trip ni dah lama berlalu, tapi baru ini hari ada feel mau cerita. Rasanya selepas 4 bulan tidak mendaki gunung, gua terpanggil untuk follow trip satu kawan yang mukanya ganas seperti ahli gusti tapi hatinya lembut macam capati.  Gunung rabong melalui air terjun (Mt. Rabong via Watertrail) memang satu trip idaman gua sejak tahun 2007 lagi. Baru la ni ada kesempatan nak pergi sebabnya jarang ada team yang nak naik dan turun ikut laluan air. Sebabnya ialah bahaya dan kena pikul tali serta peralatan untuk abseil di air terjun. Lagipun setakat pengetahuan gua ,memang Geng Abah Tahir guide yang boleh bawak naik dan turun ikut laluan ini. Jadi, macam biasa la. Gua malas nak fikir panjang terus 'on' sambil mengajak kutu-kutu mendaki yang lain untuk turut serta. Pit, Koroi, Babas dan kutu dari cawangan JB pulak Jas dan Enol. Jawa pulak tarik diri atas sebab-sebab personal. (Nak bertunang gamaknya...)

Maka pada tarikh 29 ogos 2012 bergeraklah gua sendiri dari Pekan menuju ke destinasi iaitu rumah pit dan koroi. Oleh sebab gua belum beli lagi jet pejuang, kami berempat pun bergerak ke Gua Musang menaiki kereta.

Perjumpaan dengan group kawan yang mukanya ganas seperti ahli gusti tapi hatinya lembut macam capati iaitu Colgate daripada Kolumpo berlaku di stesen ketapi baru Gua Musang. Rasa dengki pulak tengok diorang naik ketapi. Colgate datang bersama-sama dengan kutu-kutu yang satu kutu pun gua tak kenal. Haha. Bila tak kenal, gua lebih suka buat muka serius. Orang kata kalu gua buat muka serius macam Angelina Jolie? Malu-malu pulak gua jadinya...

Pagi tu jugak berjejak kasihlah kami dengan geng-geng Abah. Kali terakhir jumpa 2007 kot. Pergi ke Stong-Ayam. Abah masih macam biasa. Awet muda. (Lu orang yang umur 30-an belum tentu boleh challenge Abah yang 50-an kalo tak silap gua. Ni kalo tanya umur kompom dia jawap 20 taun. sebab tu malas nak menanya..haha..). Maka bertolaklah kami menaiki lori ke starting point yang agak jauh jugak dari stesen ketapi. Masa di starting point, sesi perkenalan pun bermula. Ahli kumpulan lain Colgate, Ahjan, Mus, Shahrul, Lin, Kak Ezi, Kak Mai, Syushiro, Epot, Syed, Pak Said, Faizal 1, Faizal 2, Fakar dan Ja. Geng Abah pulak Abah, Abe Man, Abe We (Jugah), Kebob, Koyeng, Abu, Anis dan Madey. Rasanya macam takde yang tertinggal ni. Yang kena tinggal mungkin ramai kot..heh!

Let's go and see what they've got up there..
                                             photo by: haslinda kadir

 
Target untuk hari pertama ini ialah kem (ni yang lemah bila cerita lama diulang kembali). Siyes dah gua lupa apa nama kem site tu. Yang pentingnya kem site tersebut masih jauh lagi dari puncak gunung Rabong. Dia punya tonggek tak payah nak cakaplah. Rasa menyesal pulak tak buat sebarang fitness sebelum pergi mendaki. Akibatnya, mak semput nak kejar geng-geng lain, nok! Tiba dekat kem site pun hari dah gelap. Babas tu kalau tak senyum nampak gigi atau pakai headlamp memang gua tak nampak langsung dah. Pasal gua jugak, orang lain pun turut sama sampai lambat ke kem site. Sampai ada 2 orang insan terpilih datang membuat rescue masa group kami (gua, pit, koroi, babas dan colgate) lagi 10 minit nak sampai. Padahal kami tido selama satu jam lebih on track. Tido dalam kesejukan dan hujan lebat. GRRRRR!!! Keh..keh..keh..
 
sesi suai kenal sebelum start
                                 photo by: haslinda kadir

Siap-siap pasang hemmok dekat pokok secara bertingkat-tingkat, makan-makan, mandi-mandi (ada waterpoint) , solat, terus masuk tidur. Esok pagi nak bangun bagi meneruskan perjalanan lagi. Tapi pagi itu gua bangun rasa macam mabuk laut pun ada. Hemmok punya pasal! ( Pssttt..dengar cerita ada yang jatuh macam nangka busuk? Tak tahu mimpi menda la tu sampai tercabut tali hemmok. )Esoknya perjalanan diteruskan hingga ke puncak gunung Rabong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam jugak (hentam saja laaa..). Oleh sebab mood beraya pun belum hilang lagi, tambah pulak hari tersebut sengaja dipilih untuk merayakan kemerdekaan, memang meriahlah. Siap ada penyampaian duit raya oleh Pak Said selaku peserta paling veteren dalam kumpulan. Masa ni yang tua-tua pun gua tengok sama naik. meh gua belanja sekeping dua gambor dekat puncak.
 
we made it!!
                                                                       photo from: fadzli bakri
 
kan dah kata. sama naik je.
                                                       photo from: fadzli bakri
 
menumpang glemer orang
                                                                        photo from: fadzli bakri
 
 
Setel part bagi-bagi duit raya, amik-amik gambo, borak-borak dan layan view kami meneruskan perjalanan semula. kali ini perjalanan turun menuju ke kem site 2. agak mencuram dan bahaya. silap hari bulan boleh jatuh tergolek. oleh sebab padding baik punya, gua jatuh pun kira boleh tahan lagi. time ni sapa-sapa yang peha macam ranting kayu tu tentu dengki dengan gua. haha!
 
Tiba di kem site sekitar jam 7 ke 8 malam jugak. dapat pulak pokok yang dilereng-lereng bukit. malam ke dua ni harap-harap takde dah lagi mengada-ngada mabuk laut. rehat pun dapat la panjang sikit berbanding semalam. yang syoknya, setiap kem site semua ada sumber air. nak berak memang takde masalah. tak payah nak dok kemut-kemut aihhh.. Malam ni tidur mau kena cukup sebab esok bermulalah cabaran turun gunung menggunakan tali. Rasa seram sejuk tu masih belum ada lagi. rasa teruja je yang lebih masa ni. Meh gua up siket view di kem site 2.
 
gila colourful
                                                                          photo from: fadzli bakri
 
model tidak berbayar : babas
                                                                       photo from: fadzli bakri
 
Bersambung....
 

Notakakiberbulu : Sedak jugak main cerita ada sambung-sambung ni. rasa macam sinetron pulak.

