Sunday, September 26, 2010
Trip Lepas Gian: Yong Belar
Budget: < RM150
Sekadar cadangan aktiviti utk melepas kemaruk setelah sekian lame tidak beraktiviti.
Jemput memeriahkan majlis.
Sebarang penambahan dan penolakan idea minta diketengahkan..
Tuesday, August 17, 2010
Kawan- Kawan!!!!!!!!!!!
Tuesday, August 10, 2010
Trip Air Terjun Ogos 2010

Trip suka ria kali ini telah disertai seramai 10 org, antaranya:
1. Koroi (selaku pengarah)
2. Serabut (timbalan pengarah)
3. Pit (osmate koroi 1)
4. Shafiq-Q (osmate koroi 2)
5. Koko (Pelancong)
6. Pijot (Cik Chef)
7. Pda (Adun Margosa)
8. Sofia (Pelancong)
9. Safwan (Mat rempit)
10. Memey (Adun KTDI)
Trip ini telah berjaya berlansung sekitar 8 Ogos 2010 (AHAD) bersamaan dengan 26 Syaaban mengikut calendar Islam (bukan Muharam ye Serabut!).
8.00 pagi: Berkumpul di Bismillah utk sesi sarapan pagi.
9.00 pagi: Memulakan perjalanan ke Janda Baik. Pengangkutan ditaja oleh WSX dan WSE.
10.00 pagi: Tiba di Genting Sepah. Memulakan pencarian Lata Carok berpandukan juru arah Serabut. Melalui kawasan Elektrisolar dan perkampungan seperti Kg Ulu Sum Sum (Bukan Dim Sum). Pencarian menemui jalan buntu sehinggalah Encik Serabut bertanyakan arah Lata Carok kepada salah seorang penduduk kampung di situ (kondisi penduduk itu sgt mencurigakan sprti Mic tergantung di leher, menjinjing lighters dan dikelilingi barang-barang kitar semula). Dan sumber tersebut amat diragui. Akhirnye, tempat berjaya dijejaki setelah bertanya pada salah seorang empunye restoran di kg itu. (apa la serabut, tanye org 3 suku memang la salah jalan..hehe) Sewaktu tiba di suatu kawasan chalet, kedatangan kami disambut dengan seorang pakcik bergelar Pak Lang. Pak Lang menetapkan harga RM 30 per head utk bayaran ke Lata Caruk dan kata nye lagi harge bly dirunding. (‘’peh, 30 hengget baek aku g men air kat sunway lagoon!,’’detik hati kecil ku) Setelah berbincang, make nye harga minimum berjaya diperoleh (RM 15 per head).
11.30 pagi: Perjalanan dimulakan setelah sesi taklimat, peringatan, teguran dan nasihat oleh incik Guide (Pak Lang). Sepanjang perjalanan, trek kelihatan seperti jalan-jalan di kawasan taman. Terdapat rumah tinggalan yang pintu n tingkap nye terbuka sahaja (sudah mula merasekan anasir-anasir mistik). Setelah 15 minit, barulah melalui trek hutan bukit. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami tiba di Tingkat 5, Lata Carok. Kate Incik Guide lagi terdapat 7 Tingkat air terjun, tp tingkat 5 yang paling cantik air tejun nya.
12.00 tgh hr: Sesi pembakaran BBQ bermula setelah incik serabut melaungkan “OOOIH, SAPE NAK BAKAR AYAM NI OIHH….” (dengan intonasi tersendiri). Dan sesi memasak air dilaksanakan oleh Incik Koroi. Setelah selesai sesi makan-makan, aktiviti seterusnya ialah mandi sampai lebam, tiruk dan gelonsor. Bahan bukti adalah seperti berikut:

3.30 ptg: Setelah mengalami kekecutan yang amat sangat akibat air yang sejuk bak peti ais, baru lah kami mengatur langkah untuk pulang ke pangkal jalan. Sesi begambar sepanjang trekking. Antaranya melawati tempat bersejarah seperti:

4.30 ptg: Tiba di tempat parkir kereta dan sesi membersihkan diri di rumah Pak Lang.
5.00 ptg: Bergerak pulang ke Serdang. Singgah sebentar di Restoran Bubur (bukan Incik Bubur kepunyaan Yed ye) yang terletak berhadapan bangunan DBKL Kg Bharu (Bukan kanopi DBKL…hahaha). Terbaek Bubur ni, patut dikunjungi selalu.

