Friday, December 10, 2010

T-Recs & Kinrara Rugby Boys at Berembun


1. Aritu, 19-21 Nov 2010 ada satu trip ke Gunung Berembun kat Cameron Highland. Trip ni sebenarnya trip bebudak sekolah Koroi. Awalnya cuma Serabut sebagai guide, Aku sebagai entertainer ngan Pijot sebagai chef jer yang nak pegi. Tapi bila trip Yellow-Pass kansel terus jadi meriah.

2. Budak koroi punya pergerakan aku tak tau sebab takde kat tempat kejadian. Yang aku tau, rombongan cik kiah ni sampai petang Jumaat. Geng2 T-Recs lak kul 12 baru kluar Serdang.

3. Trip 2 kereta, Vios cik Ika satu ngan Persona En. Raziz satu. Senarai peserta yang folo adalah: Serabut, Pijot, Karam, Pida, Jo, Wan Hudi, Ika, Babas, Koko, Fara aka beruang. Termasuklah Koroi yang dah ada awal2 kat sana.

4. Sampai dalam kul 5 pagi rasanya. Sampai2 wat riuh kat kem site. Koroi tgh membuta. Ladies setting khemah, Serabut, Babas ngan Wan Hudi dok setting main tent. Lepak ala kadar pas tu aku, koroi, babas kluar gi carik ayam ngan ikan kat pasar Tanah Rata. Dah kluar awal dalam kul 7 pg, tapi pasa bukak kul 8.30. Tanpa membuang masa, pergi la membalun sarapan kat kedai makcik nasik lemak.

5. Fast forward. Ayam dapat. Ikan lak takde. Satu kerja pulak nak gi pasar kat Brinchang lak. Tah macam mana aku lupa bleh ade aku, ika, pida ngan jo lak kat pasar ikan tu. Mungkin aku patah balik kem antor koroi ngan babas kot. Lupe.

6. Kat pasar Brinchang tu sketnyer lama yang ladies dok pilih ikan. Last2 baru tau... tak kenal ikan rupanya derang ni. Hehe...

7. Balik kem, aku ngan wan hudi tak naik atas. Pemalas. Yang lain semua naik. Aku tak tau ape jadi kat atas sana tu. Fakta yang sampai kat aku:

a. Ika terjun lumpur
b. Sorang budak koroi nama Bobby sumpah tanak naik gunung dah.
c. Ramai tergolek.
d. Lupa lak nak citer... pagi tu si Unta aka Hase datang join sama naik gunung.
e. Nasi lemak dimakan dengan sedih.
f. Babas amek gambar celah pokok.
g. Nak balik sikit punya jauh

8. Sampai la mereka-mereka kat kem. Sepanjang derang naik, aku ngan wan hudi tido jer. So takde mende nak citer.

9. Petang tu bebudak koroi mandi. T-Recs mula aktiviti memasak untuk makan besar. Menu yang aku ingat:

a. Ikan bawal stim
b. ikan bawal masak 3 rasa
c. sotong goreng tepung
d. satu sawi kecik tu masak ngan sos tiram
e. Kerang rebus ngan sambal kicap
f. Nasik putih
g. Papadom ada tapi habis masa masak kot.
h. Telur dadar

10. Abis makan. Mula aktiviti bersuka ria tak ingat dunia.

11. Memula aku ngan bebudak tu jer. Wat aktiviti panas-panas badan sket. Aku buat aktiviti geng2 T-Recs yang gelak. Bebudak tu cam tak paham jer. Ntah ler, gelakkan aku kot.

12. Mula ngan ice-breaking. Bawak ke game botol pas tu katak. Setakat yang main ni yang asyik kalah geng T-Recs adalah....

Wan Hudi merangkap ketua kelas dak-dak koroi.

Teka-teki menarik oleh budak koroi:

"Harimau berkokok...?" tahape-hape

13. Main Polar Bear lak. Mangsa pertama kene bunuh adalah Wan Hudi lak. Babas ngan Koko dah jadi pembunuh secara rambang. Bunuh jer sesapa, kalau kene bagus. Tak kene nasib.

14. Pida menjadi sangat analitikal. Payah sangat de wat teori sape beruang.

15. Last-last semua beruang kene bunuh. beruang terakhir defend diri dengan statement:

"Terpulang, Tapi jangan menyesal~!"

16. Habis main. Habis gelak2.

17. Aku tak tau ape jadi pas tu sebab aku kluar ngan koroi n koko gi tengok bola kat kedai mamak.

18. Aku balik semua siap-siap nak tido dah. Babas ngan ika jer dok gaduh pasal mata ngan otak. Bengap tol perbincangan tersebut.

19. Tido.

20. Bangun tido pas tu aku lupa ape jadi. Yang aku ingat ade macam majlis penutup sket untuk berpisah ngan dak-dak koroi. Geng-geng T-Recs bersiap untuk berjalan-jalan seperti pelancong luar negara kat Cameron.

21. Pergi Kea Farm dulu kot. Pida borong barang-barang. Jo teruskan aktiviti sosial beliau. Pas tu dok tala aiskrim strawberi. Jo dan teman sosial beliau ajak gi Uncle Rajuu's Strawberi farm nak makan aiskrim. Pas tu turun dari makan aiskrim tu beli aiskrim lagi. Berapa banyak aiskrim daa...

22. Habis Kea Farm bersiap untuk balik. On the way singgah Bharat Tea untuk menikmati teh di ladang teh. Layan...

23. Balik ikut jalan Tapah. 40 kali lalu jalan Tapah tu, kali ni lak si Jo tu boleh nak muntah-muntah. Si Fara nampak si Jo muntah, de pun nak muntah sama. Perjalanan tergendala akibat gejala muntah-memuntah.

24. Turun Tapah, lepak jap kat hentian mane ntah. Pas tu terus ke KL antor Wan Hudi pastu balik Serdang

25. Tamat.

Sekian laporan dari aku.


5 comments:

lydia said...

buat la lagi macam ni....mau follow... =p

pakcik said...

Jo muntah2?sape bikin?

Anonymous said...

"wuekkkkk wuekkkkk" kata pit pada kawan2

pda said...

Fakta 7:
e. Nasi lemak dimakan dengan sedih.

haha...sori, aku lupe pesan goreng telur before treking pagi tuh..

jo said...

aku steady la..saja buat2 muntah..