Friday, May 15, 2009

Chemerong-Berembun-Lansir...sapa nak join?



Trip menjejak air terjun. Chemerong- Berembun- Lansir dekat Terengganu. Bawah ni dia punya tentatif :


9.00 pagi - Pendakian bermula

10.00 pagi - Berhenti rehat di Kaki Air Terjun Cemerong

10.30 pagi - Bergerak ke kem balak @ puncak air terjun.

12.30 tgh - Dijangka sampai ke kem balak @ puncak Air Terjun.


2.30 ptg - Berhenti rehat di Camp Site 1 – makan tenggahari
- Trekking ke Tapak Perkhemahan Camp Site Simpang Y


6.00 ptg - Dijangka tiba di Camp Site simpang Y


Esok hari...


9.00 pagi - Memulakan perjalanan puncak berembun

12.30 tgh - Sampai di puncak gunung berembun
- Berehat untuk seketika

1.30 ptg - Meneruskan perjalanan ke puncak Air Terjun Lasir

5.30 ptg - Dijangka tiba di camp site Air Terjun Lasir


Esoknya lagi...

10.30 pagi - Memulakan perjalanan balik ke Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Chemerong.

2.30 ptg - Makan tengahari di kem balak & solat zohor

3.30 ptg - Bergerak turun ke Parking Lot Hutan Lipur

5.30 ptg - Selamat Tiba di Parking Lot Hutan Lipur
- XPDC Tamat.

Tentang bayaran:

Aku tak tahu secara detail. Ikut pada penyertaan la.

Tarikh :

13, 14 dan 15 Jun 2009

Yang kompem setakat ni :

1. koroi (pengarah)
2. jubir
3. jo
4. pida
5. babas

Keindahan, keindahan juga..yang pergi gerak ke Gunung Ledang lepas main futsal sapa suruh??

Maap buat korang tertunggu-tunggu repot gunung Ledang- 9 Mei 2009 lepas. Padan muka korang..hahaha..(ikon setan yang gelak jahat tu).

Memang..memang minggu lepas beberapa budak t-rec ade yang pergi naik gunung Ledang. Line up : pit, serabut, babas, sopa dan todong..pijot, pida dan gua merangkap paling gadis dalam xpdc serta abang guide, nidan *(abg guide..abg guide..kacak dan tahan lasak) daripada renjer Ledang tu sendiri.

Perjalanan bermula seperti yang dirancangkan dan menepati masa (sebab raha x pergi sama..pergi kalu, gua syak lepas subuh baru dapat gerak..lalala...). Lepas berfutsal di 'aktif futsal' bangi (sejam jek) pukul 3 kitorang dah pakat-pakat berada di highway untuk sampai ke ranjer sebelum jam 7 pagi. sebab orang-orang kat ranjer tu tak bagi naik lepas dari pukul 7:30 pagi.

Perjalanan ke puncak yang disyaki 5 jam dapat dilangsaikan dalam masa 4 jam 55 minit. Dengan tidak berbekalkan doa, stretching dan mata yang lembam-sembam-lebam-letih-ngantuk, perjalanan yang penuh onak dan ranjau pun bermula. dan bermula jugalah episod menaiki anak tangga, memanjat bukit semput, panjat tangga dalam 'gua' (ni bukan kata ganti nama gua haaa..apa gila dalam diri gua ada tangga-tangga nak dipanjat? hati ada la untuk dicuri...ewahh..), main tarik tali di batu hampar, kramp-krump-kramp-krump (serabut dan todong), serta menempuh budak-budak sekolah yang sibuk-sibuk nak panjat jugak (ramai woo..150 lebih jugak).

Tepat jam 1:10 tengahri kitorang tiba di puncak gunung Ledang yang....memang memukau jiwa, minda dan naluri kegadisan gua dan yang lain-lain. Memang berbaloi untuk ke gunung Ledang dan membayar guide RM 140- 10 orang serta itu-ini-itu-ini (insuran, deposit sampah..bla..bla..). Track turun pulak, memang sedap-sedap pijak la orang kata. Perjalanan turun pula mengambil masa 2jam 45minit berlari gaya kepak-kepak tangan. Turun je..sesi mengira sampah pun dijalankan dan dapatlah semula deposit kitorang tu.

Lepas maghrib..kitorang pakat-pakat berambus dari kaki gunung Ledang dan dengan hati riang menuju ke medan ikan bakar di Pernu, Melaka. Ala-ala Umbai jugak la.. Hidangan makan malam yang uuummmppphhhh!! dan terbaik dari ladang. Ok. Semua boleh teka,siapa makan paling lahap? Lepas makan-makan..kami pun pulang ke Serdang, Selangor, Malaysia.

Fakta boleh caya:

1. Babas dengan yakin diri temankan satu awek ni turun (lepas setengah jam naik) dengan harapan dapat nombor tepon. Dia tak perasan ke awek tersebut mencemuh dalam hati?

2. Kalau nak letak bintang..trip Ledang ni aku bagi 4 bintang.

3. Boleh naik jugak ikut pencawang TNB..tapi amik masa dalam 3 jam untuk ke puncak (bak kata abg guide).

4. Track turun macam jalan atas karpet wo...lembut dikaki..

5. Gua malu-malu bila abg guide berbual dengan gua. Pipi pun timbul warna ke'pink-pink'an.

Fakta tokleh caya :

1. Gua dah kaya? peh! bila masa pula...

2. Gua ngurat abg guide? ceh! gua bizi tengok alam bai..

3. Babas berjaya pikat awek yang turun tu.

Ok. orang lain tak boleh tambah apa-apa fakta.


Notakakiberbulu: *nyanyian lagu abg guide boleh tanya sama cik Raha melodinya..dia yang ajar pada gua..ntah apa-apa jek gua belajar dari Raha..


yang mengepos: joE

Thursday, May 07, 2009

Trip mewah ke Air Terjun Berkelah dan Jerangkang

Pada hari jumaat lepas, gua serta beberapa kutu t-rec telah ke air terjun berkelah dan jerangkang yang terletak di Maran, Pahang kira-kira 26km dari simpang keluar tol Sri Jaya (tembak kiri jalan lama nak ke Kuantan). Seperti yang sedia maklum, bila dah janji gerak pukul 10 pagi, dia punya drag masa membawa ke 5-6jam kemudian. Maka perjalanan telah bermula pada pukul 5:30 petang. Kutu-kutu yang terlibat selain gua adalah raha, koroi serta jubir (menaiki kereta buatan Messia-4WD milik koroi).

Benda kalau dah nama raha ni, memang segalanya nak mewah. kalu korang kodi, memang tak sesuai weh nak ikut trip ni. jadi, gua bukan kodi sebenarnya. Kami telah membeli menu berupa makanan-makanan yang berasaskan Itali seperti makaroni. Oh, untuk makluman semua. jika ada nak buat trip yang ada daging cincang dalam menu kalian, sila goreng daging cincang tersebut (tanpa minyak dan keringkan) kerana memang boleh tahan lama. Berbalik kepada cerita raha yang sukakan kemewahan tadi. Nasib baik semasa sesi membeli barang-barang gua ada di tempat kejadian. Mahunya dia memborong 1 pasar jika tidak ditahan nafsunya. Itu pun dia sibuk minta bawa mekdonel. gua yang tegas lantas melarang dan menasihatinya supaya tidak perlu terlalu israel. kemudian gua ingatkan semula asal-usulnya yang Jawa. Gua rasa tindakan gua memang tepat.