Saturday, October 20, 2012

Road to Surabaya : Part 2

Perjalanan kali ini diteruskan dengan perasaan yang sangat teruja. Harap-harap Kawah Ijen tak menghampakan kami. Dari Yoschi Hotel kami pulang semula ke Probolinggo dan setibanya di Mahkota Tourist Info Centre, transport sudah menunggu kami untuk dibawa terus ke Arabic Hostel, Bondowoso di mana terletaknya Kawah Ijen. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 5 jam untuk sampai ke Arabic Hostel tersebut. Perjalanan terasa begitu smooth and scary. Smooth tu sebab jalan raya agak baik dan scary tu sebab dia punya driver, ‘astaghfirullah..’ Kali ini kami berjumpa pulak dengan sepasang adik beradik dari Singapore berbangsa Cina bagi menggantikan member dari Jepun dan Brazil tadi. Memang jenis yang tak sombong dan boleh dibawak berbincang. Orang tua-tua kabo, patah tumbuh hilang berganti. Banyak berjalan mungkin salah satu faktor diorang tadi senang bergaul walaupun tak reti langsung cakap melayu.
Sebabkan agak letih, gua memang tak fikir apa dah. Terus saja membuta. Transport pun agak selesa untuk 7 penumpang. Sedar-sedar mini bus tadi berhenti di sebuah cafe tepi jalan disebabkan mengantuk. Kemudian perjalanan diteruskan lagi, dan tidur gua pun turut diteruskan. Dalam perjalanan menuju ke Arabic Hostel tersebut, driver merangkap tourist guide ada memberhentikan kenderaan disatu kawasan yang mana kita boleh nampak Kawah Ijen dari jauh. Dekat situ kitorang (Gua, Migha, Hamza, Siu Ling dan Siu Jen) ada bincang-bincang tentang hasrat untuk melihat Blue Fire (Api biru dari dalam kawah. Boleh dilihat sekitar pukul 6 petang sehingga 4 pagi waktu Indonesia). Menurut kata tour guide kami, kalo nak pergi malam kena charge lain sebab kena pakai guide local. So, kami pun decide untuk bayar sahaja memandangkan charge yang dikenakan tidaklah mahal mana. Kemudian kami tanya pula tentang hot spring yang kebetulan ada disekitar kawasan Bondowoso tu. Tapi tour guide kata tak boleh masuk sebab jalan dekat situ under construction. Mungkin kalau degil jugak nak berjalan akan amik masa 2 jam. Tapi kami berlima tetap berkeras nak ke sana. Jalan pun jalan la. Bila lagi nak sampai sini, ye dak?
 
Kami menikmati makan malam di cafe Arabic Hostel. Yang speselnya dekat situ adalah stroberi dan kopi original punya dari ladang selain mempunyai air panas dalam toilet. Memang terbaik minum dalam suasana yang sejuk-sejuk buah. Borak-borak, gelak-gelak sampai kedai pun dah tutup akhirnya masing-masing pulang ke sarang memandangkan esok pukul 1 pagi dah nak gerak ke Kawah Ijen untuk pegi tengok Blue Fire. Blue Fire ni orang tak turun waktu hari terang sebab guide takut gambarnya dirakam oleh pihak penguatkuasa (ada kawalan  camera sekitar kawasan tersebut). Diorang curi-curi bawak pelancong turun untuk dapatkan duit lebih. Pagi itu kami bersiap-siap dan terus check out.
 
Perjalanan mendaki pagi itu amatlah malas-malas teruja. Dah la sejuk gila. Bau sulphur pulak kuat dan sangatlah berhabuknya. Jadi dinasihatkan supaya membawa penekup mulut sebab hingus akan berlendir-lendir dan kehitaman. Gua siap muntah sebab pening bau sulphur. Entahlah, pening bau sulphur ke....pening bau ketiak Migha. Hahahahahaha.. Punyalah sabar mbak Migha ni melayan gua yang agak pening-pening lalat. Sepanjang perjalanan mendaki akan kelihatan orang tempatan memikul bakul membawa turun sulphur untuk diproses dan dijual. Ada jugak yang menjual ukiran sulphur yang bermacam-macam bentuk. Nampak macam ringan, tapi jumlah berat dua bakul tersebut adalah lingkungan 70 – 90 kg. Nak terberak brader gua dengar. Nak try angkat pun tak terangkat. Diorang boleh bawak turun naik bukit. Hallemekkk...Respect!
 
Inilah rupa bentuk sulphur yang diorang bawak tu
 
Gila steady uncle tu
 
Tapi betul cakap Anton. Kawah Ijen punya view lagi cantik. Dah la masa dekat Bromo gua macam orang gila. Dekat Kawah Ijen gua menangis terus selepas solat subuh. Begitu besar, cantik dan uniknya alam ciptaan Allah. Subhanallah.. Lama kitorang lepak dekat Kawah Ijen. Sempatlah tengok Blue Fire sekejap. Tapi gua dengan Migha tak dapat turun sebab guide tu cakap hari hampir terang. Lagipun takut-takut tergelincir sebab nak cepat sampai. Dapat tengok dari jarak dekat jugak dan rasa berpuas hati. Kemudian layan sunrise. Sampaikan tak tahu nak amik gambar dekat sudut mana sebab setiap sudut sangat memukau. Last-last kami buat keputusan untuk duduk diam-diam dan rakam memori dalam kepala sahaja dan simpan sampai bila-bila. Poyokan? Tapi memang tak boleh nak duduk lama-lama sebab sejuk. Lagipun kami ada agenda lain lagi iaitu hot spring!
 
Bawah tu la kawah yang airnya biru
 
Lagi view di kawah ijen

View gunung sebelah menyebelah
 
Keliling semua view, perghhh....terbaik!
 
Rumah ini dibina oleh Belanda lama dulu


Sampai di renjer kami terus bergegas untuk meneruskan perjalanan menjejaki air terjun dan air panas. Dalam perjalanan, kami dibawa melihat air terjun yang sangat cantik dan airnya berwarna kehijauan. Sampaikan member gua yang nama Hamza tu siap-siap tukar seluar nak main air. Nasib baik sempat dihalang sebab air yang cantik itu rupa-rupanya asid sulfurik. Jangan disangka yang cantik itu elok sahaja. Pernah ada binatang yang minum air di situ dan mati.
Kemudian kami dibawa ke kawasan air terjun dan air panas Bondowoso. Tipu je tourist guide tu. Mana ada jalan under construction. Ada yang nak lepak dan mandi di air panas sahaja. Tapi gua, Migha dan Siu Jen meneruskan perjalanan menjejaki air terjun. Entrance fee adalah Rp.2k untuk air panas dan Rp.2k untuk air terjun.
group photo
 
Sulphuric acid waterfall
 
Menjejak air terjun.
 
Lepas mandi-mandi, perjalanan seterusnya adalah pulang semula ke Probolinggo. Hati semakin berat sebab selepas ini kami akan pulang membawa haluan masing-masing. Gua dan Migha ke Malang. Adik beradik Siu ke Jogjakarta dan Hamza ke Bali. Tapi disebabkan terlalu singkat sangat masa bersama, diorang semua decided untuk teruskan perjalanan ke Malang bersama gua dan Migha. Waaaaaa...seronoknya!!!
Sampai dekat Probolinggo bas ekspress menuju ke Malang berhenti untuk pick-up kitorang. Tiket dibayar oleh Anton, perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai di hentian bas Malang, masing-masing terpinga-pinga sebab tak tahu nak pegi mana. Rupa-rupanya kena naik angkutan pulak dari hentian bas ke Alun-alun, pusat bandar Malang. Jaraknya lebih kurang 7 km dari hentian bas.
Malam itu kami jalan-jalan cari makan di sekitar bandar. Minta angkutan AMG hantar sampai ke Hotel Riche. Rate agak rendah (bilik kami Rp.150k) dan selesa pulak tu hotelnya. Lokasi pun strategik sebab betul-betul dipusat bandar. Keesokan paginya harus berkemas-kemas untuk terus ke Surabaya. Sebab kesuntukan masa, dari hotel kami sewa kereta untuk terus ke Juanda Airport melalui highway Surabaya sahaja. Sempat berhenti untuk menghantar Siu Ling dan Siu Jen ke hentian keretapi bagi meneruskan perjalanan. Kami (yang dah tinggal bertiga) sempat minta brader yang bawak kereta sewa berhenti di Sidoarjo di mana terletaknya tragedi Lumpur Lapindo. Satu kawasan yang mengalami banjir lumpur sekitar 5-6 tahun yang lepas dan sehingga kini lumpur di Lapindo masih lagi tidak berhenti keluar. Sedih!
Hotel Riche
 
Lumpur Lapindo
 
Sampai di airport hati mula rasa berat. Banyak betul kenangan. Tapi untuk terus tinggal di sana tu tak la. Malaysia is a perfect home though. Cuma satu hari nanti, gua pasti akan kembali lagi.
 
