Thursday, March 30, 2006

Info Gunung Irau-Brinchang-Berembun


hi guyz...
dah lamer tak post..
tak lama lagi nak cuti final sem... korang ader plan nak g maner2 tak??
Jack, jadi ker trip ke Datok?..ader orang sampai dah termimpi2 korang gi camping kat Datok tak ajak dia.. hehehe..

aku dengar Kejang Gemok nak wat trip g Cameron...uissshhhh..mesti best sbb tpt tu sgt sejuk.. minyak masak pn bleh beku..pagi2 bl bukak kemah rasa mcm camping atas awan..kabus tebal giler..rasa mcm kat negara org putih pn ader, sebab bl bercakap mulut kuar asap.. sejuk jgn citer ar, nak buang air pun rasa tak sampai ati..tapi wlaupun sejuk, makanan takder lah lambat nak masak, mcm biasa jer..tapi bl minum air teh panas kene minum cpat2, sbb klu lambat nnt jd teh ais plak..
view kat area situ dasyat..cun abis..nnt klu sempat aku post gmbar kitorg masa kt irau brinchang, raya cina thn lepas...

kat bawah ni aku bg info sket psl gng2 yg kat cameron tu...

Gunung Irau (6923’) - Gunung Brinchang (6664’), Cameron Highland, Pahang

Starting Point
Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.

Trail
Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau.

Anak Irau
Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.

Puncak G. Irau
3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.

Puncak G. Brinchang
Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa. Satu menara tinjau didirikan disini membolehkan pengunjung melihat panorama sekitar serta Banjaran Titiwangsa.

Gunung Berembun (6817’), Cameron Highland.

Hutan Lipur Sg. Pauh
G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan tanah tinggi dengan air jeram yang begitu dingin. Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan sekitarnya. Tarikan utama gunung ini menjanjikan satu aktiviti jungle trail buat pelancong ke CH serta satu gunung yang memudahkan pendaki menambah koleksi pendakian gunung.

Pokok-pokok di tapak perkhemahan tinggi-tinggi dan agak unik. Pendaki boleh mendaki samada dari tapak perkhemahan atau pergi ke kebun sayur bersebelahan Mardi dan Muzium Teh CH. Papan tunjuk arah dan jarak dipasang sepanjang trail.

Puncak
Puncak gunung bertanah rata dan lapang. Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat view point untuk pendaki melihat panorama Pekan Brinchang. Keadaan beirut agak uzur serta telah pun condong akibat patah beberapa tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan kesan vandalisme.


9 comments:

pakcik said...

rindu woo mau tido kat berinchang beratapkan langit yang ditaburi bebintang...sambil diselimuti sleeping bag, bertemankan air pillow dan bersarungkan snow cap...ohhh brinchang!!!

jeejah said...

ish..ish..giler melayan jiwa dia ni..

buboQ said...

sleeping bag,carry map, air pillow,snow cap???smua tu aku xda...hahaha

pakcik said...

ala,boleh beli bor...jom,layan brinchang...ko kene pki baju tebal aaa,sbb ko xde lemak langsung..aku ade la sikit2..

jeejah said...

bubor tak leh g brinchang laaa.. terlampau sejuk..nnt efect kat kaki dia..nnt klu sakit saper yg susah??mak pak dia jugak yg susah.. hehehe..

jeejah said...

group alan(K5) nak wat trip ke irau-brinchang ujung bln 4 ni..bayaran agak mahal..RM 80.00 (bas KL-Brinchang-KL, makanan, peralatan, tandas, jalan2 kat ldg teh, strawberi, dan juga guide)..
setau aku iraubrincang tak yah pakai guide..

joe said...

jom la bt besempena dgn cuti ni..haha..

pakcik said...

dok jom la..jom la...ko la buat joe..boleh?sape nak joe organize?angkat keyboard!!!

jeejah said...

ntah nyer..ni la time korang lak wat..takkan nak harap kan kitorang je yg organize..benda bleh blajar..yg penting jangan malu bertanya..kitorang dulu pun tak tau pebende pn psl organize trip ni..blaja dr pengalaman..