Setibanya di kemsait air terjun berkelah, kami sebulat suara memilih untuk lepak dibawah memandangkan malam semakin pekat. Esok pagi baru shoot naik ke atas. Setelah koroi dan jubir bertanyakan orang kampung yang kebetulan ada program kat situ, maka sedikit sebanyak info dapat diperolehi.

1. Air terjun berkelah (ATB) ada 3 tingkat.
2. Trekking ikut tali air (trek jelas) 15 minit pun boleh sampai.
3. Boleh ber'kemsait' dekat atas. kawasan agak luas.
4. Hati-hati dengan binatang berbisa.

Pagi yang sepatutnya kitorang ke puncak telah dirosakkan rancangannya oleh 1 brader dan keluarganya yang sibuk-sibuk nak chup wakaf yang kami huni. "Naik ke Jerangkang lebih masyuk...air terjunnya lagi lawa.." brader tersebut."Eh, iye ke? kita mandi dekat Jerangkang je la.." koroi yang mudah terpedaya. Setelah menyenap beberapa keping gambar (ternyata view memang cantik) kami bergegas ke air terjun Jerangkang (ATJ) yang simpangnya tak berapa jauh dari ATB tetapi bapak jauh giler nak sampai ke ATJ. 16km ke dalam dengan jalan yang agak teruk (powil je layak). Jalan lurus je jangan masuk mana-mana simpang.

1. ATJ ada 7 tingkat kesemuanya.
2. Trekking ke tingkat pertama dari bawah tak sampai 10 minit.
3. Dengar cerita boleh main abseling kat tingkat bape ntah.
4. View memang terbaik dari ladang weh..
5. Kitorang tak riki sampai atas sebab malas. jadi kawan-kawan, mari kita ke jerangkang..agak nyaman dan privacy sikit berbanding ATB.

Setelah bermandi-manda dengan seronok dan gembira, dan masak macaroni de plateu adios amigos, kami pun bergerak balik ke Kuala Lumpur dengan jayanya. Ok. sekarang kita boleh tunggu Jubir up gambar-gambar yang menarik. Silakan Incik Jubir....


notakakiberbulu: cerita-cerita mistik boleh ditanya secara peribadi.


yang mengePos: joE

Wednesday, April 29, 2009

apa dah jadi dengan blog hari ini?hidup pun segan, mati tak mahu

apa la lama sangat tade orang update kat blog. jadi selaku orang yang sentiasa girang dan ceria, aku nak berpantun. tak salah kan sekali-sekala layan menda lain. asik-asik nak kena baca pasal gunung aje.

ok. kali ni pantun aku tujukan khas pada pakcik a.k.a uncle. memandangkan dia dah nak menamatkan zaman 'tak tentu hala'nya ni, kita sama-samalah bagi tekanan pada beliau.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun 'mem' jauh beribu batu,
Awek di Serdang dingurat jangan.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Walau pakcik tidaklah tampan,
Tapi dia kawin dulu, wa cakap sama lu!

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Kad kawin tu bila nak edar?
Kang kami boikot tak nak datang kenduri.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Apa barang satu kad nak kongsi ramai-ramai?
Kitorang nak asing-asing, ok..?!

Ha.ha.ha.

notakakiberbulu: yang lain kalu nak pantun, boleh la planning kawin dari sekarang.

yang sibuk-sibuk pos: joe
http://sekuqmeri.blogspot.com

Monday, April 06, 2009

Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian


Nama saya Raha. Saya bekerja di Putrajaya dalam bidang maintenance. Syarikat tempat saya bekerja telah mengikat kontrak maintenance ini dari pihak JKR Wilayah Putrajaya.

Pada tahun lepas (tak ingat tarikh), saya telah dijemput oleh Incik Kejang untuk join beliau ke Gunung Nuang (daypack katanya). Trip tersebut adalah dibuat oleh Incik Kejang bersama rakan-rakannya (sememangnya tidak saya kenali). Trip tersebut rupa-rupanya turut dianggotai oleh seorang staf JKR Putrajaya, Incik Roslan (bukan nama sebenar).

Pada hari ini (06/04/09), Incik Roslan telah mengirim sms kepada saya sepertimana berikut:

Tarikh : 11&12hb April 2009
Xtvt : Camping + Tubing + Santai2 + Babi beratur (BBQ)
Lokasi : Kem Kenaboi, Kg Chennah, Kuala Klawang, Johor (hahaha bodoh la sapa xtau Kuala Klawang kt mana)
Yuran : RM 60 (tidak termasuk ration).

Sekiranya sesiapa yang berminat sila berhubung terus dengan saya.

Dilaporkan Oleh;
HBS Engineering Sdn Bhd
Raha Bt Abdul Kadir

Monday, March 30, 2009

Trip ke Gunung Dato’

Pada hari sabtu lepas (28 Mac 2009), trip ke Gunung Dato’ telah diadakan bagi menggantikan trip ke Air Terjun Berkelah yang tak jadi tu. Trip tetap diteruskan walaupun plan terpaksa diubah pada pukul 11pagi (konon nak gerak pukul 1.30 petang). Oleh itu, trip ke Air Terjun Berkelah akan di postpone ke tarikh yang lain.

Trip ke Gunung Dato’ kali ini sekadar mahu melayan napsu ahli t-recs yang dah mula sangap dan dahagakan gunung-ganang. Trip ini juga telah disertai oleh tujuh orang kami sahaja, pda, pijot, jo, dan sopa (gadis-gadis) ; babas, pit dan todong (jejaka). Selepas amik todong dekat Mambau, kami pun bergerak melalui highway ke Tampin seterusnya ke Bongek untuk ke kaki Gunung Dato’. Kami bersepakat untuk bergerak ke puncak selepas waktu maghrib.

Syabas (syarikat air babas) telah membawa naik bergelen-gelen air untuk kegunaan masak, kencing dan juga basuh ground yang terkena najis kumbahan. Kami telah berkemah di sudut campsite dek kerana dah ada group yang sampai awal dari kami dan mengkongker kawasan tersebut. Yang menjadikan celakanya apabila tapak yang kami huni adalah tapak yang dijadikan tandas oleh orang yang celaka yang telah memerut di situ. Dan dengan tak sengajanya kami telah makan, minum, tidur dan melepak dikawasan tersebut. Dia punya bau, peh brader! macam makan nasik kat dalam tandas awam.

Kami telah turun awal kerana sudah tak tertahan dgn keadaan tersebut. Setelah siap membersihkan diri, kami bergegas keluar dari kaki Gunung Dato’ dan menuju ke jalan yang lebih benar iaitu ke jalan menjual nasi ayam hainan (permintaan daripada pit) berdekatan dengan rumah pda. Setel makan, kami pon melepak di rumah pda sokojap yo. Keluar dari rumah pda, kami menuju ke City Park, Seremban 2 untuk melihat awek2 yang dikatakan meleleh oleh todong kepada pit. Selepas menghantar todong pulang, kami pon meneruskan perjalanan balik ke Serdang dengan jayanya.

Fakta-fakta :

1. Batu besar tak boleh dijadikan landmark untuk tiba di puncak Gunung Dato’. Ia akan membuatkan perasaan marah mari secara tiba-tiba.

