Friday, December 26, 2008

Baju - The Design




Sebab takde function untuk edit post lama, so aku terpaksa la bukak post baru untuk tunjukkan design t-shirt T-Rec..ade 2 design yg aku majukan, satu dari joe (gamba dinaso) dan satu lg dr aku (gamba rock climbing)..klik gamba utk gamba lg besar..so korg buat la pilihan..

pasal rege kene la bukak post br lg nnt kot...

Wednesday, December 24, 2008

Baju

Wei semua..setelah diadakan beberapa perbincangan underground, ada cadangan supaya kita wat satu T-Shirt T-Recs..amacam?setuju?

Design? akan menyusul, design dari joe dan design aku..nanti pilih la mane mau..

Kaler? akan diberitahu kendian, mengikut kesesuaian dgn design

Rege? sok2 akan tau, bergantung kepada bilangan tempahan dan kualiti baju. lagi byk tempah,lagi murah

Sekian untuk makluman.

Tuesday, December 23, 2008

K.E C.A.M.E.R.O.N.

salam kembara kepada semua,just na ajak.. kepada sesiapa yg na naik gunung...trip ke Cameron still on, kalo na polo jom ar... tentatif n budjet spt post sblm ni..


just call k..

Mari Berhibur

Sebab dah selalu sangat kita baca posting pegi sana sini, arini kita nk rilek skit. Oleh itu, aku nak bagi satu teka-teki kepada korang sume...

Soalannya, Kereta kabel letaknya kat mane?

Wednesday, December 10, 2008

Cameron -VS- Panti Arong

Salam  kembara kepada semua.. kat sini aku ada wat costing n tentatif rengkas utk trip december ni.. cost dua2 ni = rm11o per person klo cukup 10 org..please update me ASAP ek... pilih ar mna yg na..



Trip ke Cameron Highland(Tentatif + Costing)

Day 1 ( 25 Dec 2008 )
KL - Kem Sg Pauh Cameron-------5 jam berkereta
Daypack puncak Berembun-------5 jam trekking
kemsite kat Kem Sg Pauh
Day 2 ( 26 Dec 2008 )
Daypack Perdas Jasar + Ruil------3 jam Trekking
Naik puncak Brinchang------------4 jam trekking
Kemsite kat puncak Brinchang
Day 3 ( 27 Dec 2008 )
---------------------
Daypack naik Irau -------------6 jam trekking
Kemsite kat Kem Sg Pauh
Day 4 (28 Dec 2008 )
--------------------
Shopping2 kat cameron     Target smpi KL sblm mlm
Balik KL


COST
----
Basic Detail Budjet(RM)
Makanan 240
Pengangkutan Minyak 410
Tol 126
Peralatan 150
kotigensi 150

Total (lebey kurang ) = RM 1100 per 10 person
_________________________________________________________

Trip ke Panti Arong(Tentatif + Costing)

Day 1 (26 Dec 2008)
-------------------
KL - Kota Tinggi - Kaki Gunung Panti-------5 jam berkereta 
Day 2 (27 Dec 2008)
-------------------
daypack naik Panti-------------------------4 jam treking naik turun
terus ke mersing---------------------------2 jam berkereta
kemsite kat tepi laut
Day 3 (28 dec 2008)
-------------------
daypack naik Arong-----------------------4 jam treking naik turun
packing balik KL
Mersing - Felda Nitar - 
Ayer Itam - Highway - KL ----------------7 jam

COST
----
Basic Detail Budjet(RM)
Makanan 210
Pengangkutan Minyak 480
Tol 68.6
Peralatan 170
kotigensi 180

Total (lebey kurang) =   RM1100

Tuesday, December 02, 2008

XPDC BUJANG MELAKA


XPDC Bujang Melaka (28-30 Nov' 08)

trip kali ini disertai 23 org dengan gabungan t-recs (14) & team Uito (9). antaranya jo,sara,pijot,k lyd,rina,kejang,pit,todong, karam,babas, serabut (last action hero), cekgu, koroi. manakala team qem: jai,nisa,ati,erin,wani,nik,wong


Jumaat
10.00 mlm: berkumpul di maulana. sesi mengenyangkan perut
11.45 mlm: pembahagian brgan mengikut saiz kenderaan
12.00 mlm: bertolak ke kampar-ikut jalan dalam