7.30 magrib: Bergerak pulang ke Serdang.
8.30 mlm: Tiba di Serdang.
Sekian, terima kasih kepada semua yang menjayakan trip suka ria kali ini. Selamat berpuase!
Tuesday, August 03, 2010
Twin Peak, Fraser Hill, Raub, Pahang

Trip ke Twin Peak kali ni di sertai seramai 13 org peserta iaitu koroi, pit, sapuan, kejang, herman, imran, mursyid, muhsin, lydia, pjot, dea, LL dan tausar. Tentatif perjalanan adalah seperti di bwh:
Sabtu (31 Julai 2010)
Jam 2200: koroi mengambil sapuan, tausar, LL & dea di kolej
Jam 2215: makan ni Kedai Kak Yong Tomyam
Jam 2330: Lepak ni molana menunggu pit n pjot blk dr seremban (kenduri abib)
Ahad (1 Ogos 2010)
Jam 0005: bergerak ke Rawang untuk berjumpa kejang & kengkwn
Jam 0105: jumpa kejang & kengkwn di Restoran Ali Maju, Rawang
Jam 0120: menuju ke Empangan Kuala Kubu Bharu
Jam 0200: sampai di kwsn parking berdekatan dgn empangan--> rehat & tdo
Jam 0600: Bgn & get redi nk gerak ke Fraser Hill
Jam 0615: bertolak ke bukit fraser
Jam 0700: sampai di Fraser Hill
Jam 0730: lapor diri di Balai Polis Bukit Fraser
Jam 0750: bergerak ke starting point
Jam 0800: breakfast (sandwich+air kopi)
Jam 0850: get redi & warming up + simple brief oleh kejang
Jam 0905: Start trekking (trek sedikit basah pada ketika ini...)
Jam 1100 : tiba di last waterpoint
Jam 1130: smbg trekking utk ke puncak
Jam 1215: sampai di puncak
...............gambo2...rilek2..makan2...gelak2...
Jam 1400: start trekking turun
Jam 1630: selamat tiba di pintu hutan..
Jam 1730: bersih2kan diri & solat di surau fraser hill
Jam 1800: gambar2 kenangan
Jam 1815: turun dari fraser menuju ke Rawang utk makan2
Jam 2200: pulang ke tempat masing2...
Sekian saje laporan ini....
Friday, July 23, 2010
Psssttt....!mAi la sini, nK HabaQ sat......
Jom, mari kite bersama-sama memeriahkan nye lagi....
TRIP 1
Tempat: Twin Peak, Fraser Hill
Tarikh: 1 ogos 2010
pergerakan: 5.00 pg
TRIP 2
Tempat: Panti Arong, Johor
Tarikh: 8 Ogos 2010
Pergerakan: Sabtu mlm.....(7 Ogos 2010)
Jom..sape berminat contact Koroi (pengarah yg tengah gile nk berekreasi),xpun tgglkn nama...
Sekian
-yg menolong tulis-
p/s: trip yg ke Johor tu....mntk geng Johor redi tempat..hehehe
Tuesday, July 20, 2010
Gunung Angsi 2.0
Line up dari Johor Bahru : Jo, Ika (makwe yang koroi tengah adjust), Babas, Jas, Emi (kenal masa gua pergi meLedang ikut Jementah)
Laporan terperinci dari Serdang:
Jam 5.50 pg : menerima message dr serabut “Bangun!”, walopun hakikatnye ktorang da siap mandi2, wangi2, stretching2… (tidak seperti yang telah dirancangkan, pergerakan sepatutnya Jam 6.00 pg)
Jam 6.20 pg : ketibaan WSX dipandu oleh Koroi.
Jam 6.30 pg : ketibaan MBS dipandu oleh Koko. Gerakan ke Pilah bermula melalui jalan Lekas.
Jam 7.20 pg : tiba di pasar ampangan utk sesi membeli belah makanan pagi.
Jam 8.00 pg : bertolak ke Hutan Lipur Ulu Bendul
Jam 8.15 pg : Tiba di parkir kereta Hutan Lipur Ulu Bendul.
Laporan terperinci dari Johor Bahru:
jam 12.00 tengah malam: melepak dan boling sepam. sambil tunggu owner kereta berurusan.
jam 3.00 pagi : pikap jas dan emi (geng johorian. kihkihkih..) dan menuju ke senawang.
jam 5.30 pagi: tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul. tidur-tidur.
jam 8.30 pagi: berjumpa dengan geng dari serdang di tempat parkir kereta. melakukan urusan pendaftaran dekat ranjer.
jam 9.15 pagi :memulakan perjalanan ke puncak gunung angsi. perjalanan santai dan relaks.
jam 11.55 pagi: tiba di puncak gunung angsi. bergelak ketawa dan bersuka ria macam orang hilang akal.
jam 1.30 tengahari : memulakan perjalanan balik dengan diiringi hujan lebat tak berapa nak lebat.
jam 4.00 petang : tiba diranjer. mandi-manda dan bersiap-siap untuk pergi makan nasik arab.
jam 5.30 petang : tiba di gerai menjual nasik arab damsyik. sambil menunggu ketibaan pit dan rakan serumah dari serdang.
jam 6.30 petang : siap-siap makan dan bergerak pulak ke kedai oblong. berapa banyak makan daa...
jam 7.30 petang : bersalam-salaman dan menuju ke destinasi masing-masing.
notakakiberbulu: dengar cerita ada yang nak singgah kopitiam bangi balik tu? dasat betul selera budak-budak ni...
Saturday, July 17, 2010
Ade laGi!!!
Jom!Jom!
Koroi nk ajk g naik Angsi..marila..mari..mari....sape nk ikut roger la koroi (pengarah yg tukang arah..hihihi)
Butir-butiran seperti butir-butir kt bawah ni...:
Departure: Jam 0430 (Ahad, 19 Jul 2010)
Rugi wooo x ikut...nanti nk makan nasi arab wei....
Wednesday, July 14, 2010
--Gunung Datuk revisited--