2. Terdapat pasangan eiger untuk trip kali ini.hehe..

3. Lagu tema untuk trip kali ini ialah ‘Tanpa' nyanyian 6th sense.

4. Sopa adalah Nazri (member kepada Babas)- rujuk entri Lata Hammer.

5. Pda telah berjaya melakukan satu senaman baru di Seremban City Park.

6. Kami semua sangat gembira kerana trip ini begitu santai dan sempat melawat beberapa kawasan di negeri 9.

7. Takde sorang pon yang bawak kamera. Cet!

Notakakiberbulu : teka-teki dari pit : kalau telur gajah ada kat dalam, telur cacing ada kat mana? Ha….jawap2….

Jawapan : tanya kat todong la...

boleh view sini :
http://sekuq.multiply.com/journal/item/22/silalah_beretika_ketika_berekreasi

posted by : joE

Wednesday, March 25, 2009

Update 1+1 : Riang Ria ke Bukit Freser lagi (edited 290309)

Salam kembara,(250309)

na update
  1. Harga kompem = RM 90
  2. Peserta kompem = 3 org baru heeee
  3. Tentatif pilihan = xde pilih memana laie
Kepada kawan2, mintak jasa baik untuk kompemkan penyertaan sblm weekend ni.. untuk kemudahan bersama... sbb kalo trip ni less than 10 org na g, kire xjadik @ kensel....


TQ

---------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Kembara(290309)

Hasil pebincangan simple kt kedai mamak kat bangi after futsal aritu, dengan ini secara rasminya trip bukit freser = ON..

  1. Harga kompem = RM 90 (Xde perubahan)
  2. Peserta = 11 org
  3. Tentatif pilihan = Pilihan 2 ->Tentative Ulu Semangkok,Pine 3 Hill
  4. Tema = Mendaki sambil melancong !
Update peserta :
  1. kejang
  2. lyd
  3. hana(kwn lyd)
  4. kwn opismate hana(gadiz)
  5. todong
  6. pitz
  7. babas
  8. bubo
  9. jo
  10. pda
  11. pijot
Peserta semi kompem :
  1. abib
  2. pasangan abib
  3. mai
  4. karam
  5. pasangan karam
  6. kawan pasangan karam 1
  7. kawan pasangan karam 2
  8. kawan pasangan karam 3
Sebarang info akan diupdate kemudian.. penyertaan dibuka lagi.. tp sila jgn lewat2 ek.. sbb na book apartment tu....

Last due (ni bebetul last ni) = Rabu, 1 April 2009



Monday, March 23, 2009

Riang Ria ke Bukit Freser

Salam kembara,

oleh sebab aku ada terdengar2 tentang kwn2 yg boring xde xtvt bulan 4 ni.. so...aku ingin propose xtvt

Riang Ria ke Bukit Freser

kat sini ada 2 cadangan tentatif...sila pilih salah satu....
vote last smpi jumaat ni.... hehheheheh

Mininum peserta = 3 bijik kete

Maksimum yuran = RM100
*mahal sbb kita tido apartment

Sebarang pertanyaan bole tnya bile2 jek

1) Tentative Bukit Kutu,Pine 3 Hill
day 1(Sabtu 4 April 2009)
0100 - Gerak dr KL, sampai area kg Pertak, bentang fly n ground Tdo….
0630 - subuh,prepare breakfast,breakfast
0800 - senaman ringkas n then start gerak ke puncak
1200 - dijangka dijangka sampai puncak, Lunch di puncak bukit kutu
1300 - start turun
1600- dijangka tiba di starting point
1700 - gerak ke Freser hill
1900 - Check in Apartment (Silverpark Apartment)
2030 - dinner, ice breaking, tdo…ZZZzzzzzz…rehat utk trip esok
day 2(Ahad 5 April 2009)
0630 - bangun dan bersiap. sediakan sarapan.
0730 - bersarapan. packing.
0830 - start trekking ke pine 3 hill
1130 - dijangka tiba di puncak, lunch
1230 - mula turun
1430 - dijangka tiba di starting point.bersih2 diri kat public toilet
1530 - turun ke kl
1800 - dijangka tiba di kl, bersurai


2 ) Tentative Ulu Semangkok,Pine 3 Hill
day 1(Sabtu 4 April 2009)
0100 - Gerak dr KL, sampai Air terjun tepi jalan menghala ke freser hill.
0630 - bangun dan bersiap. sediakan sarapan dan lunch pack. bersarapan.
0800 - bertolak ke starting point kat rest house gap
1000 - dijangka tiba di rest house Gap,
1030 - senaman ringkas, start trekking
1200 - sampai puncak ulu semangkok, lunch
1300 - turun
1430 - dijangka tiba rest house gap, bersih2 diri
1500 - gerak ke pekan fraser hill
1530 - tiba di silverpark, check in (bersih2 diri)
1630 - makan petang or makan kat dalam bilik je
1730 - bersiar2 sekitar fraser hil. (Kindersly trail,Abu suradi trail,bla2..)
day 2(Ahad 5 April 2009)
0630 - bangun dan bersiap. sediakan sarapan.
0730 - bersarapan. packing.
0830 - start trekking ke pine 3 hill
1130 - dijangka tiba di puncak, lunch
1230 - mula turun
1430 - dijangka tiba di starting point.bersih2 diri kat public toilet
1530 - turun ke kl
1800 - dijangka tiba di kl, bersurai





Wednesday, March 18, 2009

Gunung Angsi



Angsi Trip Chekgu


Gunung Angsi di Hutan Lipur Ulu Bendul terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuala Lumpur di tengah-tengah perjalanan antara Seremban dengan Kuala Pilah (Bukit Putus) dgn ketinggian 825m (2702 kaki).

Trip ini pada 20-21 Dis 2008 disertai team Chekgu dr Johor (Kak Na, Abg Emy & Abg Lan) dan team T-Recs (Pda, Jo, K Danone, Pit, Daus, Serabut, Todong) berjurupandu kan Qem & Nadiah.


20 Disember 2008 (Sabtu)

Tiba di campsite jam 6 petang. Team Chekgu dr Johor tiba sejak pagi lagi. Di sini kenderaan boleh diletakkan di sekitar kawasan utama hutan rekreasi atau lebih ke dalam di sekitar kawasan chalet.

Campsite didirikan bedekatan dgn jambatan memandangkan bermalam adalah tidak di benarkan di puncak Angsi. Aktiviti makan malam pada jam 9 diikuti sesi kenalan dan berkongsi pengalaman dengan team Johor.


21 Disember 2008 (Ahad)

Pendakian bermula pada jam 9 pagi (pendakian tidak boleh selepas jam 9 pg) selepas berdaftar di pos pengawal dan yuran RM8 seorang dikenakan.

Trek dimulakan dgn mengikuti laluan yang telah tersedia dan melalui beberapa bukit, sehinggalah berjumpa dengan Jeram Kak Lang (Check Point 1). Kemudian melintasi sungai sehingga berjumpa dengan satu lagi anak sungai merangkap last waterpoint sebelum melalui kawasan trek balak. Trek pada mulanya landai dan kemudian mencanak sedikit sehingga menjumpai trek tanah runtuh dan kemudiannya kawasan puncak Botak yang agak berpasir. Dari campsite ke puncak m’ambil msa kira-kira 2 jam ½.

Puncak Angsi agak luas (seluas padang futsal) dan dapat dilihat view sekitar seremban. Setelah sesi makan-makan n berisiterahat selama 2 jam n juga sesi bergambar, kami pun beransur turun. Jam 5 petang tiba di campsite bawah dan masing-masing mengemaskan diri di toilet yg disediakan.

