Wednesday, March 18, 2009

Gunung Angsi



Angsi Trip Chekgu


Gunung Angsi di Hutan Lipur Ulu Bendul terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuala Lumpur di tengah-tengah perjalanan antara Seremban dengan Kuala Pilah (Bukit Putus) dgn ketinggian 825m (2702 kaki).

Trip ini pada 20-21 Dis 2008 disertai team Chekgu dr Johor (Kak Na, Abg Emy & Abg Lan) dan team T-Recs (Pda, Jo, K Danone, Pit, Daus, Serabut, Todong) berjurupandu kan Qem & Nadiah.


20 Disember 2008 (Sabtu)

Tiba di campsite jam 6 petang. Team Chekgu dr Johor tiba sejak pagi lagi. Di sini kenderaan boleh diletakkan di sekitar kawasan utama hutan rekreasi atau lebih ke dalam di sekitar kawasan chalet.

Campsite didirikan bedekatan dgn jambatan memandangkan bermalam adalah tidak di benarkan di puncak Angsi. Aktiviti makan malam pada jam 9 diikuti sesi kenalan dan berkongsi pengalaman dengan team Johor.


21 Disember 2008 (Ahad)

Pendakian bermula pada jam 9 pagi (pendakian tidak boleh selepas jam 9 pg) selepas berdaftar di pos pengawal dan yuran RM8 seorang dikenakan.

Trek dimulakan dgn mengikuti laluan yang telah tersedia dan melalui beberapa bukit, sehinggalah berjumpa dengan Jeram Kak Lang (Check Point 1). Kemudian melintasi sungai sehingga berjumpa dengan satu lagi anak sungai merangkap last waterpoint sebelum melalui kawasan trek balak. Trek pada mulanya landai dan kemudian mencanak sedikit sehingga menjumpai trek tanah runtuh dan kemudiannya kawasan puncak Botak yang agak berpasir. Dari campsite ke puncak m’ambil msa kira-kira 2 jam ½.

Puncak Angsi agak luas (seluas padang futsal) dan dapat dilihat view sekitar seremban. Setelah sesi makan-makan n berisiterahat selama 2 jam n juga sesi bergambar, kami pun beransur turun. Jam 5 petang tiba di campsite bawah dan masing-masing mengemaskan diri di toilet yg disediakan.

2 comments:

pakcik said...

aaa...elok la skit godang eh gamba ni..

pda said...

iyo pakcik, domi ekau ni ha..pueh la menatap gambo nye