Bebanyak terima kasih dekat Fatt si Backpakerbusuk sebab banyak bagi guideline ke kami. Hehehe. Sangat-sangat berguna.

Thursday, October 18, 2012

Road to Surabaya

 
Urusan pembelian tiket berlaku beberapa bulan sebelum tarikh kejadian. Asalnya gua, migha dan pit bercadang untuk pergi bercuti sekali. Mungkin Tuhan tidak suka melihat gua menjadi pasu bunga, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan pit tidak dapat turut serta dalam percutian ini. Sudahnya, gua dan migha sajalah yang pergi. Hati memang rasa tak sedap. Pertama kali nak pergi jauh-jauh berdua dan dua-dua perempuan. Lawa pulak tu. Memang patut pun gua berasa takut-takut. Tapi setelah dibulatkan hati, phewww~~ terbanglah kami. Dalam hal ini, gua merasakan gua sebagai Nia Ramadhani (Bawang Merah) dalam sinetron apabila berbahasa Indonesia.
 
Setibanya di Airport Juanda, kami terus mengikut brader Indon yang mahu pulang ke kampung halaman. Sempat berkenalan di dalam kapo terbang. Bukan ikut buta-buta je. Brader tu tunjuk mana bus Damri (Angkutan Khusus Bandara Juanda). Kira nak bawak dari airport ke bus station la. Melalui survey yang dibuat sebelum sampai, memang tahu kena amik Damri, tapi nasib baik brader tu kasi tunjuk jalan sebab tempat nak mengambil basnya agak jauh dari pintu keluar airport. Dan sepanjang perjalanan kami dihujani oleh pembawa taksi dan pengangkutan awam yang lain. Ada juga agen-agen travel yang cuba-cuba menghampiri kami untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan. Tapi kami tolak dengan sopan-santun dan berhemah.
 
Dari Juanda ke stesen bas Bungrasih dan dari Bungrasih kami bersolat dan terus menuju ke Probolinggo menaiki bas bernama Patas Jatim. Sebelum bas bergerak, akan ada pelbagai jenis manusia yang datang untuk menjual barang-barang, termasuklah buku kanak-kanak yang berjudul "Mari Membaca A - M". Gua punya gelak memang tak hingat.  Buku macam itu pun ada ke? Bila pulak budak-budak nak kenal hurup T?
 
Perjalanan lebih kurang 3 jam dipandu oleh drebar bas yang berhati kering. Tiba dekat Probolinggo, kami diturunkan di sebuah Tourist Information Centre bertajuk Mahkota. Disitu kami diperkenalkan dengan satu kutu travel bernama Anton. Nama macam Columbia tapi muka jawa habis. Kami kabo ke Anton cuma mahu ke Bromo kerana takut tak cukup hari memandangkan kami cuma ada 3 hari saja lagi. Anton cakap 200% sempat kalu nak pegi ke Kawah Ijen. Lagipun Kawah Ijen viewnya lagi superb. Oleh kerana mudah termakan pujukan, kami pun memutuskan untuk ikut saja trip Anton. Lagipun tidak ada jadual khusus untuk kami  dan percutian beginilah yang bakal memberi kenangan yang terindah. Lagipun Anton offer good price sebab biasanya kalau ikut review yang dibuat melalui blog-blog travel dan log perjalanan orang lain, kalo ikut pakej (breakfast, hotel, transpot, entrance fee Bromo/Ijen, Kamera) mau dekat Rp. sejuta jgk (dijemput terus dari Juanda). Tapi kami dapat rega Rp. 500k. Kira ok lah sebab naik Damri dan Probolinggo tadi cuma Rp. 15k + Rp. 23k. So, save banyak ye kalo DIY berbanding melalui agen. Disitu, kami berkenalan dengan pelancong dari U.K, Japan dan Brazil. So, 5 orang kami dengan satu van menuju ke kaki gunung Bromo (nama tempat pun aku dah lupa). Perjalanan sejam memang tak terasa sebab view sepanjang-panjangnya amatlah......SubhanAllah. Cantik tak terungkap dengan kata-kata. Kitorang dibawa menginap di Yoschi's Hotel. Couple dari Jepun dan Brazil tadi duduk kat hotel lain. Yang penting tak best. Malam tu gua dan migha jadi penyanyi utama memandangkan live band yang di war-war kan oleh mereka kensel sebab sekor kutu dari band tersebut tak datang pun. Memang enjoy habis.
 

 view dari dalam van
 
rumah-rumah penduduk tempatan

Mmmmmuuaahhh....dari kami di Yoschi's Hotel
 
Konsert
*gambar sengaja diblurkan
 
Last-last ramai pulak yang join kitorang menyanyi
 
Keesokan paginya yang betul-betul pagi punya, kitorang dikejutkan seawal jam 3 pagi sebabnya nak melayan sunrise. Dari hotel naik Jeep ke atas sikit dan menapak ala-ala kadar untuk cari port yang best. Kali ni kami dikejutkan secara bertubi-tubi oleh alam semulajadi. Sunrise terbaik. Gua sampai tak henti-henti dan gila nak amik gambo dekat setiap sudut dan ruang yang ada. Orang pun memang ramai. Suhu memang tak payah nak kabo la. Sejuk giler kot. kalu rasa malas, boleh la naik kuda sampai atas.
 
Macam laut pulak gua tengok

The sunrise
 
Peace!
 
Lupa gua nak kabo, sebenarnya tempat layan sunrise adalah di Penanjakan (puncak bersebelahan dengan Gunung Bromo). Jadi, kami masih lagi di Penanjakan. Lepas dari Penanjakan terus ke Gunung Bromo. Yang nampak berkawah tu adalah Bromo dan yang tinggi tu Gunung Semeru. Gunung tertinggi di Jawa Timur.
 
Group photo
 
Lagi view superb
 
Gunung Bromo
 
Kasi view dekat sikit
 
Memang ramai gila orang
 
Siap-siap turun dari puncak Bromo (sengaja tak ikut tangga sebab ikut idea bengong mamat keturunan Pakistan bernama Hamza dan menetap di United Kingdom sejak umur 2 tahun. Dia ajak kitorang sliding turun ikut tibunan pasir sulfur. Gua dan beria nak turun, tapi migha pulak macam teragak-agak. Akhirnya kitorang pun sebulat suara........phewwww~~ sliding tanpa perlu ikut laluan bertangga yang tengah jammed dengan ratusan manusia.
 
Sampai dekat hotel, mandi-mandi dan makan tengahari. Meneruskan perjalanan ke Probolinggo semula dan terus ke Kawah Ijen. Kali ini member dari Jepun dan Brazil masih mahu lepak satu malam di Bromo.
 
Ok. Bos gua dah balik. Gua sambung dalam Part 2 karang. Hehehe.....