Saturday, March 14, 2009

Baju T-Recs Photoshoot

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ok, aku cadangkan kita buat satu sesi foto T-recs bersempena dengan kehadiran T-Shirt baru T-Recs yang baru. Setakat ni tarikh 21 Mac terpaksa ditunda kerana terdapat beberapa ahli kita yang tak dapat nak join. So dengan ini:

Tarikh: 29 Mac 2009
Hari : Ahad
Jam : 2.00 ptg
Tempat: Berkumpul Di Rumah Stor T-Recs aka Rumah Minlon
Tema : Baju T-Recs beserta pakaian-pakaian lain mengikut kreativiti masing-masing. Nak bwk kain batik ke, lab coat ke, goggle ke, topi koboi ke ape ke. Mengikut kreativiti anda.

Contoh dari website lain, klik di sini.

Barang siapa yang ada masalah, sila MAKLUMkan terlebih dahulu.

Sekian,
Terima Kasih

Thursday, March 12, 2009

Air Terjun Kubang Gajah, Kampung Kemensah








2200, 27hb Dec 2008
Mlm tu org ngan pda ngah syok lepak2 , tetiba koroi kol ajak naik nuang. Tetiba 10 mnt pastu plan ditukar, Air Terjun Kemensah katenye...hmm. ..kat ne tu ek...hingatkan jauh sgt, upenye kat ampang je, blkg Zoo Negara, Cehh!!!makanya, org n pda berpacking2 ape yg patut dan siapkan ayam n udang utk BBQ yg dihantar oleh Chekgu dan koroi. Dlm kul 11.30 ktorg bergerak la menuju ke pit stop yg dijanjikan iaitu umah pakcik. Sampai2 je kat sane, cik raha, sang suaminya a.k.a azim dan kak fatin da lame sampai........tggu ktorg...hehehe..

Pada mulanya trip ni da nk kensel sbb cik raha kate x pnh ade org yg camping kat situ ditambah plak ngan info yg beliau dpt dr En. Kasut bhwsanya ade rimau menanti d sane....huh,mak aiiiiii!!!!maybank tu....!!!!!!!pk punya pk punya pk...last2 ktorg(raha, azim, k.fatin, todong, chekgu, koroi, pda n saye) ngan semangat waje kununnye bergerak lah ke tmpt yg dipersetujui....iaitu air terjun kemensah.

0330, 28hb Dec 2008
Sampai kat pondok guard Air Terjun Kubang Gajah, Kg. Kemensah. En. Azim ngan gagahnye(errr...yeke???) kua menuju ke pondok tersebut utk meminta kebenaran masuk,ape ntah yg dia dok kawtim ngan bai guard tu, last2 dia bg msk gak. tp.....kene ketuk sorg RM10 siap ade xtra g tu...adussss.pastu siap aturkan tmpat parking kete ktorg g.sementara ktorg get redi, bai tu blk pondok dia ngan hati riang gumbira....lalalalalala.....huh!sonok r tu...

0400, 28hb Dec 2008

Bai guard td tu anto ktorg sampai pintu hutan. dia blah je, ktorg pun mula la melangkah masuk ikut denai2 yang ade.trek dia leisure je n kdg2 ter'slow' sket sbb todong bjln dgn agk perlahan...demam katenye,hmmm..entah la...da 20 minit jln, ktorg smpai kat kwsn lapang...mengikut kate raha itu adalah campsite tp ktorg x dgr bunyik air terjun pun,siap koroi tnye " raha,waktu mlm diorg x 'on' kn air terjun ke?".Ktorg x lpk situ tp gerak ke campsite bwh yg kne jln lg 5 mnt, ha mmg sblh air terjun..br btl...

pastu bahagi2 tugas secara x rasmi dan main tent pun siap didirikan......tp kat tgh2 jln..heheh..kwsn x luas nk wat cm manekn. siap2 sume, ktorg lpk2 jap sambil menikmati hot choc with cereal...br la amerika...chekgu ngan koroi plak idupkan unggun api....masing2 kelihatan mengantuk dan siap2 nk tdo, tetapi beg raha ditimpa musibah....huhuhuhu.......basah terkene soya tumpah..ish2x.....walaubagaimanapun, ktorg tdo jugak...kecuali chekgu ngan koroi..men api plak diorg...hehehe

0700, 28hb Dec 2008

Bgn pagi gosok gigi....lalalalalala....pastu wat sarapan (nasi goreng, hot choc with cereal, biskut tiger). Kemudian bermula la sesi kipas mengipas ayam n udang BBQ..bergilir2 ye!chekgu, koroi, azim n raha......pas mkn ktorg mandi manda, bergambo sane sini, n mkn2 lagi.....

1400, 28 Dec 2008

packing2 n siap2 nk grk blk. tetiba pda n todong ternmpk tapak kaki anak maybank...hmmm...pastu sambung blk perjlnan.sampai kat simpang 3. peliknye tetibe ade 3 btg kayu diletakkan bntk piramid n ade tulisan PITZ...erk!pitz datang ke?musykil nih....azim relaks je ckp ade bdk men beskal kt stu...ish...sungguh pelik ayat itu.....tp ktorg layan je n teruskn perjln smpai ke pintu hutan n terus ke kete.....duk lpk2 jap, ksk ilang penat pastu dlm kul 4 tu ktorg bergerak pulang

Sekian laporan dari saya,


psssstt...tmbh2 la ye kalo ade terkurang...hehehehehe

Log Korbu Gayong


 23/1/09

1pm aku roger sapkon soh siap2 kat pasir Gudang. Kitorang amik half day sebab kemungkinan besar jalan kat highway jam terok .. yerla..CNY kan ..sumer nak balik kampong ..so, ley gerak awal

 1.45pm aku gerak nak amik sapkon kat area pasir gudang. time dah nak gerak dari pasir gudang tuh check2 camera tertinggal!!pergh..nasib baekkk... boleh menangis kalo tak bawak kamera ke korbu...so, singgah jap uma amik kamera, trus ke highway..hana tunggu kat burger king highway skudai.... hehe.

 3.30 ptg kiterorang gerak dari jb.setelah berpenat lelah tempuh jam kat highway, after tol skudai baru abis jam.. Flow  time tu tak berape laju.. after a few minutes lepas jam, danone plak tepon, dier kate, bus kat batu pahat paling awal sampai kat stesyen pukul 5ptg!! bincang punyer bincang ngan hana n sapkon, kiterorang decide nak amik danone kat exit tol ayer hitam.

 5.30ptg danone sampai .. fuhhh..lega2..continue to our journey, syukur alhamdulillah kat highway seremban tak jam seperti yg di war2 kan dalam radio.. smooth giler..lega..

6.30 ptg kiteorg masuk r n r seremban sebab nak gerak same2 ngan ijad dari seremban.

6.50 gerak dari seremban . kete aku sampai depan umah pda pukul 8, tapi todong pon takder lagi,yg len2 pon xsiap packing lagi 

8.35pm  kiterorang gerak dari umah pda. 

9pm kiterorang sampai umah kejang... pas amik kejang, g isi minyak kat petronas presint 9.

9.15pm baru gerak dari putrajaya..lalu highway elite ..  

9.45pm farah n the gang  (Husband farah(abg zul),daus and ina) dah sampai kat rnr rawang.. Dorang btau dorang nak dinner dulu sementara nak tunggu kiterorang.. 