Salam hormat....
trip ke datuk kali ni disertai oleh:
1. Koroi (selaku pengarah yg suke arah2 je...)
2. Pitz (co-pilot pengarah, tp asik tdo..hehe)
3. pda (Guide..hikhikhik)
4. pjot (mangsa yg kene tulis repot...waaa....)
pada mulanye ni je la yg pegi...tetapi kerana kerajinan 'pengarah' a.k.a koroi mencari lagi pengikut maka, peserta trip bertambah iaitu:
1. Kejang
2. Lyd
3. Rina
4. Pa'in
tentatif trip adalah seperti berikut:
0630: bertolak dari serdang
0650: masuk highway LEKAS
0710: berenti di R&R Beranang (ade emergency..kihkihkih)
0725: sampai di Ampangan (sarap & beli keperluan ke puncak)
0830: bergerak ke Gunung Datuk
0915: sampai di renjer
1030: ketibaan kejang dan keluarga
1100: start trekking
1130: sampai wakaf
1200: start trekking ke puncak
1245: sampai puncak....
*******lepak2...borak2...makan2...gambo2....usha2....jeling2...tenung2.....tdo2....**********
1500: start trekking turun...
1600: sampai renjer
kemudian, jam 1700 mula bergerak meninggalkan kaki gunung datuk menuju ke Senawang utk berjumpa dengan jo dan cikgu zulaika..makan ramai2 di restoran Nasi Arab Damsyik di Paroi...pulang ke tempat masing2
p/s:
k.lyd: saye amik gambo ye...heh
koroi: repot da siap...upah mane????
jo : sungguh terharu datang secara mengejut
yang len2: time kasih..........................................peace!!!
Monday, May 03, 2010
datok bersama amoi sexy
Minggu yang lepas-lepas, gua telah sangap gila mahu memanjat gunung. lagi pulak iri hati melihat trip-trip dari kengkawan di Serdang. oleh kerana tiada siapa mahu ikut atau sebenarnya masing-masing dah mula sibuk dengan agenda yang tersendiri, gua telah berkonteksi-konteksi dengan beberapa amoi sexy untuk menggunung. nasib baik amoi-amoi sexy takde masalah. setelah gua kontek sana-sini akhirnya gua berjaya kasi kumpul lebih kurang 10 orang dan kami bergerak dari JB pukul 2 pagi. pada pukul 5:40 pagi setelah pusing pokan tampin dan bukit tampin dan jumpa macam-macam sepanjang kesesatan sementara, akhirnya gua berjaya juga bertanya pada sarjan misai yang sedang bertugas lokasi sebenar gunung datok. rupanya selain dari gua, takde lagi antara diorang yang pernah ke sana. dalam keadaan yang pertama kali, interaksi kurang berkesan pada awal-awal, ada yang pening-pening, lapar, muntah-muntah, akhirnya sampai jugak kami ke puncak. sekian sahaja laporan gunung datok secara solo (ahli t-rec) daripada gua. oleh kerana pergi pun menumpang, gua tak dapat nak berjumpa dengan orang tua di Tampin. sorry haaa Pokcik.
notakakiberbulu: oklah. gambar tu gua gugel. hahaha..
Wednesday, April 21, 2010
Datuk
gua nak pergi datuk hujung minggu ni. ahad. sapa mau join, marilah. tunggu dekat kaki gunung ahad pagi. gua ada bawak amoi seksi sekali wo....
Wednesday, April 14, 2010
Persoalan Di Minda
Pda tulis kat Facebook nak g Chemerong 30 April tu jadik ke tidak?
Sape organizer?
Tuesday, April 13, 2010
Gerakan ke Lolo

