Thursday, February 09, 2006

LOG JELAWANG (DABONG KELANTAN)

Jumaat(27hb.Jan.2006)

Seawal jam 5.00 petang kami sebagai peserta ekspedisi JELAWANG telah bersiap sedia dengan pembahagian barang yang perlu di bawa ke sana, pembahagian barang adalah adil bagi setiap peserta di mana lelaki akan membawa muatan yang lebih besar serta barang yang penting utk di bawa antaranya termasuk khemah, peralatan memasak, tali-temali, first aid, dan yang sewaktu dgnnya. Seawal jam 7 malam kami mula menyusun barang2 ke dalam beg dan tepat jam 9 malam kami mula berkumpul di dataran melur sebelum bersiap-sedia bertolak jam 11 malam. Selepas 20 minit jam 11 kami mula menaiki bas yang terletak di kolej ke-5, kami sgt berbesar hati kerna budak2 k5 setuju tumpangkn kami hingga ke gua musang. Sepanjang perjalanan kami dihiburkan dgn sorakkan budak2 k5 hingga jam 2 pagi hingga menyukarkan kami utk melelapkan mata dan pada pertengahan perjalanan kami telah dikejutkan dimana salah sebuah bas telah rosak, 15 minit kemudian kami meneruskan semula perjalanan dan disambung pula dgn persembahan budak2 k5 hingga kami hampir berputus asa tuk melelapkan mata…

Sabtu(28hb.Jan.2006)

Jam menunjukkan 10 minit ke pukul 7 pagi dan kami telah berhenti utk menunaikan solat subuh, setengah jam kemudian kami teruskan perjalanan ke gua musang yg ambil masa 1 jam lebih… kami telah selamat tiba di gua musang dan sebelum meneruskan perjalanan ke dabong kami telah menyajikan diri kami dgn nasi lemak, dan jam 9.30 kami telah diangkut oleh van utk melengkapkan perjalanan kami hingga ke dabong… dengan berbekalkan doa dan semangat yang kental dan penuh keyakinan kami memulakan pendakian selepas pembayaran dibuat di kaunter terbabit…. Sepanjang perjalanan kami telah menemui pelbagai manusia dari serata negeri yang mempunyai hajat yang sama seperti kami utk sampai ke jelawang dan kami berasa sgt bangga kerna kami tidak rasa kesunyian, perjalanan ke atas mengambil masa dlm 2 jam dan ditengah perjalanan salah seorang dari krew kami telah muntah kerna menurut katanya dia telah makan berlebihan hingga menyebabkan rasa senak pada perut….hahaha. Seawal jam 1 tgh hari kami selamat tiba di tempat terbabit dan mendirikan khemah di tempat yang biasa kami berkhemah… kami telah terpisah kepada 3 kumpulan di mana kumpulan yg pertama yg terdiri drpd tocap, cekpit, jebeng dll telah tiba duhulu diikuti kumpulan kak senja dan diakhiri dgn kumpulan karam yg mengambil LEBIH KURANG 3 jam utk sampai ke destinasi….haha… Kami seterusnya menyediakan makanan tgh hari, dan selepas itu kami membersihkan diri serta menunaikan solat jama’ takhyir.. Pada sebelah malam kami adakan aktiviti ‘ice-breaking’ kpd semua peserta terutama budak2 junior selepas menikmati hidangan makan malam dan selepas meunikan solat jama’ takdim.. Pembahagian sen3 dilakukan sebelum kami merehatkan diri kami..

Ahad(29hb.Jan.2006)

Seawal 6.30 pg kami telah bangun dan menunaikan solat subuh dan selepas itu kami mengorak langkah kami ke air terjun utk menikmati pemandangan matahari terbit, kami telah ditemani oleh peserta2 lain yang punyai hajat seperti kami.. Selepas sarapan pagi kami terus menyediakan makan tgh hari kerna ingin meneruskan aktiviti ke telaga tujuh dan pertembungan air terjun antara 2 gunung sambil menikmati makanan tgh hari di sana.. kami berada agak lama dipertembungan air terjun sebelum turun semula ke telaga tujuh dan bermandi-manda di sana.. di telaga tujuh ada sebahagian peserta yang tido kerana keletihan bermain air…. Seawal jam 5 ptg kami mula bergerak turun ke khemah dan membersihkan diri utk menunaikan solat… pada sebelah malam selepas mkn malam dan selepas menunaikan solat kami terus dgn aktiviti lepak2 kami dan berborak2 ttg perkara2 yang patut… Xde aktiviti yang dilakukan pd malam itu kecuali bermain daun terup… Selepas jam 12 malam karam and his friends tidak menunaikan hajat utk tdo sebaliknya diorang telah stay-up dan menghabiskan makanan kat dapur….