10.15pm, kiterorang sampai rnr rawang. cari le si farah.. dier cakap "ko nak cari aku senang jer.. rambut merah, baju kuning. daus pon ader skali (Member baru gak,xpenah jumper pon)" .memang betol cakap farah, rambut ngan baju dier jer dah menyerlah dari jauh. salam2, suai kenal ala2 kadar, terus makan.. yerla..lapo kan

 11.15pm  sumer dah start gerak menuju ke highway utara. 2kali jalan jam sebab ader kete eksiden.. 

 

24/1/09

 2am Alhamdulillah sumer selamat sampai kat medan gopeng..rest2 jap kat kedai makan medan gopeng.

2.45am, sumer gerak kat depan markas briged utara pasukan gerakan am. sampai kat sane, sumer start packing barang n bahagi2 ration. 

4am, powil pon gerak..masya  allah..sakit tulang2 belakang..tu pon poncho cakap powil pagi tu meredah dengan lemah lembut..isk2.. 

5am, sampai kat Starting point, Sg.Seno'oi. mulenyer poncho suggest nak gerak time tu gak..so, boleh ler breakfast on trek lelamer. Tapi bincang punyer bincang, decide nak rest jap..gerak after subuh..

 6.45 am sumer dah ready nak gerak .. after short briefing,stretcing and bacaan doa oleh Kejang, kiterorg pon start gerak dengan cross sungai seno'oi..cuaca pagi tu memang redup sgt..dalam hati doa byk2 bior tak ujan. After crossing sungai no.2, sandal crocs todong plak ilang..terjatuh kat celah balak..try selongkar2 aper yg patot..Lamer gak la cari. sampai kiterorang sumer decide nak breakfast kat situ jerk

 8.30am pastu baru sambung balik journey. start meredah buluh2 tumbang..seksa sey... sikit2 kena bongkok, sikit2 kena bongkok…

1pm, berenti lunch jap. huhu..best2..pas mkn..lalu laie trek buluh still lagi mengganggu perasaan..mintak nyawa!! 

menu makan tengahari : nasi impit+kari daging+serunding daging+sanwich....

 6.30pm alhamdulillah.... sampai jua akhirnyer kat kemsite yg dituju..kem view~ nampak view ipoh dari kemsite..mlm2 baru view ipoh cantik!!

Menu malam: nasi putih + ayam masak merah + kobis goreng + ikan duri masin masak lemak cili api poncho style..

 

25/1/09

 6.30 am bangun..subuh jap., pastuh baru masak utk breakfast.

 Menu pagi : cucur ikan bilis and sandwich..

 10 am gerak dari kem View

 10.20am lalu kat area tanah runtuh..seram...huhu..

 11am sampai last water point . sumer amik sorang 2 botol besor..air kampenii..mak ai..makin berat ler beban yg ditanggung.. 

11.30am start gerak ke bonsai tonggek. 

3.40ptg sweeper terakhir sampai kat bonsai tonggek sejoook giler.. hana ader masak air choc cadbury..thanks hana!! panas sket badan.

 4pm, start gerak menuju ke puncak korbu. sejook petang tu memang mencucuk jiwa... asal berenti kejap jer mesti raser nak krem.. tergeliat sumer otot2 kaki.. team yg tengah2(hana,ijad,pda,sharip,todong,sapkon) tunggu aku ngan kejang di puncak tipu maner ntah sebab dah magrib dah time tu..lgpon, ada geng yg dah pewai…

 7.30pm perjalanan pon diteruskan sebab memang dah gelap dah pon.. ijad cakap,"kalo nak cepat sampai,jalan cepat sket..ni lagi 2 jam baru sampai"..huhuhu..memang hampeh tol ijad..bole dier saiko mcm tuh..isk2..Pasrah je time tu..jalan tak sampai 15 minit, tiber2 pida cakap dah dengar suara orang..maknanyer, dah nak sampai puncak!! wah~~ ijad tipooo....huhuhuhuh...

 7.45pm sumer sampai di puncak korbu dengan selamatnyer~~ yeay!!! First mission accomplished! Another one to go umer malas nak bukak khemah..malas bukan sebab penat, tapi sebab sejooookk giler nak berdiri lamer2 kat luar main tent.hhehehee.. malam tu sumer tido main tent  kecuali farah n husband tido kat khemah personal..agak ramai gak la bebual sorang2 mlm hik..hik..dengkuran + ngigauan + bunyi radio poncho memeriahkan lagi suasana mlm tuh ..=)

Menu malam tuh : nasi putih + daging blackpepper + ikan bilis goreng kicap + kacang panjang goreng + telur scramble

 26/1/09

7am sapkon bgn paling awal...bgn2 terus g tgk sunrise..Snap2 gambar..aku ngan kejang mengerjakan dapor. buat breakfast n mknan utk lunch.

 Menu Pagi : sandwich n keropok sayur.

 Menu tengahari :Mihun. Tapi ader 2 versi. satu versi malaysia satu lagi versi singapore.

 10.30am, start gerak menuju ke destinasi seterusnyer.sepanjang trekking, ditemani dengan alunan lagu2 dari radio poncho.. boleh dikatakan tema lagu utk trip kali ni ialah lagu laskar pelangi n lagu situasi from bunkface sebab asyik lagu tu jer kuar.. cayala..cuaca pon baeekk jer.. memang kene dengan tema lagu, laskar pelangi..

 1pm sumer sampai puncak gayong. Aku ngan kejang trekking kat tengah2. seb bek la kejang jerit name abg zul. kalo tak kiterorang dah terlajak kat trek yong belar dah..salah masuk simpang.huhhu.. emo semacam jer ngan trek nak naik ke gayong balik....patotla len mcm jer trek.. Trek menurun pulak..patotnyer trek menaik..isk2..Tapi alhamdulillah, sampai gak puncak gayong.. Sampai2 terus amik gambor. tengok kat papan tanda tu ader gayong. aku pon dengan konfidennyer buat aksi mcm mandi pakai gayong, rupe2nyer memang aku mandi betol2..Hampeh tol..tak perasan ler pulak ader air kat dalam gayong tuh.. huhuhu..basah baju..seb bek time tuh panas..cepat sket baju aku kering. Pas lunch n snap2gambar, sumer siap2 nak ke korbu balik..huhu..malasnyer nak layan pacak.  

3.40pm. smpai puncak korbu balik. Pas kemas2 barang

 4pm baru start turun.

 6.50pm sumer gather sebab dah start nak malam. pukul 7 start trekking.

 7.10pm berenti jap utk menghormati maghrib n tegok sunset skali. View sunset memang marbeles..

 7.30pm start trekking balik..perjalanan ok..perlahan sebab memang xnak jalan berpecah2..

 9pm decide nak diner kat last water point sebab sumer dah lapa..so, masak megi ngan bubur jer.

 10pm, sambung balik perjalanan..huhu,,paling horror time jalan kat tanah runtuh..

 11.30pm sumer sampai kem view dengan selamatnyer..lega sgt..memang arituh nak ot  ..So keesokan harinyer cepat sket sampai sg.seno'oi...

  

27/1/09

 7.30am, danone,pda n sharip bgn buat sarapan

 Menu pagi : menghabiskan sumer ration..haha.. cucur sardin !!

menu Tengahari : nasi goreng ..

 11.30 baru gerak..hehe..cuaca, alhamdullillah..cerah jer..dalam pukul

1pm, sumer berenti makan kat kem pangkin. 

2pm baru start balik menurun ..pacat time tuh memang menadah jerk..lutut dah menggigil sebab trek memang  steep giler..huhu..terketak2 lutut~ . 