Tarikh kejadian: 10-11 April 2010
Disertai oleh: koroi, pit, serabut, babas, pda
Gara-gara pening lalat akibat soalan exam yg menjangkau kotak pmikiran makanye trip kembali ke hutan diadakan yg betempat di Lolo. Berikut adalah butiran
lengkap laporan trip bekenaan:
Sabtu (10 April 2010)
11.00 mlm: makan nasi arab kat cyberjaya
Ahad (11 April 2010)
12.30 pg : beli ration kat pasar Equine
(karam tba2 cancel, g BTN Langkawi)
1.15 pg: tunggu babas amek kat rmh
sms dr babas "da nak gerak?"
aku pn mereply "kul 1.15 ko gerak dr rmh"
tunggu nye tunggu...mane ni, da 8 kali aku call
2.15 pg: hahaha...sia-sia aje babas kena maki ngan serabut dgn msg bebunyi ****
2.40 pg: kat rumah pit, sesi kemas2
3.00 pg: gerak ke pansun
3.45 pg: sesi kemas2 lagi
4.30 pg: ready, set..go...
da setahun tak nek nuang, trek pun rase cam da len aje, buluh tumbang
pun banyak. siap de aksi merangkak2 pulak. tengah2 treking jumpe katak
bosau godang. peh..
serabut : tu ko nampak tak tu pda
aku : halau la..
koroi : ko lalu dulu but, kendian aku lalu
(skali koroi pun takut jugak,hehe)
6.00 pg: kat last wakaf before dam. tdo jap...ngantuk gle.
6.30 pg: sambung balek treking
6.50 pg: smp campsite, psang kmh n main tent
8.00 pg: tidoooo....
11.00 pg: breakfast, makan, mandi...
serabut bangun2 trus mencapai makanan westernnye, anak mat salleh botul la.
2.30 ptg: kemas2
3.00 ptg: stat trn
4.30 ptg: smp kat renjer
6.00 ptg: gerak pulang, singgah restoran agrotek
(gara-gara koroi tepedaya ngan pamplet yg baru dpt kat pekan pansun)
7.30 ptg: gerak ke serdang
8.10 mlm: kat rumah pit
Keseluruhannye, satu trip yg bedisiplin, syabas kepada semua..hahahaha
Monday, March 22, 2010
bunga buah version 2
Friday, March 05, 2010
ECO-Challenge @ Pulau Tali Kail, Tasik Banding, Perak
Tuesday, March 02, 2010
happy besday babas

