Thursday, October 15, 2009

UPDATE 2 - Trip Jelawang Oktober 2009

Salam dan selamat sejahtera...berikut adalah update terkini untuk trip jelawang mlm nie...

Trip Jelawang Oktober 2009
15hb – 18hb Oktober 2009
Khamis – Ahad
2 hari 1 malam
18 orang
7 lelaki 11 perempuan

Line up yang pergi :-
1. bubo – RM120
2. yed – RM120
3. pda – RM120
4. jo – RM120
5. pjot – RM120
6. babas – RM120
7. jawa – RM120
8. kening – RM120
9. basri kwn yed – RM66*(Gerak pergi-balik sendiri)
10. jo kwn yed – RM120
11. lina kwn yed – RM120
12. karam – RM120
13. LL – RM120
14. Tausa – RM120
15. Dia – RM120
16. Nad – RM120
17. Ida – RM120
18. Sharip – RM66*(Gerak pergi-balik sendiri)

Tentatif perjalanan

15hb Oktober 2009 (Khamis)
8.00 mlm – Berkumpul di stesen komuter Serdang, Selangor
8.52 mlm – Naik kereta api Ekspres Wau (XW16)

16hb Oktober 2009 (Jumaat)
7.47 pagi – Dijangka sampai di stesen kereta api Dabong, Kelantan
8.00 pagi – Sarapan pagi di stesen kereta api Dabong
9.00 pagi – Bergerak ke resort Jelawang
9.30 pagi
– Dijangka sampai di resort Jelawang.
- Salin baju trekking
- Mula kemas barang-barang untuk standy trekking.
10.00 pagi – Mula trekking ke Kem Baha.
1.00 ptg
– Dijangka sampai di Kem Baha.
- Mula set up khemah dan maintent
- Mula prepare untuk makan tengahari / petang
- Menu :
1. nasi impit
2. kuah kacang
3. sambal ikan bilis kuah lodeh
4. lemang
5. rendang
3.00 ptg – Mandi manda di air terjun Jelawang
5.00 ptg
– Prepare makan malam
- Menu :nasi putih, ayam masak merah, sayur kobis
8.00 mlm
– Makan malam
- Sesi suaikenal dan berhibur

17hb Oktober 2009 (Sabtu)
6.00 pagi
– Sembahyang Subuh
- Lepak layan tengok matahari terbit
8.00 pagi
– Makan pagi
- Menu : nasi goreng kampung, roti kaya
10.00 pagi – Mandi manda lagi
12.00 tghari
– Makan tengahari sambil lepak kat air terjun
- Menu : spagheti
3.00 ptg – Kemas barang-barang untuk balik
4.00 ptg – Mula trekking turun ke resort Jelawang
6.00 ptg
– Dijangka sampai di resort Jelawang
- Salin baju trekking
6.30 ptg – Bergerak ke stesen kereta api Dabong
7.00 ptg
– Dijangka sampai di stesen kereta api Dabong
- Makan malam di stesen kereta api Dabong
9.01 mlm - Naik kereta api Ekspres Wau (XW17)

18hb Oktober 2009 (Ahad)
7.21 pagi – Dijangka sampi di stesen komuter Serdang, Selangor

Budget Trip (18 orang pergi) ~ latest update pagi 151009
tambang van=rm8 seorang pi blik
permit forest=rm5 seorang
masuk resort=rm2 seorang
tapak=rm3 seorang
guide=rm50 naik, rm50 trun
cas service =RM1 seorang

Cth pengiraan utk 18 org
1. seorang = 8+5+2+3=RM18, so 18 orang=RM324
2. guide=50+50=RM100
3. service charge=RM18
4. total=100+324+18=RM442
5. total seorang=RM24.56 ~ RM25

Seorang bayar
1. train = RM54 pergi balik
2. kem baha charge = RM25
3. makanan = RM15
4. peralatan = RM10
5. kontigensi = RM10
6. total = 54+25+15+10+10=RM114

p/s-memandangkan ada pengurangan budget (RM6) dr jumlah asal RM120, pemulangan duit @ cara menghabiskan duit akan difikirkan bersama2...hehe

Thursday, October 08, 2009

Open House Raya T-Recs

Assalamualaikum & Salam Syawal

Detail Open House Raya T-Recs adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2009
Masa: 8.30 Mlm
Tempat: Rumah Minlon
Menu: Set 2

Nasi Tomato lauk ayam masak merah, acar timun, kuah dalca
Satay (kalau cukup duit)
Koleksi kuih raya
Buah2an
Air kaler2

Jangan lupa membawa set kuih raya masing2.

