Monday, March 22, 2010

bunga buah version 2

memang rock!

sabtu pagi 20 mac 2010. planning gerak dari serdang ke kl sentral untuk berjumpa dengan encik paiseh (rakan baru) dan encik krekokei (penunjuk arah) awal pagi pukul 7. macam biasa. sampai mesti ada 7 lebih-lebih. encik kening (pelancong dari nepal) telah melaporkan berita malang iaitu tiket paling awal adalah pada 2 petang semasa saya (ajk semua benda), babas (pelancong dari iran) dan pda (last action heroin) masih dalam perjalanan ke kl sentral. setelah semua berkumpul, kami mengambil tindakan untuk bergerak menaiki kereta (ihsan: encik paiseh dan encik kening) untuk ke kaki gunung bunga buah.


perjalanan mendaki bermula seawal 11:30 pagi. kih. kih. kih.


naik bukit tonggek 15 minit. jumpa jalan berturap. adalah dalam sejam lebih termasuk dengan aktiviti snap-snap view, kami tiba di pintu rimba. turun-naik-turun-naik-turun-naik sampai psiko dan mental down, baharulah kami tiba di puncak yang betul-betul puncak. sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan 2 pelancong asing dari nepal dan iran dan sekali-sekala di tambah oleh ahli kumpulan yang lain. rasanya penat gelak daripada berjalan.


lepas makan tengah hari dan tidur-tidur, kami bergerak turun semula pukul 5:00 petang.


pukul 7:00 petang tepat berjaya keluar daripada hutan dengan suara ketawa babas di sambut oleh 'sesuatu'. celaka. meremang bulu roma saya.


perjalanan yang panjang, seram dan berbau kentut untuk sampai ke kereta begitu menerujakan. dalam hati masing-masing memaki hamun sesama sendiri sebab memikirkan ada orang yang terlampau biadap kentut di sepanjang perjalanan. nak tegur seram. jadi diam-diam je la. rupanya itu bukan bau kentut siapa-siapa (pssstt..bau kaki paiseh gua rasa).


tiba di kereta, kami pun meninggalkan genting dengan perasaan yang riang, seram, sejuk dan lain-lain. sekian terima kasih.



notakakiberbulu: terima kasih kawan-kawan sebab temankan saya test drive beg baru. *wink *wink
lagi laporan di sini.

5 comments:

Anonymous said...

taniah sabre(45)...!! hehe..

aku ingat ko kentut joe, almaklumlah la kan...hehe

to babas: bukan aku yang kentut, okeh!!!

kali ni nye bunge buah, banyak betul spesis labah-labah..

-pda (ntah apesal ngan id aku ntah)

jo said...

pda: trimas...trimas...aku dah letak gambau2 dalam letup ko. yang dalam kurungan tu playsafe nampak? aku baru nak kutuk sebab jadi anon.

Anonymous said...

hahahaha
pida2..
bukan ko ker..
ko kan menahan2 gak hehehe
tq cik jo bawak g bunge buah...
tapi...
em xper r..
hahaha


-babas-

jo said...

ape babas????

Schamastura said...

tahniah2 sume...
wahh,jo rasmi beg bawuu~~