Sabtu
2.30 pg: berhenti seketika di suatu pit stop
2.45 pg: keta koroi breakdown-shaft kiri keta pecah. tak tau la ape yang dilakukan oleh saudara *junaedy dan saudari *zakiah (*bukan nama sebenar)
3.30 pg: menyambung perjalanan ke tapah via highway plak dgn kelajuan kenderaan 60 km/j
5.00 pg: tiba di masjid an nur kampar. berehat sebentar smp la ke laungan azan subo
6.00 pg: subo. ade yang layan selimut ba** hehe..
7.00 pg: pembahagian ration
8.00 pg: brekfast sepuas hati di kedai sebelah masjid
10.00 pg: sesi panas badan n start treking ke air terjun serangkai.lalu kawasan kampung yang ber trek kan tar.
10.30 pg: rest jap. layan view air terjun bertingkat-tingkat
11.00 pg: meneruskan perjalanan. trek hutan yang berbalam-balam. time ni team dah pecah 2-depan & belakang. time kat jalan tar team belakang treking sampai ke penghujung jalan. siap jumpe piring astro kat ampaian rumah org asli.
12.30 ptg: team 1; berehat sebentar di suatu sungai. layan maggi dan kudapan.
1.15 ptg: meneruskan perjalanan ke kem balak. layan canak gedik.
2.30 ptg: kem balak. berehat sebntar.
3.15 ptg: meneruskan perjalanan. trek akar kayu yg berselirat. canak 90 darjah secara berterusan. time ni masing2 dah konpius. camni ke level easy?tak bly caye nye intenet..lalu koroi pun bertanye "ni bujang melaka ke bujang merana?".
4.30 ptg: trek tanah runtuh.tarik nafas jap - aksi rock climbing plak, panjat berpautkan akar.
4.45 ptg: tiba di kem site lebah. peiwai seketika. nak ke kem lebah cam nak ke puncak seksaannya.. seting main tent & dapur setelah emosi masing2 stabil.
7.00 mlm: prepare makan malam. start bunyi-bunyian hutan.
8.30 mlm: serabut,jai,todong,pit turun resq
8.45 mlm: tiba team gadis2 Uito, chekgu & pijot
9.30 mlm: tiba babas, kejang, karam
10.00 mlm: sesi makan sampai tido.


ahad
7.00 pg: laungan "hari kiamat" - baru sume kuar dari sleping beg ba** hehe..prepare breakfast
9.00 pg: gerak ke puncak bujang melaka. trek canak skit2
10.00 pg: puncak. layan view & sesi photography. serangan lebah dan lalat sampah bertubi-tubi.
12.00 tgh hr: trn ke kem lebah
12.45 tgh hr: tiba kem lebah. kemas2 & besiap turun
1.00 ptg: kejang, k lyd, rina, koroi turun dulu
2.00 ptg: start treking turun
3.30 ptg: tiba di kem balak. berehat sebentar. pembahagian coka-coki oleh pit dan pesembahan shuffle oleh pit. he..
4.10 ptg: sambung treking turun
5.10 ptg: tiba kat suatu sungai utk sesi tiruk n mandi smp lebam
6.30 ptg: gerak turun ke masjid
7.15 mlm: kat masjid, lepak kat kedai makan
9.00 mlm: team karam n lain2 tiba.bersihkan diri
11.00 mlm: open table
12.00 mlm: gerak pulang ke serdang
sekian laporan terkini bagi xpdc bujang merana..yang mane terkurang tu sila la tambah secukup rasa.he..

Kekusutan ke Korbu Gayong [ III ]

kepada semua, dukacita dimaklumkan, trip ke korbu gayong da dibatalkan atas sebab2 yg x dapat dielakkn...

tp time ni, akan diganti ngan trip2 yg baru....korang ada cadangan trip? duration trip = 4hari 3 malam..

antara cadangan2 aku...

1) trip riang ria ke cameron ( naik irau+brinchang+ berembun+perdas jasar+ruil)

2) trip layan pelangi (air terjun pelangi+ gunung tapis)

3)trip menjejak awan (G. Bintang)

4) trip kerusi meja (G. Tok Nenek)

5) trip snow white (G. Batu Putih)


kalau kawan2 ada cadangan lain.. sila kemukakan sebelumujung minggu ni.. sebab na set balik semua benda.. harap dapat respon pantas.. kalo x.. ada kemungkinan.. krismas ini kita di kampung je la huuuhuhuhu


ttg harga utk trip2 cadangan aku.. still sama laie = RM170

amcam??