Yang Dijangka hadir:
1. Bubo
2. Pit
3. Yed
4. Pida
5. Pijot
6. Kejang
7. Koroi
8. Jawa
9. Kebu
10. Raha
11. Nad
12. Ida
13. Babas
14. Kesam
15. Ben
16.

Ade sapa2 aku terlupa tak? Kalau ada tolong bagitau and tolong jemput yang mana aku ttinggal.

Tuesday, October 06, 2009

Gedik santai @ Tasik Banding

Kepada semua yang terasa nak join;

Pada 2hb Oktober 2009 yang lalu, setelah mesyuarat ditunda dari maulana hanjeng ke karaoke alamanda seterusnya ke mamak presint 9, akhirnya Karam nak buat satu trip gedik santai sepertimana berikut:

Date: 25 December 2009
Venue: Tasik Banding

Jadik ke x gua x pasti, sebabnya si Karam ni cakap dia ada kontek kt sana. Dia cakap leh dapat pakej 2 hari 1 malam yang murah, sekitar RM 35/person (kiraan dibuat mengikut jumlah kepala, bukan jenis kepala).
Xtvt yang dikenalpasti setakat ini adalah memancing (hulur pancing dari dalam chalet jek bak kata Bubur).

Jum kita g ramai2. Paksa jek Karam jadik organizer. Segala keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Karam.

P/S: Gua mmg saje jek push budak Karam ni. Kalau takat sembang kt kedai mamak jek x guna. Lalalala

Thursday, October 01, 2009

Open House Raya 2009

Assalamualaikum & Salam Syawal,

OK, Open House T-Recs 2009 jadi kalau semua setuju nak buat.

Tarikh mesti 10hb Oktober 2009.

Kalau tak jadi tarikh ni tak leh nak buat sebab tarikh2 lain semua sibuk nak mampus.

Menu:
Pilih set mana satu korang nak:

Set 1 (Order Kak Kam ke sapa2 ke)
Bihun Sup
Nasi himpit
Kuah Kacang
Kuah lodeh
Ayam masak Kurma
Koleksi kuih raya
Buah2an
Air kaler2

Set 2 (Katering)
Nasi Tomato lauk rendang ayam, acar timun, kuah dalca
Satay
Koleksi kuih raya
Buah2an
Air kaler2

Set 3 (Buat sendrik? Katering ade ke?)
Lemang
Nasi himpit
Rendang Ayam
Rendang Daging
Kuah kacang
Kuah lodeh
Koleksi kuih raya
Air kaler2

Set 4 (Kompom kene wat sendrik)
BBQ Seleksi haiwan2 tertentu
Nasi goreng
French Fries
Nugget2
Coleslaw
Salad
Koleksi kuih raya
Buah2an
Air kaler2


Harga:
Set 1: RM 15
Set 2: RM 15
Set 3: RM 20
Set 4: RM 20

Cukup ke ha? aku main petik jer harga de ni. Kuih raya tu kene bawak sendrik dari umah masing2. Mintak sesapa review balik pricing.

Sila kompomkan kehadiran Anda selewat2nya sebelum 9hb Oktober 2009

Yang Melaporkan,
Pelapor Karam

Tempahan Baju KPR 2009

Assalamualaikum & Salam Syawal,

TARIKH TUTUP: 10 Oktober 2009

Ok, sape nak beli baju KPR 2009 sila berhubung terus ngan Cik LL di talian 017-2244782.

Harga:

Lengan pendek RM 16.00
Lengan panjang RM 17.00

Design seperti berikut:


Klik gambar untuk paparan sebesar babas



Yang Menyampaikan sahaja,
Penyampai Karam

Wednesday, September 30, 2009

UPDATE 1 - Trip Jelawang Oktober 2009

Salam dan salam sejatera...