5.30pm sumer peserta selamat sampai. memang ngam2 jer cuaca. sampai sg. seno'oi, baru start ujan.. Time kasih pada sumer yg tolong menjayakan trip kali nih

Link Gambar

Trip G7 lain akan menunggu!!!

 Iklan dr Kejang –

 1) Bulan 6 ni insyallah kalo xde apa aral, na wat ke Chamah Ulu Sepat… Budjet kasar dlm RM200

 2) Karam.. aku da post log korbu da.. walaupun sebenarnye ini log lyd yg buat.. ahhaha

PENGUMUMAN PENTING

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kepada Ahli T-Recs Sekalian,

PER: Hal-hal Berbangkit

1. Berikut adalah senarai laporan-laporan yang masih belum diterima, sila hantarkan laporan anda secepat mungkin:
  • Air Terjun Kemensah (Selesai)
  • Gunung Angsi Trip Cikgu Razi
  • Korbu-Gayong (Selesai)
  • Broga part II
2. Peralatan-peralatan yang belum dipulangkan kembali kepada Quatermaster; Pitz, sila kumpulkan semua dan tolong pulangkan sebelum hujung minggu ini iaitu Ahad, 15 Mac 2009.

3. Satu sesi photo shootout warga T-Recs bersama T-Shirt T-Recs yang baru akan diadakan pada 21 Mac 2009 pada masa dan tempat yang akan diumumkan kemudian. Sekiranya ada yang tidak dapat hadir, sila maklumkan terlebih dahulu.

3. Diharapkan agar warga T-Recs dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Jikalau terdapat sebarang permasalahan sila maklumkan terlebih awal dahulu.

Sekian,

Terima Kasih

Monday, March 02, 2009

jum menghitamkan kulit

percutian ke pulau perhentian...

invitation is only limited to GIRLS only...

destination: pulau perhentian
date: 30th april 2009 - 4th may 2009 (dijangka smpai ke kl semula)

30th april 2009 (khamis) - malam naik bas
1st may 2009 (jumaat) - labour day
3rd may 2009 (ahad) - malam bergerak semula ke kl. dijangka sampai pagi isnin (4th may 2009)

aktiviti hanyalah bersuka2, spt snorkeling, scuba diving (xde lesen pu boleh try), mencandat sotong, fishing, etc (semua xtvt yg boleh dibuat di pulau la)...

anda akan dicharge rm 260 complete set (makan, transport, bot, chalet n semua xtvt)...

kumpulan sasaran adalah gadis sahaja kerana pihak penganjur adalah terdiri dari kaum lelaki dan mereka perlukn gadis (terutamanya yg comel) utk menyerikn xtvt mereka..

sekiranya ada gadis yg berminat sila berhubung dgn cik beskot (bkn agen jual wanita). tolong confirm awal sket sbb aku pun kene confirm balik dgn pihak penganjur.

Tuesday, February 17, 2009

one nite stand di bukit broga






date: 13hb februari 2009
time: 10.00 malam (tp inform joe pukul 9.00 mlm)
venue: azwath equine
ahli neraka yang terlibat: joe, incik jenal, incik mat saiko, incik man
ahli syurga hanya diwakili oleh raha@cik beskot..

trip ke bukit broga dimulakan dgn meng'inform' joe perjalanan start kol 9 mlm.. oleh kerana joe yg mmg terkenal dengan sikap suka meleceh, maka beliau hanya sampai pukul 10 mlm sepertimana yg telah dijanjikn dgn incik jenal..

tepat jam 10:10 mlm, incik jenal hadir ke azwath dan tepat jam 10:30 mlm, kami bergerak dari azwath. tp malangnya joe masih lg tertinggal sandal dalam kereta beliau, maka kami pun membuat satu pusingan ke kereta joe semula utk mengambil sandal. kami berhenti di petronas jalan kajang-semenyih utk menunggu rakan2 incik jenal iaitu incik mat saiko dan incik man (bkn man bai)...

nasib kami masih malang kerana rakan2 incik jenal pun buat perangai mcm joe. maybe dorg dh tau joe ikut, jd dorg pun buat2 lmbat la. joe telah buat poyo dgn bertanya ke incik jenal,"lama lg ke dorg nk smpai?"cheh, pdhal baru 1st time tunggu org lain, kecoh bkn main. lg malang bg cik joe bilamana incik jenal buat derk jek dgn pertnyaan beliau.. maka bermulalah episod joe kecik ati incik jenal buat layan x layan beliau jek. sekitar jam 12 tghmlm, incik mat saiko dan incik man tiba di petronas tersebut.

perjalanan diteruskan menuju ke jalan lama ke seremban. kepada sesape yg nk g, jgn risau kerana ada signboard tulis ke broga. ikot jek signboard tu. anda akan berjumpa university of nottingham di sebelah kiri anda, teruskan perjalanan dan anda akan menemui satu ladang arnab, (nama dia klu x silap rabbit land kot) di seblah kanan. btol2 berhadapan dgn ladang arnab tu ada jalan ke ladang kelapa sawit. jalan yg xseberapa elok itu boleh dimasuki dgn kereta. (ikot korg la kereta korg leh masuk smpai mana).

turun dari kereta mestilah kene trekking kn? so perjalanan trekking adalah bergantung kepada bape dlm keta korg leh masuk dlm. trekking smpai jumpa ladang getah on your left. trek dh ada jgn risau. anda akan disajikan dengan trek yg mencanak gila (xde intro terus jek kene drop gear 1). perjalanan trekking kami pd mlm itu bermula dari jam 12:30 tghmlm dan berakhir pada jam sekitar 1:30 pagi.

permandangan dari puncaknya agak memberangsangkn, (tp x cukup buat aku rasa kagum, bak kata mok,"mmg susah nk impress kn raha").. biasa2 la pemandangan dia.. lu semua leh nmpak sekitar pekan semenyih dan juga bangi (incik jenal kata la, gua agak dia tipu jek..)

sesampainya kami di puncak, seperti biasa tugas gadis yg comel dan juga bapok kene buat air, manakala lelaki2 tersebut tanpa membuang masa terus bukak camera amek shot sana sini. ketika ini bermula lah hobi joe yg baru. disebabkn oleh gadis yg comel malu utk menjadi model, maka joe dgn bangganya found out that dia sudah jatuh cinta dgn kerjaya modelling. lelaki2 itupun disebabkn tiada option lain, maka menerima joe seadanya.

puas berposing dan amek gambar, kami mkn, puas mkn sap okok.. begitulah xtvt mlm itu sehingga pada jam 4:30 pagi, aku buat keputusan utk tidur jek. lantak la dorg nk amek gambar byk mana lg. tp rupanya pas aku masuk tidur semua pun masuk tidur jugak.

sekitar jam 7:30 pagi, incik joe mengejutkn saya dgn mengatakn mahu ke toilet. maka dgn berat ati, saya pun mengikuti beliau. mangkuk2 yg lain dh lama bgn dan amek gambar sunrise. agak menawan gambar yg mereka ambil. lupa nk bgtau tiada water point langsung di sini, segala jenis air perlu dibawa dari stesen2 minyak yg berdekatan. kami brekpes dan pagi itu sudah ramai yg dtg cuba2 utk menyambut hari valentine di sini.

perjalanan turun semula bermula sekitar jam 9:45 pagi (sbb dh panas gila kt atas). sekitar jam 10:30 pagi kami smpai semula ke kereta. joe (bkn nama sebenar) yg telah menipu boipren utk ke broga pd hari itu telah kantoi dimana beliau tersalah send sms kepada cik raha. itu saje laporan dari saya. segala gambar (bkn sampah yang diambil oleh joe) akan di'upload' sedikit masa lg.

article ini adalah benar sebenar-benarnya ditulis berdasarkan kejadian sebenar. sekian terima kasih.