notakakiberbulu: gua pun copy paste ayat yang lepas-lepas..
Update TRIP TAHAN 6-13/6/2010
Anggaran kasar perbelanjaan setiap orang:
Terbuka utk 12 orang sahaja..
| Permit taman negara | RM 1 |
| Campsite/malam | RM 5 |
| Guide/trip | RM 100 |
| 4wheel (sehala) | RM 17 |
| Train (pergi/balik) | RM 60 |
| Bot (kuala tahan) | RM 1 |
| Makanan (sepanjang trip) | RM 25 |
| Kontigensi (sepanjang trip) | RM 20 |
| Peralatan (sepanjang zaman) | RM 20 |
| Bas (kuala tahan-jerantut) | RM 10 |
| Tshirt (dalam blog TREK) | RM 21 |
| Total | RM 280 |
Nota kaki: bagi tiap2 kamera, RM 5 perlu ditambah.
Latest Line-up
Babas (team spirit)
Pida (guides)
Jo (peacher)
Sharip (CSI)
Raha (contractor)
Adzim (suami contractor)
Jack (guru menyandar)
Koroi (guru fitness)
Kebu
Sapuan
DISEDIAKAN OLEH: BABAS aka PENGARAH
Monday, February 22, 2010
Selamat Hari Lahir - KARAM

Selamat Hari Tua Yang ke-28 kepada En. Karam! Semoga dipercepatkan jodoh, dimurahkan rezeki, dan dirahmati Ilahi sehingga ke akhir hayat. Moga tiap gerak, tiap langkah, tiap kata yang beliau ucapkan adalah untuk kebahagiaan segalanya. InsyaAllah...
notabulukakibanyak : gua copy paste je ayat entry sebelum2 ni..malas nak tulis baru..
Monday, February 08, 2010
Slamat Besdey Pijot~!
Selamat Hari Tua Yang ke-24 kepada Cik Pijot! Semoga dipercepatkan jodoh, dimurahkan rezeki, dan dirahmati Ilahi sehingga ke akhir hayat. Moga tiap gerak, tiap langkah, tiap kata yang beliau ucapkan adalah untuk kebahagiaan segalanya. InsyaAllah...
Monday, February 01, 2010
Hepi Besdey Pitz!!!