Latest info yg dpt dr feedback post "Aktiviti-aktiviti seterusnya..." :-

1. Tarikh cadangan : 16 - 18hb Oktober 2009 ( Jumaat - Ahad)
  • Jumaat (16.10.2009) tue hari bekerja, so msng2 kena mintak cuti
2. Jadual kereta api :
  • dari Kajang (15.10.2009 21:03 @ 9.03 mlm)
  • smpi Dabong (16.10.2009 07:47 @ 7.47 pg)
  • dari Dabong (17.10.2009 21:01 @ 9.01 mlm)
  • smpi kajang (18.10.2009 07:09 @ 7.09 pg)
3. harga tiket kereta api :
  • 1 trip RM27 seorang (plng murah)
  • so, RM27 + RM27 = RM54 seorang
4. brp ramai yg bwk?
  • min = 10 org?
  • max = 15 org?
5. list nama yg dh confirm :
  • 1 bubo
  • 2 yed (nnt aku double confirm..:D)
  • 3 karam?
  • 4 pitz?
  • 5 jo? (kl sabtu-isnin br hang ok kn)
  • 6 pda
  • 7 raha
  • 8 azim?
  • 9 koroi
  • 10 babas
  • 11 pjot?
  • 12 serabut?
  • 13 kejang?
  • 14 lydia?
  • 15 senja?
6. dateline utk confirm nama : 7hb Oktober 2009 (Rabu depan)
  • ada seminggu utk confirm nama kt aku
  • kl xckp min (9 org tue bleh consider lg kut), aku assume trip nie kena wat time lain

Sekian, harap smua org dpt bg kerjasama...
Wassalam

Monday, September 28, 2009

UPDATE 1: Trip panas-badan-untuk-pecahkan-lemak-lepas-raya

salam semua.. trip kite wat 24hb n tpt = bkt kutu...

bagi sape yg berminat.. sile reply kt sini..
minimum = 8 org
max = 15 org..

malas na wat ramai2.. huhhuuhhu

dijemput...

tarikh tutup = 17 /10


any inquiries bole terus tnya kejang kt YM @ FB @ call je aku~

Thursday, September 17, 2009

Trip panas-badan-untuk-pecahkan-lemak-lepas-raya

Salam kembara.

Kejang ingin membuat open trip kepada kawan2 semua..

cdgn tempat :
1) Nuang(lagi.............)
2) Bkt Kutu

Cadangan tarikh :
1) 10hb(kalau kompem da mkn2 T-REC jatuh pada tarikh ni..prioriti lebey ke makan2..)
2) 24hb

Cadangan Limit peserta :
1) ikut bilangan kereta
2) ikut had peralatan

Cadangan tentatif :
masa = flexsible, trip kasi kuar peluh2 jek..... hehehhehehhe


p/s : sila la feedback ek

Tuesday, September 15, 2009

Aktiviti-aktiviti seterusnya...

Salam...dengar2 ada DUA trip nk wat dlm bln 10 dn 11 2009 nie..

1. Trip Air Terjun Jelawang
  • konon nk wat bln 10 tp tarikh xdecide lg...
  • yg nie trip ULANGAN slps genap hampir setahun TRAGEDI OKTOBER berlaku...huhu
  • kali nie nk wat naek train atas faktor2 :-
a. keselamatan di jalan raya
b. rindu nk naek train lg
c. bg org yg xpenah naek train merasa naek train gak dlm idup nie
  • kekangan yg dikenalpasti adalah :-
a. tarikh blum decide lg...so agak2 bila nk wat??
b. tiket train xbook lg..
c. brp ramai yg nak join??
d. trip nie btul ka nk wat bln 10 nie??

2. Trip Cameron - Brinchang
  • konon nk wat bln 11 nie..sblm@slps KPR 2009 kn..tp tarikh btul xtau lg..
  • nie trip adalah bertujuan utk :-
a. membawa sahabat2 yg x penah pergi cameron lg mcm Pitz, Babas(yke??)
b. nk bg org dr lumut trun join sama2 kita gak...haha kn pjot kn...
  • kekangan yg dikenalpasti juga adalah seperti berikut :-
a. tarikh blum decide lg...so agak2 nya bila tue??
b. KPR 2009 katanya nk wat 15,16,17hb Nov 2009 (Ahad hngga Selasa)
c. brp ramai yg nak join gak??
d. nk wat sblm atau slps raya haji (27hb Nov 2009, Selasa)??