Friday, February 13, 2009

UPDATE 4: Kinabalu 2009

salam,

Utk perhatian kwn2 sekalian, tarikh utk ke kinabalu di tukar atas sebab2 kepenuhan org di puncak gunung...utk tarikh tersebut da x available unless kalo sanggup utk membayar 2x ganda dari yuran asal..g pun En. Padas x available dari 5hb-10hb Jun 2009.So detail nye kat bawah ni....

Tarikh: 27 Mei 2009-2 Jun 2009
Bayaran: akan diberitahu kelak
Peserta: max 15 org

Sebarang pertanyaan boleh la tnye org ye...Tarikh tutup 18hb Februari 2009

Cepat selagi tawaran masih ada!!! 353436

Thursday, February 12, 2009

tatatertib berekreasi

aku terpanggil utk menulis tatatertib berekreasi nie selepas aku terbukak yang karam post pasal etika dan peringatan.

just a simple reminder to all of us termasuk aku...

anyway kita semua mmg sukakan outdoor xtvt, sbb tu la adanya blog nie. cuma aku terasa nk share my opinion with all of u..

1st sekali, atas sebab apa kita berekrasi?

bagi aku org berekrasi nie ada byk sebab... sebagai contoh, aku...

time blajar, aku berekreasi sbb minat, bagi aku satu kepuasan bila sampai satu puncak gunung, aku tgk keliling aku nmpak bukit menghijau sana sini... aku rasa tenang. selain tu, aku rasa xtvt mccm nie byk bg experience pd diri aku sendiri, apa nk buat klu satu ari hidup aku susah.. so bila dlm utan aku rasa aku blajar mcmana nk survive hidup, makan ala kadar, xde pizza, xde kenny rogers, xde dah nk mkn merepek2... tp satu lg value yg aku dpt adalah dlm utan atau dlm xtvt mcm nie br aku tau sape kwn yg btol2 kwn... yg tu yg paling bernilai bagi aku.. sbb tu dlm byk2 jenis kwn2 aku, aku tau geng budak2 rek nie la the most reliable friends i have...

bila time keje, aku masih g xtvt mcmnie sbb bila dalam utan, aku rasa free. semua masalah keje ilang. aku rasa btol2 release tension. xpayah nk pikir2 sakit kepala, so enjoy abis2. tp bila dh keje semestinya aku xboleh g xtvt yg mkn masa yg byk. cukuplah g mandi manda sehari dua. sbb pastu nk rilek2 prepare nk g keje lak. minat mcmana pun penat woii masuk utan terus g keje.

so based on my experience yang x seberapa nie, aku nk cakap sket la. 1st skali, aku faham bila masing2 dh bekerja, we might not be able to do the outdoor xtvt together as frequent as before. so kita pun try other alternatives such as join kelab lain, or suka2 meronggeng ajak org lain g xtvt yg kita buat.. itu semua normal. even time blajar pun aku suka2 ikot xtvt kolej lain. tp kita semua kena ingat, manusia diberikan tuhan akal dan berbeza pendapat. jadi, cara kita x sama dgn cara org lain. jadi, just a gentle reminder to all of us (including me myself), bila kita ikut trip org lain, kena pndai bawak diri.
bila kita ajak org ikut trip kita, itu xde masalah.. buatlah perangai x senonoh kita. but when we follow other people, there is no 2 captains in one ship. so kita kena follow jek. we might think that we are good, but are we good enough?

lagi satu, cara berekreasi setiap org berbeza. for example, kita rasa lampu kabaid yg paling mudah, tp adakah org lain rasa mcm tu? kita panggil main tent tu main tent, tp semua org ke panggil main tent? so, setiap org mempunyai definasi yg berbeza tentang satu2 perkara... x semua org boleh paham kita, mcmana kwn2 kita yg skrg nie.

bagi aku, yang paling penting, pndai bawak diri. setinggi mana pun gunung yang kita pernah panjat, sehebat mana pun pengalaman kita dlm bidang nie, kita masih perlu tunduk ke bumi. setahu aku, xde ukuran siapa paling hebat pun dlm xtvt mcm nie, ada ke ko dh pnjat semua G7 ko dpt title Ir.?(merepek dh aku nie) .

lastly, bagi aku, gunung x lari ke mana. set your goal, which is more important. which is more important to u, your life, your future. yang dulu, didahulukn. apapun, kena tau apa dia keperluan dan apa dia kehendak dalam hidup ko.

tujuan aku postkn article nie, not to humiliate anybody, bkn marah atau apa, just nk share pendapat aku yang xseberapa berpendapatan nie. article ini tidak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup mahupun yang mati..

nota bulu kaki jugak: wei aku nk repeat jelawang, sape nk follow? kali nie, semua org naik train jek. sape2 ada cadangan tarikh bagitau aku la..

Wednesday, February 11, 2009

jalan-jalan makan angin di bukit broga

to all my friends;

title: jalan-jalan carik pasal
venue: bukit broga, semenyih
date: friday (13th february 2009- gerakan pada awal waktu malam)

for further infomation, sila hadirkn diri ke

venue: maulana hanjeng (seblah 7 e seri serdang)
date: wednesday (11th feb 2009)
time: 7 p.m

gua nk ajak kwn2 suma kenal dgn mangkuk yg nk g sana... mangkuk nie kwn kepada jo...
gua tolong sampai2 kn jek.
TQ

Tuesday, February 03, 2009

Senang-senang Gunung Rajah

Nota kepala hangin : Jo suruh aku upload repot ni, pw blogger die ilang..ape punye lemah la daya ingatan die nih..


“Senang-senang duduk di serambi

Napelah kita mendaki?

Gunung Rajah yang tinggi ini….

Andai kita duduk di rumah

Layan tengok tv

Sambil makan megi….”

Memang mencabar dan menguji benar trip ke gunung rajah kali ini. XPDC telah disertai oleh aku (jo), raha, azim dan todong daripada T-Recs dan En. jenal, cologate dan kak aiwa (pendaki bebas). Perjalanan ke kaki gunung rajah yang terletak di Bentong, Pahang hanya mengambil masa kira-kira 1jam lebih je dari Serdang. Untuk makluman, kaki gunung rajah adalah di Air Terjun Chamang. Kire kalau kuar tol Bentong terus amik jalan nak ke Raub/Kuala Lipis la..jangan terlajak pulak. Kang sampai rumah Siti Nurhaliza, xjadi pulak nak ke gunung rajah. Sekali-sekala boleh la kite ke sini untuk bermandi-manda sebab aku tengok air terjunnya memang menangkap jugak. babiQ pon orite jugak di sini.