Isnin(30hb.Jan.2006)

Seperti biasa kami bgn seawal 6.30 pg dan menunaikan solat subuh.. Pada pg itu juga kami tidak ketinggalan melihat pemandangan ‘sunrise’ sebelum pulang pd sebelah petangnya.. Pagi itu selepas menikmati sarapan kami terus menyediakan makanan tgh hari sebelum meneruskan aktiviti kami iaitu menggelongsor di atas batu dgn ditemani air terjun.. Semua peserta telah berjaya dgn aktiviti tersebut walaupun ada yang takut2 dan ada yang membuat trek baru sehigga berjaya dgn trek tersebut…hahaha… Tapi malangnya ada salah seorang drpd peserta tak mahu melakukan aktiviti tersebut iaitu ‘kejang’ bukan nama sebenar…. Selang beberapa jam kemudian kami terus menyiapkan diri kami dan menurunkan khemah dan mengemas segala peralatan sebelum berangkat pulang jam 2.30 ptg… Sebelum berangkat pulang kami menikmati santapan tgh hari.
Dalam perjalanan pulang runner telah mengambil masa lebih kurang setengah jam utk sampai ke bawah, dan itu merupakan pengalaman yg amat menarik bagi kami semua… Sampai di bwh kami menunaikan solat dan menunggu semua peserta sebelum memulakan perjalanan ke dabong dgn menaiki van.. Sebelum bertolak ke kajang dgn menaiki train 3 org peserta telah pulang terlebih dahulu, dan kami yang masih tinggal tidak berputus asa terus menunggu train kami pada pukul 8.30 malam.. Sebelum bergerak pulang kami telah mengisi perut kami dan menunaikan solat…. Dalam perjalanan pulang kami juga ditemani dgn budak2 lain yang turut sama dgn perjalanan kami…

Selasa(31hb.Jan.2006)

10 minit ke pukul 7 pg kami selamat tiba di kajang dan menunaikan solat di sana, tanpa melengahkan masa kami terus beli tiket ke serdang dan selamat tiba di serdang seawal jam 8 pagi, setibanya di sana kami menikmati sarapan dan meneruskan perjalanan pulang dgn menaiki teksi… Aktiviti kami tidak berhenti di sini, kami teruskan dgn membasuh khemah dan segala peralatan memasak dan lain2… Pada sebelah malam kami telah bersuka ria dgn menonton wayang ‘BULI BALIK’…
Laporan berlagak bagus ni disediakan oleh:
JEBENG 'poyo' (blah laaa)

11 comments:

jeejah said...

sejak bila jebeng poyo??bayat-ayat belagak semacam lak tu.. hahaha

ni je ke log nyer?? kompem takde tambah paper??

Karam said...

yang kitaorg pegi dah cukup dah... tak tau la kalu ada orang lain yang ada mende lain nak tambah... jadik tukang masak sepenuh masa ajer ker... ya ker halim?

jeejah said...

takde gambar cantik2 ker yg nak di post kn?? kongsi la kat kengkawn sumer..nak jgak tgok keindahan alam..

Anonymous said...

nta tu jebeng...
tepakse gna anonymous sb xleh nk sign jd mbr lg...
bute IT gler dak ni..

pakcik said...

wahhh,jebeng ke wat report nih?cam haram je ayat2 sume,heheheh...yang lain2 tu aku caye ar, tp tang solat tu aku x tau nak percaya ke dak..ehehheh..kebiasaannya....ehmm,bleh tahan gak ayat2 poyo ko nih jebeng..ko la jadi pembuat repot tetap utk sume xtvt..amacam kengkawan,stuju??STUJUUUU!!!

buboQ said...

apapun tahniah buat jebeng krn dpt jg menyiapkan log jelawang ini...walaupun sibuk dgn test@assignment...semoga semua ini akan menjadi titik tolak utk setiap perubahan bagi aktiviti2 rek ktdi pada masa depan...

p/s-ayat skema nie...hahaha...

buboQ said...

haa..nie ayat x skema....

bg aku, log mcm ni pun dah kira okey...i mean for the first time...kl org yg x pi pun dpt rasa mcm mn feel masa aktvt tu, inikan pulak yg ikut sama masa aktvt dan tgk kejadian2 yg jd masa aktvt tu....kl boleh buat log yg mcm tu,dah kira besar rahmat dah tu...utk senior2 yg xdpt join aktvt rek tp dpt rasa feel yg sama mcm org yg pi...

Karam said...

Pakcik said:
"yang lain2 tu aku caye ar, tp tang solat tu aku x tau nak percaya ke dak"

Hehe... ni ko kene caya... kitaorg suma dah buat teori, kalu takde ko suma beriman... kalu ko ader musti terbabas sumua org... hehe

pakcik said...

cheitt..bukan ko ke yg paling lambat klua dr sliping beg karam?kol 9 br nak bangun camne?pastu..rokok..air...hahahahah

Karam said...

hish... tu dulu cik... masa ko ader... skang ni ko dah takde, aku la yang paling awal skali bgn.. tak caya tanya jebeng

pajoul said...

ye ye kelapa je..