Harap2 smua yg berminat dpt menyumbang buah pikiran yg bernas2 dn membina...
Sekian, wassalam...

Open House Raya T-Recs!


Assalamualaikum & Salam Menjelang Aidilfitri


Gambar sekadar hiasan

Puasa tak abis lagi dah sibuk nak buat open house raya. Saje nak informkan awal supaya anda semua dapat membuat jadual untuk ke open house sana sini.

Ok... memandangkan semua pakat nak cuti sampai seminggu... berikut adalah tarikh2 yang dicadangkan untuk mengadakan Open House Raya T-Recs.

Tarikh: 20 Sept, 3 Oktober, 10 Oktober(Pilih yer yang mana sesuai)
Tempat: Rumah En. Zaini di Minlon
Tema Makanan: Raya + Bihun Sup/Mee Kari/Nasi Tomato (Pilih gak)

Sekian, terima kasih.

Kalau ade komen, cadangan, rasa tak puas hati, nak gaduh, sila la tulis kat ruangan komen.


Monday, September 07, 2009

Sukses!


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi yang Majlis Berbuka Puasa T-Recs 2009 telah pun selamat dilaksanakan. Terima Kasih kepada penghuni Rumah Minlon aka Bubo, Pitz & Kesam. Trima kasih gak kat yang membantu menjayakan majlis ini. Mereka yang lain adalah Raha, Azim, Pijot, Babas, Serabut, Koroi & Ida, Nad, Jawa, Kebu, Mulyani, Kejang dan aku.

Bagi mereka yang nun jauh di sana, yang tak dapat datang. Kami hadiahkan anda dengan:


Sebelum Berbuka


Koroi tersenyum riang bersama rakan-rakan... Mengapa?

Mungkin kerana ini?

Masa buka tak sempat nak snap gambar... semua sibuk makan!


Serabut mengajak kengkawan berterawikh

Pas buka, mata semua bukak separuh jer... ngantuk layan kambing...

Terima Kasih yang datang, kita jumpa lagi pada Open House Raya lak....

Monday, August 31, 2009

Majlis Berbuka Puasa T-Recs 2009

Assalamualaikum & Salam Ramadhan



Setelah perbincangan secara serius di Maulana Minlon, mesyuarat telah bersetuju bahawa
Majlis Berbuka Puasa T-Recs 2009 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 7hb September 2009
Tempat :Rumah En. Zaini di Minlon
Bayaran : RM 25

Menu
Sate
Nasi Briyani dalam 3-4 lauk
Kuih2an dalam 5-6 jenis
Buah2an dalam 1-2 jenis
Air2an dalam 1-2 jenis

Sekiranya ANDA dapat datang pada Majlis ini, sila SMS kepada saya di talian 017-6350860 menyatakan YA, SAYA HADIR!

INGAT!!!
Dah baca ni, silalah, tolonglah panjangkan kepada rakan-rakan yang lain. Kang ade lak yang merajuk tak jemput la hape la ini la itu la.

Bayaran ADALAH sebelum 5hb September 2009
Kalau tak sempat jumpa, sila bank in ke Acc saya:
CIMB 1215 00 8520 6524
Maybank 1623 02 566 832

Sekian, TQ.

Thursday, August 27, 2009

Berbuka Puasa T-Recs

Assalamaualaikum & Salam Ramadhan,









Ceh, mula macam baru nak formal kan?

Anyway, kita ni nak buat majlis berbuka puasa bersama tak ni?

Tarikh ek... dalam minggu depan. Aku bagi tarikh ni, sapa takleh please say so. Hellemek, omputih siot.

1. 1hb September
2. 4 hb September
3. 5hb September

Format berbuka posa ni ader 3 cara. Pun korang kene pilih gak.

1. Berbuka di Maulana (makanan bwk sendrik)
2. Berbuka di rumah sesapa. (dalam cadangan umah Pit)
3. Tempah makanan kat Restoran memana, sorang RM15 cenggitu, makan ala2 buffet.

Pilih, jangan tak pilih!

Dan sampaikan perkhabaran ini kepada seberapa banyak sahabat T-Recs yang lain. Lain-lain hal sila rujuk kepada buku rujukan.