Perjalanan dimulakan pada awal pagi sabtu dan kami sebulat suara memilih konsep santai biawak untuk trip ini. Dia punya santai jangan cakaplah.. Tiap kali perhentian ada R&R. Siap bukak fly dan masak2. Tapi bila time jalan, laju xhengat sampai aku pon kesemputan juga. Apa gila nak bermalas-malasan ketika treking? Kalau nak kena tinggal 2-3 batu belakang boleh la…Kami telah menaiki pajero En. Jenal yang mempunyai lambang VirtualMalaysia.com sehingga ke pintu rimba.. Ingat senang nak dapat naik ke? Cuba try tengok apa ada kat website tu. Geng pendaki bebas adalah terdiri daripada golongan yang kitorang kira otai juga. Ni bukan runcit-runcit punya otai bai. Ke’otai’an mereka ni kira macam jenama Colgate dalam arena ubat gigi. Kira banyak pengalaman la orang kabor. Dan mereka masing-masing membawa kamere berkuasa tinggi berserta kelengkapan.

Kami berehat makan tengahari di Naning. Selesai makan dan mengambil gambar, perjalanan diteruskan sehingga ke Bukit Hijau. Camping site yang seluas padang bola sepak ini telah dihuni oleh team dari Unisel. Peh! Diorang ada la dalam 90 orang. Ingat KLCC apa nak datang beramai-ramai? Yang sirapnya, bila dah ramai dan hujan pula, trek yang sedap-sedap dibuat jalan telah hancur. Untuk makluman orang-orang yang dah ke sini, satu runtuhan tanah telah berlaku di kawasan memanjat menggunakan tali (jalan nak ke puncak). Ingat pokok-pokok tak sakit ke bila dah ramai sangat yang menariknya? Keadaan menjadi semakin rumit untuk sampai ke puncak gunung rajah.

Nasib agak menyebelahi kami juga kerana kami memilih untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak dan melabuhkan sauh di permatang 2jam sebelum puncak. Puncak gunung rajah betul2 berhadapan dengan campsite yang dibina. Kedatangan kami di situ telah disambut mesra oleh team guide (untuk bebudak Unisel). Kali ini aku hanya bersikap pemalu sahaja memandangkan ada orang luar bersama-sama. Huu…sejuk benar malam tu. Tapi sejuk-sejuk pon Todong bantai pakai boxer saja sebab tertinggal seluar. Raha pula berseluar katok dan bermafla, gaya orang United Kingdom. Eh, tapi apehal orang U.K isap rokok danhil?? Keesokan harinya, kami telah meneruskan perjalanan ke puncak dalam keadaan terhegeh-hegeh akibat sume orang liat nak keluar dari kepompong. Sejuk benar Malaysia itu jam. Hanya peralatan yang perlu sahaja kami bawa ke puncak. Tiba di puncak, kami masak spaghetti dilawankan bersama nenas dalam tin, terbaik dari ladang. Kemudian masak cucur kentang yang lazat sambil menikmati view yang tak berapa nak jelas dek kerana kabus tebal. Tapi akhirnya adalah rezaki kami untuk menikmati alam ciptaan Tuhan yang indah ini. Terbaiklah view disini!!

Perjalanan turun dari puncak diteruskan selewat jam 3 petang dan kami terus ke Bukit Hijau dan menikmati makan malam di situ selain memberi laluan pada waktu maghrib. Perjalanan diteruskan jam 9.30 malam dan menjadi semakin lembap apabila aku mengalami kecederaan lutut yang amat. Terpaksa layankan sahaja. Tapi silap langkah menjerit jugak aku itu jam. Rasa seperti otot disiat2. @$$*$X@&^* sumpahku didalam hati. Memang agak tertekan juga keadaan semua orang. Belum kira lagi gangguan dari anasir-anasir luar. Aku ingat Raha sorang saja yang masih mampu berjenaka. Kami tiba di pajero tepat jam 2.44 a.m.. Trip yang letih ini bukan saja memenatkan malah menyusahkan diri sendiri. Tapi dia punya seronok macam dapat hadiah tiket pelancongan pergi-balik ke United Kingdom siap dengan duit shopping. Memang best dapat kenal-kenalan sama geng pendaki bebas.

Nota kaki berbulu: Untuk trip kali ni aku dah jumpa minat baru aku.. Bukan mengorat anak teruna orang. Ni yang latest punya minat. Mengambil gambar flora dan fauna style yang slalu korang tengok dalam ensiklopedia. Peh! Memang boleh layan beb..amacam hasil kerja aku? mengancam dak??

Monday, January 19, 2009

New Year di Lata Hammer

Hai…nama saya jo..
Masa nak sambut New Year 2009 itu hari, aku serta beberapa org t-recs yang lain (pda, raha, pijot, pit, koroi, babas, nazri member babas, azim suami raha, member azim, ajmal dan jugak rekek) berjaya memangkah satu lagi air terjun yang ade kat bumi messia ni…Nama beliau ‘Lata Hammers’..mmg cun dan mengancam la tempat ni…Tapi disebabkan dah 3 tahun berlalu pergi, raha yang lemah ingatan dah tak berapa nak cam jalan sebab, da la jalan ke bentong tu punya la xde pencahayaan, signboard Perting Valley pulak kecik. Die pon menuduh aku penah ke sini sebelum ini..Bila masa pulak aku pegi sini??layan tilam di rumah lebih enak. Aku hanya pernah ternampak je kawasan ni. Tu pun zaman gi field trip anjuran fakulti 2 tahun lalu..

Pada awalnye kami agak sirap juga pada raha dek kerana cadangan beliau, keta pda, ajmal serta keta beliau sendiri terpaksa dijadikan 4WD dan dicalari pokok paku pakis yang tumbuh melata. Dinasihatkan pada masa akan datang, kite trekking saja bg mengelakkan sebarang kecelaan kpd kereta. Xpon kite tunggu je Storm kaler hitam berkilat datang angkut. X gitu karam??

Sesampainya ktorg di pintu pagar masuk ke trek hutan, barang2 dipacking, dikemas2 dsb dan perjalanan mencari pintu masuk rimba dimulakan. Aku tidak membawa sebarang beg dek kerana di offer oleh nazri (member babas) untuk dibawanya beg aku bersama ewah...(eleh…saje je menggunakan beg sebagai medium untuk mengorat aku..aku buat selambe je kali ni..). Setelah kami sukses menyeberangi air yang deras untuk ke entrance, raha skali lagi membuat kami angry apabila pokok yang besar sebagai tanda masuk ke campsite tak dijumpai. Sekitar 2 jam jugak kami berpatah dan berbalik, akhirnya setelah agak kecewa dan berputus asa, kami membuat keputusan untuk melepak saja di pintu rimba (kawasan lepas seberang sungai). Maka rugilah org2 yang xpernah tgk pit (bukan nama sebenar) trekking dalam keadaan yang cukup sayu dan pilu sehingga menyentuh naluri kegadisanku. Maafkan aku pit…

Seawal 8 pagi camtu, kami pon gegas apabila raha menelefon membernya untuk bertanyakan trek. Setelah pasti dengan arahan, perjalanan kami diteruskan dan kali ini kami berjaya menemukan pokok besar yang di war-war kan awal pagi itu. Rupenya sampai hujung jalan da…Lalu koroi pon mengeluarkan statement “raha masih kecik masa tu, sebab tu die cakap pokok ni besar…” Pokok tu xde la besar mane pon. Diameternya ala2 perut koroi adja.. Kami disajikan dengan pemandangan yang cukup menangkap…cukup menarik…Thanks to Raha sebab cadangkan Lata Hammers sebagai trip santai kali ini..Setelah berbeku ayam, udang, sosej dan kambing, kami pon pulang…

Nota kaki berbulu: Trip ini juga adalah trip reunion bebudak maahad muar produk xberjaya (babas, nazri, azim dan member azim).


posted by joe