Monday, January 30, 2012

update baru

Ok...begini..tujuan gua update belog ni bukan la nak menyambung report tertunggak nu...tapi semata-mata nak buat pengumuman bahawa ada 2 trip bakal dijalankan tak lama lagi iaitu cuti taipusam. Jadi adalah elok kiranya gua story sikit2 masa pemergian dan tarikh kot la ada kutu yang nak mengikut..

Trip 1: Yong yap-bubu-tok nenet
Tarikh : 4-7 feb 2012 (malam jumaat gerak ke kg. Raja, selasa turun)
Harga : 170 (correct me if I'm wrong)


Trip 2: tok nenet sahaja
Tarikh: 5-7 feb 2012 (sabtu malam cargas ke kg.raja, selasa turun)
Harga : 140 (lebih kurang la)

Pengangkutan carpool style..byr ikut keta yang dinaiki.


Ok..tu saja...

Gua join trip 2!

Thursday, January 05, 2012

Selamat 2012

Rasanya lepas trip ke Sabah hari tu, masing-masing mula sibuk dengan hal masing-masing sehingga ada yang merasakan lama betul bebudak t-recs ni tak berkumpul sekali, packing-packing barang dan berambus meninggalkan hutan batu yang tak pernah tidur dan bergerak menuju hutan yang sebenar-benar hutan. Sebenarnya bukan tiada aktiviti langsung dikalangan ahli t-recs, cuma mungkin terasa jauh daripada yang lain (faktor rumah yang terletak luar daripada skala daerah serdang dan seangkatan atau sudah berkeluarga atau sudah bosan dengan busuk dan peluh dan mula menumpukan kepada hal-hal grooming atau sibuk dengan pekerjaan dan study atau …)

Jadi, bagi membuktikan yang t-recs ni masih lagi wujud dan masih ada lagi yang sibuk request masuk hutan, kami telah berjaya mendaki satu lagi gunung berketinggian lebih 7000 kaki (G7) iaitu Yong Belar. Jadi sebagai pekerja pejabat kerajaan yang rileks pada akhir-akhir tahun, dengan sukarelanya gua set up trip yang telah disertai oleh ahli t-recs dan bukan t-recs Pitz, Koroi, Babas, Chip, Mira, Nini, Elfi, Apis, Ika, Bun dan Daus (Guide).

Malam Jumaat lepas, bergeraklah kami di tapak perkumpulan antara bebudak t-recs dan bukan t-recs di KL Sentral dan menghala ke arah utara. Selepas makan malam di area Gombak, perjalanan diteruskan menuju ke masjid Kg. Raja, Cameron. Lebih kurang pukul 5 pagi kot kitorang sampai.


Cadangan untuk pekena serapan pagi tidak tertunai oleh kerana abam guide kata masa dah suntuk. Setelah siap-siap masak untuk lunch pack di masjid Kg. Raja, kami semua bergegas ke Blue Valley Dam dengan excited dan lapar. Lunch pack tadi tak semena-mena menjadi sarapan pagi. Lebih kurang 930 pagi perjalanan menaiki tangga tonggek dimulakan. Perghhhhhh…boleh terkeluar isi perut. Kali pertama gua ke Yong Belar hari tu dia punya jahanam tak terasa sangat. Maklumlah, hijau lagi gua masa tu.

Selepas melalui tangga tonggek, kami perlu pulak melalui batang paip. Oleh kerana musim tak berapa kering, berbecak dan selut maka … “everyday I’m shuffling” la kami atas batang paip tersebut. Dan perjalanan melalui batang paip adalah 2 jam!! Grrr……

Jalan punya jalan punya jalan kami berhenti makan tengahari di kem tudung periuk lebih kurang pukul 2.30 petang. Oleh kerana lunch pack tadi dah dijadikan sarapan, maka megi kari bertelur adalah lunch kami pada tengahari yang sejuk itu. Dalam hati gua, “aishhh…petang karang mesti lapar gila ni…” lalu hujan pun turun mencurah-curah. Setelah melakukan sedikit perbincangan bersama ahli kumpulan, kami memutuskan untuk trekking terus naik ke puncak dan Daus, Apis, Elfi gerak dulu untuk cop tempat di puncak oleh kerana ada 2 lagi group yang sedang ghairah menuju puncak jua.


Line up



Report ni gua sambung karang ye…

Monday, December 26, 2011

Terlalu lama...

1. Terlalu lama blog ini sunyi sepi.

2. Mungkin zaman berubah dan teknologi blog ni sudah dimakan zaman.

3. Masa untuk berubah ke medium lain barangkali.

4. Mungkin juga ahli-ahli T-recs ini sudah semakin jauh dari segi fizikal ataupun emosi.

5. Masa untuk berjumpa, membuat aktiviti besar-besaran barangkali.

6. Mungkin masing-masing sibuk dengan aktiviti hidup sendiri. Masing-masing sudah bekerja, mempunyai keluarga dan mempunyai komitmen terhadap perkara lain.

7. Masa untuk mencari masa terluang ataupun cuti barangkali.

8. Mungkin juga ahli-ahli T-Recs ini sudah jemu dan bosan dengan sesama sendiri. Perlukan angin baru, wajah baru, nafas baru, jiwa baru.

9. Asyik dengan muka yang sama setelah 10 tahun memenatkan barangkali. Meletihkan, menjerihkan.

10. Entahlah, mungkin T-Recs ini sudah tidak punya apa lagi untuk disandarkan.

11. Mungkin T-Recs ini tidak dapat merealisasikan impian dan matlamat ahlinya. Maka alat yang baharu perlu dicari untuk melepaskan impian dan matlamat tersebut.

12. Atau.

13. Impian dan matlamat ahlinya sudahpun tercapai dan T-Recs ini sudah pun tidak relevan lagi.

14. Kepada siapa harus disampaikan T-Recs ini ataupun biar ia berkubur sahaja di sini.

15. Mungkin juga.

Wednesday, September 21, 2011

Berminat?

Baru-baru ini gua ada mendapat satu pesanan ringkas daripada satu kutu yang mengajak pergi menjalankan aktiviti mendaki gunung korbu-gayong-yong belar. tarikhnya adalah hujung-hujung bulan sepuluh. oleh sebab gua seorang yang sporting dan tak banyak cekadak, walaupun bertiga orang, trip ini akan tetap kitorang jalankan. jadi gua nak alu-alu kan kot-kot ada yang teringin nak mengorbu, menggayong atau menyong belar. sila kontek gua melalui fesbuk (office hour sahaja). atau tinggalkan pesanan di ruang komen.

Monday, September 19, 2011

Penerokaan Gunung Batu Bujang

Kali ini seramai 4 bebudak T-recs telah membuat keputusan untuk menyertai satu trip mendaki gunung yang di go-go kan oleh satu brader Jiwa Kacau (JK) yang bernama Nabil dan berwajah Chef Wan. Gunung kali ini adalah Gunung Batu Bujang (adik beradik dengan Batu Putih) dan group kami adalah group kedua yang masuk secara rasmi (sebelum ni orang asli punya kawasan mencari hasil hutan). Pemergian kami kali ini adalah atas desakan kehendak jiwa yang meronta-ronta untuk pergi mendaki tapi sayangnya hanya kami berempat sahaja yang beria-ia sedangkan ahli T-recs yang lain memilih untuk menikmati panggung sabtu dekat rumah pada minggu tersebut. Trip telah disertai oleh gua (selaku orang tengah T-recs dan JK), pit (selaku driver dan sweeper), fida (selaku awek guide orang asli), dan sharip (peserta injured). Selain itu, kami turut berkenalan dengan beberapa kutu daripada geng-geng lain iaitu Yaya, Hanim, Kak Mas, Bond, Bun, Daus Chika, Zul Tegap, Ngai dan pakcik shah (abang kepada ngai a.k.a bekas 3rd collegian ‘77-81. Gila excited dapat jumpa super-duper senior).