Sekian, TQ

Thursday, July 30, 2009

Multiply T-Recs

T-Recs sudah ada Multiply. Jom usha... http://thirdreccers.multiply.com

Lame dah tak update..

Hohhh, lame gile takde update baru blog ni..ade update pun kat chatbox tu je...repot kinabalu pun bile ntah mau up...hahaha.....

hah, sebab takde cite baru, aku bagi selingan skit...banyak lagi selingan akan muncul pasni...tunggu....

Friday, May 15, 2009

Chemerong-Berembun-Lansir...sapa nak join?



Trip menjejak air terjun. Chemerong- Berembun- Lansir dekat Terengganu. Bawah ni dia punya tentatif :


9.00 pagi - Pendakian bermula

10.00 pagi - Berhenti rehat di Kaki Air Terjun Cemerong

10.30 pagi - Bergerak ke kem balak @ puncak air terjun.

12.30 tgh - Dijangka sampai ke kem balak @ puncak Air Terjun.


2.30 ptg - Berhenti rehat di Camp Site 1 – makan tenggahari
- Trekking ke Tapak Perkhemahan Camp Site Simpang Y


6.00 ptg - Dijangka tiba di Camp Site simpang Y


Esok hari...


9.00 pagi - Memulakan perjalanan puncak berembun

12.30 tgh - Sampai di puncak gunung berembun
- Berehat untuk seketika

1.30 ptg - Meneruskan perjalanan ke puncak Air Terjun Lasir

5.30 ptg - Dijangka tiba di camp site Air Terjun Lasir


Esoknya lagi...

10.30 pagi - Memulakan perjalanan balik ke Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Chemerong.

2.30 ptg - Makan tengahari di kem balak & solat zohor

3.30 ptg - Bergerak turun ke Parking Lot Hutan Lipur

5.30 ptg - Selamat Tiba di Parking Lot Hutan Lipur
- XPDC Tamat.

Tentang bayaran:

Aku tak tahu secara detail. Ikut pada penyertaan la.

Tarikh :

13, 14 dan 15 Jun 2009

Yang kompem setakat ni :

1. koroi (pengarah)
2. jubir
3. jo
4. pida
5. babas

Keindahan, keindahan juga..yang pergi gerak ke Gunung Ledang lepas main futsal sapa suruh??

Maap buat korang tertunggu-tunggu repot gunung Ledang- 9 Mei 2009 lepas. Padan muka korang..hahaha..(ikon setan yang gelak jahat tu).

Memang..memang minggu lepas beberapa budak t-rec ade yang pergi naik gunung Ledang. Line up : pit, serabut, babas, sopa dan todong..pijot, pida dan gua merangkap paling gadis dalam xpdc serta abang guide, nidan *(abg guide..abg guide..kacak dan tahan lasak) daripada renjer Ledang tu sendiri.

Perjalanan bermula seperti yang dirancangkan dan menepati masa (sebab raha x pergi sama..pergi kalu, gua syak lepas subuh baru dapat gerak..lalala...). Lepas berfutsal di 'aktif futsal' bangi (sejam jek) pukul 3 kitorang dah pakat-pakat berada di highway untuk sampai ke ranjer sebelum jam 7 pagi. sebab orang-orang kat ranjer tu tak bagi naik lepas dari pukul 7:30 pagi.

Perjalanan ke puncak yang disyaki 5 jam dapat dilangsaikan dalam masa 4 jam 55 minit. Dengan tidak berbekalkan doa, stretching dan mata yang lembam-sembam-lebam-letih-ngantuk, perjalanan yang penuh onak dan ranjau pun bermula. dan bermula jugalah episod menaiki anak tangga, memanjat bukit semput, panjat tangga dalam 'gua' (ni bukan kata ganti nama gua haaa..apa gila dalam diri gua ada tangga-tangga nak dipanjat? hati ada la untuk dicuri...ewahh..), main tarik tali di batu hampar, kramp-krump-kramp-krump (serabut dan todong), serta menempuh budak-budak sekolah yang sibuk-sibuk nak panjat jugak (ramai woo..150 lebih jugak).

