Monday, March 30, 2009

Trip ke Gunung Dato’

Pada hari sabtu lepas (28 Mac 2009), trip ke Gunung Dato’ telah diadakan bagi menggantikan trip ke Air Terjun Berkelah yang tak jadi tu. Trip tetap diteruskan walaupun plan terpaksa diubah pada pukul 11pagi (konon nak gerak pukul 1.30 petang). Oleh itu, trip ke Air Terjun Berkelah akan di postpone ke tarikh yang lain.

Trip ke Gunung Dato’ kali ini sekadar mahu melayan napsu ahli t-recs yang dah mula sangap dan dahagakan gunung-ganang. Trip ini juga telah disertai oleh tujuh orang kami sahaja, pda, pijot, jo, dan sopa (gadis-gadis) ; babas, pit dan todong (jejaka). Selepas amik todong dekat Mambau, kami pun bergerak melalui highway ke Tampin seterusnya ke Bongek untuk ke kaki Gunung Dato’. Kami bersepakat untuk bergerak ke puncak selepas waktu maghrib.

Syabas (syarikat air babas) telah membawa naik bergelen-gelen air untuk kegunaan masak, kencing dan juga basuh ground yang terkena najis kumbahan. Kami telah berkemah di sudut campsite dek kerana dah ada group yang sampai awal dari kami dan mengkongker kawasan tersebut. Yang menjadikan celakanya apabila tapak yang kami huni adalah tapak yang dijadikan tandas oleh orang yang celaka yang telah memerut di situ. Dan dengan tak sengajanya kami telah makan, minum, tidur dan melepak dikawasan tersebut. Dia punya bau, peh brader! macam makan nasik kat dalam tandas awam.

Kami telah turun awal kerana sudah tak tertahan dgn keadaan tersebut. Setelah siap membersihkan diri, kami bergegas keluar dari kaki Gunung Dato’ dan menuju ke jalan yang lebih benar iaitu ke jalan menjual nasi ayam hainan (permintaan daripada pit) berdekatan dengan rumah pda. Setel makan, kami pon melepak di rumah pda sokojap yo. Keluar dari rumah pda, kami menuju ke City Park, Seremban 2 untuk melihat awek2 yang dikatakan meleleh oleh todong kepada pit. Selepas menghantar todong pulang, kami pon meneruskan perjalanan balik ke Serdang dengan jayanya.

Fakta-fakta :

1. Batu besar tak boleh dijadikan landmark untuk tiba di puncak Gunung Dato’. Ia akan membuatkan perasaan marah mari secara tiba-tiba.

2. Terdapat pasangan eiger untuk trip kali ini.hehe..

3. Lagu tema untuk trip kali ini ialah ‘Tanpa' nyanyian 6th sense.

4. Sopa adalah Nazri (member kepada Babas)- rujuk entri Lata Hammer.

5. Pda telah berjaya melakukan satu senaman baru di Seremban City Park.

6. Kami semua sangat gembira kerana trip ini begitu santai dan sempat melawat beberapa kawasan di negeri 9.

7. Takde sorang pon yang bawak kamera. Cet!

Notakakiberbulu : teka-teki dari pit : kalau telur gajah ada kat dalam, telur cacing ada kat mana? Ha….jawap2….

Jawapan : tanya kat todong la...

boleh view sini :
http://sekuq.multiply.com/journal/item/22/silalah_beretika_ketika_berekreasi

posted by : joE

13 comments:

cik beskot said...

nape multiply ko x leh bukak joe?
dh tuko pasword ke?

pda said...

haha..tebaek la laporan..
kasi ubah title : "Trip Dato' Bunga Mawar"
bersesuaian dengan bau najis..he

argh...sampai skang kembang tekak den ingatkan najis manusia itu...ha....takde otak betul la..

taniah kepada babas kerana menjadi porter bekalan air. dan kepada pit.. pasni kite takyah amek landmark batu. heh..

Dinadin26 said...

eh nie takde org nak makan ke?...zaaasss..

ca-bunk said...

uish..dato tak roger aku...

jo said...

raha:
hahaha...
apa? ingat aku xreti tukar password ke?hehe...

pda:
pit semakin hari semakin x betul..
"nak ke mana tu sheila....??"

dayafterday:
haha!
korang da tanak lagi kan? zaasss...

cabang:
ala...adhoc sangat..
lagipon ko slalu jek bz..

jo said...

ade tambahan fakta..
pijot adalah antara yang boleh dapat murah kalo masuk ke wetland pedas..haha...fakta tu...bukan auta..

pakcik said...

wetworld la..

cik beskot said...

biasa la joe.. mana penah betul.. tp aku heran la.. dh tau kt situ ada bahan kumbahan pun korg leh lepak... siap rela mkn tu... yg tu btol2 aku x paham dgn budak2 nie...

pda said...

erk..ktorang tak nampak pulak najis itu di kala malam. hanya dapat mem bau nye sahaja. pagi2 tu time nak kemas2, baru la prasan akan kewujudan nya.
nak parking campsite kat tempat len da takda ruang da, melainkan atas puncak batu.

jo said...

ntah..
kot x, xkn la kami xlalu mkn kt puncak tu...tido pn xbape nak nyenyak...

cik beskot said...

ada 1 pertnyaan, nape kwn babas dipanggil gadis2??

bkn joe syok kt budak nie ke?

pakcik said...

biase la raha, politik sume tu...kwn babas dipanggil gadis supaya dia berada dlm kelompok diorg, so mudah la kerja2 jo nk ngurat...tp jo x sedar, die xde dlm kelompok gadis2 tu...

jo said...

ape pulak?
mmg la die gadis...muka jambu jek mcm aku...aku kan gadis...