Perjalanan bermula pada hari Khamis malam cuti hari Malaysia dan berkumpul di R&R (err…gua lupa la), dan menuju ke exit Tapah. Tiba di Tapah lebih kurang pukul 4, kami berkumpul di masjid daerah Tapah untuk sesi tidur beramai-ramai dalam kereta dan kemudian sarapan pagi di kedai kopi berdekatan. Untuk cerita selanjutnya, gua buat dalam format laporan polis supaya tak perlu la gua karang dan korang tak perlu la baca panjang-panjang sampai nak termuntah.

9:00 pagi Bergegas ke Kampung Kuala Bot yang terletak lebih kurang 25 KM dari simpang masuk jalan lama Tapah-Cameron Highland (Exit tol Tapah, tembak kiri)

10:30 pagi sampai di perkampungan orang asli, kami disambut baik oleh orang asli dan terus packing-packing barang.

12:00 tghri start perjalanan menuju ke campsite. Melalui empangan, titian rapuh, denai, sungai, lereng bukit, gua, jalan hutan yang penuh onak dan duri. Selepas beberapa jam berjalan, hujan mula turun dengan lebat sehingga menyebabkan jalan licin dan pergerakan menjadi perlahan. Yang paling tak boleh tahan adalaha terpaksa melalui lereng bukit yang sebelahnya adalah gaung dalam tak terperi (boleh bikin perut kecut beb!)

7:00 malam Tiba di campsite (bukan campsite target, tetapi dekat dengan punca air. Campsite sebenar adalah sebuah Gua apa ke nama entah) dan siap-siap untuk mandi. Ada group yang dah sampai lebih awal dan ada yang sampai lambat (kih..kih..kih..teka la siapa punya group yang lambat tu…)

9:30 malam makan dan terus tidur ditemani agas

11:00 pagi Keesokkan hari, bermula perjalanan selepas makan dan mengutuk sesame sendiri dan menuju ke puncak. Lebih kurang 1 jam berjalan, terjumpa Gua yang sepatutnya jadi campsite. Lepak lagi dekat situ, gelak-gelak, kutuk-kutuk, jalan……

11:30 pagi berhenti di satu simpang Bukit Batu yang ada view tahap Salem Cool Planet. Peh…superb. Nanti boleh tengok dekat Kamera teknologi canggih Sharip.

5:30 petang Tiba di puncak. Alhamdulillah..dapat tengok view keliling yang penuh dengan gunung-gunung. Batu Putih, V2, bla-bla.. Tiba di puncak hujan turun dengan lebatnya.

8:00 malam Masak-masak, makan-makan, sembang-sembang, kutuk-kutuk, gelak-gelak.

11:00 malam Tido…

6:00 pagi Di kejutkan dengan suara orang asli yang menyuruh bangun pagi dan menggosok gigi. Awal gila gua bangun sebab kesejukan yang teramat. Kena sejuk atas gunung woi. Syok gila rasa. Tak teringin ke? Sejuk…bungkus badan dalam sleeping beg…perghhhhhhh…

11:20 pagi Trekking turun melalui jalan yang lain (jalan baru sondol). Perjalanan yang penuh dengan penyiksaan batin dan fizikal.

7:00 malam Tiba semula di tempat berkumpul dan disambut oleh anjing-anjing peliharaan tok batin.

9:00 malam Kemas-kemas dan bergerak menuju ke medan selera.

11:00 malam Salam-salam dan bersurai.

Friday, July 01, 2011

T-Recs Bercuti ke Sabah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, setelah setahun merancang yang berpunca dari Koko yang nampak iklan murah Air Asia, maka selesailah satu trip bercuti T-Recs ke Sabah.

2. Nak cerita satu persatu memang payah, sebab byk sgt. So, ape yang boleh dibuat kat log kali ni adalah semampu mungkin si penulis.

3. Terima kasih tak terhingga kepada yang join trip ni; Koroi, Pijot, Serabut aka B, Babas, Jo, Pia, Ct, Pit, Cipan, Koko, Fara, Raha, Azim & Alya. Terima kasih gak kepada geng-geng transporter; Jabir, Ayu, Nadia, Haziq & Pusi. Terima kasih lagi buat Rahim & Fiza sebab melayan kami sepanjang kami di Semporna/Tawau. Terima kasih kat Budung sebab bagi buah salak. (kat umah koroi, tapi rasa dah abis dah)

4. Baiklah laporan adalah seperti berikut:

22.06.11
2000
1. Semua selamat sampai di LCCT dengan kaedah masing-masing. Raha ngan Azim dah selamat ada kat KK sebab flight awal. Masa ni lepak kat McD sambil pening-pening kepala nak bagi boarding pass cemaner.

2125
2. Semua dah ready nak nek kapal terbang. Tapi ada 2 org gadis lambat. Bermulalah di sini kisah malang cik Pia. Boarding Pass awal2 dah ilang. Kelam-kabut, kelam-kabut, rupanya tertinggal kat toilet, nasib baik sempat diselamatkan.

23.06.11
1200
3. Flight lebih kurang 2 jam. Takat ni masalah takde lagi. Amek keta sewa ngan Brader Man, dapat Waja, Exora, ngan Avanza Putih. Brader Man ni ok gak keta de, senang bawak bincang dan harga untuk 2 hari sewa adalah RM1060.



3a. Target 1st nak pergi adalah Simpang Mengayau, Kudat. Tapi kene singgah kedai makan dulu, lapar.

4. Brader Man ni siap bgtau lagi, waktu cenggini nak ke Kudat tu cam bahaya. Ada org tahan keta, ada org letak papan tetengah jalan, kerbau lepak tetengah jalan & memacam lagi ar.

4a. Semua masuk keta, bergerak ler ke tempat makan. Baru masuk round-about yang pertama yang huru-hara. Exora ke sana, Avanza ke sini. Semua tah ke mana-mana tah pergi. Kang ade yang marah tak bagi signal ni kang. Hehe...

0100
5. Lepak kat kedai Rahayu cafe, makan. Aku ngan Babas bergerak ke Promenade Hotel nak antar keta Waja kat Raha ngan Azim. Derang tak folo gi Kudat. Anak kecik tak elok travel memalam. Sampai, sampai naik bilik pergh...


6. Bukan main besar lagi biliknyer. Biasalah, boss-boss, hehehe... Setelah berbincang sambil bergelak ketawa, maka meet-up point pun telah di setkan di Tuaran.

7. Patah balik Rahayu Cafe tu, makan dengan pantas... bersiap untuk ke Tip of Borneo~!

8. Tapi singgah kedai ala-ala 7E (orange kot namanyer) sampai mencuci mata dengan 'awek-awek' bersuara garau.

0230
9. Menuju ke Tip of Borneo~!

10. Keta Avanza yang dipandu Serabut lead the way. (nota tambahan: Istimewanya pemanduan Serabut ni, walaupun langgar lubang, tak bagi signal, berpusing2, terlepas simpang, tetap takde sape komplen. Kalau orang lain bawak...) Di ikuti oleh Exora yang dipandu oleh Koroi. Dengar cerita 2 jam leh sampai.