Tepat jam 1:10 tengahri kitorang tiba di puncak gunung Ledang yang....memang memukau jiwa, minda dan naluri kegadisan gua dan yang lain-lain. Memang berbaloi untuk ke gunung Ledang dan membayar guide RM 140- 10 orang serta itu-ini-itu-ini (insuran, deposit sampah..bla..bla..). Track turun pulak, memang sedap-sedap pijak la orang kata. Perjalanan turun pula mengambil masa 2jam 45minit berlari gaya kepak-kepak tangan. Turun je..sesi mengira sampah pun dijalankan dan dapatlah semula deposit kitorang tu.

Lepas maghrib..kitorang pakat-pakat berambus dari kaki gunung Ledang dan dengan hati riang menuju ke medan ikan bakar di Pernu, Melaka. Ala-ala Umbai jugak la.. Hidangan makan malam yang uuummmppphhhh!! dan terbaik dari ladang. Ok. Semua boleh teka,siapa makan paling lahap? Lepas makan-makan..kami pun pulang ke Serdang, Selangor, Malaysia.

Fakta boleh caya:

1. Babas dengan yakin diri temankan satu awek ni turun (lepas setengah jam naik) dengan harapan dapat nombor tepon. Dia tak perasan ke awek tersebut mencemuh dalam hati?

2. Kalau nak letak bintang..trip Ledang ni aku bagi 4 bintang.

3. Boleh naik jugak ikut pencawang TNB..tapi amik masa dalam 3 jam untuk ke puncak (bak kata abg guide).

4. Track turun macam jalan atas karpet wo...lembut dikaki..

5. Gua malu-malu bila abg guide berbual dengan gua. Pipi pun timbul warna ke'pink-pink'an.

Fakta tokleh caya :

1. Gua dah kaya? peh! bila masa pula...

2. Gua ngurat abg guide? ceh! gua bizi tengok alam bai..

3. Babas berjaya pikat awek yang turun tu.

Ok. orang lain tak boleh tambah apa-apa fakta.


Notakakiberbulu: *nyanyian lagu abg guide boleh tanya sama cik Raha melodinya..dia yang ajar pada gua..ntah apa-apa jek gua belajar dari Raha..


yang mengepos: joE

Thursday, May 07, 2009

Trip mewah ke Air Terjun Berkelah dan Jerangkang

Pada hari jumaat lepas, gua serta beberapa kutu t-rec telah ke air terjun berkelah dan jerangkang yang terletak di Maran, Pahang kira-kira 26km dari simpang keluar tol Sri Jaya (tembak kiri jalan lama nak ke Kuantan). Seperti yang sedia maklum, bila dah janji gerak pukul 10 pagi, dia punya drag masa membawa ke 5-6jam kemudian. Maka perjalanan telah bermula pada pukul 5:30 petang. Kutu-kutu yang terlibat selain gua adalah raha, koroi serta jubir (menaiki kereta buatan Messia-4WD milik koroi).

Benda kalau dah nama raha ni, memang segalanya nak mewah. kalu korang kodi, memang tak sesuai weh nak ikut trip ni. jadi, gua bukan kodi sebenarnya. Kami telah membeli menu berupa makanan-makanan yang berasaskan Itali seperti makaroni. Oh, untuk makluman semua. jika ada nak buat trip yang ada daging cincang dalam menu kalian, sila goreng daging cincang tersebut (tanpa minyak dan keringkan) kerana memang boleh tahan lama. Berbalik kepada cerita raha yang sukakan kemewahan tadi. Nasib baik semasa sesi membeli barang-barang gua ada di tempat kejadian. Mahunya dia memborong 1 pasar jika tidak ditahan nafsunya. Itu pun dia sibuk minta bawa mekdonel. gua yang tegas lantas melarang dan menasihatinya supaya tidak perlu terlalu israel. kemudian gua ingatkan semula asal-usulnya yang Jawa. Gua rasa tindakan gua memang tepat.

Setibanya di kemsait air terjun berkelah, kami sebulat suara memilih untuk lepak dibawah memandangkan malam semakin pekat. Esok pagi baru shoot naik ke atas. Setelah koroi dan jubir bertanyakan orang kampung yang kebetulan ada program kat situ, maka sedikit sebanyak info dapat diperolehi.

1. Air terjun berkelah (ATB) ada 3 tingkat.
2. Trekking ikut tali air (trek jelas) 15 minit pun boleh sampai.
3. Boleh ber'kemsait' dekat atas. kawasan agak luas.
4. Hati-hati dengan binatang berbisa.