Wednesday, January 20, 2010
Gunung Suku

Trip santai yang kejam!
“3 jam je ni, kite relak2 aje”
Setelah 3 jam trekking….
“#&%&*$#....” Peiwai sebenarnye..
Lokasi: Gunung Suku, Simpang Pulai
Tarikh: 1-2 Januari 2010
Line up: Pda, Pjot (Ketua Chef), Joe (Gadis Belang2), Serabut (Chef spageti), Pit (Last action Kamen), Babas (Sweeper terulung), Kebu (Runner1), Safwan (Runner2), WanHody (Incik Guide), Dekna (SOS)
Pengangkutan: NBW, PGL & WSE
Kos: RM100
Trip ini disertai 8 org yang pd mulanya beniat utk ke liang east west. Memandangkan encik guide tak dpt trn ke area tanjung malim, makanye keputusan last minit diambil dengan betukar plan ke gunung suku.
1 Januari 2010:
Selepas sesi makan malam di Takwa, aktiviti mengemas barang dijalankan di rumah baru Bubo & Pit pada sekitar jam 12 tgh malam. Jam 1.30 pagi memulakan pejalanan ke simpang pulai setelah berjaya meracun Pit utk turut serta trip ini.
5.00 pagi: Tiba di simpang pulai. Bertemu ngan incik guide (wanhody) di Mcdonald Gopeng dan bliau mencadangkan utk beristrirehat di rumah nye dahulu kerna terlalu awal utk mendaki gunung suku. Kami bersetuju memandangkan sumenye kelihatan letih, lesu n tidak bermaya.
9.00 pagi: Bangun tido n brekpes di suatu kedai di taman perumahan gopeng.
“Kite relak2 aje ye, 3 jam je ni treking,” Kata incik guide. Sempat plak Incik Guide meracun utk betukar plan ke Yellow Pass, nasib budget program tak mencukupi.
10.40 pagi: Menuju ke check point Gunung suku; kat suatu kawasan kuari - 5 km selepas pencawang di jalan simpang pulai ke Cameron (selepas starting point Gng Chabang). Last packing n besiap utk trekking.
12.00 tgh hr: Memulakan pendakian dengan melalui trek bukit yang canak nye bly memberi kejutan kepada otot2 n lemak2 badan. Kasi layan sahaja. Canak lagi, lagi n lagi hingga berjaya menemui satu kawasan yang lapang tak lapang sgt la, bly la wat tarik n hembus nafas. Minum2, berehat, kasi tenang jiwa dulu:
Babas: sempat lagi kalo kite nak turun ni, kunci keta kat aku.
Baru stengah jam dah mula rase cam nak berputus asa dan lemah semangat. Santai ye…
Meneruskan lagi pejalanan, canak…lagi dan lagi...hingga jumpa satu lagi kawasan lapang. Relak jap, minum2 dulu:
Pijot: Org tak bly bepeluh ni.
Pit: Kasi cucuk aje kulit tu ngan jarum
Dan pejalanan diteruskan lagi. Safwan n Kebu meluncur laju mencucur incik guide di hadapan. Pjot, serabut dan aku treking bersama2 manakala babas,pit menemani joe yg sudah mula merasai kekejangan anggota badan.
2.00 petang: Tiba di LWP. Kate guide lagi, 20 minit lagi sampai puncak. Makanya, besemangat waja la utk ke puncak. Tp, harus menempuh canak yg tahap 90 darjah pacak. Canak lagi dan lagi.
Serabut: adeh, kejang la plak kaki
Aku: Kate 20 minit, ni da lebey 1 jam da ni
Perasaan peiwai mula berbaur-baur di sanubari. Masing-masing da kelihatan tegang, tiada lagi kedengaran alunan2 muzik dari jukebox. Bila mau sampai daaa….tak habis2 lagi pacak nye.
3.30 petang: Tiba di kawasan pokok2 renek. Angin sepoi-sepoi bahse mula dirasai. Keadaan seperti sudah tiba di puncak. Sorak2 gembira dan sesi ambil gambar. Kabus keliling mengelilingi pemandangan hingga la tiba2 kelihatan satu lagi puncak di hadapan. Di puncak tipu rupanya. Meneruskan pejalanan ke puncak yg sebenar dengan perasaan kecewa. Treking lagi…
4.00 petang: Tiba di puncak Suku. Kelihatan Wan, Dekna, Safwan, Kebu sibuk memasang fly & ground. Angin kuat sekali-sekala muncul. Ni bly bikin terbang fly ni kalo tak ikat kuat. Hujan gerimis mula dirasai. Pemandangan dikelilingi kabus. 1 jam kmudian muncul joe, serabut n babas.
5.00 petang: sesi masak-masak bermula. Hidangan istimewa daging masak kicap, sambal ikan bilis, kubis goreng. Hujan mulai turun dan angin kuat menyentap-nyentap fly.
7.00 petang: hidangan makan malam siap. Makan sepuas hati. Layan jugak daging masak kicap ni. Da habis makan, tak tau nak buat ape da. Borak-borak, makan, borak-borak, makan sambil menunggu pemandangan view ipoh di waktu malam. Menu seterusnye, nugget n hotdog goreng. Hujan gerimis lagi di luar.
12.00 tgh mlm: tido memandangkan keadaan yg sejuk sekali.
2 Januari 2010
9.00 pg: Bangun. Tunggu view. Hampa, kabus lagi. Sarapan pagi disediakan oleh serabut bermenukan spageti. Makan spageti sampai mual.
11.00 pg: Bekemas2 utk turun.
1.00 tgh hr: Treking turun. Hujan gerimis sepanjang trekking. Trek agak licin. Kedengaran makian Serabut yg kelihatan sangat hangin dgn trek yg dipenuhi daun-daun kering yg menyembunyikan akar2 pokok.
3.30 petang: Tiba di kuari. Sungguh sakit rasa nye seluruh otot2 badan. Bersihkan diri dan ready utk ke gopeng utk sesi makan2 dan paling penting air asam boi kat medan selera gopeng. Terbaek…
5.00 petang: Lepak kat Medan Selera Gopeng. Muncul Daus yang setelah sekian lama tidak ditemui.
8.30 mlm: bergerak pulang ke serdang
11.30 mlm: tiba di serdang. Menuju ke karaoke di kajang. Sesi nyanyi-nyanyi sampai lebam. Kejang datang join skali memeriahkan majlis.
3.00 pg: sesi sarapan pagi di Bismilllah.
4.00 pg: tiba di rumah masing-masing. Tido…..Trip selesai
Sekian sahaja laporan polis saya pada kali ini. Trima kaseh dan tahniah pada semua yg menjayakan trip santai la sgt ini.
Tulus ikhlas,
Pda