0430
11. Setelah 2 jam yang dikatakan boleh sampai, kami masih berpusing2 kat kampung mane tah area Kota Belud. Jalan kecik, kiri kanan umah orang.

11a. Aku ngan Koroi dengan konfiden menyatakan mmg macam ni jalan besar de. Serabut yang lead the way dah pening. Memang takde signboard pun nak ke Kudat ni.

12. Exora lak lead the way dengan menggunakan GPS. Dengan bantuan teknologi, barulah jalan sebenar dapat dikenal pasti. Menurut mesin, masih ada 2 jam lagi perjalanan. Pergh~!

12a. Time ni la baru perasan, patah balik rupanya. Boleh tahan jauh gak patah balik rupanya. Jalan pun semakin membesar dan mengkonfidenkan.

0530
13. Akhirnya sampai ke daerah Kudat. Jalan nak ke sini pun boleh tahan gak. Berlubang, kejap bertar, kejap batu kerikir, jalan mendap, roboh dan sebagainya. Boleh tahan Camel Trophy kejap ar.

14. Sembang punya sembang ngan Koroi, tetiba nampak sign board Simpang Mengayau. Eh, terlepas simpang. Koroi punya kelam-kabut nak pusing masuk simpang gereja sambil terlupa yang de bawak kereta manual. Macam-macam mende nak wat satu masa. Nasib tak terjun parit jer.

0610
15. Akhirnya sampai juga lah ke tempat yang dikenali sebagai Tip of Borneo.


16. Tempat best gak lar. Ngan angin yang tak berapa nak berbahasa sangat. Ct boleh rasa cam nak terbang.

17. Setelah bergambar, lepak, ambik angin, main hanyut-hanyut selipar, maka perjalanan disambung kembali. Ke mana?



18. Mesti makan punya~!

0730
19. Bertukar driver, maka perjalanan diteruskan menuju ke Kundasang.

20. Sepanjang perjalanan, penulis mengalami black-out sehingga ke Kota Marudu.

0830
21. Tetiba je sampai kat Kota Marudu. Macam mana sampai? Haa... itu kita tak tau.

22. Kat Kota Marudu ni, matlamat de satu je. Makan. Sampai kat kedai hape name ntah. Kami pun sarapan, sarapan berat.

0930
23. Perjalanan disambung semula. Di tengah perjalanan, Koroi ternampak jagung bakar yang memang betul2 kena bakar. Singgah jap. Makan lagi.


1100
24. Berjumpa ngan Raha & Azim kat Tuaran. Bulatan Benguris kot nama de. Sebelum tu boleh sesat lagi, boleh termasuk lak pekan Tuaran tu. Oleh sebab team Exora sesat, Avanza kembali take over (bukan take away ye Pit) lead the way.

25. Lepak2 tepi jalan, salam-salam, buat lawak seketul dua, perjalanan diteruskan ke Kundasang.

26. Sekali lagi penulis mengalami black-out.

xxxx
27. Dengan waktu yang gagal dikenalpasti oleh penulis, kami pun selamat sampai di J Residence. Yang agak menarik kat J Residence ni ada 3 perkara.

a. View yang sangat menarik
b. Tandas yang boleh menyebabkan anda tersipu-sipu.
c. Jalan turun yang sangat curam.


28. Semua pakat-pakat berehat. Raha dengan penuh yakin dan pasti mencanangkan bahawa semua wajib berkumpul jam 3.30 utk sesi lawatan yang seterusnya.

1530
29. Raha masih belum bersiap.

30. Terdapat segerombolan manusia yang ingin mengutarakan hal ini ke dalam post mortem. hehehe

1600
31. Perjalanan diteruskan ke Poring.

32. Di poring, sampai pun agak lewat. Yang ada cuma ke kolam air panas sahaja. Yang lain-lain tak dapat nak pergi. Dah lewat.


32a. Kat sini la Babas dengan lagaknya menyatakan de sedang menghafal trek naik Kinabalu. Tapi sebenarnya trek dalam area Poring tu jer. Rujuk disini

33b. Amek2 gambar, main rendam-rendam kaki dalam air panas sampai kaki bengkak. (Mmg panas betul)

33. Perjalanan di teruskan dengan mencari makanan.

1900
34. Rasa-rasanya makan kat Ranau. Area The Store tu. Makan de agak ok gak ar, tapi harga cam mahal sket.

2000
35. Selamat sampai kembali ke J Residence. Masa ni ada yang terus tido, ade yang layan dvd, ada yang main kad sampai kul 0200. Esok nak gerak pukul 0700 ni.

24.06.10
0700
36. Penulis masih tido.

0800
37. Semua bersiap sedia utk meneruskan perjalanan. Destinasi pertama: mana eh? lupa da...

38. Haa... gi Mesilau dulu. Masa ni skil pemanduan masing-masing tercabar dengan kereta yang agak-agak semput nak naik jalan berbukit-bukit. Time ni terbukti Exora gear 2 tak larat nak memanjat bukit. Memang kena drop gear 1.

0915
39. Selamat sampai di Mesilau Nature Park.


40. Tak buat banyak benda pun kat sini. Amek2 gambar, lepak-lepak layan sejuk. Mesilau ni adalah tempat permulaan trekking naik Kinabalu.

40a. Perjalanan diteruskan menuju ke Desa Dairy Farm.

1010
41. Desa Dairy Farm. Kalau dulu makan strawberi di ladang strawberi, sudah. Minum teh di ladang teh, sudah. Makan kambing di ladang kambing, pun sudah. Sekarang, minum susu di ladang lembu~!


42. Air kotak susu coklat saiz kecil dijual dengan harga rm3.70. Yang besar tah brapa tah harga. Menurut Koroi, "takde beza rasa pun ngan susu kat 7e". Tapi sentimennya yang diambil kira.

43. Amek2 gambar, berlakon jadi lembu, berlakon sampai ke puncak gunung, perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir kami di Kundasang. Iaitu, Kinabalu Park.

44. Tapi kalau perasan la ape yang aku tulis, sepanjang pagi ni.... belum sarapan lagi tuh... pergh, lapar lak ai.

45. Maka Pijot telah membawa kami makan kepak ayam yang sedap~! Sedap sebab memang sedap ke ataupun sebab lapar itu aku tak tau... tapi semua habis sehingga menjilat seat kereta.


46. Pas beli ni, singgah jap kat pasar. Tah beli ape tah bebudak ni. Warga kereta Exora tidak memperdulikan pasar tersebut sebab sedang mengadap kepak ayam.

1230
47. Kinabalu Park. Kat sini masa nak parking boleh ade lak keta Avanza (bukan geng kami) buat terhegeh2 badul. Menguji kesabaran masing2 yang masih kelaparan kepak ayam.

48. Macam biasa, aktiviti di sana tidak lain dan tidak bukan adalah berposing untuk bergambar. Macam dekaaaaaat jer nampak puncak Kinabalu tu. Hnss, hnss... semua macam bersemangat nak memanjat Kinabalu.



49. Perjalanan diteruskan menuju ke KK. Selamat tinggal Kundasang yang best.

1400
50. Ketibaan kami di KK disambut dengan jem yang teruk. Tiba-tiba rasa cam nak lepak jer lagi kat Kundasang yang sejuk.

1530
51. Aku, pijot ngan babas di check in kat Stay Inn Hotel. Rupa-rupanya hotel ni adalah tempat yang sama kami dok usha 'awek bersuara garau' tu pada entri #8. Hohoho.