Pagi yang sepatutnya kitorang ke puncak telah dirosakkan rancangannya oleh 1 brader dan keluarganya yang sibuk-sibuk nak chup wakaf yang kami huni. "Naik ke Jerangkang lebih masyuk...air terjunnya lagi lawa.." brader tersebut."Eh, iye ke? kita mandi dekat Jerangkang je la.." koroi yang mudah terpedaya. Setelah menyenap beberapa keping gambar (ternyata view memang cantik) kami bergegas ke air terjun Jerangkang (ATJ) yang simpangnya tak berapa jauh dari ATB tetapi bapak jauh giler nak sampai ke ATJ. 16km ke dalam dengan jalan yang agak teruk (powil je layak). Jalan lurus je jangan masuk mana-mana simpang.

1. ATJ ada 7 tingkat kesemuanya.
2. Trekking ke tingkat pertama dari bawah tak sampai 10 minit.
3. Dengar cerita boleh main abseling kat tingkat bape ntah.
4. View memang terbaik dari ladang weh..
5. Kitorang tak riki sampai atas sebab malas. jadi kawan-kawan, mari kita ke jerangkang..agak nyaman dan privacy sikit berbanding ATB.

Setelah bermandi-manda dengan seronok dan gembira, dan masak macaroni de plateu adios amigos, kami pun bergerak balik ke Kuala Lumpur dengan jayanya. Ok. sekarang kita boleh tunggu Jubir up gambar-gambar yang menarik. Silakan Incik Jubir....


notakakiberbulu: cerita-cerita mistik boleh ditanya secara peribadi.


yang mengePos: joE

Wednesday, April 29, 2009

apa dah jadi dengan blog hari ini?hidup pun segan, mati tak mahu

apa la lama sangat tade orang update kat blog. jadi selaku orang yang sentiasa girang dan ceria, aku nak berpantun. tak salah kan sekali-sekala layan menda lain. asik-asik nak kena baca pasal gunung aje.

ok. kali ni pantun aku tujukan khas pada pakcik a.k.a uncle. memandangkan dia dah nak menamatkan zaman 'tak tentu hala'nya ni, kita sama-samalah bagi tekanan pada beliau.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun 'mem' jauh beribu batu,
Awek di Serdang dingurat jangan.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Walau pakcik tidaklah tampan,
Tapi dia kawin dulu, wa cakap sama lu!

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Kad kawin tu bila nak edar?
Kang kami boikot tak nak datang kenduri.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Apa barang satu kad nak kongsi ramai-ramai?
Kitorang nak asing-asing, ok..?!

Ha.ha.ha.

notakakiberbulu: yang lain kalu nak pantun, boleh la planning kawin dari sekarang.

yang sibuk-sibuk pos: joe
http://sekuqmeri.blogspot.com

Monday, April 06, 2009

Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian


Nama saya Raha. Saya bekerja di Putrajaya dalam bidang maintenance. Syarikat tempat saya bekerja telah mengikat kontrak maintenance ini dari pihak JKR Wilayah Putrajaya.

Pada tahun lepas (tak ingat tarikh), saya telah dijemput oleh Incik Kejang untuk join beliau ke Gunung Nuang (daypack katanya). Trip tersebut adalah dibuat oleh Incik Kejang bersama rakan-rakannya (sememangnya tidak saya kenali). Trip tersebut rupa-rupanya turut dianggotai oleh seorang staf JKR Putrajaya, Incik Roslan (bukan nama sebenar).

Pada hari ini (06/04/09), Incik Roslan telah mengirim sms kepada saya sepertimana berikut:

Tarikh : 11&12hb April 2009
Xtvt : Camping + Tubing + Santai2 + Babi beratur (BBQ)
Lokasi : Kem Kenaboi, Kg Chennah, Kuala Klawang, Johor (hahaha bodoh la sapa xtau Kuala Klawang kt mana)
Yuran : RM 60 (tidak termasuk ration).

Sekiranya sesiapa yang berminat sila berhubung terus dengan saya.

Dilaporkan Oleh;
HBS Engineering Sdn Bhd
Raha Bt Abdul Kadir