51a. Tempat ni ok, tapi aircond bilik aku cam hidup tanak, mati segan. tak brapa nak puas ati sgt. Pas check in, gi makan~!

52. Makan tengahari kat restoran betul-betul berhadapan ngan Centrepoint. Pergh... kat sini si Fara ngan Pit terkene siot~!

53. Mee bandung Fara rasa cam sup tomato yang ada kulit telur yang sgt banyak. Telur dadar pit lak diletak atas pinggan bekas nasi goreng org lain. Pergh...

1730
54. Pas abis makan, balik bilik, letak-letak barang, terus bersiap menuju ke Centrepoint.

55. Kat Centrepoint ni terus jer carik kedai outdoor. da satu jer kat tingkat 2. Nama kedai Outdoor Gear. Harga barang leh tahan murah, tapi choice tak brapa banyak. Ada brand2 cam Mammut, TNF, Arcteryx tapi keoriginalan de tak dapat dipastikan. leh katakan underlicensed from China.

56. Perjalanan diteruskan ke Pasar Filipina.

57. Yang mana takde nak carik barang tu ade la lepak kat tepi tgk jalanraya. yang mana nak beli gelang, ikan masin ape semua tu menjalankan aktiviti shopping.

58. Kat sini la Cik Pia hampir ditipu oleh seorang lelaki yang menjual iphone China dengan harga rm2000.

59. Ade sorang laki cuit Pia tunjuk iphone China, "mau belikah?" Pia kata "brapa?" De jawab, "2000", Pia jawab balik "tanaklah, mahal!" Lelaki tu cakap, "guna phone ape, leh trade in bayar rm500 jer" Pia kata "ok"

60. Masa ni Ct nampak, Ct suruh Jo folo, Jo nampak, Jo suruh Koko folo, Koko nampak, Koko suruh Cipan folo. Cipan pun folo ala-ala James Bond lintas jalan. Cipan pun melaporkan situasi tersebut.

61. Nasib baik dapat ditahan daripada berlakunya transaksi tersebut. Mamat yang jual iphone tu siap ugut aku lagi. "Nanti kau taulah nasib kau" De ingat de sorang jer tahu.

62. Setelah selesai insiden tersebut, kami pun gi makan kat belakang pasar filipina tu. Sesi makan seafood yang pertama. Makan kat gerai yang 1st sebelahan dengan gerai ABC sedap. Bambar bawah ni sekadar hiasan. Tak makan kot, sekor RM200.


63. Menu: Ikan Belais sekor bakar, Pari sekor potong 2 bakar, sotong bakar, udang bakar. Yang menarik kat sini adalah ikan Belais bakar. Sedap woo... tapi Pit kata tak sedap. Total makan sorang RM10, sape yang amek udang kena topap RM10 lagi.

64. Selesai makan, Raha and family retire to their room. Yang bujang-bujang ni meneruskan perjalanan kat pasar malam 1st. kat sini jenjalan tanpa arah tujuan. pastu sambung lak berjalan kat pasar malam ke 2. still berjalan tanpa arah tujuan.

65. Pas dari pasar malam kedua, ada yang balik bilik, aku, koroi, serabut, babas, jo, pit, pijot ngan ct lepak Islamic Cafe. Kedai mamak jer sebenarnye. tapi ade gak yang berbelit lidah nak sebut.

66. Lepak, gelak-gelak sambil minum teh tarik kat sini.

2330
67. Setel kat sini, ade yang bagi idea nak pegi Jessleton ke hape tah namanyer. lepak kat jeti amek gambar.



68. Yang join, aku, wan hudi, jo, babas, koko, pijot, ct, fara (tapi de tido jer), & pia. Lepak-lepak kat sini layan ape tah aku pun tak tau. Dalam sejam je kot, pastu balik.




69. On the way balik, awek-awek bersuara garau dah mula beroperasi. Hantar bebudak ni balik, aku, koko & babas keluar balik.

70. Bukan cari awek bersuara garau tersebut, tapi gi carik Kedai outdoor yang diceritakan oleh Wan Hudi. Babas dapat maklumat dari pekerja Orange tu yang Tech City Trading tu bukak kul 0700.

71. Pastu kami gi lepak McD.

72. Kat sini ar nampak ade mamat bawak keta silvia mabuk. takleh nak masuk keta, last-last de baring jer atas keta de.

73. Balik bilik, panas. pindah dok bilik satu lagi. tido. Esok janji gerak kul 0930 menuju ke airport.

25.06.11
0630
74. Aku bangun terkejut dengan suara yang sumbang. Periksa-periksa, rupa-rupanya si serabut tgh gelak-gelak tgk msg. De ni subscribe magnum 4D per? tgk henset gelak2. Nombor naik kot.

75. Tanpa melengahkan masa, aku bgn dengan pantas, kembali ke bilik asal aku dan kejutkan semua org.

0730
76. Aku, babas, jo, wan hudi, koroi & pit bersiap awal untuk ke kedai outdoor yang katanya bukak kul 0700 tu. Sebelum bergerak kena makan dlu.

76a. Masa ini ada 2 org telah menghilangkan diri. Haa... gi mana tah. Alih-alih muncul dari celah-celah bangunan.

77. Sarapan dulu kat bawah Stay Inn tu je. pastu baru pegi ke kedai outdoor tu. Sampai2 tutup. Ek eleh...

78. Berpusing lak menuju ke Plaza Wawasan, pun tutup gak. Dengan rasa kecewa pusing dan kembali ke kedai sarapan tadi utk pick up insan2 yang baru bersiap.

0930
79. Semua siap, sudah bersarapan dan menuju ke airport. Janji ngan Brader Man sewa kewa tu nak pulang kul 1030.

80. Dengan rasa tidak berpuas-hati, kami pegi gak kedai tadi dengan harapan bukak lah engkau wahai kedai outdoor.

81. Alhamdulillah, sampai-sampai tgk, kedai da bukak.

82. Dalam masa berbaki 15 minit utk shopping, maka semua menjadi tak tentu hala. Itu nak, ini nak...

82a. Kedai ni, Tech City Trading namanya memang banyak barang. Rambang mata semua org. Semua selesai shopping dalam masa 15 minit sahaja. Da macam rancangan tv yang amek2 barang kat supermarket tu.

83. Raha lak dengan merasakan dirinya dah pantas, membunyikkan hon keta bertalu. Tanda protes lambat semalam. Koroi ingatkan de nak aiskrim.

85. Kami pun meluncur pantas ke airport.

86. Berjaya sampai di airport dan kereta dipulangkan dalam tempoh masa yang dikehendaki.

1220
87. Flight menuju ke Tawau.

1300
88. Ketibaan kami di airport Tawau disambut oleh Rahim & Fiza. Kat sini disediakan kami sebuah van kapasiti 15 org. Kereta Rahim sendiri dan sebuah Hilux utk bwk bebrg.

88a.Kat sini kami berpisah ngan Babas. De akan join balik malam kang.

89. Terus menuju ke Semporna. Sempat gak ar aku bersembang ngan akak yang bawak van tu. Kak Kasmah namanya. sepanjang perjalanan ke Semporna, kiri-kanan jalan sawit jer semata.

90. Kat sini environment berubah daripada kat area KK. Kalau kat KK asyik nampak gereja jer, kat sini dah nampak masjid sana-sini. KK nampak maju dari area sini, biasalah, anak tempatan belum pegang ekonomi lagi.

1500
91. Sesampainya kami di Semporna, mesti gi makan dlu. Makan sambil tgk ulangan Maharaja Lawak Final.

92. Selesai makan, check in hotel. Kat sini, kami dok kat City Inn Hotel. Tempat ni agak best, pekerja pun friendly dan takde jauh sgt dari jeti. (tapi puas menapak gak la)

1630
93. Setelah rehat-rehat sket, masa utk meneruskan sesi lawatan. Matlamat seterusnya adalah Floating~!

94. Bila aku cakap Floating ni masing-masing ingat nak masuk air, wat water konfiden. Bukan.... Floating ni nama tempat kat area Dragon Inn. Cam struktur atas air. Tgk gambar la senang.



95. Kat sini ada satu tempat nak masuk kena bayar rm2. Tgk ikan kerapu besar org, tgk udang kara, ketam besar pinggan makan. dan macam biasa, amek2 gambar sampai kena halau.

96. Yang pompuan dan yang dah bekeluarga balik naik van. Yang jejaka-jejaka gagah balik jalan kaki.


97. Aku, koroi ngan wan hudi singgah kedai jap minum teh tarik. Dekat kedai Malaysia Seafood tu je tapi check in kat scuba junkie... hehehe


98. Meneruskan sesi menapak balik hotel.

2130
99. Masing-masing dah bersiap, lapar nak makan.

100. Masa ni cam da putus akal da nak makan kat ner. Kak Kamsah tu bukan tahu sangat area ni. Pusing punya pusing, last-last gi kedai yang aku minum teh tarik td.

101. Time ni order agak tak ingat. Menu: Ikan Kerapu merah 2 ekor masak 3 rasa. Ikan Kerapu biasa 2 ekor bakar berempah, Udang Rimau masak butter sekilo, Udang Rimau masak cili sekilo, Sotong bakar sekilo, pucuk manis masak bawang putih, ngan sayur pe tah satu lagi... Memang cara~! Pergh... aku tgh tulis ni pun rasa lapar balik... hehehe. Tengkiu kat Azim & Raha sebab sponsor hampir separuh harga makanan kat sini. last-last sorang kena RM15 jer.

2230
102. Setel makan balik bilik. Cam biasa yang dah berumur tu tido awal, yang muda cam aku ni main kad sampai kul 0100. dan Cam biasa, aku tak skali pun kocok kad malam tu. Hehehe...

0100
103. Tido. Esok kena ready kul 0630.

26.06.11
0630
104. Semua bgn on time. Semangat nak snorkeling. Time ni semua bilik check out, kecuali bilik Raha sebab nak simpan barang ngan nak mandi pas snorkel nanti.

105. Dah cukup semua lepak gi kedai mamak utk sarapan. Trip kali ni asyik makaaaaan jer kan. Tapi nasi lemak de cara beb. Boleh ade satu kedai mamak nama Bismillah mcm kat serdang tu. Tapi yang lepak semua omputih jer.

0830
106. Rahim ngan Fiza sampai lewat gak, ada hal katanya. Dalam kul 8.45 camtu, bot kami pun bergerak.

106. Servis snorkeling yang Rahim bawak namanya Blue Sea Diver yang dikendalikan oleh Mike namanya. Tapi yang bawak kami bukan Mike tapi anaknya nama Boboi ngan membernyer nama Ryan.

107. Pas ni aku rasa cam takyah tulis dah kot... biar gambar jer yang menceritakan semuanya~






108. Trip snorkel ni ada 4 check point semua.
a. Pulau timbal-timbal
b. Pantai Pulau Timbal-timbal
c. Pulau Bohey Dulang (makan tengahari kat sini)
d. Pulau Mantabuan

109. Tapi nak cerita gak yang si ct tu punya la selekeh time nak snorkel ni. Di salahkan goggle lak yang tak reti nak elok. Hehehe...

1430
110. Selamat sampai kembali di jeti Semporna.

111. Geng-geng lelaki balik jalan kaki mandi kat Masjid. kat sini terdapat satu view yang aku panggil, "the other side of Semporna"


112. Yang pompuan lak mandi kat bilik. Tapi mak aih... sikit punya lambat derang nak siap. Plan nak ke bandar Tawau lagi ni. Tapi masing-masing tak ready lagi.

1700
113. setelah hampir dua jam menunggu, barulah siap gadis-gadis itu.

113a. Kat sini aku ingat lagi aku cakap kat Jo masa kat lobi hotel. "cepat Jo, masuk dlm van dulu", Jo jawab "Eh, eh... Aku nak rehat kat sini dulu boleh tak?" sambil wat gaya malas2 de.

114. Perjalanan diteruskan ke Tawau, sebab ade nak beli ikan bilis.

1830
115. Sampai kat pasar besar Tawau semua da tutup. Nasib baik tingkat 2 masih ade sorang pakcik ni tgh bungkus2 gerai de. Setel beli semua, menuju utk trip menambahkan asid urik dalam badan. (makan seafood lagi daa)

116. Sampai gak la kat kedai famous yang bernama Abu Sayyaf ni. Tapi sampai2 nama kedai kat sign board de Restoran Sri Titingan. Salah kedai ke ni? Masing-masing dah konpius.

117. Nickname de jer Restoran Abu Sayyaf rupanya... apa sebab? ntah ler...

118. Menu: Sup Sirip Ikan Yu, Ikan Putih Stim Sekor, Ikan Putih Masak ape tah sekor, Udang goreng tepung, sotong goreng tepung, sayur ape tah masak sos tiram. Kat sini makan sorang RM20. Berbaloi-baloi...

1930
119. Perut dah kenyang, menuju ke airport la plak.

120. Kat airport lak, selesai check in, pusing-pusing carik t-shirt dan sebagainya. Kat sini gak Pia telah menjahanamkan dressing room kedai tu sampaikan raha tak dapat nak test baju yang kononnya masih bersaiz xl kanak-kanak.

121. Setelah diyakinkan oleh suaminya, barulah beliau beralah dan amek saiz s dewasa. hehehehe...

122. Tgh2 carik baju, tetiba muncul sorang lagi sahabat lama, Rudin Masgul aka Budung. Pergh... lama siot tak jumpa mamat ni.

123. Sembang-sembang, minum-minum sambil tunggu nak nek kapalterbang.

2135
124. Entri terakhir akhirnya. Kami pun naik kapal terbang menuju ke Semenanjung. Selamat tinggal Sabah~!

125. Kata dah entri last... ok,ok... lastly, tengkiu kat semua yang menjayakan trip ni. Tengkiu sebab bagi support and Alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar. Peach Yo~!!!

Sekian~! Segala salah dan silap sepanjang trip dan laporan ni, harap maafkan~!
Siempre Amigos~!


Duit Masuk:

RM400 x 15 = RM6000

Duit Keluar:

1. Sewa Kereta : RM 1060.00
2. Minyak Kereta : RM 347.00
3. J Residen : RM 560.00
4. Stay Inn : RM 346.00
5. City Inn : RM 402.80
6. TransTawau : RM 500.00
7. Snorkeling : RM 1500.00
8. Storage : RM 60.00
9. TransLCCT : RM 230.00
10. Gagal Dikesan : RM 54.20
11. Rencam : RM 190.00 (Pengurusan/pentadbiran dll)

Jumlah : RM 5250.00

Baki : RM 6000 - RM 5250 = RM 750

Pulangan setiap peserta : RM 750/15 = RM 50.00

**Sila SMS no akaun anda ke 017-6350860 ataupun tuntut secara personal wang anda. Sekiranya malas nak tuntut dan nak masukkan ke rencam pun boleh**